Senarai Hotel Murah Di Hatyai Harga Bawah Rm200


Hotel Murah Di Hatyai – Pilihan Penginapan Bajet dan Selesa
Hatyai adalah sebuah bandar yang sibuk dan sering menjadi pilihan destinasi percutian bagi pelancong dari Malaysia. Bandar ini menawarkan pelbagai tarikan menarik seperti pasar malam, makanan jalanan, tempat-tempat bersejarah, kaya dengan budaya serta alam semulajadi. 
Untuk menerokai tempat-tempat menarik di Hatyai dengan mudah, pelancong perlu memilih lokasi penginapan yang sesuai. Ada banyak pilihan hotel murah di Hatyai dan selesa yang boleh anda pertimbangkan. 
Dalam artikel ini, kami akan berkongsi senarai hotel bajet yang patut anda pertimbangkan beserta tips untuk mencari hotel murah di Hatyai. 
BACA JUGA: 10 Makanan Thailand Yang Sedap dan Wajib Dicuba
15 Senarai Hotel Murah di Hatyai  Berikut adalah 15 senarai hotel murah di Hatyai yang sesuai untuk pelancong dengan bajet rendah. Setiap hotel ini menawarkan pelbagai kemudahan asas yang lengkap, serta terletak di kawasan yang strategik.
1. The Regency Hotel Hatyai Alamat: 23 Prachathipat Road, Hatyai, Thailand Harga: Bermula RM115+ per malam The Regency Hotel Hatyai memang salah satu pilihan hotel bajet di Hatyai yang popular dalam kalangan pelancong. Lokasinya yang terletak di pusat bandar memudahkan pengunjung bergerak ke tarikan utama seperti Pasar Kim Yong dan Pasar Terapung Khlong Hae. 
Bukan itu sahaja, akses ke pusat membeli-belah dan tempat makan pun memang mudah sangat-sangat. Anda tidak perlu pergi jauh untuk menikmati pelbagai pilihan makanan dan hiburan di sekitar Hatyai.
Sumber: The Regency Hotel Hatyai Selain itu, hotel ini juga menawarkan bilik yang luas dan sesuai untuk keluarga atau kumpulan. Harga yang ditawarkan juga berbaloi untuk penginapan jangka pendek atau panjang.
2. Lee Gardens Plaza Hotel Alamat: 29 Prachathipat Road, Hatyai, Thailand Harga: Bermula RM170+ per malam Hotel murah di Hatyai yang anda boleh pertimbangkan seterusnya ialah, Lee Gardens Plaza Hotel. Hotel ini terletak di pusat bandar Hat Yai, menjadikannya lokasi yang sangat strategik untuk pelancong. 
Ia terletak hanya 650 meter dari Hat Yai Railway Station. Memang mudah sangat nak ke mana-mana tempat menarik seperti Lee Garden Night Market dan Odean Shopping Mall. 
Sumber: Lee Gardens Plaza Hotel Hotel ini  juga dikelilingi oleh pelbagai kedai dan restoran, jadi anda tidak perlu risau mengenai makanan dan keperluan asas apabila menginap di sini. 
Dengan bilik yang luas dan selesa, lengkap dengan kemudahan moden seperti penghawa dingin, TV kabel, peti sejuk, dan WiFi percuma, Hotel Lee Gardens Plaza ini pasti  memberikan pengalaman penginapan yang menyenangkan kepada anda!
3. Red Planet Hatyai Alamat: 152-156 Niphat Uthit 2 Road, Hatyai, Thailand Harga: Bermula RM100+ per malam Hotel ini juga terletak di pusat bandar Hatyai, kira-kira hanya beberapa minit berjalan kaki dari Odean Shopping Mall dan Lee Garden Plaza. Ia juga salah satu pilihan tempat penginapan yang bajet dan mesra poket di Hatyai.
Sumber: Red Planet Hatyai Lokasinya yang strategik ini memudahkan akses ke pelbagai tempat menarik seperti Kim Yong Market dan Santisuk Market.
Ini menjadikannya pilihan penginapan ideal untuk pengunjung yang ingin meneroka keunikan bandar Hatyai. Walaupun tidak menyediakan sarapan, anda boleh membeli makanan di sekitar restoran berhampiran dengan mudah. 
Dari segi kemudahan, memang tiptop. Bilik-biliknya bersih dan dilengkapi dengan kemudahan asas, sesuai untuk pelancong bajet. Tambahan pula, kakitangan di sini mesra dan sedia membantu.
4. Sakura Budget Hotel Alamat: 2/1-2/2 Soi 1, Niphat Uthit 1 Road, Hat Yai, Songkhla 90110, Thailand Harga: Bermula RM60+ per malam Sakura Budget Hotel terletak di lokasi strategik yang memudahkan akses ke pelbagai tempat menarik di Hatyai. Hotel ini sesuai untuk pelancong yang ingin meneroka kehidupan bandar tanpa perlu menggunakan pengangkutan awam yang banyak.
Sumber: Sakura Budget Hotel Hotel ini juga menawarkan bilik yang kemas dan ringkas dengan harga berpatutan. Terletak berhampiran dengan pasar malam dan stesen kereta api, ia sesuai untuk pelancong yang ingin menjelajah Hatyai dengan mudah. Walaupun harga murah, kebersihan dan keselesaan tetap diutamakan!
5. The Bed Hatyai Alamat: 170/1-2 Supasarnrangsan Rd, Tambon Hat Yai, Amphoe Hat Yai Harga: Bermula RM100+ per malam Pilihan hotel murah di Hatyai yang seterusnya ialah The Bed Hatyai. Hotel ini juga terletak di pusat bandar Hatyai. Memang mudah nak ke mana-mana. 
Sumber: The Bed Hatyai Dari segi keselesaan, hotel ini menyediakan kemudahan asas yang moden dan lengkap. Selain itu, rekaan dalaman hotel ini minimalis dan bergaya, memberikan suasana yang tenang dan menyegarkan. Jika anda bawa anak-anak, di belakang lobi ada ruang yang menempatkan permainan kanak-kanak. 
Walaupun harganya rendah, hotel ini sentiasa mengutamakn kebersihan dan keselesaan, menjadikannya pilihan yang lebih baik berbanding sesetengah hotel bajet lain yang mungkin kurang memberi perhatian terhadap aspek ini.
6. Boonchai Mansion Alamat: 2/1-2/2 Soi 1, Niphat Uthit 1 Road, Hat Yai, Songkhla 90110, Thailand Harga: Bermula RM70+ per malam Sumber: 稞什Bunchai Mansion Boonchai Mansion sesuai untuk pelancong yang mencari penginapan asas dengan harga yang sangat berpatutan. Terletak berhampiran pusat bandar, hotel ini menawarkan bilik-bilik yang bersih, lengkap dengan kemudahan asas seperti penghawa dingin, WiFi percuma, dan bilik mandi peribadi. 
Lokasinya strategik memudahkan tetamu untuk berjalan kaki atau menaiki tuk-tuk ke destinasi menarik di bandar.
7. Hatyai Signature Hotel Alamat: 44 Noppakao-Rimming Road, Korhong, Hat Yai Harga: Bermula RM120+ per malam Sumber: Hatyai Signature Hotel Hatyai Signature Hotel juga salah satu pilihan hotel bajet yang popular di Hatyai. Ia terletak hanya 2 km dari Stesen Kereta Api Hat Yai dan sekitar 9.8 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hat Yai. Namun begitu ia agak sedikit jauh dari pusat bandar Hatyai. 
Tetapi usah risau, anda boleh akses ke mana-mana tempat menarik di Thailand dengan menaiki keretapi atau menyewa kenderaan. Hotel ini ada menyediakan tempat letak kereta percuma. 
Sumber: Hatyai Signature Hotel Tidak seperti banyak hotel bajet di Hatyai, Hatyai Signature Hotel menawarkan kemudahan tambahan seperti kolam renang luaran, gimnasium, dan bilik yang lebih luas. Ini memberikan pelancong lebih banyak pilihan untuk berehat dan bersantai, terutamanya jika mereka ingin meluangkan lebih banyak masa di hotel.
8. Lamoon Hostel Hatyai Alamat: 165 Thanon Niphatuthit 3, Tambon Hat Yai, Amphoe Hat Yai Harga: Bermula RM100+ per malam Lamoon Hostel adalah salah satu pilihan tempat penginapan di Hatyai yang sesuai bagi pelancong yang ingin berjimat namun masih ingin merasai pengalaman penginapan yang selesa dan praktikal. Tambahan lagi, nak dapat akses pengangkutan awam seperti tuk-tuk dan bas memang mudah dari hotel ini. 
Sumber: Lamoon Hostel Hostel ini menawarkan bilik yang bersih, selesa dan direka dengan gaya minimalis yang menarik. Walaupun saiz bilik lebih kecil berbanding hotel konvensional, setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan asas seperti penghawa dingin, WiFi percuma, serta ruang tidur yang selesa
Lokasinya yang strategik memudahkan akses ke pelbagai tarikan di Hatyai seperti Central Festival Hatyai, Princess Maha Chakri Sirindhorn Natural History Museum, King Hatyai Amulet dan Songkhla Old Town, yang hanya memerlukan beberapa minit perjalanan sahaja. 
9. Pasawang Hatyai Hotel Alamat: 33/1 Hat Yai District, Songkhla, Thailand Harga: Bermula RM80+ per malam Sumber: hatyaihotelsweb Dengan harga sekitar RM80 ke atas per malam, Pasawang Hatyai Hotel menawarkan anda penginapan yang selesa dan dilengkapi dengan kemudahan asas. Walaupun hotel ini bukan terletak di tengah-tengah pusat bandar Hatyai, ia masih mudah diakses dengan pengangkutan awam seperti tuk-tuk. 
Jaraknya yang berdekatan dengan beberapa tempat menarik seperti Pasar Terapung Khlong Hae menjadikannya lokasi yang ideal untuk pengunjung yang ingin menerokai kawasan luar bandar. 
Bukan itu sahaja, ia juga terletak berdekatan dengan Masjid Besar Hat Yai, lebih kurang 10 minit sahaja dengan menaiki kenderaan. 
10. Hi Season Hotel Alamat: 33/2 Thamnoonvithi Road, Hat Yai Harga: Bermula RM100+ per malam Sumber: Hi Season Hotel Hi Season Hotel juga salah satu lagi hotel murah di Hatyai yang anda boleh pertimbangkan. Dilengkapi dengan kemudahan asas, memang selesalah untuk tidur malam serta berehat selepas seharian menjelajah di sekitar Hatyai.
Hotel ini juga terletak berhampiran dengan Central Festival Hatyai dan beberapa tempat menarik yang lain. 
11. Chittaya Mansion Alamat: 133/1-2 Thamnoonvithi Road, Hat Yai Harga: Bermula RM80+ per malam Chittaya Mansion adalah pilihan penginapan bajet di Hatyaj yang menawarkan bilik yang selesa dan perkhidmatan mesra. 
Sumber: ชิตตยาแมนชั่น Chittaya Mantion Lokasinya yang terletak sedikit jauh dari pusat bandar memberikan suasana penginapan yang lebih tenang. Sesuai untuk pelancong yang ingin berehat dari hiruk-pikuk bandar tetapi masih ingin akses mudah ke destinasi menarik. 
Penginapan ini juga menawarkan ruang yang luas, menjadikannya pilihan yang ideal untuk penginapan keluarga atau pelancong berkumpulan.
12. 2UHotelHatyai Alamat: 33/1 Hat Yai District, Songkhla, Thailand Harga: Bermula RM80+ per malam Sumber: 2U Hotel Hatyai 2U Hotel Hatyai juga adalah pilihan penginapan bajet yang popular di Hatyai, terletak hanya 1.9 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hatyai.
Ia juga menawarkan bilik yang selesa, bersih dan dilengkapi kemudahan asas. Harga pun murah. Sekiranya anda mempunyai penerbangan awal pagi dari Hatyai atau transit, hotel ini adalah salah satu pilihan yang terbaik untuk dipertimbangkan. 
13. Pearl Place Hotel Alamat: 44/1-2 Niphat Uthit 2 Road, Hat Yai Harga: Bermula RM50+ per malam Satu lagi hotel murah di Hatyai dengan suasana hotel yang tenang dan bilik yang selesa ialah Pearl Place Hotel. Menariknya lagi, staf-staf di hotel ini boleh bercakap Bahasa Melayu tau. Dah macam tak bercuti di Thailand hehe. 
Sumber: Pearl Place Hotel Setiap bilik-biliknya turut dilengkapi balkoni untuk tetamu menikmati pemandangan luar. Dari segi keselamatan, memang terjamin. Yang ada kad akses sahaja boleh tap dekat lif untuk masuk ke kawasan bilik hotel. 
Bila baca ulasan dekat Google review, ada yang kata dalam bilik tidak ada disediakan cerek air panas. Tetamu boleh mendapatkan air panas di bahagian resepsi secara percuma.
14. The Great Hotel Alamat:  88 Thamnoonvithi Road, Hat Yai Harga: Bermula RM90+ per malam Terletak di kawasan yang strategik tetapi tenang, The Great Hotel sangat mudah diakses termasuk lah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hatyai dan terminal bas utama. Ia menawarkan kemudahan asas yang lengkap seperti WiFi percuma, tempat letak kereta percuma, dan ruang untuk bersantai. 
Sumber: The Great Hotel Hotel bajet di Hatyai ini juga terletak berdekatan dengan beberapa tarikan utama di Hatyai dan restoran terkenal di Hatyai, menjadikannya sesuai untuk pelancong yang ingin menikmati makanan tempatan dan budaya Hatyai.
15.  Z Sleep Hotel Alamat: 1564 Kanjanavanit Road, Hat Yai Harga: Bermula RM150+ per malam Sumber: Z Sleep Hotel Z Sleep Hotel menawarkan bilik-bilik yang  minimalis, bersih dan selesa. Ia terletak hanya beberapa langkah dari Central Festival Hatyai. Memang strategik!
Sumber: Z Sleep Hotel Satu lagi kelebihan utamanya adalah, akses mudah ke pengangkutan awam. Ini menjadikan perjalanan ke tempat-tempat menarik lain di Hatyai lebih mudah. Dalam masa yang singkat, tetamu dapat merasai pelbagai tarikan seperti pasar malam, kuil, dan taman-taman indah di bandar ini.
Lokasi Strategik untuk Menginap di Hatyai Bagi memudahkan pergerakan anda ke tempat-tempat menarik di Hatyai, anda perlu menginap di hotel yang mempunyai lokasi yang strategik.
Berikut adalah beberapa beberapa lokasi strategik yang patut anda pertimbangkan:
1. Pusat Bandar Hatyai Pusat bandar Hatyai adalah pilihan terbaik untuk mereka yang pertama kali berkunjung ke Hatyai, gemar membeli-belah, dan pencinta makanan. 
Menginap di pusat bandar memudahkan akses ke tempat menarik seperti Lee Garden Plaza, Central Festival Mall, dan pasar malam. Kawasan ini juga dipenuhi restoran dan pusat membeli-belah. 
2. Jalan Niphat Uthit Jalan Niphat Uthit sangat sesuai untuk penggemar pasar malam dan makanan jalanan. Di sini, anda boleh menemui pelbagai gerai makanan tempatan serta kafe. 
Jalan Niphat Uthit terkenal dengan suasana malam yang meriah, sesuai untuk mereka yang ingin menikmati makanan jalanan dan pasar seperti Pasar Kim Yong dan Pasar Santisuk. 
3. Kawasan Pasar Terapung Khlong Hae Jika anda ingin merasai pengalaman budaya tempatan, kawasan Pasar Terapung Khlong Hae adalah tempat yang menarik. 
Pasar terapung ini menawarkan makanan tradisional yang dijual dari bot, serta peluang untuk menikmati suasana unik pasar tempatan. Kawasan ini tenang dan sesuai bagi pelancong yang mencari suasana lebih santai. 
4. Kawasan Central Festival Hatyai Untuk mereka yang gemar membeli-belah di kompleks moden, kawasan Central Festival Hatyai adalah pilihan yang baik. 
Central Festival Mall adalah pusat beli-belah terbesar di Hatyai dan menawarkan pelbagai pilihan kedai, restoran, dan panggung wayang.
5. Sekitar Stesen Kereta Api Hatyai  Bagi pelancong yang menggunakan pengangkutan awam, menginap di sekitar stesen kereta api Hatyai adalah idea yang baik. 
Kawasan ini sesuai bagi mereka yang bergantung kepada kereta api atau bas untuk perjalanan. Selain itu, kawasan ini berdekatan dengan kedai-kedai tempatan dan tarikan pelancong lain di bandar.
6. Berdekatan Lapangan Terbang Hatyai Jika anda mempunyai penerbangan awal atau transit di Hatyai, kawasan Lapangan Terbang Hatyai menawarkan pilihan penginapan yang mudah dan praktikal. 
Tips Mencari Hotel Murah di Hatyai 1. Tempah Lebih Awal Untuk mendapatkan harga terbaik, pastikan anda menempah penginapan anda seawal mungkin. Kebanyakan hotel menawarkan diskaun untuk tempahan awal, terutamanya semasa musim percutian. Bukan itu sahaja, dengan menempah awal, anda tidak akan terlepas hotel pilihan anda yang selalunya penuh. 
2. Gunakan Aplikasi Tempahan Aplikasi seperti Klook sering menyediakan promosi dan tawaran istimewa. Anda juga boleh membaca ulasan dari pelancong lain untuk memastikan kualiti hotel yang dipilih.
Klook.com
3. Pilih Lokasi yang Strategik Cari hotel yang terletak tidak jauh dari pusat bandar atau tempat tarikan utama. Ini bukan sahaja membantu anda mengurangkan kos pengangkutan, tetapi juga memberi anda lebih banyak masa untuk meneroka kawasan sekitar dengan mudah. 
4. Baca Ulasan Tetamu Walaupun anda memilih hotel dengan harga yang agak rendah, pastikan anda membaca satu persatu ulasan yang ditinggalkan untuk setiap hotel pilihan nada. 
Ulasan dari tetamu sebelum ini boleh memberikan pandangan yang baik tentang kualiti dan servis hotel. Cari hotel yang mempunyai ulasan positif berkaitan kebersihan, perkhidmatan, dan kemudahan.
Kesimpulan Memilih hotel murah di Hatyai tidak bermakna anda perlu mengorbankan keselesaan. Terdapat banyak pilihan hotel di Hatyai yang anda boleh pertimbangkan mengikut kesesuaian bajet anda. 
Semoga dengan perkongsian di atas, anda boleh menikmati penginapan yang selesa pada harga yang berpatutan. 
Rancanglah percutian anda dengan bijak dan nikmati pengalaman indah di Hatyai tanpa perlu risau tentang bajet!
BACA JUGA: Hatyai Van – Harga & Cara Sewa Van di Hatyai 2024


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/hotel-murah-di-hatyai/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=hotel-murah-di-hatyai

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hatyai Van Harga Cara Sewa Van Di Hatyai 2024

Hatyai Van Harga Cara Sewa Van Di Hatyai 2024

papar berkaitan - pada 14/10/2024 - jumlah : 90 hits
Hatyai Van Harga Cara Tempah Van Untuk Bercuti di Hatyai Tips Berguna Anda merancang untuk bercuti bersama keluarga atau rakan rakan di Hatyai dan sedang mencari pengangkutan yang selesa dan fleksibel Menyewa van di Hatyai mungkin menjadi p...
Pesawah Lega Harga Belian Padi Naik Kepada Rm1 300 Satu Tan

Pesawah Lega Harga Belian Padi Naik Kepada Rm1 300 Satu Tan

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 126 hits
bharian com myOleh Oktober 11 2024 Pesawah melakukan proses menuai padi di Kampung Lubuk Kawah Foto Wan Nabil Nasir BHJitra Langkah kerajaan meningkatkan harga lantai belian padi kepada RM1 300 satu tan menerusi peruntukan Belanjawan 2024 b...
Siri Intel Core Ultra 200s Dilancar Harga Bermula Rm1 260

Siri Intel Core Ultra 200s Dilancar Harga Bermula Rm1 260

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 62 hits
Intel telah melancarkan pemproses siri Intel Core Ultra 200S baharu pemproses desktop AI pertama Dengan prestasi berbilang benang yang dipertingkatkan sehingga 14 dan prestasi didayakan AI 50 lebih pantas berbanding pemproses pesaing ia mem...
Mpv Byd M6 Dilancar Harga Dari Rm109 800

Mpv Byd M6 Dilancar Harga Dari Rm109 800

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 50 hits
BYD Malaysia hari ini secara rasminya melancarkan MPV terbaharunya ke pasaran tempatan BYD M6 MPV EV yang sesuai untuk keluarga ini dilengkapi dengan ruang duduk untuk 7 penumpang Hadir dalam 2 varian BYD M6 standard dikuasakan bateri Bilah...
Patutkah Harga Padi Dinaikkan

Patutkah Harga Padi Dinaikkan

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 81 hits
Che IbrahimJika harga padi dinaikkan tentunya petani akan gembira kerana pendapatan mereka akan lumayan dengan penat lelah yang dikorbankan Sawah sawah mungkin tidak banyak yang terbiar kerana petani petani mula mengerjakan sawah sawah mere...
Harga Maksimun Beras Putih Tempatan Tak Berubah Sejak 2008

Harga Maksimun Beras Putih Tempatan Tak Berubah Sejak 2008

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 94 hits
bharian com myOleh Oktober 16 2024 10 39amMenteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke 15 di Bangunan Parlimen Foto BERNAMAKUALA LUMPUR ...
Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Matawang Kripto Chainlink Jumaat 04 Oktober 2024

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Matawang Kripto Chainlink Jumaat 04 Oktober 2024

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 135 hits
Daripada carta harian mata wang kripto Chainlink terdapat beberapa perkara menarik yang perlu diberi perhatian Pertama terdapat corak Ascending Broadening Wedge dan kedua terdapat sisihan antara pergerakan harga dan penunjuk MACD Histogram ...
Apple Umum Ipad Mini Dengan Cip A17 Pro Harga Bermula Rm2199

Apple Umum Ipad Mini Dengan Cip A17 Pro Harga Bermula Rm2199

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 47 hits
Apple hari ini melancarkan iPad mini generasi baharu dengan sejumlah naik taraf 8211 termasuk dikuasakan cip A17 Pro serta sokongan Apple Intelligence Menurut Apple cip A17 Pro memberikan peningkatan masing masing 30 dan 25 dalam prestasi C...
Tinjauan Kembali Fraktur Rahang Bawah Di Kabul Afghanistan

Tinjauan Kembali Fraktur Rahang Bawah Di Kabul Afghanistan

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 43 hits
Pengenalan Mandibel atau rahang bawah adalah elemen penting dalam rangka wajah kita berfungsi bukan hanya untuk wajah yang cantik tetapi juga untuk proses mengunyah Dengan anatomi dan mobilitas yang unik mandibel mudah sekali patah akibat b...
Daftar 49 Calon Menteri Kabinet Prabowo

Menteri Pendidikan 2024 Di Kabinet Prabowo Abdul Mu Ti Menggantikan Nadiem Makarim

Lg S Brand Reinvention A Global Success Story

Bearing Motor Pecah

Menteri Kerja Raya Dedah Punca Tanah Runtuh Di Melawati

Chegu Bard Bellringer Sebenar Skandal Pasir Selangor

Ah Chong Posmen

Ruu Mufti Mufti Hentam Menteri Agama Kurang Faham


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Di Hatiku Ada Kamu Viu Malaysia

5 Jenis Bantuan Sosial 100 Percuma Yang Disediakan Negara Luar

10 Fakta Biodata Pelakon Fattah Amin Bekas Suami Fazura Penyanyi Lagu Wanita Terakhir Juara Hero Remaja 2011 2012

10 Fakta Biodata Pelakon Fazura Bekas Isteri Fattah Amin Foto Dulu Sekarang

ABPBH 2024 Keputusan Pemenang Calon Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 36 Siaran Live Di TV3 Tonton 11 Oktober


Makin Hampiri Penghujung Dear Hyeri Raih Rating Tertinggi

Walaun Ni Bab Matematik Jangan Lawan Nuh Masa Sok Ambik Spm Calon Keluar Paling Awal Depa La

Duit Samun Dapat Semula

Nasuha Terlepas Ujian Ukkm Perbualan Pengerusi Mara Nasuha Undang Pilu

Momen Bersalin Anak Kedua Raja Ilya Dapat Baby Boy 4 7kg

Neelofa Kongsi Pesanan Pu Riz Rahsia Rumah Tangga Kekal Harmoni