Walaupun Bertukar Agama Kami Tetap Kekalkan Tradisi Makan Besar Sempena Tahun Baharu Cina


bharian.com.my
Oleh Zaid Salim 
[email protected] Januari 29, 2025 
Abdul Halim (duduk empat kiri) dan Nur Khaalishah (duduk enam kiri) bersama keluarga dan rakan pada majlis ‘makan besar' sempena perayaan Tahun Baharu Cina malam tadi. NSTP/ZAID SALIM
KUALA TERENGGANU: Meskipun sudah memeluk Islam, golongan mualaf masyarakat Cina di negeri ini tidak pernah melupakan tradisi 'makan besar' pada setiap kali sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.

Malah, tradisi turun temurun masyarakat Tionghua itu bukan hanya diraikan mereka, sebaliknya turut menjemput mualaf bangsa lain bagi mewujudkan suasana lebih harmoni dan ukhuwah erat dijalin selama ini.

Bagi Abdul Halim Lim Abdul Rahman, 53, tradisi makan besar dalam kalangan mualaf itu diadakan bagi mengukuhkan hubungan mesra dalam kalangan masyarakat Cina Muslim yang bermastautin di negeri ini.

"Majlis ini diadakan kerana kita mahu masyarakat luar melihat meskipun sudah bertukar agama, kami tetap meraikan perayaan (Tahun Baharu Cina) bersama keluarga.

"Kami meraikannya dalam ruang lingkup yang dibenarkan syarak dengan tidak mencampuradukkan rutin agama yang tidak dibenarkan dalam Islam," katanya selepas meraikan tradisi 'makan besar' bersama keluarga dan rakan mualaf di sebuah restoran, di sini, malam tadi.

Abdul Halim yang bertugas sebagai pegawai di Unit Korporat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu, berkata acara berkenaan turut diraikan bersama isteri, anak dan ahli keluarga lain yang teruja dan menghormati tradisi nenek moyang mereka meskipun berbeza agama.

Sementara itu, Nur Khaalishah Shandlaysnie, 38, pula berkata, selepas memeluk Islam pada 2018, setiap tahun dia meraikan sambutan Tahun Baharu Cina dan tradisi 'makan besar' bersama rakan mualaf daripada pelbagai bangsa.

Beliau yang berumahtangga dengan lelaki tempatan, berkata acara 'makan besar' yang menjadi tradisi masyarakat Tionghua setiap kali menyambut perayaan Tahun Baharu Cina memberi kesan mendalam dalam dirinya terutama dalam menjalinkan ukhuwah dalam kalangan mualaf.

"Saya berhijrah ke Terengganu pada 2017 dan memeluk Islam setahun kemudian. Dengan menyertai tradisi 'makan besar' bersama rakan mualaf, ia banyak membantu saya menyesuaikan diri, selain mempelajari banyak perkara berkaitan Islam.

"Dalam kalangan mualaf, ramai yang arif dan bergelar ustaz, menerusi tradisi ini (makan besar), saya boleh belajar banyak perkara baharu daripada mereka berhunung Islam," katanya yang berasal dari Sarawak.

Nur Khaalishah berkata, walaupun sudah berbeza agama, hubungan keluarga yang masih beragama asal tidak pernah renggang.

Malah, beliau berkata, perbezaan agama dapat menguatkan lagi hubungan keluarga yang merestui keputusannya memilih Islam sebagai agama baharu.

"Keluarga di Sarawak meraikan perayaan Krismas dan setiap kali tiba perayaan, saya dan suami akan pulang ke Sarawak meraikan perayaan itu bersama keluarga," katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/01/walaupun-bertukar-agama-kami-tetap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Anwar Serah Sumbangan Kepada Pesakit Kanser Sempena Tahun Baharu Cina

Pm Anwar Serah Sumbangan Kepada Pesakit Kanser Sempena Tahun Baharu Cina

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 202 hits
Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sumbangan daripada Perdana Menteri kepada Pau Chin di Semambu Kuantan Foto Facebook Anwar IbrahimKUALA LUMPUR 30 Jan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyamp...
Potongan Tol 50 Sempena Tahun Baharu Cina Ini Jimat

Potongan Tol 50 Sempena Tahun Baharu Cina Ini Jimat

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 186 hits
Jika sebelum kerajaan memberikan tol percuma untuk pulang ke kampung halaman sempena cuti perayaan namun berbeza kali ini Kerajaan menerusi Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju memberikan potongan bayaran tol 50 peratus dari kadar tol biasa...
Ini Senarai Lokasi Terkini Kamera Awas Aes Sempena Cuti Tahun Baharu Cina Hati Hati

