Makan Makan Di Restoran Zaituna Sempena Anniversary Ke 25


 Assalamualaikum WBT 


30 JANUARI nanti, insyaAllah, Sk dan Pak Inche akan menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang ke 25. Dalam huru-hara, bergaduh baik, bergaduh baik, bergaduh bergaduh bergaduh, baik baik baik.. dah sampai peringkat silver (perak). Cadangnya 30 Januari tu, kami nak belanja makan yang berempah-rempah, nasi beriani ke.. nasi arab ke.., lepas tu baru teringat, 30 Januari tu jatuh pada cuti Tahun Baru Cina. Macam tak cukup korum jer tu nanti. PI nya pulak, dah berzikir nak jalan-jalan. Sekejap kata nak ke Terengganu, sekejap kata nak ke Kuantan, sekejap kata nak ke KL. Ni malam tadi tiber dia kata nak ke Perlis, pulak!




Kita buat makan-makan awal sikitlah, 20 Januari, sama dengan tarikh hari jadi Iman. Hari jadi Iman, Angah, Cik Ani dan her sepupussss dah sambut sehari sebelumnya, jadi dah cakap dengan Iman, memang tak ada kek. Iman pun okey aje. Mula Sk nak buat di Restoran Nur Laila, yang sebelum ni Kak Imah belanja tu, tapi Cik Ani macam tak nak, PI pun sama. Demand pulak mereka-mereka ni ya, hahaha. Sk pun sebenarnya cuak jugak.  Zaituna tu memang kompom sedap, Nur Laila tu takut kena nasib tak baik, kan. Masa Sk datang dengan kawan-kawan tuari rasa okey aje, tak kalah dengan Zaituna. Tapi, bak kata PI, sambal nasi arab Zaituna (sos Harrah), tak ada tempat boleh lawan. Sebab tu la,  Zaituna ni dia macam crowded sikit tau, kalau Nur Laila tu tak ramai sangat




Ambil 4 Set Dulang besar ni la (RM80), dapat tiga jenis nasi iaitu Mandhi, Maqlubah dan sejenis nasi lagi ni, warnanya merah.. Sk tak pasti nama khasnya. Set dulang ni untuk 4 -5 orang, dengan lauknya dua ayam dan dua kambing. Ngamnya, 4 orang la kot, barulah adil dan saksama, hahaha




Kita ni risau orang tak kenyang, jadi tambah Mixed Grill saiz kecil (RM38), 4 set jugak.  Bagusnya dekat sini ada staf melayu tau, jadi senang kita nak berkomunikasi. Dia cadangkan kami buat pesanan dulu, nanti bila semua tetamu dah sampai, baru mereka hidangkan. Dengan Pak-Pak Arab tu pun boleh jer nak berbahasa Inggeris, tapi lagi senang la cakap melayu dengan orang melayu kan. Slanga English Arab ni kan kadang lain sikit. Staf yang ambil pesanan tu tak galakkan kami buat pesanan minuman individu, jadi kami ambil 5 jug minuman Teh O Ais Lemon (RM10). Dia hantar dua jug dulu katanya, kemudian baru hantar lagi tiga juga




Sk sebagai tuan rumah sampai awal. Tak lama kemudian, Angah & family sampai. Sk berapa kali ingatkan Izzat agar datang, ialah, Izzat sekarang asyik kerja overtime. Alhamdulillah, Abang Jamal pun sihat dapat join jugak. Mana aci kalau tak join, kan




Jauh sangatlah pulak. Yok kita ke depan sikit, hehehehe. PI memang kat situlah dia, berat bontot nak gerak, hahaha




Semua dah sampai. Anak menantu PI pun Sk ajak sekali. Anak menantu PI anak menantu Sk jugaklah, kan. Janggal rasa nak sebut anak tiri, hahaha. Janji i bukan pelakor, okeh




Anak menantu kami. Alhamdulillah, Atiqah pun dah balik Malaysia. Saiful pulak off day. Eh, baru perasan tiga beradik ni duduk sebaris dari nombor shatu sampai bongsu, hehehe. Yang baju merah tu, Effa, menantu sulung, dengan dia la kalau nak deal apa-apa. Menantu lelaki tak dapat join sebab bekerja luar kawasan




Makanan sudah dihidang. Jempuittttt! Sos tu kalau nak tambah, caj RM2 tau, huhuhu. Meja lain semua cukup jer sambal tu, PI makan sambal macam gulai




Jeika dan ayah. 


