15 Restoran Shellout Popular Di Terengganu 2025
15+ Restoran Shellout Popular di Terengganu [2025]
Terengganu sememangnya sangat terkenal dengan makanan lautnya seperti ikan, sotong, ketam sehinggalah udang galah bersaiz besar. Segar-segar pulak tu!
Terdapat banyak pilihan restoran di Terengganu yang menghidangkan makanan laut terutamanya dengan konsep shellout. Selain rasanya yang lazat, harganya pun sangat berpatutan.
Jadi, jika anda mencari pengalaman makan shellout terbaik di Terengganu, berikut adalah senarai restoran shellout popular di Terengganu yang wajib anda cuba!
BACA JUGA: 35 Tempat Menarik di Taiping, Perak [2025]
Restoran Shellout Popular di Terengganu 2025
1. Mamatin Kitchen
Alamat
Cawangan 1: No 118, Ground Floor, Jalan Putra A/4, Taman Bandar Putra, Kampung Mak Lagam, 24000 Kemaman, Terengganu, Malaysia.
Cawangan 2: Jalan Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Waktu Operasi: 5 -11 PM
Mamatin Kitchen adalah salah satu pilihan restoran shellout popular di Terengganu. Restoran ini ada dua cawangan, satu di Kemaman dan satu lagi di Kuala Terengganu.
@mamatinkitchenhq #answer to @syasya ada 3 pakej shellout boleh pilih 😋 #shelloutterengganu #shelloutkemaman #shelloutkualaterengganu #mamatinkitchen
♬ Barbie Beat Muvie – el v colega prod
Salah satu menu yang terkenal di sini adalah menu shellout. Unik tau shellout dekat sini. Ia dihidangkan sekali 6 jenis masakan lauk untuk set family (10 pax). Ada sambal kari, sambal pedas berlada, tomyam, buttermilk, masak lemak dan sambal petai. Ikan siakap tiga rasa pun ada sekali tau dalam set shellout ni.
Memang puas hati!
2. Selera 7 Malam
Alamat: 132-D, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Tanjung Kapur, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia (Sebelah Hotel Tanjung).
Waktu Operasi: 11 AM – 4.30 PM, Setiap hari kecuali Selasa.
Foodcourt Selera 7ujuh Malam yang terletak di Kuala Terengganu sangat popular dengan pilihan lauknya yang pelbagai. Kira-kira ada 40 jenis lauk ada dijual di sini!
Selain lauk-pauk yang beraneka macam, ia juga terkenal dengan menu makanan laut dan juga shell out. Steamboat pun ada. Dari segi harga pun sangat berpatutan. Jangan lupa singgah okay.
3. Salaza & Sons Bike Cafe
Alamat: Kiosk 1,2,3 & 4,Taman Awam Batu Buruk, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Waktu Operasi: 5 – 11 PM Setiap hari kecuali Selasa.
Salaza & Sons Bike Cafe juga salah satu restoran shellout popular di Terengganu yang anda wajib cuba. Restoran ni agak terkenal dalam kalangan rider dan juga peminat makanan laut.
Restoran ini menyediakan pelbagai jenis makanan Melayu, masakan Thai, Western (homemade burger wajib cuba!) dan juga macam-macam jenis minuman.
Sumber: Salaza&Sons
Walaupun restoran ini tidak memfokuskan menu shellout sebagai menu utamanya, namun shellout di sini memang superb!
Porsi shellout yang besar serta macam-macam jenis makanan laut yang ada dalam satu pakej menjadikannya sangat berbaloi untuk dicuba.
4. Ar Rizq Kitchen
Alamat: LOT 1716-B, Kampung Bukit Kubang Jambu, 20050 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Waktu Operasi: 5 – 11.30 PM Setiap hari kecuali Selasa.
Kalau nak makan shellout di Terengganu, Ar Rizq Kitchen adalah antara pilihan restoran yang boleh dipertimbangkan.
Restoran ini menawarkan pelbagai set shellout yang sesuai untuk dinikmati bersama keluarga atau rakan-rakan. Harga untuk set shellout bermula dari RM55, bergantung kepada saiz set dan jenis makanan laut yang dipilih.
Antara pilihan set yang disediakan termasuk hidangan seperti udang, ketam, sotong, kerang, dan pelbagai jenis makanan laut lain yang dimasak dalam sos istimewa mereka.
Selain itu, Ar Rizq Kitchen turut menyediakan menu lain seperti chicken chop dan hidangan barat (western) pada harga yang berpatutan. Rasanya pun of course, sedap!
Sumber: Ar-Rizq Kitchen
5. Warung Dalam Kenangan
Alamat: Taman Awam Batu Buruk
Waktu Operasi:
11.00AM – 4.00PM (Makanan Tengahari)
5.00PM – 11.00PM (Makan Malam)
Buka Setiap Hari Kecuali Rabu
Warung Dalam Kenangan JUGA merupakan salah satu restoran shellout yang popular di Kuala Terengganu.
Dari segi harga, shellout di Warung Dalam Kenangan taklah mahal atau murah sangat. Set untuk 6 orang, bermula RM199. Berpatutan dan berbaloilah harganya orang kata. Ia bergantung pada set yang anda pilih.
Selain shellout, Warung Dalam Kenangan juga menawarkan pelbagai hidangan lain. Antaranya ialah menu western, makanan kampung, makanan laut, puyuh & belut, sup-sup dan sebagainya.
Kepelbagaian menu ini membolehkan pengunjung menikmati pelbagai jenis masakan tempatan selain shellout.
@warungdalamkenangan_ seafood goreng🦀🦑🦞🦐🐙#warungdalamkenangan🦀 #shellout #snowcrab
♬ original sound – CikYahOfficial – CikYahOfficial
6. Restoran Norsiah Ikan Bakar
Alamat: Restoran Norsiah Ikan Bakar, Kampung Wakaf Tembesu, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
Waktu Operasi: 3.30 PM – 12 AM
Walaupun namanya restoran ikan bakar, Restoran Norsiah Ikan Bakar ini juga terkenal dengan hidangan makanan laut yang pelbagai termasuk shellout yang menjadi kegemaran ramai.
Salah satu hidangan shellout istimewa di Restoran Norsiah ialah “SHELLAUT 3 PERISA” yang menawarkan pilihan rasa original, salted egg, dan buttermilk. Kombinasi perisa ini memberikan pilihan yang menarik untuk pelbagai citarasa pelanggan.
@norsiahseafoodganu_ #CapCut #fypシ #fypシ #norsiahikanbakar #fypシ #norsiahikanbakar #norsiahikanbakar #fypシ #trending #terengganu #viralterengganukini #viralterengganukini #viralterengganukini #makananviralterengganu #makananviralterengganu
♬ bunyi asal – NorsiahSeafood – NorsiahSeafood
Selain shellout, Restoran Norsiah Ikan Bakar juga menawarkan pelbagai hidangan makanan laut seperti ikan bakar (wajib cuba!), sotong bakar, kerang rebus, udang galah bakar, ketam bakar dan sebagainya.
Selain hidangan makanan laut, restoran ini juga menawarkan pilihan seperti mee goreng mamak, dim sum Thai, colek, somtam, pulut mangga dan macam-macam lagi!
7. Kin Aroy Bistro Gong
Alamat: Jalan Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. (Hadapan tapak pasar malam Gong Badak)
Waktu Operasi: 5 PM – 12 AM, Setiap hari kecuali Selasa.
Kin Aroy Bistro Gong di Kuala Terengganu juga ada menjual beberapa pakej shellout yang sesuai dinikmati bersama pasangan, keluarga atau rakan-rakan. Restoran ini menggunakan konsep shellout dengan citarasa Thai.
@kinaroy.bistro Replying to @wanspraypontian INSYALLAH ada rezeki lain menyusul. RXZ MEMBER KENTAL 5.0! Geng2 RXZ jangan serik mari ganu kiterrr. Mari lain kali singgah la pekena shellout padu ori thai hanya di KIN AROY BISTRO! 📍Hadapan tapak pasar malam Gong Badak #kinaroybistro #kinaroybistrogongbadak #shelloutterengganu #jalanjalancarimakanganu #fyp
♬ Dj Thailand Viral – Donny Fernanda
Dari segi harga, Kin Aroy Bistro Gong Badak menawarkan shellout dengan julat harga yang pelbagai bermula dengan harga RM59.90 untuk set paling basic (sesuai untuk 2-3 pax).
Selain shellout, mereka juga menawarkan hidangan seperti Set Siakap, Tomyam, Daging Harimau Menangis, dan beberapa jenis menu Western.
Menjelang bulan Ramadan, Kin Aroy Bistro Gong Badak seringkali mengadakan promosi-promosi menarik. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan istimewa mereka!
8. Mr Adib Food House
Alamat: 39554, Kampung Tok Jembal, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
Waktu Operasi: 4 PM – 12 PM
Mr Adib Food House menggunakan konsep foodcourt yang menyediakan beberapa gerai makanan dengan pelbagai pilihan menu dan jenis hidangan.
Salah satu menu yang popular di sini ialah shell out. Terdapat pelbagai set shellout dijual dengan harga yang berpatutan, bermula serendah RM15 untuk Set Single.
Murahkan?!
@mradibfoodhouse
♬ Ronnie_Yanti_Bintang Kehidupan – ꧁ 𝑹.𝒌𝒂𝒚_𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 ꧂
Selain shellout, Mr Adib Food House turut menyediakan menu lain seperti kambing bakar dan hidangan ala Thai untuk memenuhi selera pelanggan yang berbeza. Sate dan burger pun ada!
9. Ikan Bakar Mok Bukit Payung
Alamat: Kampung Bukit Payung, 21070 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Waktu Operasi: 4.30 PM – 12 AM (Setiap hari kecuali Ahad)
shellout adalah antara menu popular di restoran Ikan Bakar Mok ini. Jadi, kalau anda nak makan shellout di Terengganu anda boleh singgah di sini. Harga set yang paling murah sekali bermula RM35. Dahlah murah, kuantitinya banyak pula tu.
@saerahriffin Kedai masakan panas favourite ambe leni ada wat keluar shellout pulok doh. Nyakut molek shellout #ikanbakarmok #bukitpayong #kualaterengganu #kedaimasakanpanas #jjcmterengganu #reviewterengganu #terengganu #marang
♬ 3 minutes cooking song(863632) – furufuru
Selain shellout, restoran ini terkenal dengan pakej makanan panas. Anda boleh pilih sendiri ikan, ketam, sotong, udang galah. Semuanya segar-segar belaka!
10. Pata Cafe
Alamat: Lot 8618, Kampung tanjung gelam, 21030, Terengganu, Malaysia
Waktu Operasi: 4–11 PM (Setiap hari kecuali Rabu)
Pata cafe juga salah satu restoran shellout popular di Terengganu yang wajib anda cuba apabila berkunjung ke Terengganu.
Terdapat beberapa set shellout yang anda boleh pilih bermula dengan harga sekitar RM30 untuk 1-2 orang. Pilihan shellout yang paling digemari di sini ialah set buttermilk.
@patacafe Cuti sekolah ni dah tahu ke nak makan dekat mana dengan family ? Jom makan shellout dengan family di PATACAFE 🌊🦞🦑🦐
♬ bunyi asal – Faris Endoro – Faris Endoro
Kalau nak makan selain shellout pun ada, Pata Cafe juga ada menawarkan pelbagai pilihan menu lain. Ini termasuk hidangan barat, makanan tempatan dan pelbagai jenis minuman.
11. Cafe Madam RRa
Alamat: Lot 5198, Ground Floor, Jalan Tok Lam, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
Waktu Operasi: 8:30 AM–10 PM
Kalau anda suka makan di kafe-kafe yang cozy dan tenang, anda boleh singgah di Cafe Madam RRa ini. Cafe Madam Rra ni pun antara pilihan restoran shellout popular di Terengganu juga tau.
Shellout di sini disediakan dalam dua pilihan set utama: Set untuk 2-3 orang dengan harga RM59 dan Set untuk 4-5 orang pada harga RM109.
Hidangan ini merangkumi pelbagai makanan laut segar seperti udang, ketam, lala, siput buluh, sotong, dan kupang. Nasi putih dan air pun dah termasuk sekali.
