Guangzhou Metro Dan Makan Di Restoran Halal Depan Masjid Huaisheng Guangzhou


[Catatan Trip ke Guangzhou, China | September 2024]
Trip ke Guangzhou ini merupakan trip atas urusan Encik Suami dan ia trip mengejut (baca kisahnya DI SINI). Jadinya kami tak buat itinerari untuk aktiviti jalan-jalan, pergi dan redah sahaja ikut kesesuaian masa yang ada

Urusan Encik Suami pada hari Isnin (hari kedua di Guangzhou), jadinya hari Ahad tersebut kami ada masa untuk berjalan-jalan. Kami daftar masuk hotel sekitar pukul 4 pagi, selepas itu barulah kami dapat melelapkan mata dan merehatkan badan. Tapi kena berjaga-jaga supaya tak terlepas waktu solat Subuh pada pukul 5 pagi

Pukul 12 tengah hari barulah kami melangkah keluar dari bilik hotel, sebelum tu kami dah alas perut dengan minuman kopi Adabi dan roti Gardenia. Kami bawa juga pek kekacang dalam backpack kecil sebagai persediaan jika lapar semasa berjalan-jalan. Kopi Adabi, roti Gardenia pelbagai perisa dan kekacang - ini sajalah bekalan makanan yang kami bawa dari Malaysia


GUANGZHOU METRO - PENGANGKUTAN AWAM YANG MURAH DAN MUDAHAktiviti jalan-jalan kami hari ini dengan menggunakan pengangkutan awam - Metro (sistem kereta api bawah tanah). Kelebihan naik Metro - liputan laluannya meluas jadi mudah nak ke mana-mana dan kadar tambang murah serendah 2 yuan (anggaran kadar tukaran semasa bersamaan RM1.20). 
Bersambung kisah di atas - keluar dari lif hotel, kami terus masuk ke pusat beli-belah yang bersambung dengan hotel. Lepas tu turun tangga menuju ke Stesen Gangding. Sangat mudah sebab kami tak perlu keluar bangunan

Berbeza dengan pengalaman ke Guangzhou pada tahun 2015, pemeriksaan keselamatan untuk masuk kawasan stesen kali ini lebih ketat. Situasi hampir seperti pemeriksaan di lapangan terbang - beg besar perlu lalu alat pengimbas dan kita pula perlu lalu di pintu metal detector

Saya pakai beg sandang kecil, cuma perlu buka beg untuk dilihat isinya. Lucunya, arahan diberi bukan dengan komunikasi lisan tetapi petugas keselamatan buat gaya buka zip beg. Jadinya selepas itu saya dah faham, setiap kali lalu pemeriksaan keselamatan saya akan terus buka zip beg

Kami beli tiket di mesin tiket. Ada mesin untuk e-payment sahaja dan ada mesin untuk e-payment dan bayaran tunai. Pembayaran e-payment boleh dibuat menerusi e-CNY, Weechat dan Alipay

Boleh juga beli kad Metro. Tapi kalau tak pasti berapa kerap akan gunakan Metro dan cuma sekejap je di sini (macam kami), tak perlulah beli kad. Mesin tiket ni pun ada banyak dan tak pernah lagi kami beratur semasa nak membeli tiket. Memang tak timbul sebarang masalah

Pembayaran juga boleh dibuat menerusi Alipay dengan menggunakan Touch ‘n Go eWallet. Caranya - pada aplikasi TnG eWallet, pilih negara China. Automatik duit yang kita ada akan ditukar nilai ke mata wang China dan boleh terus digunakan di mana-mana tempat yang menerima pembayaran Alipay. Mudah

Kami nak mencari kedai makan halal berhampiran Masjid Huaisheng yang terletak di Jalan Guangta. Jadinya kami perlu turun di Stesen Ximenkou yang berada di Line 1. Merujuk kepada peta laluan tren yang tertera di skrin mesin tiket, kami perlu turun di stesen pertukaran untuk ke Line 1

Gangding → Tiyu Xilu → XimenkouKadar tambang : 4 yuan / seorang
Stesen Gangding, stesen di Line 3 - perjalanan kami menaiki Metro bermula di sini

