Makan Nasi Kandar Beratur 786


 Assalamualaikum WBT 


BILA baca komen yang ditinggalkan Puan Hazel dalam post Menginap 3H2M di Sunway Hotel Butterworth, baru perasan dan teringat bahawa nama tempat sebenarnya adalah Seberang Jaya. Jika ikut alamat hotel, daerah Perai. Maaflah, Sk agak kurang mahir tentang nama-nama daerah di Pulau Pinang, kita orang Johor, kan. Samalah jugak dengan orang dari negeri lain yang pernah Sk baca, dia ingat Mersing tu kat Johor Bahru, ah.. gitu.




Bersambung kisah ke Pulau Pinang baru-baru ini, pada mulanya Pak Inche rancang, malam lepas habis rancangan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), kami akan menaiki jambatan ke pulau, makan Nasi Kandar Beratur. Lama tak makan sana, kan.. tapi, masa balik dari Kuala Ketil, Sk nampak Nasi Kandar Beratur 786 ni betul-betul bersebelahan dengan hotel, kena seberang jalan sikit jer la. Sk cadangkan kami ke sini sajalah, namanya pun nasi kandar beratur jugak, cuma ada nombor 786, hehehehe. PI pun agaknya dah penat jugak, dia pun setuju, lepas ABPBH la, dia kata




Tak sempat tunggu ABPBH habis pun ya, rasanya tak sampai 10 minit ABPBH tu mula, PI kata, jomlah pergi makan, hahaha. Maaf, Sk tak ingat waktu sebenar kami makan ni sebab handphone Sk tertinggal, dah sampai restoran nak ambil gambar lauk kat kaunter baru sedar handphone tak bawa. Kaunternya bersih dan teratur, tak ada kuah percik sini-sana dan jockey semua bukan mamak atau India. Bila dengar mereka cakap, loghat Penang dia pelik, jadi kita dah tahulah, bukan Malaysian. Mungkin pekerja Indonesia. Sopan jer cara mereka melayan pelanggan. Satu yang Sk kurang gemar kadang jika nak pilih lauk di Restoran Nasi Kandar ni, muka dorang serius eh, tak mahu senyum, macam sombong pun ada, garang pun ada. Kadang kita dok la hafal skrip nak pilih lauk apa, sampai dekat dorang kita mampu sebut kuah campur dan ayam goreng aje, hahahaha




Pinggan PI yang atas, lauknya ayam goreng, sayur kubis dan telur rebus. Sk pulak pilih telur sotong dan telur masin serta sayur kubis dan cili hijau. Sebenarnya tamak jugak nak ambil bendi tapi tak jadi. Nak ayam goreng pun tak jadi sebab telur sotong tu pun dah banyak dan Sk tengok ayam PI besar, jadi kita ngendeng ayam goreng PI jer la. Tu takpe, teringin pulak makan nasi kandar dengan teh tarik, melampau betul, hahahaha




Gambar pinjam kamera handphone PI la. Bagi Sk sedap dan tidak mengecewakan. Boleh repeat




Harga berpatutan. Bila Sk post di fb, ada seorang rakan fb beritahu, beliau pernah makan NKB786 ni di cawangan airport. Sedap dan yakin nak makan sebab rakan fb Sk tu, ustaz ya. Masa Sk datang ni pun boleh tahan ramai jugak pelanggan walaupun berhampiran ada kedai nasi kandar mamak yang lebih senior


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2024/10/makan-nasi-kandar-beratur-786.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Macam Makan Nasi Kandar Nasi Lemak Berharga Rm410 Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Macam Makan Nasi Kandar Nasi Lemak Berharga Rm410 Undang Pelbagai Reaksi Netizen

