Makan Di Restoran Nasi Ayam Hainan Masakan Cina Muslim


 Assalamualaikum WBT 


SELASAI sudah tugasan Sk sebagai AJK Pendaftaran dan Perarakan Graduan Majlis Konvokesyen kolej tahun ini. PI pulak petang ni bertugas membuat liputan Kejohanan Hoki Piala Antarabangsa Bawah 21 tahun,  Piala Sultan Johor 2025. Pagi tadi, sempatlah Sk sediakan sarapan roti dan telur untuk PI sebelum keluar. Sk perlu berada di kaunter pendaftaran graduan sebelum jam 11 pagi walaupun waktu pendaftaran jam 12 tengahari. Jika tahun lepas Sk ikut bersama-sama memasuki dewan bagi majlis sidang petang, tahun ini Sk memilih untuk balik. Tu takpa, dapat duit elaun makan patutnya belilah makanan yang dijual di Fesko, eh, tidak. Sk sanggup balik rumah masak nasi, hehehe.  



Kisah malam tadi, pergi makan di Restoran Nasi Ayam  Hainan Masakan Cina Muslim di Taman Senai Utama. Lama sudah tak makan di sini. Ada sekali tu datang tapi tutup, lepas tu kami pergi makan di The Grand by Adam's Kitchen, Kulai, ada Sk ceritakan DI SINI.

Sk terasa nak makan Nasi Ayam Hainan, bila PI ajak ke sini. PI tetaplah dengan tujuan asal dia nak makan mee rebus. Tapi, tetaplah kena study menu-menu lain jugak,  hihi


Menu masakan ayam, ikan dan udang


Menu sayuran


Menu telur dan tauhu


Menu sampingan


Pelbagai pilihan masakan berasaskan mi


Menu Asian seperti Asam Pedas, Ayam Penyet dan bubur. Nampak bubur berlauk, rasa teringin pulak, tak jadilah nak makan nasi ayam


Ikan bakar pun ada ya


Serentak sampai semua pesanan. Sk tak sempat nak ambil gambar Mee Rebus PI. Presentation dia mantap, rasanya pun sedap. Portion besar sampai PI tersandar kekenyangan


Dah pesan mee rebus, PI kata nak sup kambing jugak. Dah menyandar tu, memang tak larat la nak makan sup kambing. Sk jamah sikit, cukup empuk kambingnya, sup pun sedap. PI pun jamah seketul aje la, yang lain bungkus. Tu takpa, pagi tadi masa sedang panaskan enjin, baru Sk perasan, plastik sup kambing tergantung belakang seat kereta, huhuhu


Selain tu, pesan jugak Chicken Lemon untuk ratah-ratah. Sos lemon dia macam jeli kristal nona la pulak, hehe. Tapi, ratah jugak la ayamnya sampai habis, sos lemon Sk tolak tepi


Sk tanya PI, kita ada order kangkung, ke? Pekerja dia baru nak jawab, baru Sk teringat yang Sk pesan Bubur Nasi Berlauk. Kangkung tu kan lauk bubur. Sabar aje la


Lauk sampingan bubur nasi selain kangkung belacan, ada lobak asin cincang, sambal tumis, kacang tanah goreng, ikan masin dan telur asin


Penuh semangkuk bubur dia. Portion bubur dia lagi banyak dari Bubur Nasi No 1 yang biasa Sk pergi tu tapi rasa dia memang tak boleh lawan rasa Bubur Nasi No 1. Hurmmm.. minggu depan lagi satu la ajak PI pergi sana sebab mulai esok sampai Sabtu depan PI sibuk dengan hoki

Burppp.. Alhamdulillah. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/10/makan-di-restoran-nasi-ayam-hainan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Di Restoran Ghanim Jalan Jalan Ke The Kolong

Makan Di Restoran Ghanim Jalan Jalan Ke The Kolong

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 456 hits
Assalamualaikum WBT JUMAAT 19 September 2025 pergi makan di Restoran Ghanim lagi Kali ini nak makan makanan berasaskan mi tak nak makan nasi Tapi tetaplah pesan sepinggan sayur baby kailan Bila sayur sampai kami terus makan sayur dulu Makan...
Makan Makan Di Restoran Zaituna Selepas Long Call

Makan Makan Di Restoran Zaituna Selepas Long Call

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 281 hits
Assalamualaikum WBT SEJAK beberapa hari ini hati asyik berdebar debar dan tak putus berdoa agar pasukan yang membawa bantuan ke G sampai dengan selamat Tapi awal pagi tadi terasa terlalu berdukacita apabila 13 rakyat Malaysia yang menyertai...
Makan Makan Sempena Sembahyang Cina

Makan Makan Sempena Sembahyang Cina

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 232 hits
Assalamualaikum dan selamat petang Pada 19 September yang lalu kilang ada buat sedikit makan makan sempena kaum Cina sembahyang Sembahyang pada bulan tujuh kalendar Cina setiap tahun Bulan tujuh kalendar Cina kena jaga jaga sikit katanya Ta...
Masak Nasi Tomato Ayam Masak Merah

Masak Nasi Tomato Ayam Masak Merah

papar berkaitan - pada 29/9/2025 - jumlah : 583 hits
Assalamualaikum WBT TAMAT sudah kdrama bersiri Bon App tit Your Majesty malam tadi Keseluruhannya Sk berpuas hati dengan penamatnya walaupun ada beberapa tanda tanya Pertama di mana jumpa Cef Yeon Kedua bagaiman Raja yang hidup tahun 1500 b...
Resipi Gulai Ayam Kelantan Lauk Buat Bertambah Nasi

Resipi Gulai Ayam Kelantan Lauk Buat Bertambah Nasi

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 560 hits
Nak cuba resipi Gulai Ayam Kelantan yang pekat berlemak wangi rempah ratus dan cukup rasa Inilah resepi gulai ayam Kelantan asli yang mudah dimasak di rumah Kalau sebut masakan tradisi Kelantan pasti gulai ayam kelantan jadi sebutan Apa yan...
Lunch Nasi Ayam Penyet Dan Tauhu Telur

Lunch Nasi Ayam Penyet Dan Tauhu Telur

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 264 hits
Lunch Dan Tauhu Telur Hujan kat sini Nasi Ayam Penyet pilihanku ditambah dengan buat penyedap tekakku Alhamdulillah Sedap jugak menu ni kat kantin tempat kerja aku Harga masih dalam harga mampu makan la Nasi half aje Sudah cukup mengenyangk...
Resipi Nasi Ayam Bakar Sedap Dan Mudah Butter Minyak Bijan Rahsia Buat Ayam Juicy

Resipi Nasi Ayam Bakar Sedap Dan Mudah Butter Minyak Bijan Rahsia Buat Ayam Juicy

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 305 hits
Kalau dah bosan dengan nasi ayam goreng nasi ayam bakar versi ini wajib cuba Aroma ayam yang dibakar bersama butter dan minyak bijan memang memikat kulit ayam berkilat cantik isi pula juicy dan lembut Resipi nasi ayam ini bukan sahaja mudah...
Dinner Nasi Kandar Nasi Beriani Ayam Dan Sup Tetel Hj Doraisamy

Dinner Nasi Kandar Nasi Beriani Ayam Dan Sup Tetel Hj Doraisamy

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 300 hits
Assalamualaikum SA lupa nak share entry dinner masa check in last week lepas check in tu kami keluar nak cari dinner konon nak cari dinner special skit so masuk lah tu jenjalan cari makan sudahnya x jumpa pun Kami patah balik ke hotel sebab...
Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Woit Modal Dah Habis Ke

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya

Kuantan Pekan Road Closed After Flooding Thousands Of Motorists Affected


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Rabu Belajar Sabar Hari Ini

Aktiviti Mesyuarat Penyelarasan Hadr Misi Bantuan Kemanusiaan Dan Bencana Ke Acheh Ppim 17 12 2025

Doa Berbuka Puasa Niat Sebelum Selepas Sahur

Belajar Menghargai

Pergerakan Gaji Tahunan Syarat Kelayakan Perubahan Mulai 2026

Vape Diharamkan 2026 Fasa Tarikh Pelaksanaan