Kemudian turun di Stesen Tiyu Xilu - stesen pertukaran untuk ke Line 1

Turun di Stesen Ximenkou. Ada empat pintu keluar, kami nak ke Jalan Guangta (Guangta Lu) jadinya perlu ikut pintu D

Selepas keluar di pintu D, kami agak terpinga-pinga tak tahu nak menuju ke mana 😅. Kami cuba berjalan ke arah kanan dan arah kiri untuk mencari laluan menuju ke Jalan Guangta. Cubaan menggunakan Google Maps menemui jalan buntu, ada direction tapi bila ikut arahan akan sampai tempat yang salah


RESTORAN HALAL DEPAN MASJID HUAISHENGAlhamdulillah setelah agak penat kaki melangkah ke sana ke sini, sampai jua kami ke tempat yang di cari iaitu Masjid Huaisheng. Keadaan sudah berubah…
Sekarang sudah ada papan tanda ‘Huaisheng Mosque’. Tetapi tiada lagi deretan kedai dengan perkataan ‘HALAL’. Boleh rujuk foto tahun 2015 di entri INI

Carian saya mendapati, pada tahun 2019 pihak berkuasa mengeluarkan arahan membuang simbol dan perkataan yang berkaitan Islam atas alasan ia budaya luar. Berita lanjut DI SINI

Bila tak ada perkataan halal dan tak ada simbol berkaitan Islam di luar premis, memang jadi agak susah kami nak memerhatikan mana satu kedai Muslim. Akhirnya kami masuk ke restoran yang pernah kami pergi hampir 9 tahun lalu - lokasinya di hadapan Masjid Huaisheng

Suasana di dalam restoran

Buku menu, tertera ‘Halal cuisine in Yarkant County’ pada kulit buku

Tak banyak pilihan minuman, kami pilih segelas minuman yogurt

Mi tarik, entah apa nama panjang menu ini. Hidangan di sini bersaiz besar, kami order satu saja supaya tak membazir kalau makanan tak kena selera. Semasa menghidang, mereka terus beri dua pinggan kosong serta sudu dan garfu. Biasanya di sini orang tak akan beri garfu tetapi chopstick. Agaknya mereka dah biasa terima pelanggan luar yang tak pandai guna chopstick, jadinya tanpa perlu diminta terus disediakan. Mudahlah sebab kami memang tak pandai guna chopstick 🤭
Kami order juga kebab kambing. Harganya 10 yuan satu cucuk, minima order dua cucuk. Nampak macam tak ada rempah sangat, tapi rasanya sedap dan lembut dikunyah. Kami tambah lagi dua cucuk 😄
Dah menambah makanan, tak cukup pulak minuman yogurt segelas. Kami tambah order chinese tea. Dapat satu teko begini boleh minum berkali-kali. Rasa chinese tea ni biasa je tak ada rasa pelik, kira sedaplah boleh minum habis

Kedudukan saya menghadap pintu masuk restoran. Masa ni pintu di buka luas sebab pekerja bawa masuk barang-barang. Sempatlah saya merakam foto di atas

Bangunan dengan gerbang hijau itulah Masjid Huaisheng, memang dekat je. Lelaki dengan kenderaan roda tiga tu menjual kekacang. Berdasarkan pemerhatian sejak sebelum masuk restoran, lelaki tersebut seorang Muslim. Kami berhasrat nak membeli jualannya sebaik keluar dari restoran. Tapi selepas kami siap makan, kenderaan roda tiga tadi tiada lagi di hadapan masjid. Tak ada rezekilah nampaknya

Selesai makan, kami ke seberang jalan untuk tujuan ziarah masjid dan menunaikan solat jamak Zohor-Asar









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2024/10/guangzhou-metro-dan-makan-di-restoran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masjid Tertua Di China Masjid Huaisheng Guangzhou

Masjid Tertua Di China Masjid Huaisheng Guangzhou

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 247 hits
Catatan Trip ke Guangzhou China September 2024 Alhamdulillah saya dan Encik Suami berpeluang menziarahi Masjid Huaisheng masjid tertua di China ini buat kali kedua Kunjungan kali ini lebih bermakna kerana lebih banyak perkara yang dapat kam...
Makan Sate Di Restoran Bubur Nasi Istimewa No 1 Larkin

Makan Sate Di Restoran Bubur Nasi Istimewa No 1 Larkin

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 147 hits
Assalamualaikum WBT SIANG makan di Dolly Dim Sum malam Pak Inche ajak makan Bubur Nasi Berlauk di mana lagi yang kena dengan seleranya kalau bukan di Restoran Bubur Nasi Istimewa No 1 cawangan Dataran Larkin Bubur nasi lauknya Kangkung Bela...
Makan Soto Panas Di Restoran Soto Seri Bunian

Makan Soto Panas Di Restoran Soto Seri Bunian

papar berkaitan - pada 3/10/2024 - jumlah : 200 hits
Lepas siap fisioterapi hari Isnin lepas Suami Mama Yan ajak makan di Soto Seri Bunian Dulu dulu masa buat projek di Kampung Tenggayun kami pernah singgah makan di sini Lama dah masa tu Gerai kecik je Sekarang dah berubah dah 100 dah Kampung...
Nabila Razali Umum Hamil Anak Pertama Bersalin Januari Depan Selera Makan Makin Bertambah

Nabila Razali Umum Hamil Anak Pertama Bersalin Januari Depan Selera Makan Makin Bertambah

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 130 hits
Tahniah diucapkan buat penyanyi dan pelakon terkenal Nabila Razali yang berkongsi khabar gembira apabila sedang hamil anak sulung dan dijangka bersalin pada Januari tahun depan Menerusi kenyataan rasmi yang diberikan pemilik nama Nur Nabila...
Jakim Perjelas Restoran Uncle Roger Belum Layak Mohon Sijil Halal Minima 3 Bulan Operasi

Jakim Perjelas Restoran Uncle Roger Belum Layak Mohon Sijil Halal Minima 3 Bulan Operasi

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 161 hits
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM perjelas restoran Uncle Roger belum layak mohon sijil halal kerana mendapati premis milik penghasil kandungan YouTube dan pelawak Nigel Ng di Pavilion Bukit Bintang Kuala Lumpur masih tidak mencapai tem...
Vast Potential For Collaboration With Pakistan In Halal Industry Says Anwar

Vast Potential For Collaboration With Pakistan In Halal Industry Says Anwar

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 486 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim with his Pakistani counterpart Shehbaz Sharif at the Pakistan prime minister s official residence in Islamabad today PETALING JAYA Prime Minister Anwar Ibrahim said there is vast potential for further collaborat...
Sijil Halal Ketua Pemuda Umno Hadir Beri Keterangan Di Ipd Jasin

Sijil Halal Ketua Pemuda Umno Hadir Beri Keterangan Di Ipd Jasin

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 119 hits
JASIN Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hadir memberi keterangan berhubung kenyataan balas isu sijil halal di Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin di sini hari ini Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau itu hadir pada pukul 10 15 pagi b...
Sunday Sermon The Economics Of The Halal Scam A Blockbuster By Sam The Ceo

Sunday Sermon The Economics Of The Halal Scam A Blockbuster By Sam The Ceo

papar berkaitan - pada 30/9/2024 - jumlah : 151 hits
The following is written by my friend Sam The CEO or Sam The Oilman Sunday Sermon The Economics of The Halal Scam Or How to Make the Clerical and Political Class Rich on the Backs of Muslims and Make Them PoorerMy thesis The halal concept i...
7 Vitamin E Terbaik Dengan Status Halal

7 Vitamin E Terbaik Dengan Status Halal

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 147 hits
Apakah vitamin E terbaik yang sesuai untuk anda beli pada tahun 2024 Dalam artikel ini kami akan kongsikan 7 vitamin E terbaik untuk memudahkan anda membuat perbandingan Baca juga Vitahealth Vitamin E 400IU Maklumat Produk Buatan Australia ...
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Abu Hurairah Sahabat Periwayat 5 374 Hadits

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Tahukah Anda Fasal Nama Tempat Terpanjang Dan Terpendek Di Malaysia

Adikwaniey Feat Ella Queen Cinto Mainey Chord