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 185 hits
Tular di media sosial memaparkan dua pelanggan beli tujuh bungkus nasi lemak serta lauk pauk terletak di Terengganu sehingga menarik perhatian ramai Menerusi video yang dikongsikan juraidamamad2 di platform TikTok wanita dikenali Umi Nasi L...
Pelik Pelik Cara Orang Kaya Makan Founder Tudung Kongsi Pengalaman Fine Dining Rm12k Siap Jilat Pinggan

Pelik Pelik Cara Orang Kaya Makan Founder Tudung Kongsi Pengalaman Fine Dining Rm12k Siap Jilat Pinggan

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 214 hits
Pengasas tudung jenama 8216 Bawal Exclusive 8217 Haliza Maysuri ada berkongsi pengalaman menikmati makanan 8216 fine dining 8217 di sebuah restoran mewah terkenal di Thailand Dalam hantaran tersebut Haliza dan suami dilihat dibawa ke sebuah...
Masak Acar Tumis Ikan Untuk Makan Tengah Hari Satu Lauk Ini Pun Dah Cukup

Masak Acar Tumis Ikan Untuk Makan Tengah Hari Satu Lauk Ini Pun Dah Cukup

papar berkaitan - pada 3/10/2024 - jumlah : 288 hits
Dah puas makan ikan gulai sambal masak kicap dan sebagai boleh cuba pula acar tumis ikan ini Bukan saja sedap buat pun senang Sesuai jadi lauk makan nasi tengah hari Satu lauk ini saja pun dah cukup Resipi Acar Tumis Ikan Bahan bahan 1 5 ek...
Kedai Nasi Arab Terengganu Sedap Dan Murah

Kedai Nasi Arab Terengganu Sedap Dan Murah

papar berkaitan - pada 23/10/2024 - jumlah : 202 hits
Kami ada satu lokasi kedai nasi arab yang kami suka makan di bandar Kuala Terengganu Maklum sajalah orang lelaki kan makannya banyak jadi suami suka ajak saya dan anak anak makan di kedai nasi arab kerana portionnya yang selambak banyak Dis...
Nabila Razali Umum Hamil Anak Pertama Bersalin Januari Depan Selera Makan Makin Bertambah

Nabila Razali Umum Hamil Anak Pertama Bersalin Januari Depan Selera Makan Makin Bertambah

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 162 hits
Tahniah diucapkan buat penyanyi dan pelakon terkenal Nabila Razali yang berkongsi khabar gembira apabila sedang hamil anak sulung dan dijangka bersalin pada Januari tahun depan Menerusi kenyataan rasmi yang diberikan pemilik nama Nur Nabila...
Siap Jilat Pinggan Usahawan Kongsi Pengalaman Makan Fine Dining Rm12 800

Siap Jilat Pinggan Usahawan Kongsi Pengalaman Makan Fine Dining Rm12 800

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 162 hits
Video usahawan kongsi pengalaman makan fine dining RM12 800 di platform TikTok miliknya telah mencuri perhatian ramai memandangkan pelbagai menu serta cara unik menikmati juadah ditunjukkan Video yang dikongsi usahawan jenama tudung terkena...
Makan Roti Canai Sarang Burung Di Hari Jumaat

Makan Roti Canai Sarang Burung Di Hari Jumaat

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 160 hits
Assalamualaikum WBT DIAM tak diam dah masuk bulan ke 7 ibu kembali ke rahmatullah Pagi ni Sk ziarah pusara ibu Rindu sangat Macam masih tak percaya ibu dah tak ada Terkenang kenang hari hari terakhir bersama ibu di wad Ibu cerita pagi itu r...
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Petanda Hubungan Percintaan Tidak Sihat

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Pengalaman Berdepan Situasi Terminal Lucidity

Shell Pulai Perdana 2 Livina

Pengomen Tegar Bertuah Untuk Tahun 2024 Siapakah Orangnya

Selamat Hari Lahir Buatku

Wanita Lari Dipercayai Ikut Tomboy

Najib Bos Saya Sahabat Seperti Adik Beradik Zahid