Mak Jeika, aka Cik Ani. Jeika panggil mamak




Ibu aka Angah




Izzat dan Indah




Iman dan Ilham




Memang tepatlah pilih makan di Zaituna, tak pernah tak sedap. Banyak pulak tu, tak habis makan. Staf bagi kotak tapau, jadi kami masing-masing tapau sendiri la dari dulang masing-masing. Lepas makan, dah siap bayar semua, ingatkan nak balik dah, sekali Angah kata, tunggu. 



Dorang ajak Iman duduk sama dengan dorang






Patutlah masa nak pergi bayar tu, Sk tengok Angah dan Ilham macam kecoh aje keluar masuk. Mula tu ingatkan dorang nak beli manisan arab tapi bila Angah kata, "tunggu.. tunggu" sambil buat isyarat tangan, masa tu macam dah boleh agak, mesti dorang beli kek. Tapi tak tahulah kek beli mana, sampai sekarang Sk tak tanya, hahaha. Zaituna ada jual kek sebijik-sebijik ke? Tak tahu pulak dan tak nampak dekat mana dia letak. Sebelum tu, ada satu meja dah buat awal sambut birthday, tu la agaknya hati dorang pun menggebu-gebu nak buat jugak kasi meriah. Nak meriah macam Hari Jadi Abang Jamal 55 tahun.



Kesian si kecik ni, dua kali terkejut dengar bunyi gendang. Dahlah tengah demam. Semalam, masa nak balik kolej, Iman kata, bonda tahu tak, sebenarnya masa potong kek tu, Yaya nak nangis teringat nenek, tapi takkan Yaya nak nangis kat situ. Tahun lepas kan Yaya tak sambut hari jadi dengan nenek, huhu. Terus berlinang air mata Sk masa Iman reverse kereta keluar dari carporch. 

Ya Allah, peliharalah keselamatan anakku di mana sahaja dia pergi dan berada, Amiiinnnn Ya Robbal Alaminnn




Cucus.. rasa macam bangsawan sangat bahasakan diri, nenda, hahahaha. Si kecik ni baru 7 bulan, yang sulung 5 tahun. 


Atuk nak gambar sekali tapi atuk tak pandai pegang baby. Masa Iman baby dulu dia memang tak pegang ya, tak reti dan takut patah katanya. Tapi, apa-apa keperluan, cakap aje nak apa, semua dia sponsor. Memang sepatutnya la kan. 


Kita tumpanglah kek anniversary ke 25 sekali, hahaha




Ajak potong sama-sama, Iky tak nak, takut pedang, hahaha




Seram ek pedang tu




Sepupusssss. Jeika kata, ni semua adik-beradik dia, Jeika yang bongsu la tu. Kemahen marah dia ayah pegang baby sampai merajuk, mengalir air mata. Iman cerita, staf Zaituna yang ambil pesanan kami tu berapa kali cakap, terima kasih tau tolong kemaskan meja macam ni, senang kami nak angkat terus. Memang dia betul-betul menghargai, penat kan kerja kedai makan. Tak apalah walau dah bayar cukai perkhidmatan pun, kita mudahkan urusan orang, Allah swt mudahkan urusan kita, pasti




Acara wajib setiap kali makan ramai-ramai di Restoran Zaituna ni, gambar ramai-ramai. Mintak ajelah tolong dengan staf untuk snapkan pic kita. Cikwa ajelah tak ada kali ni, ibu memang tentu-tentu dah tak ada. Along pun jaranglah dapat join program family ni kan, busy sokmo. Sk pun tak sempat nak jempuit, last minute decide nak buat 20 haribulan, sorry Along




Tak sangka, kan.. tiba-tiba family Sk dah ramai, hahahaha. Dulu-dulu bukan tak jumpa, cuma... biarlah rahsia. Tenkiu Saiful, bawa Effa dan anak-anak. Memang syukur sangat bila dorang dapat join, Atiqah pulak ada kat Jay Bee kebetulannya. Nanti bila-bila kita pi makan durian pulak, hahahaha




Kita tepek resit sini buat kenang-kenangan, hahahaha




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/01/makan-makan-di-restoran-zaituna-sempena.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Walaupun Bertukar Agama Kami Tetap Kekalkan Tradisi Makan Besar Sempena Tahun Baharu Cina

Walaupun Bertukar Agama Kami Tetap Kekalkan Tradisi Makan Besar Sempena Tahun Baharu Cina

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 82 hits
bharian com myOleh Januari 29 2025 Abdul Halim dan Nur Khaalishah bersama keluarga dan rakan pada majlis makan besar sempena perayaan Tahun Baharu Cina malam tadi NSTP ZAID SALIMKUALA TERENGGANU Meskipun sudah memeluk Islam golongan mualaf ...
Makan Ramai Ramai Di Restoran Budak Siew Mai

Makan Ramai Ramai Di Restoran Budak Siew Mai

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 143 hits
Assalamualaikum WBT PENUTUP makan malam tahun 2024 Sk makan di Restoran Budak Siew Mai dengan PI Angah Cikwa Cik Ani Che Li dan Jeika Esoknya tu Cikwa dah nak balik KL Rojak BuahPI makan Kueyteow Goreng Kerang Sk makan Cantonese Kueyteow Se...
Makan Di Restoran Periuk Kampung

Makan Di Restoran Periuk Kampung

papar berkaitan - pada 16/1/2025 - jumlah : 142 hits
Assalamualaikum WBT MALAM tadi asalnya nak pergi makan kat Hujan kan WPM tu selalu penuh kalau hujan tak ada tempat leceh pulak PI ajak ke Restoran Periuk Kampung Memang akan lalu kedai ni la kalau nak pergi WPM Sk cakap tak serik ke Sk ser...
Makan Fried Carrot Cake Di Restoran Hua Mui Kopitiam

Makan Fried Carrot Cake Di Restoran Hua Mui Kopitiam

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 126 hits
Assalamualaikum WBT ALHAMDULILLAH semalam petang buah hati pengarang jantung intan meletops sudah balik Study week dah bermula dan rasanya tak ada program podcast la tu tu yang balik Saja nak kongsi Iman merupakan Timbalan Presiden Kelab St...
Makan Di Restoran Jasmin Grands By Adam Kitchen

Makan Di Restoran Jasmin Grands By Adam Kitchen

papar berkaitan - pada 13/1/2025 - jumlah : 118 hits
Assalamualaikum WBT CERITA dua dalam satu Kalau Pak Inche ketagih Roti Telur Bawang Sk pulak ketagih Nasi Goreng Kampung Dia punya teringat tu sampai kecur kecur terasa rasa nasi goreng kampung pedas berasap 28 Disember 2024Siang dah sampai...
Pm Anwar Rai Pm Jepun Dalam Majlis Makan Tengah Hari Di Seri Perdana

Pm Anwar Rai Pm Jepun Dalam Majlis Makan Tengah Hari Di Seri Perdana

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 99 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan lawatan rasmi Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba dengan majlis makan tengah hari di Seri Perdana pada Jumaat Foto BernamaPUTRAJAYA 10 Jan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menganjur...
Sarapan Pagi Di Dusun Genting Nakawan Dan Madu Kelulut Tempat Makan Best Di Perlis

Sarapan Pagi Di Dusun Genting Nakawan Dan Madu Kelulut Tempat Makan Best Di Perlis

papar berkaitan - pada 11/1/2025 - jumlah : 172 hits
Hajat kami nak bawa anak anak bersarapan di Dusun Genting Nakawan tercapai juga pada 27 Disember tahun lepas bila kesemua anak dan menantu kami turut balik kampung bagi menghadiri resepsi anak buah dan resepsi cucu saudara habibi di Kedah S...
15 Restoran Shellout Popular Di Terengganu 2025

15 Restoran Shellout Popular Di Terengganu 2025

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 126 hits
15 Restoran Shellout Popular di Terengganu 2025 Terengganu sememangnya sangat terkenal dengan makanan lautnya seperti ikan sotong ketam sehinggalah udang galah bersaiz besar Segar segar pulak tu Terdapat banyak pilihan restoran di Terenggan...
Makanan Sihat Dalam Paper Bowl Trend Terkini Di Restoran

Makanan Sihat Dalam Paper Bowl Trend Terkini Di Restoran

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 143 hits
Dalam era kesedaran pemakanan yang semakin meningkat makanan sihat menjadi pilihan utama bagi ramai individu Salah satu trend terkini yang sedang mendapat perhatian adalah penggunaan paper bowl dalam penyajian makanan sihat di restoran Arti...
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Pallas Kasut Sekolah Pilihan Dari Dulu

Gagal Itu Biasa Bangkit Itu Luar Biasa

Bufet Ramadan 2025 Citarasa Sedunia Di Ve Hotel Residence

Resep Thailand Milk Bun Viral Sajian Berbuka Puasa Yang Bikin Ketagihan

Masak Ayam Berlado Cili Merah Kesukaan Anak Anakku

Kes Buang Bayi Wanita Berusia 29 Tahun Direman