Ini Senarai Lokasi Terkini Kamera Awas Aes Sempena Cuti Tahun Baharu Cina Hati Hati

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 227 hits
Sebelum memulakan perjalanan sempena cuti panjang Tahun Baru Cina ini seeloknya anda mengenalpasti terlebih dahulu lokasi kamera AWAS dan AES di sepanjang lebuhraya Amatlah penting untuk anda mematuhi had laju pemanduan di atas jalan raya s...
Sempena Tahun Baharu Lunar Maafkanlah Razman Pemimpin Pkr Beritahu Hannah

Sempena Tahun Baharu Lunar Maafkanlah Razman Pemimpin Pkr Beritahu Hannah

papar berkaitan - pada 28/1/2025 - jumlah : 291 hits
freemalaysiatoday com 28 Jan 2025 01 21 PMPengarah Komunikasi PKR Lee Chean Chung berkata polemik dicetuskan pemimpin PAS itu jika tidak ditangani dengan konstruktif akan menjarakkan lagi sesama rakyat Razman Zakaria sebelum ini menuduh Han...
Menu Terbaru Di Marrybrown Sempena Tahun Baru Cina

Menu Terbaru Di Marrybrown Sempena Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 258 hits
Korang tahu tak sekarang ni ada menu terbaru di Marrybrown sempena Tahun Baru Cina Untuk korang yang nak cuba kelainan korang kena try menu Egg stra Ong Marrybrown Mesti korang tertanya tanya apa menu best yang ditawarkan dalam hidangan Egg...
Kisah Wanita Cina Besarkan Anak Angkat Muslim Terbitan Rtm Antara Telemovie Menarik Tahun Baharu Cina Ini

Kisah Wanita Cina Besarkan Anak Angkat Muslim Terbitan Rtm Antara Telemovie Menarik Tahun Baharu Cina Ini

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 323 hits
Kisah penuh kasih sayang seorang wanita berbangsa Cina terhadap anak angkatnya yang beragama Islam menyentuh hati ramai rakyat Malaysia Keikhlasan wanita tersebut membesarkan gadis itu sejak kecil menarik perhatian seluruh negara Kisah Insp...
Salam Tahun Baharu Cina Daripada Seorang Melayu

Salam Tahun Baharu Cina Daripada Seorang Melayu

papar berkaitan - pada 27/1/2025 - jumlah : 203 hits
Dalam artikel ini saya ingin mengucapkan salam Tahun Baharu Cina kepada semua rakyat kaum tersebut yang meraikan perayaan itu Saya agak terkilan dengan beberapa isu yang dimainkan sebagai suatu naratif untuk menjadikan masyarakat Cina di Ma...
Tahun Baharu Cina Pupuk Perpaduan Rakyat Pelbagai Kaum Pm

Tahun Baharu Cina Pupuk Perpaduan Rakyat Pelbagai Kaum Pm

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 176 hits
Oleh KOSMO 28 Januari 2025 10 49 pmPerdana Menteri DS Anwar Ibrahim PETALING JAYA Tahun Baharu Cina seharusnya dijadikan satu titik permulaan baharu dan segar untuk terus memperkukuh semangat kebersamaan dan kekeluargaan demi negara Menerus...
Anwar Ucap Selamat Tahun Baharu Cina Minta Rakyat Kukuh Perpaduan

Anwar Ucap Selamat Tahun Baharu Cina Minta Rakyat Kukuh Perpaduan

papar berkaitan - pada 28/1/2025 - jumlah : 225 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh rakyat Malaysia terutama bagi kaum Tionghua Menerusi hantaran di media sosial Anwar berkata sambutan Tahun Baharu Baharu Cina kali ini diharap aka...
Kesilapan Penggunaan Kad Kredit Yang Ramai Orang Buat

Smk Panggung Jaya Tempat Pertama Program Anjuran Th

So Apa Sudah Jadi Malaysia

12 Taman Taman Negara Di Sarawak

Resipi Tauhu Goreng Crispy Cicah Sambal Kicap Sedap

Basic Structure Should M Sia Not Revert Its Position

Retaining Talent For Startup Growth

Seminar Kenegaraan Malaysia Madani Pelajar Prauniversiti Ppd Bachok


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Betul Ke Bersalin Anak Kedua Lebih Cepat Mudah Ini Penjelasannya

678 Mario678 Info 9 September 678 30 678 Top 87 By Margery

Levels Of Investments

Pengertian Dari Mesin Slot Online

Sle Autoimmune Disease

2 Koleksi Baru Louis Vuitton M A D Editions Yang Bakal Hebatkan Pengembaraan Anda