Makan Di Kafe Eleven Kitchen
Assalamualaikum wbt
CUTI Perayaan Deepavali yang lepas, jadual perlawanan hoki Piala Sultan Ibrahim direhatkan. Tak silap, pagi tu sarapan roti aje memasing. Rancangnya hari tu nak makan tengahari di luar aje. Tu pun tak tahu lagi nak makan di mana. Sk nak beli pelembab muka di Watsons, jadi, kami menuju ke Midvalley Southkey. Dalam perjalanan, Pak Inche kata, jom kita makan Mee Kolok kat Eleven Kitchen. Jom!
Banyak kali nak datang sini, tapi tutup. Masa Iman buka akaun CIMB tu pun, kami ada kat sini, tapi tutup. Ni pun ghisau tutup jugak tapi, Alhamdulillah, buka pulak kafenya walaupun hari cuti am. Kadang-kadang, dorang pun nak bercuti jugakkan
Kalau ke sini, Iman mesti nak makan Nasi Goreng Daging. Sedap sangat nasi gorengnya, ada rasa lada hitam dan daging panggang. Nasi penuh sepinggan, boleh kongsi jika anda jenis yang tak makan banyak
Mee Kolok Daging. Dagingnya dihiris nipis, diperap dengan sos khas dan dipanggang. Empuk sungguh dagingnya bila dikunyah. Lebih sedap bila dicicah dalam sos cili padi tu. Sup datang berasingan, sama ada anda nak makan berkuah atau tidak, atau hirup sup kosong begitu saja
Pak Inche suka makan berkuah. Sos cili mesti lebih, baru terangkat sehhhh! Kalau di JB ni, dah banyak jugak tempat yang jual masakan asal Sarawak ni, antaranya Adam's Kitchen. Secara peribadi, Sk lebih menggemari Mee Kolek di Eleven Kitchen dan Athirah Eatery yang terletak di hutan bandar. Bos Eleven Kitchen ni sendiri mengakui, belajar masak Mee Kolok dari bos Athirah Eatery yang merupakan bapa angkat beliau, itulah yang pernah diceritakan pada kami masa mula-mula beliau buka Eleven Kitchen ni
Mintak anak suap Nasi Goreng Daging. Bagi mereka yang tak makan daging, boleh pilih ayam. Selain tu, banyak jugak menu lain yang ditawarkan di sini dan kebanyakannya masakan ala cina. Boleh tengok gambar menu yang Sk kongskan di atas. Masa Pak Inche nak bayar, dah hulur duit dah pada cashier, tiba dengar bos jerit, TAK PAYAH! Eh, tiber bos nak belanja.. malu pulak Sk. Dah masuk kereta, baru tahu, yang belanjanya, kawan Pak Inche yang kebetulan memang ada masa kami sampai kafe tu. Syukurrrr Alhamdulillah. Semoga diluaskan lagi rezeki beliau dan diberi keafiaatan oleh Allah swt, insyaAllah, Amiiinnn Ya Robbal Alaminnnn
Kafe Eleven Kitchen
Jalan Kebun Teh, Larkin, 80350 Johor Bahru, Johor
Waktu perniaagan : Setiap hari kecuali Jumaat11 pagi hingga 6 petang
No Telefon : 013-888 2008
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2022/10/makan-di-kafe-eleven-kitchen.html