Makan Di Restoran Ghanim Jalan Jalan Ke The Kolong


 Assalamualaikum WBT 



JUMAAT, 19 September 2025, pergi makan di Restoran Ghanim lagi. Kali ini nak makan makanan berasaskan mi, tak nak makan nasi


Tapi, tetaplah pesan sepinggan sayur baby kailan. Bila sayur sampai, kami terus makan sayur dulu


Makan punya makan, sampai ke helaian daun sayur yang terakhir, makanan lain masih belum sampai, huhu


Habis dah sayur, sampailah makanan yang berikutnya. Kata nak makan mi, tapi pesan pulak lauk Chicken Lemon. Chicken lemon dekat Ghanim ni memang sedap dan disyorkan. Salutan tepung yang menggerutu tu buat ia rasa rangup di luar, namun isi ayamnya empuk dan terasa perapannya. Sos lemon masam-masam manis, pun sedap


PI pesan Bihun Cantonese. Bihun tu digoreng dulu sampai kembang, kemudian dicurahkan kuah ala Cantonese di atasnya. Bila kena kuah, bihun jadi lembut. Kuah cantonese agak tawar sampai dua kali PI minta pekerja bawakan kicap soya untuk bagi masin sikit. Kuahnya juga semakin lama semakin cair, mungkin tak cukup bancuhan tepung jagung


Yang sampai akhir sekali, Kuey Teow Goreng Seafood pesanan TTK. 

Sampai akhir sekali tak apa, masalah, dia sampai bila PI dah habis makan. Itu pun kami perlahan-lahan makan chicken lemon tu supaya taklah nanti mendangok menunggu kuey teow, hehehe. 

Balik dari Restoran Ghanim, PI ajak pulak ke The Kolong yang terletak di Jalan Tun Razak. Sebenarnya sebelum ke Ghanim tu PI ajak makan kat sini, tapi risau PI yang tak selesa nanti. Ni tempat orang muda, kita yang dah remaja purba ni kena cari tempat proper sikit la. 

Macam biasa tempat macam ni, pembelian makanan dan minuman secara layan diri, lepas tu guna pinggan cawan pakai buang. Duduk pulak dekat bangku, nasib baik dapatlah kerusi bersandar


Nampak ada stall jual apom. Rupanya apom mini. Pertama kali makan apom mini. Dia curah siap-siap susu dan taburkan gula timbang (gula merah)


Sedap apom dia tapi tak puas la walaupun banyak. Dia nak jugak apom saiz kuali


Penjual tu bagi percuma seorang satu pani puri


Tengah-tengah makan, datang suami isteri dengan seorang anak lelaki, tanya, boleh tak duduk sekali di meja kami. Kami alu-alukan duduk sekali, borak-borak, mereka datang dari Kota Tinggi. Anak bujang dia tu la nak sangat datang The Kolong ni, cerita ibunya. Ialah, The Kolong ni tarikan baharu di Pusat bandaraya JB sekarang. Peminat kopi jangan lupa singgah mengopi di sini


Sebenarnya, PI cari stall kawan lama dia, rupa-rupanya sebelah aje dengan stall apom tu. Sk terus pesan lempeng dengan Kak Mimi, isteri kawan PI. Mereka ni la kawan-kawan dari zaman muda-mudi dan anak-anak kami membesar bersama, berkawan dan mandi-manda di kolam hotel bila ada sambutan Hari Keluarga office, hihihi


Mulanya, pelik jugak kenapa namanya, The Kolong? Rupa-rupanya dekat belakang bangunan ni ada medan letak kereta bawah tanah (ground floor). Tempat tu la dijadikan medan selera dan ada juga jualan barangan bundle


Berpuluh tahun eh lalu Jalan Tun Razak ni, baru tahu belakang tu ada parkir ke bawah. The Kolong ni dibuka pada hujung minggu sahaja, depannya Balai Bomba Larkin, di sebelahnya Hutan Bandar JB dan bangunan lama Court Mammoth. Meriah sebab ada busker. Rajin pulak tu nyanyi lagu zaman kita remaja, syahduuuu dengar.. hahahaha


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/09/makan-di-restoran-ghanim-jalan-jalan-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Sizzling Yee Mee Di Restoran The Ha Alifff

Makan Sizzling Yee Mee Di Restoran The Ha Alifff

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 1878 hits
Assalamualaikum WBT SEPERTI yang dirancang semalam Sk dan PI makan mi di kedai Eh opsss sebenarnya PI ajak makan western tapi kedai tu tutup pulak padahal sepatutnya tutup hari Jumaat Agaknya jalan jalan cuti sekolah Tu la jadinya dapatlah ...
Makan Makan Di Restoran Zaituna Selepas Long Call

Makan Makan Di Restoran Zaituna Selepas Long Call

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 280 hits
Assalamualaikum WBT SEJAK beberapa hari ini hati asyik berdebar debar dan tak putus berdoa agar pasukan yang membawa bantuan ke G sampai dengan selamat Tapi awal pagi tadi terasa terlalu berdukacita apabila 13 rakyat Malaysia yang menyertai...
Makan Di Restoran Segamat Seafood

Makan Di Restoran Segamat Seafood

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 2312 hits
Assalamualaikum WBT SELEPAS selesai PI membuat liputan secara online perlawanan liga Pasukan JDT vs Penang di barulah kami keluar untuk makan malam Sk ingat nak la pergi kopi kopi atau western makan yang simple gitu tapi PI ajak makan nasi ...
Makan Malam Di Restoran Nelayan Seafood Catering Sambil Tengok Perlawanan Bola Sepak

Makan Malam Di Restoran Nelayan Seafood Catering Sambil Tengok Perlawanan Bola Sepak

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 2588 hits
Balik dari shopping di singgah dan terus makan malam di Restoran Nelayan Seafood Catering Teringin nak makan ikan bakar Sebenarnya tak tahu nak makan di mana Nak layan mengopi di cafe mostly jam 10 00 malam dah tutup Carilah di grab food ap...
Makan Di Restoran Tomyam Hotpot Chiang Mai Temerloh

Makan Di Restoran Tomyam Hotpot Chiang Mai Temerloh

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 914 hits
Assalamualaikum WBT DAH hari khamis hari ni dan yang paling best dah 25 haribulan hehehehe Tapi tu la dulu dulu gaji masuk awal pagi sebelum subuh Sekarang pukul 9 ke 10 pagi baru masuk Walaupun semua ada online banking untuk semak tapi ada...
Makan Di Restoran Udang Galah Orang Minyak

Makan Di Restoran Udang Galah Orang Minyak

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 2166 hits
Assalamualaikum WBT KALAU sebelum ini setiap kali ke Kuantan kami akan mengikut laluan Mersing atau Segamat namun kali ini berbeza kerana tujuan kami hendak ke Temerloh yang merupakan titik tengah Semenanjung Malaysia dua jam perjalanan jik...
Makan Di Restoran Pak Putra Melaka

Makan Di Restoran Pak Putra Melaka

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 270 hits
Assalamualaikum WBT TAK Melaka ler jika tak singgah makan di Restoran Pak Putra yang terletak di Taman Kota Laksamana bandaraya Melaka Restoran Pak Putra ni diperkenalkan Along Sk Dulu dulu mana ada waze tapi kami sampai jugak Sampai sekara...
Confirm Tak Lemau Ini Cara Kekalkan Kerangupan Ikan Bilis Goreng

Writing Love Letters That Feel Honest Not Overwritten Or Fake

Hujan Lebat Pusat Beli Belah Trx Bocor Lagi

Lazada S Christmas Promotion

Reinstate Ptptn Loan Waiver For Top Scorers From Private Varsities Govt Urged

How Virtual Tours Shape The Future Of Architecture In The Metaverse

Cross Country Contenders 5 Custom Bmws We D Ride Coast To Coast

Thailand Kemboja Setuju Hentikan Semua Tembakan Berkuat Kuasa Petang Jumaat Trump


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Hari Konsultasi Fasa 2 Di Smk

Aktiviti Konvensyen Melayu 153 Ppim 13 12 2025

Lirik Lagu Ayuh Pulang Aina Abdul Amir Jahari

Pulang Bukan Bererti Kalah Tapi Menyelamatkan Diri

Bahaya Pinjaman Ah Long Dan Skim Pinjaman Tidak Berlesen

Kpai Ambon Kebijakan Kontribusi Dalam Melindungi Anak Di Kota Ambon Dan Maluku