3 Kali Singgah Kedai Roti Paung Dan Pizza Arang Kayu Sebab Lokan Bakar Sedap


Bila kita sukakan sesuatu makanan dan kedai makan, mesti kita akan berulang pergi dan pergi lagi sampai jemu. Tu pun kalau jemulah kan. Begitulah bila 3 kali singgah Kedai Roti Paung dan Pizza Arang Kayu kat Sepang ni mulanya sebab teringat lokan bakar yang diberikan secara percuma (owner promotelah tu) dan kemudian seronok layan tart telur yang panas-panas


Outing Ke Bagan Lalang : 4 OgosKami jemput CikCha dan firkir nak singgah Masjid Sendayan, konon nak rehat dan makan kat sana tapi tiada wakaf, lagipun hujan pun agak lebat, jadi terus kami ke Pantai Bagan Lalang untuk makan bekalan nasi lemak

Masa nak ke Bagan Lalang tu, KC Iman bagitau nak cari kedai roti paung tapi kata KY, kita singgah lepas ambil angin kat Pantai Bagan Lalang




Sampai kat Bagan Lalang (PBL) kami bentang tikar dan menjamu makan bekalan nasi lemak yang dimasak, sempat pulak Cik Meya dan CikCha beli jajan, aiskrim dan belon buih. Sempat juga CikCha main belon buih dan dapat juga rehat sekejap ambil angin pantai. Tak tunggu lama bila hujan dah mula turun, kami gerak ke lokasi mencari roti paung



Kedai Roti Paung & Pizza Kayu ApiPerniagaan pizza arang kayu ni cukup menarik sebab diusahakan oleh seorang gadis yang masih menuntut (Form 6) di halaman rumah keluarga jadinya business ni cuma dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad. 
Disebabkan roti paung tak ada, kami takeaway 2 pizza dan tuan punya kedai (mak si tukang buat pizza) tu belanja lokan bakar yang dibakar dalam ketuhar simen. 



Dalam perjalanan nak balik tu sempat kami borong buah naga yang cukup murah, ada yang dijual serendah 4 kilo RM10.  Bayangkan kami bawa balik dalam 10 biji buah naga yang mana tak akan dapat banyak tu kalau kat KL. Tak tahu pulak kat sini tempat penanaman buah naga. 
Destinasi seterusnya kami ke Aeon Mall Nilai untuk beli air mineral untuk CikCha tapi tak de pulak botol 5 liter jadi kami ke Messa Mall pulak dan terus pecut menghantar CikCha balik ke kolej. Dia harus berada di kolej sebelum jam 6 petang


Bila tengok jam, rupanya dah jam 6 lebih dan perut mula berkeroncong, jadinya kami singgah Masjid Dato Klana Petra Undang Luak Sg Ujong untuk makan pizza dan lokan di wakaf yang disediakan. Bayangkan kami beli pizza ni dalam jam 1.30 petang dan dah beberapa jam tapi pizza tu masih lembut. 
Tak cukup pulak lokan yang diberikan, memang nak kena cari balik kata anak-anak. Sedap sebab tak berbau pelik dan sos thai yang diberikan tu cukup membuat lokan tu sedap walau dah sejuk

Bila keluar dengan anak-anak yang dah dewasa ni memang makan tu satu kemestian, walau dah makan pizza tetap juga mereka lapar, jadinya kami singgah ke Wawa Seafood. Nanti-nanti umi share apa yang kami makan kat sini dalam entri yang lain


Singgah Kali Kedua : 15 SeptemberAlhamdulillah, dapat umi singgah dan bawa habibi singgah ke Kedai Roti Paung Dan Pizza Arang Kayu di sini.

Memang niat nak bawa habibi ke sini sebab dia kan suka ambil gambar dan semestinya dia suka bila tengok cara penyediaan pizza ni dan saya pulak dapat makan lokan. Adillah kan


Kali ini kami order 2 piza dan bungkus 3 set lokan sebab KY dan KC tak ikut sebab ada hal masing-masing dan sebagai mak-mak, nak juga Ayong rasa tapi memang sah Angah memang tak akan makan tapi tak pe sebab pizza kan ada




Kami order mushroom soup dengan garlic bread, tart telur dan 1 bekas lokan. Memang sedap makan waktu panas-panas terutama tart telur yang hampir buat bibir melecur sebab tak sabar. Selalu dapat makan tart telur yang dah sejuk tapi ni memang sedap tak boleh nak cerita. 
Mushroom soup ni pun recommended sebab terasa cendawan yang dihiris halus dan rasanya ni memang homemade mushroom soup bukan yang dalam tin


Bawa Cik Cha Outing : 29 September2 minggu tak jumpa Cik Cha, hanya video call tak cukup nak dengar celoteh si bongsu ni, jadi kami plan untuk outing dan bawa dia ke Pantai Bagan Lalang. Mana lagi nak pergi untuk rehat-rehat dan santai selain masuk mall di Nilai ni


Dari Politeknik, kami terus ke Pantai Bagan Lalang untuk santai di pantai tapi perut dah mula lapar, jadi kami drive hingga ke hujung untuk cari kedai makan dan jumpa kedai Mak Ngah Asam Pedas



Rasa asam pedas ni kira boleh la pada tekak umi walau kuah nampak pekat likat tapi bila makan makanan dah sejuk ni memang tak berapa best. Habibi play safe dengan ambil nasi goreng sementara kak cik Iman ambil nasi goreng kampung dan satu lagi dibungkus untuk cikcha. Portion nasi goreng memang banyak


Otw balik tu kami singgah beli buah naga merah dan buah naga yang isi putih yang lebih mahal harganya, RM16 sekilo. Mujur beli 2 biji sebab memang masam manis rasanya


Kami singgah lagi ke kedai roti paung dan pizza arang kayu untuk minum petang. Kali ni kami makan 1 hidangan lokan, 1 set tart telur, mushroom soup dan pizza sebab KC Iman tersangat lapar. Memang dia ni kalau makan makanan macam ni memang suka betul


Senyum lebar tuanpunya kedai sebab kami singgah lagi

Kali ni kami bungkus 2 set tart telur dan 2 biji pizza untuk anak-anak di rumah. 
Selesai makan, kami gerak ke Politeknik untuk hantar CikCha balik

Korang rasa umi akan singgah lagi takke kedai roti paung dan pizza arang kayu ni? InsyaAllah, akan singgah lagi sebab selain menu sedap ni, tuanpunya kedai pun ramah




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2024/10/3-kali-singgah-kedai-roti-paung-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kedai Nasi Arab Terengganu Sedap Dan Murah

Kedai Nasi Arab Terengganu Sedap Dan Murah

papar berkaitan - pada 23/10/2024 - jumlah : 174 hits
Kami ada satu lokasi kedai nasi arab yang kami suka makan di bandar Kuala Terengganu Maklum sajalah orang lelaki kan makannya banyak jadi suami suka ajak saya dan anak anak makan di kedai nasi arab kerana portionnya yang selambak banyak Dis...
Resipi Keema Daging Yang Sedap Makan Dengan Roti Atau Nan Cheese Meleleh

Resipi Keema Daging Yang Sedap Makan Dengan Roti Atau Nan Cheese Meleleh

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 159 hits
Keema daging selalunya di makan bersama nan cheese atau roti prata Adunan daging bersama rempah ratus memang membangkitkan selera selain penggunaan daging kisar dan kacang peas segar di dalamnya Resipi keema daging BAHAN BAHAN 400gm daging ...
Resepi Kuah Oden Sedap Kalah Family Mart

Resepi Kuah Oden Sedap Kalah Family Mart

papar berkaitan - pada 23/10/2024 - jumlah : 160 hits
Resepi kuah oden sedap kalah family mart2 paket perencah tomyam adabi 2 paket perencah sup siam adabi 1 paket perencah asam pedas adabi 2 pcs kiub pati ayam Air 1 5 liter Gula 1 sudu Caranya Masuk semua perencah biar mendididih n blh masuk ...
Buat Sendiri Risoles Sedap Mudah Tak Guna Banyak Bahan

Buat Sendiri Risoles Sedap Mudah Tak Guna Banyak Bahan

papar berkaitan - pada 23/10/2024 - jumlah : 178 hits
Sedapnya Risoles ni Sangat sesuai dijadikan sajian kudapan di waktu lapang atau Terdapat pelbagai resipi Risoles yang intinya dipelbagaikan Salah satunya yang sedap dan mudah ialah resipi kulit Risoles yang dikongsi oleh saudari Juju Minhad...
Ayam Masak Kicap Mudah Dan Sedap

Ayam Masak Kicap Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 23/10/2024 - jumlah : 204 hits
Saya ingin kongsikan petikan video Tokku Pasir Gudang Bila sakit sahaja itu amaran awal pada kematian Maka segerakan bertaubat Kebetulan saya dah beberapa hari terlantar di hospital kerana ada infection dan bacteria Sementara menunggu resul...
Makanan Hatyai Pilihan Restoran Halal Sedap Dan Murah

Makanan Hatyai Pilihan Restoran Halal Sedap Dan Murah

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 177 hits
Makanan Hatyai Pilihan Restoran Halal Sedap dan Murah Hatyai sememangnya syurga makanan bagi pelancong yang gemar mencuba pelbagai jenis makanan Terdapat banyak pilihan makanan tempatan yang tidak boleh dilepaskan apabila berkunjung ke Haty...
Yogurt Farm Fresh Sedap

Yogurt Farm Fresh Sedap

papar berkaitan - pada 18/10/2024 - jumlah : 256 hits
Sejak tahu Farm Fresh ada keluarkan yogurt kita pun selalu membeli yogurt setiap minggu Kalau tidak tak tahu nak beli jenama apa yang sedap sebab kebanyakkannya produk yang diboikot Jadi bila ada yogurt Farm Fresh ni senang hatilah kita nak...
Kek Coklat Indulgence Yang Sedap

Kek Coklat Indulgence Yang Sedap

papar berkaitan - pada 24/10/2024 - jumlah : 138 hits
Assalamualaikum dan selamat pagi Hari Sabtu 19 Oktober 2024 adik singgah kedai kek pula Kalau singgah mesti kena beli tak beli menyesal pula nanti Mana boleh tengok sahaja kek yang sedap sedap Maka belilah satu kek coklat indulgence RM12 Be...
Mixue Aiskrim Murah Sedap

Mixue Aiskrim Murah Sedap

papar berkaitan - pada 24/10/2024 - jumlah : 158 hits
Hi gaiss Pada suatu hari yang panas terik saya rasa nak mendinginkan diri hahaha Dalam usaha mencari sesuatu yang menyegarkan saya teringat akan aiskrim Mixue yang terkenal dengan harga yang sangat berpatutan Dengan hanya RM2 saya berkesemp...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip