Masa kami sampai,Tingkat bawah full.Jadi staf minta kami naik tingkat atas.
Tingkat atas tak ramai orang,Ada dua family besar je.
Ada meja dengan kerusi,Ada juga meja duduk bawah.Kami pilih meja duduk bawah aje.Senang sikit nak makan dengan anak anak ni.
Lepas makan semua main handphone,Budak budak zaman sekarang kann...Sesekali MY izinkan juga bawa handphone masing masing keluar,Tapi selalunya,Tak bagi.
Ceria sungguh hiasan hiasan kat kedai makan Nasi Arab ni...
Kami order 1 set Lamb Shank dengan nasi mandy.Suami MY la yang teringin sangat sangat nak makan lamb shank ni.Harga RM36 sahaja. Dia punya lamb shank,Memang lembut.Cuma aikk?selalu tengok kat Tik Tok kuah dia warna merah,Ni apasal warna putih.Alah..lain restoran, lain chef,lain la resepinya.Yang ni dari Parsi,Chef ammar tu dari palestine,ada kedai yang resipinya dari Mesir, dari Morocco dan lain lain tempat lagi.Tapi untuk orang yang buta rasa macam MY ni..Jangan masin sangat, jangan tawar sangat, Dah sedap lah tu...hahaha
Kemudian kami order 2 family set ni.Dalam set ni ada 4 portion nasi. Kami ambil dua jenis nasi,Nasi mandy dan nasi maqluba.Dua dua jenis pun sedap. Tapi MY lagi suka nasi mandy
Ada salad yang terdiri dari sayur sayuran seperti timun, lobak merah, bawangKobis, tomato dan kerepek apa entah dia tabur atas salad tu.Sedap... MY dengan suami makan habis semangkuk bujur tu
Ayam 2 potong, kambing dua bungkus.Kambing dia dalam berbungkus dalam aluminium foil tu.Lupa pula nak buka dan snap gambar.Ok..lepas ni akan ambil gambar dengan lebih baik lagi.Hihihi...Maklumlah..Kita bukan liana breep breep...Hahaha...Kita ni siang malam kisahkan anak dan rumah je...Menulis dan ambil ambil gambar ni...Makin lama bukan makin bagus skillnya..Makin jahanam ada la.Tu belum lagi yang bujang dua ketul tu asyik gelakkan mamanya nak ambil gambar
Dalam family set ni,Termasuk satu jug atau cerek air teh arab.Boleh pilih nak air panas atau sejuk.Kami ambil satu set air teh arab sejuk,Satu lagi teh arab panas.Dia punya teh bukan main pekat,Hahaha...Kami tak letak pun daun pudina tu dalam tehnya.Suami MY tak suka...Bila dia minum teh dengan daun pudina ni,Automatik suami MY akan asyik sendawa tak putus putus. So daun pudina memang kena banned.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |