Makan Japanese Mentaiko Pasta Di Kafe Dapur Jendela


 Assalamualaikum wbt
TERLEBIH dahulu, terima kasih untuk pageviews yang ke 26 Juta hari ni. Sk tak sempat nak screen shot, tengok-tengok pagi ni, dah 26,003,+++. Walaupun pageview dah tak cecah lebih 30K sehari macam dulu, tapi puas hati sebab entri harian Sk mencapai lebih 1500 klik. Tapi, manalah tahu, kan.. orang klik aje, tapi tak baca pun, hahaha. Dah, tak mahulah eksyen sangat, takut orang menyampah pulak. Hurmmm.. ada ke yang menyampah ngan kita??
       
Sejak dapat tahu, Dapur Jendela telah berpindah ke Taman Setia Tropika, memang teringin sangat-sangat nak makan di sini. Sk pernah ceritakan tentang Dapur Jendela DI SINI.. lama dulu, tahun 2013, dah 9 tahun ko, hahaha. Masa tu DJ beroperasi di lorong bazar karat dengan konsep ala-ala sekolah zaman 80-an yang menawarkan menu tempatan dan barat.
Kemudian, banyak kali jugak la bila Sk ke bazar karat, dah tak nampak lagi Dapur Jendela. Selepas PKP dilonggarkan, Sk dapat tahu, mereka berniaga di Kampung Melayu Majidee. Dah kita suka, kan.. memang mencari jugaklah sampai ke Kampung Melayu tu, tapi kawasan tu agak sempit, jadinya, Sk tak jadi singgah sebab tak ada tempat parking. Sk dapat tahu  DJ membuka kafe di Taman Setia Tropika, baru-baru ini namun masa tu, kami sedang sibuk dengan urusan Iman dan pelbagai lagi kesyulitan, sehinggalah kelmarin, Sk ke sini berdua sahaja dengan Iman sebab Pak Inche bertugas di Stadium Hoki sempena Piala Sultan Ibrahim.
       
Terpukau sebentar bila masuk ke dalam kafe dengan rekabentuk dalaman yang lebih moden namun masih mengekalkan ciri-ciri retro dengan bingkai piring hitam yang digantung di dinding kafe. Selain tu, mereka juga meletakkan pemain piring hitam moden di kaunter kafe bersama kaset serta cartridge. Pilihan meja dan kerusi juga dicampur aduk secara bersahaja namun kelihatan kemas bergaya. Nampak tak bibir Iman mencebik tu. Kisahnya, sejak minggu lepas, atas nasihat doktor, Iman kena 'cut sugar' selepas pemeriksaan kesihatan dibuat di Pusat Kesihatan Universiti (PKU). Tu yang dia mogok sambil tenung Ice Americano. Tapi, dalam masa yang sama, dia happy jugak sebab berat dah turun 3 kilo😜


Berbeza dengan dahulu, kebanyakan menu di Dapur Jendela terdiri dari hidangan barat seperti pasta, burger, minuman frappe serta manisan seperti kek, tart, panacota dan pelbagai lagi dessert. Sk belek-belek jugak kot masih ada menu lempeng atau ubi rebus sambal tumis, tak dok dah menu tu, haha. Sk pilih Shepherd's Pie (RM13.90) ni sebagai pembuka selera. Dari tekstur kentang yang digunakan, Sk agak mereka menggunakan emping kentang ready made. Permukaannya dibakar sedikit garing, memang sangat sedap lagi-lagi bila dikunyah bersama inti daging tu. Salad yang digunakan sebagai sampingan juga segar dan bukan biashe-biashe nampaknya. Memandangkan Iman kena puasa glukos, maka hasrat untuk memesan Creme Brule terpaksa diketepikan


Grilled Chicken Chop (RM19.90) menjadi pilihan Iman. Ayam dipanggang dan dihidangkan di atas kentang putar yang sangat halus berkrim, dan  Sk rasa, juga menggunakan emping kentang ready made. Selain tu, ada potongan brokoli, lobak merah dan jagung serta sayur kacang pea. Sos lada hitam sangat sedap, tak pasti homemade atau ready made (Demi Glace). Persembahannya sungguh mantap laaa sehingga kami sedikit terpukau, hehe

       
Dah balik, baru Iman cakap, sebenarnya dia macam nak Rib-Eye Steak tapi mahal pulak. Tengok dalam gambar, geram jer dengan cendawan-cendawan atas dia.. hahaha. Oh, nasiblah, selamat bonda ko, nak. Nanti kita ajak Pak Inche la.. dia tengok Iman post kat ig, dia dah cakap, nanti pergi bawa dia pulak. Boleh, janji babah belanja, ngeee. Sk bukan tak nak bawa tau, tapi kadang Pak Inche ni banyak cekadaknya terutama jika dibawa ke kafe-kafe, ada saja la yang tak kena di mata atau di tekak. Kedai tomyam, dia suka laaa.. hahaha


Japanese Mentaiko Pasta (RM26.90)Menu Tuan Tanah Kedaung ni haruslah lain dari yang lain khas untuk santapan mata pembaca Alam Sari Di Tanah Jauhar. Ghisau pembaca bosan pulak balik-balik tengok Sk makan Spaghetti Bolognese, hehehe. Pasta dengan Telur Ikan ni merupakan sejenis menu dari negara matahari terbit, baca tajuk menu aje dah tahulah kan resepinya berasal dari Jepun


Mentaiko Pasta ni merupakan hidangan premium terpaling laris dan digemari serta sering menjadi pilihan pelanggan yang pertama kali hadir ke DJ dan inginkan kelainan. Dengan memasukkan beberapa jenis telur ikan, ia menerbitkan rasa sensasi setiap kali disuap ke dalam mulut. Satu kepuasan tau bagi penggemar telur ikan apabila telur ikan tu pecah dan meletup-letup dalam mulut. Menambahkan lagi aura Jepun tu, mereka taburkan keliling pinggan dengan hirisan rumpai laut. Tapi.. tapi.. tapi... kalau anda bukan pemakan telur ikan, jangan beranilah nak cuba Mentaiko Pasta ni, mahu termuntah pulak karang. Sebaiknya, sebelum buat pesanan, tanya dulu, jangan mudah terpedaya dengan nama menu macam yang pernah Sk dan Iman alami DI SINI. 
       
Diam tak diam, dah genap dua minggu Iman menyambung pengajian dan ini kali pertama Iman balik bercuti. Hurmmm.. bunyik bercuti tu, macamlah jauh sangat ek, hahaha. Pukul 8 malam tadi, baru gerak dari rumah hantar Iman balik ke U. Tak boleh dibayangkan kalau Iman dapat tawaran tempat yang jauh, mahu tiga hari tiga malam jugak kot agaknya hari yang perlu diperuntukkan untuk menghantar dan kami pulang semula ke Tanah Jauhar. Jangan mimpilah Pak Inche nak bagi balik sendiri naik basss.. hahaha. Ni, dia kata, minggu ni tak balik sebab nak study dan keluar jalan-jalan dengan kengkawan... baiklahhhh.. kita tungguuuuu

Dapur Jendela (since 2012)
42, Jalan Setia Tropika 1/29,Taman Setia Tropika81200 Johor Bahru, Johor
Buka setiap hari kecuali Jumaat11 pagi hingga 11 malam
Untuk pertanyaan dan tempahan : 018 2892017

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/10/makan-japanese-mentaiko-pasta-di-kafe.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Di Kafe Eleven Kitchen

Makan Di Kafe Eleven Kitchen

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 151 hits
Assalamualaikum wbtCUTI Perayaan Deepavali yang lepas jadual perlawanan hoki Piala Sultan Ibrahim direhatkan Tak silap pagi tu sarapan roti aje memasing Rancangnya hari tu nak makan tengahari di luar aje Tu pun tak tahu lagi nak makan di ma...
Ibu Tolak Bila Diajak Makan Bersama Anak Tersentuh Rupanya Risau Lauk Cucu Menantu Tak Cukup

Ibu Tolak Bila Diajak Makan Bersama Anak Tersentuh Rupanya Risau Lauk Cucu Menantu Tak Cukup

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 197 hits
Apabila tibanya musim cuti persekolahan yang panjang kampung merupakan destinasi paling menyeronokkan untuk dikunjungi Demikian mengenangkan detik dapat berkumpul bersama keluarga besar yang tidak semua orang berpeluang merasakan suasana se...
Makan Kenyang Tanpa Nasi Patut Cuba Resipi Chee Cheong Fun Ni Terlajak Sedap

Makan Kenyang Tanpa Nasi Patut Cuba Resipi Chee Cheong Fun Ni Terlajak Sedap

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 177 hits
Kalau asyik makan nasi bosan juga kadang kadang tu teringin juga nak tukar selera Sedapnya kalau dapat makan sesuatu yang ringan tetapi tetap mengenyangkan dan rasanya pun sedap Untuk anda yang suka mencuba resipi baru bolehlah cuba buat Ch...
Makan Mee Bodo Hassan Kat Tengkera

Makan Mee Bodo Hassan Kat Tengkera

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 164 hits
Assalammualaikum Dunia Mee bodo Hassan Tengok lar ramai orang Ini adalah kali kedua merasai mee bodo Hassan yang popular itu Masa hari kejadian adalah hujan dan sementara nak menunggu 3 ketul budak yang ambik ujian taekwondo jom ler kita ma...
Resipi Kuey Teow Sup Ala Kopitiam Minyak Bawang Putih Gerenti Ketagih Makan

Resipi Kuey Teow Sup Ala Kopitiam Minyak Bawang Putih Gerenti Ketagih Makan

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 239 hits
Terasa nak makan yang simple dan mengenyangkan Apa kata tukar selera makan kuey teow sup chinese style ni pula Memang tidak muak makan walau berkali Bahan bahan membuat juga mudah Tambah sedap bila dicampur dengan minyak bawang putih bersam...
Logo Kempen Pru15 Bn Makan Diri

Logo Kempen Pru15 Bn Makan Diri

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 143 hits
BOB KELANANGLOGO KEMPEN PRU15 BN MAKAN DIRI Hahaha pasal la logo BN ni bodoh betul macam nak nganjing rakyat ngundi time banjir Adoilah Nanti kena tolak dek pengundi baru ader akai Adan Uker
Wanita Cuak Diekori Dan Diperhatikan Lelaki Tua Ketika Makan Aiskrim Dalam Kereta

Wanita Cuak Diekori Dan Diperhatikan Lelaki Tua Ketika Makan Aiskrim Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 181 hits
Baru baru ini perkongsian dari seorang wanita ini menjadi tular di media sosial selepas dia berkongsikan satu kejadian menakutkan yang berlaku Menerusi video yang dimuat naik ini wanita itu memberitahu dia sedang memandu sendirian sambil me...
Risau Anak Tak Makan Almy Nadia Naik H4ntu Bila Ada Yang Suruh Kurus

Risau Anak Tak Makan Almy Nadia Naik H4ntu Bila Ada Yang Suruh Kurus

papar berkaitan - pada 16/10/2022 - jumlah : 170 hits
Hati ibu mana yang tidak sebak bila anak yang dijaga bagaikan minyak yang penuh dianggap tidak mengamalkan kesihatan yang betul Muat naik terkini pelakon Datin Almy Nadia yang juga isteri kepada aktor Datuk Fizz Fairuz mengundang simpati wa...
Taknak Makan Minum Trama Gagal Selamatkan Keluarga Dedah Suami Mengigau Panggil Isteri

Taknak Makan Minum Trama Gagal Selamatkan Keluarga Dedah Suami Mengigau Panggil Isteri

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 173 hits
Sebelum ini tular mengenai sebuah video memaparkan seorang lelaki dikenali sebagai Redzuan Ismail yang dilihat hanya mampu meraung melihat isterinya terperangkap di dalam kereta yang sedang terbakar dimamah api marak Walaupun terselamat dal...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik

Fitnah Dosa Besar Dianggap Jihad Apa Cer Muhyiddin Cakap Pas Ini Parti

Jangan Sokong Pas Dan Bersatu Mereka Sedang Karam Denagn Adu Domba Dan Fitnah

Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda