Makan Kenyang Tanpa Nasi Patut Cuba Resipi Chee Cheong Fun Ni Terlajak Sedap


Kalau asyik makan nasi bosan juga, kadang-kadang tu teringin juga nak tukar selera. Sedapnya kalau dapat makan sesuatu yang ‘ringan’ tetapi tetap mengenyangkan dan rasanya pun sedap. Untuk anda yang suka mencuba resipi baru, bolehlah cuba buat Chee Cheong Fun ni.
Artikel Menarik: [“Bukan Mudah Besarkan Kami.” Buat Kejutan Untuk Parents, Hafiz Mahamad Belikan Kereta]

 
Ia adalah gulungan lempeng nipis yang dibuat dari kepingan lebar shahe fen (mi beras), diisi dengan udang, daging lembu, sayur-sayuran atau bahan-bahan lain. Kicap berperisa – kadang-kadang dengan titisan siu mei – dituangkan ke atas hidangan semasa disaji. Apabila dibuat tanpa inti, mi beras juga dikenali sebagai Jyu Cheung Fan.
Artikel Menarik: [Tahniah Madammu! Perjalanan IVF Penuh Liku Berhasil, Dirinya Kini Hamil 5 Minggu]
Menurut Wikipedia lagi, menu ini turut dikenali sebagai gulungan mi beras yang dikukus dan merupakan hidangan Kantonis dari China Selatan dan Hong Kong. Dihidangkan sebagai makanan ringan, makanan sampingan atau sebagai sejenis dim sum.

Suzana Othman berkongsi resipi untuk membuat Chee Cheong Fun;
Bahan untuk buat gulungan Chee Cheong Fun:
Udang yang dibuang kulit, goreng sebentar dengan sedikit minyak. Jangan goreng terlalu garing.
Daun bawang yang diracik.
1pek rice paper (boleh didapati di pasaraya, yang biasa orang guna buat Vietnam spring roll tu)
Cara membuat:
1. Sediakan tiga bekas.
Bekas pertama diisi dengan air.
Bekas kedua dioles dengan sedikit minyak masak.
Bekas ketiga untuk dimasukkan dalam kukusan.

2. Rendam dua keping rice paper selama beberapa minit hingga lembut. Balik-balikkan supaya air rata ke seluruh permukaan.

3. Masukkan rice paper yang dah lembut tadi ke bekas yang kedua. Susun udang beberapa ekor dan pastikan ada jarak antara satu sama lain. Kemudian taburkan daun bawang.

4. Gulung dengan kemas.

5. Selepas gulung, masukkan dalam loyang pengukus.

6. Panaskan pengukus, masukkan Chee Cheong Fun yang dah siap digulung. Kukus selama 3-5minit. Setelah lembut, tutup api pengukus, biarkan di dalam pengukus yang bertutup supaya tidak kering terkena udara.
Artikel Menarik:  [“Terima Kasih Sabar Dengan Bonda.” Luahan Hati Faralyna Tentang Anak Sentuh Hati Ramai Ibu]

7. Bahan untuk sambal udang kering
10-12 tangkai cili kering
3ulas bawang putih
2sb udang kering

Caranya:
Potong cili kering dan rendam di dalam air panas.
Kisar semua bahan hingga halus.
Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar tadi, masukkan 2sb gula perang dan sedikit garam. Masak hingga garing.
8. Bahan kicap berperisa:
2sb kicap cair
2sb sos ikan
2sb sos tiram
2sk gula
Beberapa titis minyak bijan
200ml air

Caranya:
Masukkan semua bahan dalam pan, masak hingga menggelegak.
9. Cara menghidang ialah dengan meyusun Chee Cheong Fun atas pinggan, tuangkan kicap berperisa atasnya, tabur dengan bawang goreng, daun bawang dan juga bijan. Dah siap!

Letakkan sedikit sambal udang kering atasnya semasa menikmati. Kita potong guna gunting supaya senang nak makan. Chee Cheong Fun ini sangat sedap kawan-kawan, nak buatnya pun tak susah. Kalau anda penggemar makanan Chinese Muslim, anda wajib cuba. Jemput makan 😋
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-2022-reunion-x-tyt/

The post Makan Kenyang Tanpa Nasi, Patut Cuba Resipi Chee Cheong Fun Ni. Terlajak Sedap! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/makan-kenyang-tanpa-nasi-patut-cuba-resipi-chee-cheong-fun-ni-terlajak-sedap/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambal Totok Jawa Viral Sedap Tak Cukup Sepinggan Makan Dengan Nasi Panas

Sambal Totok Jawa Viral Sedap Tak Cukup Sepinggan Makan Dengan Nasi Panas

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 206 hits
Siapa peminat sambal wajib cuba versi sambal totok macam ni pula Sambalnya ringkas saja tapi cukup padu Malah tak perlu lauk sampingan yang meriah pun cukup sekadar makan bersama nasi panas panas ikan goreng atau telur goreng Boleh bertamba...
Resipi Cendawan Enoki Butter Ala Anju Simple Sedap Tapi Kalau Salah Step Boleh Muak

Resipi Cendawan Enoki Butter Ala Anju Simple Sedap Tapi Kalau Salah Step Boleh Muak

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 232 hits
RESEPI ENOKI BUTTER by AnjuDah pernah rasa Enoki Butter Hari hari selalu naik dekat fyp dekat media sosial Memang nampak sedap sangat Rata rata di ruang komen semua kata sedap bila dah cuba buat sendiri dekat rumah Ciri ciri cendawan berben...
Resipi Rahsia Ikan Goreng Luar Biasa Sedap Garing Di Luar Lembut Di Dalam

Resipi Rahsia Ikan Goreng Luar Biasa Sedap Garing Di Luar Lembut Di Dalam

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 235 hits
Resipi ikan goreng simple terpaling mudah guna 2 bahan je garam dan serbuk kunyit Orang panggil ikan goreng kunyit Ikan goreng kunyit sedap memang sedap berbanding goreng dengan garam je Tapi ada lagi resipi ikan goreng sedap Terpaling seda...
Makan Nasi Ayam Kee Chup Tukar Kad Atm

Makan Nasi Ayam Kee Chup Tukar Kad Atm

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 195 hits
Assalamualaikum wbtKECEWA kedai Nasi Ayam Kee Chup tutup masa kami pergi Selasa lepas terubat juga hari Jumaat Empat hari sebelum Iman daftar UTM dapatlah bawa dia makan kat sini Yek elehhh macamlah belajar dekat luar negeri ek hahahahaha K...
Resipi Sambal Kicap Power Paling Sedap Tahan Berbulan Simpan Dalam Peti Ais

Resipi Sambal Kicap Power Paling Sedap Tahan Berbulan Simpan Dalam Peti Ais

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 304 hits
Sambal Kicap seakan sudah sebati di kalangan masyarakat Johor Tanpa sambal kicap ketika makan pisang goreng seakan tidak lengkap rasanya Bukan seperti sambal kicap biasa rupanya ini cara untuk membuat sambal kicap simple tapi sedap Jom cuba...
Mengandung 5 Kali Pun Bmi Normal Tak Makan Nasi 2 Minggu Fasha Sandha Jadi Inspirasi Turunkan Berat Badan

Mengandung 5 Kali Pun Bmi Normal Tak Makan Nasi 2 Minggu Fasha Sandha Jadi Inspirasi Turunkan Berat Badan

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 154 hits
Wow memang terbaik Usaha pelakon Fasha Sandha menurunkan berat badannya ternyata membuahkan hasil malah menjadi inspirasi kepada ramai ibu ibu Mana tidaknya biarpun pernah melahirkan anak melalui kaedah pembedahan sebanyak tiga kali namun a...
Nasi Ayam Sambal Pedas Tapi Sedap

Nasi Ayam Sambal Pedas Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 299 hits
Baca GAMBAR LOKASI Nasi Ayam Sambal Pedas Tapi Sedap Semalam pergi Lotus dengan niat nak cari barang dapur Keadaan Lotus MR agak sesak mungkin sebab cuti peristiwa yang diberi oleh kerajaan Johor sempena menjuarai Piala Liga Super Kami thro...
Asam Rebus Batang Keladi Paling Sedap Makan Pun Tak Gatal Tekak

Asam Rebus Batang Keladi Paling Sedap Makan Pun Tak Gatal Tekak

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 175 hits
Masak Asam Rebus Batang Keladi memang sangat sangat mudah Tidak menggunakan banyak bahan malah rencahnya juga simple Namun jika tidak berhati hati boleh gatal jari dibuatnya Tidak kisahlah kan Janji sedap dimakan Jom masak resipi perkongsia...
Resipi Lempeng Korea Sesuai Untuk Snek Petang Yang Sedap

Resipi Lempeng Korea Sesuai Untuk Snek Petang Yang Sedap

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 175 hits
Resipi Lempeng Korea ni menggunakan sayuran sahaja tetapi rasanya memang sedap dan rangup Cara penyediaan Lempeng Korea ni sangat mudah dan menggunakan sayuran sebagai bahan utama pembuatan Lempeng Korea ni Resipi penuh telah dikongsikan ol...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids