Peletakan Jawatan Dr Maszlee Hanya The Tip Of The Iceberg


Ir Muhammad Lukman Al Hakim PH, BN bukan lawan undi, tapi kekalkan survival kaum minoriti
IA adalah fenomena sampingan yang menggambarkan lima isu besar sebenar yang sedang berlaku dalam senario politik tanahair:
1. Parti Rasis cauvinis, DAP Dominan dan Konsisten menghuru-harakan Pentadbiran Dalam kerajaan
Parti cauvinis yang didanai para taikun ini memberikan tekanan yang amat tinggi terhadap kerajaan termasuk kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sendiri secara terang-terangan

Walaupun sebahagian mereka adalah menteri/timbalan menteri kabinet, namun wala’ dan kesetiaan tetap diberikan kepada pucuk pimpinan parti, walaupun bertentangan dengan aspirasi PM, rakyat majoriti dan jentera kerajaan sendiri

Ini amat jelas berlaku secara konsisten dalam kes rusuhan kaum di Kuil Sri Mariamman USJ 25, Statut Rome, isu Komunis dan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), polemik tulisan jawi dan banyak lagi

Lebih pelik dan ajaib apabila Timbalan Menteri Pendidikan hanya taat kepada pimpinan DAP dan bukannya menteri, lebih dominan dalam mentadbir kementerian dan membuat kenyataan rasmi, serta konsisten memberikan bantuan kepada sekolah vernakular yang sudah sedia tersergam indah dan
cantik

Jika benar kementerian yang lemah dan bersalah, sepatutnya YB Teo Nie Ching juga dipaksa meletak jawatan

2. Politik Berasaskan Kaum Mengatasi Politik Berasaskan Parti
Dominasi DAP yang bertunjangkan semangat perjuangan rasis (berasaskan kaum) mendapat sokongan tak berbelah bahagi dari MCA, terutama selepas kemenangan calon mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai

Dalam isu sekolah vernakular, status Bahasa Melayu, Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), Rang Undang-Undang (RUU) 355 dan Buy Muslims’ First (BMF) sebagai contoh, mereka amat konsisten dan senada seirama mempertikaikan perlembagaan negara

Parti politik Pakatan Harapan (PH) lawan Barisan Nasional (BN) hanya sandiwara. Pertembungan sebenar bukan pada peti undi, tapi dalam mengekalkan survival kaum minoriti masing-masing

Masalahnya, kenapa pemimpin bangsa tonggak Melayu Islam gagal memahami konsep ini dan terus terperdaya dengan teknik pecah dan perintah, yang dimainkan DAP serta kuncu-kuncunya

3. Ketelusan dan Transformasi yang Dijanji PH Hanya Janji Kosong
Sungguh tiada apa-apa yang baharu dapat kita lihat dalam pentadbiran PH selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu. Semua inisiatif yang bagus dari kerajaan terdahulu diteruskan serta diberi nama baharu. Manifesto pilihanraya tinggal di atas kertas, hanya dijustifikasi bukan diimplementasi

Dalam aspek rasuah, ahli politik bermasalah, kelembapan ekonomi, jual aset negara kepada kuasa luar dan membuli bangsa Melayu dan agama Islam, nampaknya kerajaan PH lebih hebat prestasinya berbanding kerajaan terdahulu

Rakyat terus susah dan tersepit
Apabila satu-satu masalah berlaku, dengan mudah pimpinan negara menuding jadi kepada rakyat yang dikatakan malas, tidak berusaha dan asyik bergantung kepada bantuan

4. ‘Politiking’ Tunjang Politik Negara, Bukan Khidmat Untuk Rakyat
Ahli politik terus kekal sibuk untuk mempertahankan periuk nasi masing-masing, jatuh menjatuh, menyebarkan video lucah, membentuk kerajaan dalam kerajaan dan pelbagai lagi tindakan yang tidak langsung menguntungkan rakyat
Pengunduran Dr Maszlee Malik adalah bukti jelas berlakunya politik dalaman yang amat jahat untuk memporak-perandakan negara

Samada ia disebabkan kelemahan peribadi atau tindakan beliau menamatkan kontrak YTL, atau memperkenalkan pelajaran tulisan jawi atau menggalakkan dakwah di sekolah bukankah isu pokok

Isu yang lebih besar ialah agenda pembangunan negara sebagai contoh penambahbaikan sistem pendidikan negara, sepatutnya dipunyai dan ditunjangi oleh seluruh jentera kerajaan berasaskan perlembagaan dan semangat integtasi kaum

Namun ini jelas tidak berlaku ‘Politiking’ yang berlaku adalah untuk menaikkan agenda peribadi dan agenda kaum minoriti yang rasis

Itu belun kita bincang isu perebutan jawatan PM ke-8 lagi…
5. PH Menghampiri Kemusnahan. Melayu Islam Perlu Ambilalih Dominasi Untuk Pastikan Kestabilan Negara
Jelas, segala yang berlaku menunjukkan PH menuju kehancuran. Dr M sudah terlalu tua dan lemah untuk mentadbir, hilang taring, tiada kekuatan pengaruh seperti dulu dan sering tunduk kepada desakan DAP

Malaysia memerlukan satu nafas baharu. Politik berasaskan Islam yang didominasi pimpinan Melayu yang berintegriti tinggi dan berkemahiran merentas parti politik sedia ada

Segala agenda peribadi dan sampingan perlu diketepikan. Para ahli politik yang telah luput tarikh, basi dan meloyakan perlu dibuang jauh-jauh

Ayuh kita bangunkan generasi muda pimpinan negara yang berwawasan besar dengan aspirasi yang lebih segar

Hanya cara inilah yang akan dapat mengekalkan kesejahteraan dan kestabilan negara
Sukar dan mencabar, namun kita tiada alternatif lain

*Ir Muhammad Lukman Al Hakim , Ahli Jawatankuasa Pusat Isma



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/peletakan-jawatan-dr-maszlee-hanya-tip.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Maszlee Umum Peletakan Jawatan Petang Ini

Dr Maszlee Umum Peletakan Jawatan Petang Ini

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 527 hits
PUTRAJAYA Dr Maszlee Malik dijangka akan mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai menteri pendidikan petang ini menurut laporan Malay Mail Malay Mail memetik sumber yang mendakwa Maszlee telah menyerahkan surat perletakan jawatannya ke...
Adakah Peletakan Jawatan Dr Maszlee Ada Kaitan Dengan Projek 1bestarinet

Adakah Peletakan Jawatan Dr Maszlee Ada Kaitan Dengan Projek 1bestarinet

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 1082 hits
1BestariNet 5 sebab kementerian tak sambung kontrak YTLCPUTRAJAYA Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini memberi lima sebab tidak menerima tawaran daripada YTL Communications Sdn Bhd untuk menyambung kontrak perkhidmatan internet percuma
Ucapan Peletakan Jawatan Maszlee Malik

Ucapan Peletakan Jawatan Maszlee Malik

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 783 hits
Maszlee Malik Assalamualaikum selamat sejahtera dan salam tahun baru 2020 Terima kasih kepada semua yang hadir terutamanya pihak media dan warga keluarga KPM Ketika saya masuk ke bangunan ini sebagai menteri pendidikan hampir 20 bulan yang ...
Tak Rugi Baca Sebab Dr Maszlee Malik Letak Jawatan

Tak Rugi Baca Sebab Dr Maszlee Malik Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 805 hits
Aku bukanlah gemar berbicara tentang politik Pada aku susah nak
Maszlee Telah Menyerahkan Surat Perletakan Jawatan

Maszlee Telah Menyerahkan Surat Perletakan Jawatan

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 775 hits
Maszlee Malik dijangka akan mengumumkan perletakan jawatan daripada jawatankuasa kabinet hari ini menurut sumber terdekat menteri pendidikan tersebut kepada Malay Mail Menurut sumber Maszlee telah pun menyerahkan surat perletakan jawatan be...
Maszlee Malik Akhirnya Kecundang Dan Terpaksa Lepas Jawatan Sekaligus Memberi Petunjuk Uec Dan Dap Jauh Lebih Power

Maszlee Malik Akhirnya Kecundang Dan Terpaksa Lepas Jawatan Sekaligus Memberi Petunjuk Uec Dan Dap Jauh Lebih Power

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 680 hits
Tidak beberapa jam selepas Maszlee Malik dikritik hebat oleh Lim Kit Siang kerana kertas peperiksaan yang disediakan oleh Universiti Malaysia Perlis dan mendesak Ahli Parlimen Simpang Renggam itu mengambil tanggungjawab akhirnya Maszlee Mal...
Bukan Maszlee Sedozen Menteri Lain Lebih Layak Letak Jawatan Khairy

Bukan Maszlee Sedozen Menteri Lain Lebih Layak Letak Jawatan Khairy

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 468 hits
Astro Awani Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin meninggalkan komen pada gambar Dr Maszlee Malik yang mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan Foto ASTRO AWANI SHAHIR OMAR KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamalu...
Letak Jawatan Dr Maszlee Kurang Pengalaman Politik Lemah Komunikasi

Letak Jawatan Dr Maszlee Kurang Pengalaman Politik Lemah Komunikasi

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 383 hits
Punca bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik meletak jawatan bukan akibat dasar yang tidak diterima umum tetapi lebih kepada kurang pengalaman politik dan lemah dalam komunikasi Demikian menurut beberapa penganalisis politik memperkataka...
Saya Tak Redha Maszlee Letak Jawatan Sehinggalah Puncanya Dinyatakan Kepada Umum Saiful Islam

Saya Tak Redha Maszlee Letak Jawatan Sehinggalah Puncanya Dinyatakan Kepada Umum Saiful Islam

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 585 hits
SOSMED Pemecatan ataupun bahasa lunaknya dinasihati berhenti Maszlee Malik dari Menteri Pendidikan masih lagi diperkatakan netizens sehingga ke hari ini Setakat ini kita belum ada jawapan yang pasti kenapa Maszlee diarahkan berhenti tetapi ...
Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Pn Tersungkur Analisa Keputusan Prk Ayer Kuning

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Deliciious Feat Nakalness Tahan Chord

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Pope Francis Laid To Rest As 400 000 Mourners Honour His Legacy With Open Heart


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kashmir Kembali Bergolak Pada Tahun 2025

Koleksi Mikrokontroller

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga

Sign Up Money Strategies Turning Bonuses Into Bankable Wins

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Macam Mana Orang Malaysia Boleh Buat Rm10k Sebulan Guna Hanya Satu Pautan