Makan Di Pak Din Kopitiam Selepas Iman Dapat Booster Dose
Assalamualaikum...
HARI ini Sk ambil cuti sebab nak bawa Iman ambil dos penggalak vaksin Covid 19. Sepatutnya, Pak Inche la yang bawa, tapi dah namanya hari kerja, memang tak menyempat la. Sk pulak risau kalau nanti lama pulak menunggu, supaya tak rasa bersalah, ambil cutilah yang paling senang.
Dah namanya kopitiam, kan.. haruslah kita mengopi. Sk pilih Kopi Pak Din Panas Cawan dan untuk Iman, Kopi Pak Din Ais. Kopi Pak Din Ais ni antara 'best seller' di sini. Oh ya, bagi anda yang nak minum kopi panas extra, bolehlah pesan Kopi Pak Din Panas Gelas.
Kami juga pesan Roti Bakar Keping dan Roti Bakar Bun. Iman kata, dia lagi suka makan roti keping, Sk pulak lebih suka roti bun kerana teksturnya yang lebih gebu. Syaratnya kena makan terus sebaik roti dihidang ke meja.
Mungkin masih baru dan kekurangan pekerja di dapur, tidak banyak menu hidangan berat yang ditawarkan kepada pelanggan. Cuma ada Mee Kari dan Nasi Ayam sahaja. Nasi ayam cukup syarat dan tidak mengelat dihidangkan pulak dalam pinggan design corak ayam yang selalu menjadi identiti kebanyakan kopitiam
Walaupun begitu, masih terdapat banyak pilihan makanan siap pek seperti Laksam, Roti Jala dan Nasi Lemak Daun Pisang (semestinya). Anda juga pasti rambang mata hendak memilih kuih-muih tradisi sebagai pemanis mulut sambil menghirup secangkir kopi
Hurmm.. hari tu baru makan Nasi Ayam dan dua minggu sudah dah makan Mee Kari, Sk pilih untuk makan Roti Jala sahaja. Roti jala dan kuah kari sedap.. sebijik macam rasa Roti Jala Cik Embun. Haaa.. siapa-siapa datang sini, kalau dah berkenan apa-apa atas meja tu, jangan tunggu lama-lama, nanti diambil orang
Macam tadi, Iman kata, nanti nak tapau Laksam, buat makan petang, petang-petang kat office selalu lapar. Tak sempat Iman ambil, dah ada orang lain ambil dulu, tak ada rezeki nak makan Laksam Pak Din, hehehe. Dahlah tinggal satu. Masa nak bayar tu, terus dia ambil roti jala yang tinggal sebekas
Ni tadi, sebelum ke Pak Din Kopitiam, Iman ambil booster dose dahulu, di klinik yang sama Sk dapatkan booster. Kami tiga beranak sama clan la ya, sinovac + pfizer. Nanti, boleh sama-sama nak jadi zombie ke.. raksasa ke... hahahaha. Sebelum vaksin, Iman kata, nanti nak tapau Subway untuk lunch. Lepas vaksin, ajak ke farmasi beli panadol, dia kata, nak makan nasi campur pulak. Sk kata, ingat nak ajak pergi Pak Din, dah empat kali pergi tutup. Mana taknya, datang awal sangat, yang sekali tu datang petang sangat, huhu. Iman terus kata okay, jom pergi Pak Din Jer, sebab dia masuk balik pejabat pukul 2
Alhamdulillah.. dapat jugaklah mengopi, meroti dan makan-makan di Pak Din Kopitiam. Bukan senang ya nak jumpa orang melayu buka Kopitiam, lebih-lebih lagi bila berjaya buka Kopitiam di Puteri Harbour ni. Semoga Pak Din Kopitiam ni terus maju dalam mengembangkan perniagaan dalam bidang kopitiam ni. Tadi pun, masa Sk sampai, dipenuhi pelanggan termasuklah yang beratur menunggu giliran.
Pak Din Kopitiam Puteri Harbour
RG-04 & RG-05 Residensi Encorp, Persiaran Puteri Selatan, Kota Iskandar, 79100 Nusajaya, Johor
Tel 017 3875323
Buka setiap hari10 pagi hingga 4 petang
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2022/01/makan-di-pak-din-kopitiam-selepas-iman.html