Sumber: Kafe Madam RRa
Selain shellout, Cafe Madam Rra juga terkenal dengan menu lain seperti mee kari chicken chop dan nasi goreng ikan bekok. Ada banyak lagi menu sedap-sedap, termasuklah hidangan Western.
12. IA Ikan Bakar & Shellout
Alamat: 6b, kg, Jalan Rajawali 3, chendering, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Waktu Operasi: 5.30 PM–12 AM, setiap hari kecuali Isnin
Seterusnya, restoran shellout popular di Terengganu yang anda tidak boleh lepaskan ialah restoran IA Ikan Bakar & Shellout.
Di sini terdapat beberapa pilihan set shellout dengan harga yang berbeza. Anda boleh pilih sendiri seafood yang nak dimasak, lepastu nanti pekerja akan timbang. Ada tiga jenis kuah iaitu, pedas, rempah dan buttermilk.
Restoran ini turut menawarkan pelbagai pilihan menu lain seperti ikan bakar, tomyam, sup tulang dan beberapa lagi termasuklah menu western dan juga makanan laut (sotong goreng dan lain-lain).
13. Malika Kitchen
Alamat: Sebelah JPJ Lot 32100, Jalan Bukit Keluang, Kampung Pengkalan Nyireh, 22000 Kampung Raja, Terengganu, Malaysia.
Waktu Operasi: 5 PM – 11 PM
Malika Kitchen juga antarai salah satu destinasi shellout yang menawarkan makanan laut segar dengan harga yang sangat berpatutan di Terengganu.
Restoran ini dikenali dengan konsep “shellout termurah di Terengganu,” dengan harga bermula serendah RM23 sahaja untuk satu set. Ini menjadikannya pilihan popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong.
Menu shellout di Malika Kitchen merangkumi pelbagai jenis makanan laut seperti ikan siakap, udang, ketam, dan lobster.
Pelanggan juga boleh memilih pelbagai jenis sos seperti sos cili kering (best seller), mentega bawang putih, atau sos pedas manis mengikut citarasa masing-masing.
Selain itu, terdapat pelbagai set yang ditawarkan seperti Set Single untuk individu hingga Set Family Combo untuk keluarga.
15. BB Shell Food Terengganu
Alamat: 437-A, Jln Kamaruddin, Kampung Mengadang Akar, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
Waktu Operasi: 6 PM–12 AM, Setiap hari kecuali Isnin.
BB Shell Food Terengganu menawarkan hidangan shellout yang popular di Kuala Terengganu. Restoran ini menyediakan menu shellout dengan tiga pilihan kuah iaitu sambal, kari dan buttermilk.
Selain itu, terdapat juga masakan panas ala Thai dan beberapa menu menarik yang lain untuk dicuba bagi mereka yang ingin merasai makanan tempatan Terengganu.
Dari segi harga, sangat berpatutan terutamanya untuk menu makanan laut dan shellout. Sangat berbaloi!
16. Santai Soru
Alamat: Lot 91365, Kampung Telaga Mengkudu, 21600 Marang, Terengganu, Malaysia.
Waktu Operasi: 4–11 PM, setiap hari kecuali Jumaat.
Santai Soru juga salah satu pilihan restoran popular di Terengganu yang menawarkan hidangan shellout sebagai salah satu tarikan utama mereka.
Restoran ini menggabungkan konsep “Selera Utara” dengan hidangan shellout yang menjadi kegemaran ramai. Harga untuk set shellout di sini bergantung kepada saiz hidangan.
Selain shellout, Santai Soru juga menawarkan pelbagai menu lain seperti Laksa Langkawi, Mee Sup Utara, Nasi Lemak Kedah, dan Nasi Goreng Ikan yang melengkapkan konsep Selera Utara mereka.
Jadi, jika anda mencari pengalaman shellout yang lazat dengan sentuhan unik masakan utara di Kuala Terengganu, Santai Soru adalah destinasi yang patut anda cuba!
BACA JUGA:
20+ Tempat Menarik Di Johor Bahru, Sesuai untuk Hujung Minggu!
20+ Tempat Menarik Di KL, Destinasi Mesra Kanak-kanak!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/restoran-shellout-popular/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=restoran-shellout-popular