Makan Roti Canai Sarang Burung Di Hari Jumaat
Assalamualaikum WBT
DIAM tak diam, dah masuk bulan ke 7 ibu kembali ke rahmatullah. Pagi ni Sk ziarah pusara ibu. Rindu sangat! Macam masih tak percaya ibu dah tak ada. Terkenang-kenang hari-hari terakhir bersama ibu di wad. Ibu cerita pagi itu ramai nurse yang bawa ibu ke bilik air, jauuuuuhhh betul bilik air tu, cerita ibu. Kemudian, mereka mandikan ibu di bilik air yang paling hujung, sejuk betul airnya, cerita ibu lagi. Sk memang percaya ya pada mulanya, padahal tak pun, itu cuma khayalan atau sebenarnya petanda
Semalam, ada jualan nenas di kolej. Taukenya, En Nas, yang dah ambil pesanan sejak minggu lepas. Nenas MD2 gred C, RM10/ 3 biji. Sk pesan 9 biji, En Nas bagi percuma sebiji. Pilih sendiri nak yang dah masak atau muda. Yang muda tu nanti tiga empat hari masaklah dia. Sk pilih yang muda campur yang masak
Semalam petang balik kerja dah hantar dua biji ke rumah Cik Ani. Balik ziarah pusara ibu, nak hantar rumah Angah pulak, tapi Angah tak ada rumah, dia pergi sarapan di restoran dekat-dekat situ jugak.
Itulah bagusnya zaman sekarang dah ada telefon tangan. Kalau tak, mengagau la dah sampai rumah tuannya tak ada. Sekarang, bukan sahaja dah ada telefon bimbit tapi juga dah ada aplikasi waze, boleh kongsi lokasi, senang nak mencari, senang nak jumpa
Angah, Abang Jamal dan Indah. Port makan roti canai sedap, kata Abang Jamal. Kedainya tersorok sikit di Taman Bahagia, Senai
Angah hasut makan Roti Canai Sarang Burung. Nama aje Roti Canai Sarang Burung tapi burungnya tak ada, yang ada telur ayam dan daging lembu masak kari, hihi. Sedap kuah karinya, daging pun empuk, roti canai gebu, memang sedap sangat
Abang Jamal macam gitulah dia, lepas minum di kedai, yang gantung pun kena ada bawa balik, buat minum kat rumah, hehehe
Kedai Makan D'Surau, kedudukannya betul-betul depan surau Taman Bahagia, Senai. Selain roti canai, ada juga lontong, nasi lemak, nasi kerabu dan nasi campur. Nanti kita repeat ya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2024/10/makan-roti-canai-sarang-burung-di-hari.html