Meriah Makan Malam Di The Flavourist Bluesmoke Bila Cukup Korum
Meriah Makan Malam Di The Flavourist Bluesmoke Bila Cukup Korum | Memang seronok bila ada kesempatan untuk makan beramai-ramai dengan anak-anak. Dah lama kami tak makan dengan cukup bilangan ahli keluarga sebabnya kadang kala kami makan kat luar selepas membeli belah barangan dapur atau keluarga untuk window shopping.
Dah lama DH rancang nak belanja anak-anak sebab dia dok sibuk kerja, kejap-kejap outstation ke Melaka, Penang, Kedah dan even hari Sabtu atau Ahad dan cuti umum pun kena kerja. Sampai dia rasa bila la nak pencen..haha. Sempat juga tanya dia kalau dia pencen takkan dia nak pandang muka umi jer? Jawab dia senang jer, kita gi jalan-jalan la naik motorhome ehhh.
Meriah Makan Malam Di The Flavourist Bluesmoke Bila Cukup Korum
Hasil mencari di Google, Kak Yang jumpa kedai makanan western ni yang dekat dengan rumah. Memang payah kalau kedai makan jauh, nak tempuh jem waktu pergi dan balik sampai boleh lapar balik kan
Jom tengok apa yang kami pesan kat sini dan apa kata DH dan anak-anak
PILIHAN MAKANAN KAMI
1.Smoked Carbonara + smoked Chicken + extra pasta RM28) buat Angah Ammar.
2. Alle Vongle (RM25) menjadi pilihan Kak Yang
3. Smooked Cabonara + Smoked Brisket (RM29 + RM5) buat DH. Memang sedap gadingan daging dan sos cabonara.
4. Smoked Beef Brisket 200g with white BBQ sauce, Black pepper Sauce, Coleslaw, Mashed Potato (RM46) + 1 sausage (RM7) buat Cik Meya. Sedap dan portion tu memang banyak sebab berpadanan dengan harganya.
5. Caramelized Onion Burger (RM23) buat KC Iman yang dah termasuk dengan air Lemon Tea. Memang sedap rasa burger dengan daging yang lembut.
Chicken Maryland + mushroom sauce (RM23) buat umi, 2 x Nasi dengan Spicy Buttermilk Chicken (RM24) dengan nasi tambahan (RM6) buat Ayong dan cikapplepie. Kami juga ambil tambaahan Mac & cheese Plain (RM15) dan Garlic Bread (RM6)
PILIHAN MINUMAN KAMI
Teh tarik legend (RM4) buat DH, Caffe Latte (RM8 x 2) buat ummi dan Ayong, Tutti Frutti (RM5) buat Kak Yang, Bandung Soda Float (RM10), Ice Purple Latte (RM10) buat Cik Meya , Smoothie Strwberry (RM12) buat cikapplepie
Jumlah keseluruhan makan malam kami untuk lapan orang ni RM282.90. Ok tak harga tu?
APA KATA KAMI ?Memang sedap setiap makanan yang kami buat semua orang dengan daging yang lembut, sos yang sedap walau pernah makan makanan yang lebih sedap tapi untuk harga yang ditawarkan tu memang agak berbaloi.
Tapi yang kurang sikit sebab pasta semuanya agak sejuk, bukan terlalu sejuk tapi kalau panas sikit memang akan jadi extra sedap kecuali Mac & Cheese tu memang panas la sebab nak cairkan keju kan.
Suasana kedai pun cukup bagus bagi kami sebab ruang kedai yang agak besar dan agak tersorok dari kebisingan jalanraya.
Paling penting servis penghantaran makanan pun tak lama mungkin kerana pelanggan perlu scan bar code untuk membuat tempahan. Mudah, tapi kalau yang oldskool ni agak renyah la jugak.
Untuk seating pula, pelanggan boleh memilih untuk duduk di ruangan berhawa dingin atau di ruangan terbuka.
Jadi, mungkin kami akan ke sini lagi bila dah cukup simpanan dalam tabung dan umi pun recommend pada anda yang nak mencuba.
Dah jadi habit kami anak beranak akan sharing food yang dipesan, jadinya pinggan makanan setiap dari kami akan berpusing hingga sampai balik ke empunya. Kadang-kala ada yang tak habis, akan ada bantuan dari yang lain untuk habiskan.
Ada sesiapa yang macam family umi? mesti ada kan. Kalau nak order 2 dah dikira membazir sebab setiap orang akan ada pilihan makanan sendiri kan
Kalau ada yang nak ke sini, boleh jer waze atau kalau anda memang menetap di Taman Melawati pasti akan jumpa kedai ni.
Alamat : The Flavourist Bluesmoke, B7-G1, Gaya Commercial Centre, Taman Melawati
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.iamfuzy.com/2022/11/meriah-makan-malam-di-flavourist.html