Makan Di Restoran Periuk Kampung


 Assalamualaikum WBT 





MALAM tadi, asalnya nak pergi makan kat Warung Pak Mus. Hujan, kan.. WPM tu selalu penuh, kalau hujan tak ada tempat, leceh pulak. PI ajak ke Restoran Periuk Kampung. Memang akan lalu kedai ni la kalau nak pergi WPM. Sk cakap, tak serik ke? Sk serik dah makan kat situ, tak sedap langsung. Tak boleh bayang masa tu, rasa nak menangis makan Nasi Goreng Salted Egg dia. Lepas tu bungkus, dah bawa balik rumah pun tak boleh nak makan, hahaha. Puas cari entry lama makan kat situ, tak jumpa pulak link-nya.




PI kata, sekarang dia dah upgrade. Dah okey. Ehhhh, percaya sangat




Masuk aje, aaaa.. memang cantik. Dulu pun cantik, tapi sekarang lagi cantik. Tapi datang dulu tu, kami duduk kat bahagian luar, jadi Sk tak ingat sangat rekaan dalam restoran. Tengok terendak lampu gantung tu, Sk terus teringat arwah mak (mentua). Tiap kali Sk raya pertama kat Kuala Ketil, nanti tengok mak bagi makan ayam. Ayam tengah syok makan, mak serkup dengan benda ni, ayam tertipu... hahahaha. Kadang, mak tangkap aje ayam kat dalam reban, lepas tu serkup dengan benda ni. Kemudian, mak panggil orang datang sembelih. PI kata, Abang Fendi (sepupu) yang suka sangat makan ayam kampung, jadi memang mak masak khas untuk Abang Fendi. 



Staf bagi buku menu tapi pesanan kena buat dalam aplikasi restoran melalui QR Code. Dalam aplikasi restoran, semua menu tak ada gambar, jadi.. Sk main bedal ajelah masukkan pesanan. Dah submit, baru tengok buku menu ni, eh menarik pulak la menu-menu dia




Memang sesuailah kan nama Periuk Kampung ada menu-menu dulang ni




Western pun ada jugak. Nampak jugak dalam aplikasi pesanan sebelumnya tapi macam SK cakap, dalam aps tu cuma ada nama menu, tiada gambar, jadi tak tertarik nak order




Tengok dalam aps, terkejut tengok harga maggi, hahaha. Tengok gambar, oh, patutlah mahal




Ada menu ala- Thai jugak




Mula Sk nak makan Nasi Goreng, tapi mak aihhh, nasi goreng pun dah tak ada harga belas kasihan




Sejuk-sejuk, teringin pulak nak minum Air Barli Panas. Tapi, dia letak dalam bekas macam ni. Sudu kecik pun tak bagi, macam mana nak ceduk barlinya. Sk dah minta sudu kecik tak dihantar, hurmm.. bangun sendiri la cari sudu plastik yang untuk tapau dorang letak kat kaunter




PI makan Mee Goreng, Sk makan Kueyteow Goreng. Sepinggan RM13 ya, disertakan dengan keropok moni, telur goreng dan sehelai kecil daun salad. Telur goreng tu tak boleh ke goreng elok-elok?  Hurmmm. Yang kelakar, pinggan tu asyiklah berpusing masa setiap kali kita nak ceduk mee/ kueyteow tu, sabar ajelaaahhh




PI kata, kalau dekat kedai tomyam, ada jugak udang ke, sotong ke, dengan harga RM13. Sepanjang makan dia membebel, tambah pulak mee goreng dia masin, tak habis PI makan. Kueyteow Sk sedap jer, cuma tulah, rencah isi ayam aje. Memang betul kata PI, apalah salahnya, letak udang sekor, sotong sikit. Sk tengok, setakat letak keropok moni dan telur goreng, nak letak harga sampai RM13, berapa sangat modal keropok moni tu


Haaa.. tu la, babah.. bonda dah kata tak nak makan kat sini tadi, Sk pulang paku buah keras, haha




Yang kelakar, masa nak bayar, cashier tanya, makanan semua ok? PI jawab, TAK OK, dengan mulut moncong macam orang tengah merajuk, hahahaha. Mee goreng masin, air lemon tak rasa lemon langsung! Komen PI. Terkelu cashier tu. Dia tanya, nak gantikan mee ke? Nak ganti apa,dah makan, jawab PI. Lepas tu dia bagi diskaun 10% kot. Tak tahulah Sk diskaun sebab komplen makanan tak sedap atau memang dorang ada promosi upgrade kedai tu, hihi. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/01/makan-di-restoran-periuk-kampung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Ramai Ramai Di Restoran Budak Siew Mai

Makan Ramai Ramai Di Restoran Budak Siew Mai

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 224 hits
Assalamualaikum WBT PENUTUP makan malam tahun 2024 Sk makan di Restoran Budak Siew Mai dengan PI Angah Cikwa Cik Ani Che Li dan Jeika Esoknya tu Cikwa dah nak balik KL Rojak BuahPI makan Kueyteow Goreng Kerang Sk makan Cantonese Kueyteow Se...
Makan Fried Carrot Cake Di Restoran Hua Mui Kopitiam

