Pm Anwar Rai Pm Jepun Dalam Majlis Makan Tengah Hari Di Seri Perdana


 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan lawatan rasmi Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba dengan majlis makan tengah hari di Seri Perdana pada Jumaat. Foto Bernama
PUTRAJAYA, 10 Jan – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menganjurkan majlis makan tengah hari bagi meraikan rakan sejawatnya dari Jepun, Shigeru Ishiba di Seri Perdana di sini pada Jumaat.
Ishiba bersama isterinya, Yoshiko dan delegasi Jepun yang tiba di Malaysia semalam, untuk lawatan rasmi dua hari, disambut oleh Anwar di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana jam 11.50 pagi.
Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba diperkenalkan dengan barisan kepimpinan kerajaan Malaysia sempena lawatan rasmi dua hari ke Malaysia di Perdana Putra pada Jumaat. Foto JPATerdahulu, Ishiba menerima sambutan rasmi di Perdana Putra, diikuti dengan pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri dan seterusnya mengadakan sidang akhbar bersama yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen dan di platform media sosial.
Hubungan Malaysia dengan Jepun bertambah kukuh dengan peningkatan hubungan dua hala kepada Perkongsian Strategik Komprehensif yang dipersetujui pada Disember 2023.
Untuk rekod, Jepun merupakan rakan ekonomi utama bagi Malaysia dengan sejumlah 2,821 projek pembuatan yang membabitkan penyertaan Jepun dilaksanakan di Malaysia setakat Jun 2024.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba ketika majlis sambutan rasmi Perdana Menteri Jepun itu di Putrajaya pada Jumaat.Projek-projek ini mewakili pelaburan bernilai RM105.2 bilion (US$30.4 bilion) dan mewujudkan 344,996 peluang pekerjaan.
Jepun adalah pelabur asing keempat terbesar dalam sektor pembuatan Malaysia dan rakan dagang keempat terbesar Malaysia, dengan jumlah dagangan bernilai RM156.75 bilion (US$34.41 bilion) pada 2023.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/01/pm-anwar-rai-pm-jepun-dalam-majlis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Mati Ditembak Ketika Makan Tengah Hari

Lelaki Mati Ditembak Ketika Makan Tengah Hari

papar berkaitan - pada 9/1/2025 - jumlah : 153 hits
Mary Victoria Dassam hmetro com myTANGKAP layar video memaparkan lelaki maut ditembak di Taman Setia Indah tengah hari tadi FOTO media sosialJohor Bahru Seorang lelaki maut ditembak di kawasan kedai di Jalan Setia 3 2 Taman Setia Indah di s...
Makan Makan Hari Jadi Aida Shida Secret Recipe Larkin

Makan Makan Hari Jadi Aida Shida Secret Recipe Larkin

papar berkaitan - pada 7/1/2025 - jumlah : 250 hits
Assalamualaikum WBT PENUTUP tahun 2024 dan sempena hari lahir Aida dan Shida yang jatuh pada bulan Disember kami raikan sama sama di Restoran Resepi Rahsia aka Secret Recipe cawangan Larkin yang berdekatan office Madi cuba buat tempahan mej...
Ramai Tumpang Bahagia Lihat Anak Anak Tunggu Depan Pintu Rai Hari Lahir Bapa

Ramai Tumpang Bahagia Lihat Anak Anak Tunggu Depan Pintu Rai Hari Lahir Bapa

papar berkaitan - pada 31/12/2024 - jumlah : 173 hits
Ramai tumpang bahagia lihat perkongsian pengguna TikTok apabila anak anaknya meraikan hari lahir bapa mereka di depan pintu sewaktu menyambut lelaki berkenaan pulang ke rumah Perkongsian yang dibuat pengguna TikTok dikenali sebagai myra mez...
2 Hari Lagi Saksikan Majlis Amanat Tahun Baru 2025 Yb Menteri Secara Langsung

2 Hari Lagi Saksikan Majlis Amanat Tahun Baru 2025 Yb Menteri Secara Langsung

papar berkaitan - pada 13/1/2025 - jumlah : 610 hits
2 Hari Lagi Jangan lepaskan peluang untuk saksikan secara langsung Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 oleh YB Menteri Pendidikan Acara akan berlangsung pada Selasa 14 Januari 2025 pukul 9 30 pagi Anda boleh tonton di saluran YouTube EduWebTV a...
Menghina Ds Anwar Perdana Menteri Masyarakat Kaum India Membuat Laporan

Menghina Ds Anwar Perdana Menteri Masyarakat Kaum India Membuat Laporan

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 303 hits
KENAPA BEGITU BIADAPA MEREKA ADAKAH INI AJARAN DARI GURU GURU MEREKA MENGHINA DS ANWAR PERDANA MENTERI MASYARAKAT KAUM INDIA MEMBUAT LAPORAN POLIS INDIVIDU HINA PMX
Jadual Yab Dato Seri Anwar Ibrahim

Jadual Yab Dato Seri Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 3/1/2025 - jumlah : 179 hits
Arina Riana Jumaat 3 Januari 2025 1 Lawatan Turun Padang ke Lokasi Lestari Niaga KL 1 Masa 12 15 tengah hariTempat Pusat Penjaja Wirawati https maps app goo gl aov6oab7DqTqpooTA g st com google maps preview copy 2 Lawatan Turun Padang ke Lo...
Bagus Anak Suka Makan Telur Banyak Khasiat Terutama Untuk Otak

Bagus Anak Suka Makan Telur Banyak Khasiat Terutama Untuk Otak

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 230 hits
Anak mana yang tak suka makan telur Tanpa ayam goreng nasi berlaukkan telur pun anak melompat suka Boleh bertambah makan nasi Telur bukan saja jadi kegemaran anak anak tetapi pelbagai peringkat usia Tapi ada juga ibu bapa yang risau jika an...
Resipi Kari Ayam Kampung Kerala Yang Pekat Tips Buat Chapati Ori Mudah Di Rumah

When Boiling Eggs Does Adding Salt Really Do Anything Beneficial For The Eggs

Woman Who Tried To Hug Perak Ruler Charged With Assault

Blood Moon Draws Crowd To National Planetarium Despite Cloudy Skies

Unik Menarik Pameran Dari Taman Taman Sabah

Buasir Otak Tv Budak Jumpa Duit Dalam Longkang Be Like

Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas

Drama Korea Beyond The Bar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Putu Bambu

Jalan Untuk Pas Berpisah Dari Bersatu Terbuka

Laporan Produksi Yufid Bulan Juli 2025

Problem Problem Keluarga Dan Pengaruhnya Terhadap Anak

30 Amalan Di Usia Senja

A Practical Guide To Bulk Toilet Paper For Homes And Businesses