Makan Fried Carrot Cake Di Restoran Hua Mui Kopitiam

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 195 hits
Assalamualaikum WBT ALHAMDULILLAH semalam petang buah hati pengarang jantung intan meletops sudah balik Study week dah bermula dan rasanya tak ada program podcast la tu tu yang balik Saja nak kongsi Iman merupakan Timbalan Presiden Kelab St...
Makan Di Restoran Jasmin Grands By Adam Kitchen

Makan Di Restoran Jasmin Grands By Adam Kitchen

papar berkaitan - pada 13/1/2025 - jumlah : 177 hits
Assalamualaikum WBT CERITA dua dalam satu Kalau Pak Inche ketagih Roti Telur Bawang Sk pulak ketagih Nasi Goreng Kampung Dia punya teringat tu sampai kecur kecur terasa rasa nasi goreng kampung pedas berasap 28 Disember 2024Siang dah sampai...
Restoran Hotel Pen Mutiara Bayan Lepas Pulau Pinang

Restoran Hotel Pen Mutiara Bayan Lepas Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 7/1/2025 - jumlah : 207 hits
Petang hari Sabtu lalu saya ada janji temu dengan doktor gigi di Georgetown Pulau Pinang Penat sangat pulak kalau terus balik Perlis selepas jumpa doktor gigi tu jadi malamnya kami rancang nak menginap saja di PP Hari Ahad sebelum bergerak ...
Mayat Terbiar 3 Hari Dalam Tandas Restoran

Mayat Terbiar 3 Hari Dalam Tandas Restoran

papar berkaitan - pada 9/1/2025 - jumlah : 88 hits
KOSMO MAYAT Sabrina ditemui di dalam tandas di Restoran Bufet Gurkha Blackpool Foto Google Street ViewLONDON Mayat seorang wanita ditemukan di dalam tandas orang kelainan upaya sebuah restoran di Britain tiga hari selepas mangsa pergi ke pr...
Dinner Tema Kampung Pelikat Batik Di Elissa Garden Alor Setar

Dinner Tema Kampung Pelikat Batik Di Elissa Garden Alor Setar

papar berkaitan - pada 4/1/2025 - jumlah : 301 hits
Akhir Tahun 2024 office buat dinner di Elissa Garden Alor Setar Meriah sungguh malam tu Sebenarnya time ni masing masing tak berapa sihat Ada yang selsema demam dan sebagainya Tapi gagahkan juga sebab ada slot tarian dan aku terlibat Kami e...
Ego Dan Rumahtangga Jangan Sampai Periuk Nasi Retak

Ego Dan Rumahtangga Jangan Sampai Periuk Nasi Retak

papar berkaitan - pada 11/1/2025 - jumlah : 284 hits
Dalam hidup berumah tangga gaduh gaduh kecik tu biasalah kan Tapi kalau ego dah masuk campur habis semua boleh jadi luar biasa Silap silap periuk nasi yang dulu elok berdenting sama kini dah mula retak sana sini Ego ni apa eh Dia macam bos ...
Ketua Kampung Ditangkap Khalwat Dengan Isteri Orang Terlepas Hukuman

Ketua Kampung Ditangkap Khalwat Dengan Isteri Orang Terlepas Hukuman

papar berkaitan - pada 22/1/2025 - jumlah : 109 hits
nbsp KOSMO KM ditahan polis selepas ditangkap berdua duaan dengan KM di sebuah hotel TVONEJAKARTA Seorang ketua kampung di Bandar Serang wilayah Banten terlepas hukuman penjara selepas laporan khalwat yang dibuat ke atasnya bersama isteri o...
Kerja Gila Jual Gas Dalam Rumah Kalau Terbakar Habis Satu Kampung

Kerja Gila Jual Gas Dalam Rumah Kalau Terbakar Habis Satu Kampung

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 129 hits
SITI NUR ZAWANIJanuary 19 2025Perkongsian video di TikTok Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Perak memeranjatkan orang ramai selepas kementerian itu menyerbu sebuah rumah yang didakwa menjual tong gas petroleum cecair Seorang wanita di da...
Menteri Besar Pahang Kalau Abang Belon Nak Berniaga Di Kuantan Dia Boleh Cuba Buat Permohonan

Ibu Terjun Ke Laut Bersama 2 Anak Di Sabah Anak Lelaki 5 Tahun Tenggelam Anak Perempuan 6 Tahun Masih Hilang

Benteng Melayu Terakhir Dengan Menara Kl Sejak Bila Menara Kl Mahu Bertukar P

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

Zafrul As Bam President Filling Big Shoes Or A Risky Gamble

Perempuan Melawan Lara

Hiburan Mangsa Terjejas Akibat Kebakaran Di Putra Height Akan Terima Bantuan Rm2500 Hingga Rm5000 Pmx

What We Know So Far About The Putra Heights Inferno


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Raja Muda Selangor Titah Mangsa Kebakaran Ditempat Di Lokasi Lebih Selesa

Common For Gas Pipelines To Pass Through Residential Areas Says Ex Engineer

Cidb Retracts Statement On Putra Heights Blast Findings

48 Years Of Tenacious Struggle Aliran Refuses To Surrender Hope

Joker123th 100

Dior188