Makan Di Kopiloco Dengan Iman


 Assalamualaikum...
DI TANAH JAUHAR ni, popular dengan makanan hari raya. Sk pulak, tergolong dalam mereka yang gemarkan makanan hari raya. Tak raya pun, ada jer kedai yang menjual makanan hari raya. Konsepnya macam, hari-hari hari raya, gitulah.Tak perlu jadi kaya pun, cukup ada RM7 dah boleh menikmati makanan hari raya seperti lontong yang merupakan juadah tradisi di Johor setiap kali Aidilfitri dan Aidiladha. 
Walaupun begitu, lontong sahaja, bukanlah pelengkap hidangan raya. Sepatutnya, kena ada lemang, lepat, burasak, lo'e, rendang dan asam pedas ikan parang, haaaa.. barulah lengkap hidangan hari raya. Jadinya, semalam, Sk ajak Iman makan tengahari di sebuah restoran yang bertemakan 'Hari-hari Hari Raya'. Restoran ini dikatakan lengkap dengan semua hidangan yang SK sebutkan di atas

Sayangnya, tak ada rezeki nak makan makanan hari raya. Cuma ada lemang dan ketupat palas. Maknanya tak adalah lontong dan hulubalangnya kan. SK ni kalau boleh nak tengok semua depan mata dan pilih, tapi dah tak ada, nak buat macam mana, kan. Kecewa sikit la, tapi taklah sampai nak cari batu belah batu terlangkup, hahahaha


Disebabkan tak ada idea dah nak makan di mana, Sk mengajak Iman menyusuri Jalan Dhobi. Nampak Restoran Hua Mui. Lepas tu, teringat, Iman komplen maknya asyik keluar makan dengan babah tak bawa dia. Jadi, SK ajak Iman ke Kopiloco.  Lalu depan IT Roo, Iman kata, makan kat IT Roo pun boleh. Takde, takde, hari tu dah komplen, kan.. meh kita pergi Kopiloco jugak. Kali ni SK pilih Air Barli Panas. Macam tak ada rasa nak mengopi


Kelakarnya Iman, salah tulis kod minuman. Terpampang kemahen besar kod Signature Kopiloco tu, tapi boleh pulak dia tertulis nombor lain. Kod yang Iman salah tulis tu, Kopi O Ais, hahaha. Nasib baik sedap kopi o nya. Sk cakap, baguslah, karang salah minum susu, sakit perut pulak


Roti Bakar, wajiblah ada. Iman suruh makan sebelah, SK tak nak. Sk kalau makan roti bakar, petang atau pagi jer. Kalau tengahari, macam tak ada rasa nak makan roti bakar. Aik! Tadi, tak ada rasa nak mengopi, ni tak ada rasa nak makan roti bakar. Rasa pelik, tak


Tak pelik pun, sebab Sk rasa nak makan Kuey Teow Goreng Seafood. Kalau makan di Kopitiam ni, jarang ada rasa nak makan nasi walaupun ada hidangan nasi berlauk (bukan nasi campur). Kalau ada nasi campur, tentulah itu yang Sk pilih dulu. Oh, kuey teow dia rasa kosong walaupun ada sotong dan udang. Jadi, lain kali datang sini, tak nak lah ambil kuey teow goreng. Iman kata, Kuey Teow Goreng kat TI Cafe lagi sedap. Ah, kuey teow kat kafe kolej Sk pun sedap, ni bukan tak sedap tapi rasa kosong. Nasib baik ada cili jeruk tu


Iman makan Nasi Goreng Kampung. Set nasi goreng kampung ni, datang bersama Ayam Goreng. Ayamnya disalut tepung, tak macam yang Pak Inche makan di Oriental Kopi tu, bersalut rempah. Nasi goreng tak sama macam dalam gambar. Dalam gambar, nampak bentuk mangkuk lagi, portion seorang makan. Tapi yang dihantar ke meja ni, selambak penuhhhhh dalam pinggan tu. Sedap teruk nasi gorengnya, yang ni Iman kata, lagi sedap dari TI Cafe. Jadi, ada pro dan kontra

Agaknya dah kenyang makan roti bakar, Iman cuma makan separuh jer nasi goreng. Tapi, Iman kata, selalu boleh aje dia makan roti bakar dan satu main course lain, hahaha. Memang banyak betul nasinya tu. Jadinya, separuh lagi tapau, panaskan untuk makan malam. Kuey teow SK tu pun macam tak habis dah, tapi SK paksa jugak habiskan. Sk, kan.. jarang-jarang makan tak licinnnnnnn. Oh,ya.. untuk maklumat, 'loco' tu maksudnya gila.. jadi Kopiloco tu ertinya, 'Gila Kopi.'
Balik dari Kopiloco, singgah pulak Salahuddin Bakery

Syukur Alhamdulillah 😍




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/01/makan-di-kopiloco-dengan-iman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Di Pak Din Kopitiam Selepas Iman Dapat Booster Dose

Makan Di Pak Din Kopitiam Selepas Iman Dapat Booster Dose

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 894 hits
Assalamualaikum HARI ini Sk ambil cuti sebab nak bawa Iman ambil dos penggalak vaksin Covid 19 Sepatutnya Pak Inche la yang bawa tapi dah namanya hari kerja memang tak menyempat la Sk pulak risau kalau nanti lama pulak menunggu supaya tak r...
Teknik Potong Buah Oren Secara Kiub Mudah Tak Tercekik Anak Makan

Teknik Potong Buah Oren Secara Kiub Mudah Tak Tercekik Anak Makan

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 391 hits
Buah buahan bagus untuk anak Cuma ibu bapa perlu pilih buah sesuai dengan umur anak Sebaiknya digalakkan untuk mula dengan buah yang lembut dan tidak terlalu berserat Malah potongan buah yang betul juga penting untuk elakkan anak tercekik K...
Resipi Bubur Telur Simple Khasiat Tinggi Lagi Selera Anak Makan

Resipi Bubur Telur Simple Khasiat Tinggi Lagi Selera Anak Makan

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 218 hits
Bosan dengan ikan dan ayam apa kata ibu pelbagaikan pula dengan telur dalam bubur nasi anak Pun begitu pastikan telur dimasak sepenuhnya untuk elakkan kuman solmonella yang berbahaya pada telur jika tidak dimasak dengan baik Nak cuba resipi...
Resepi Chicken Wrap Ala Kfc Lebih Jimat Anak Anak Puas Makan

Resepi Chicken Wrap Ala Kfc Lebih Jimat Anak Anak Puas Makan

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 286 hits
Musim cuti sekolah ni anak anak cepat lah lapar kan Jom mama cuba resepi mudah ni Yang penting memang puas hati dapat makan dan lebih jimat Ikuti resipi perkongsian daripada bel ini Assalamualaikum Chicken wrap ala ala kepchii Boleh cuba Ji...
Suruh Anak Berhenti Menangis Ibarat Suruh Anak Berhenti Rasa Lapar Sebab Semalam Dah Makan

Suruh Anak Berhenti Menangis Ibarat Suruh Anak Berhenti Rasa Lapar Sebab Semalam Dah Makan

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 228 hits
Bila berlaku bencana seperti banjir ada anak anak yang mungkin kehilangan ibu bapa atok nenek adik beradik bestfriend haiwan peliharaan hilang tempat tinggal tempat bermain hilang mainan kesayangan baju kesayangan selimut kesayangan Dan mac...
Tempat Makan Malam Sedap Dan Menarik Di Kuala Terengganu

Tempat Makan Malam Sedap Dan Menarik Di Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 508 hits
Tiap kali bercuti ke sesuatu negeri saya akan masukkan list untuk Jalan Jalan Cari Makan sambil bercuti kerana makan kan perkara wajib dilakukan setiap hari jadi alang alang dah berkunjung ke tempat orang apa salahnya rasa menu sedap yang a...
Gadis Der1ta Ecz3ma Hilang Nikmat Makan Guna Tangan Jari Mudah Berd4rah Kedut Macam Orang Tua

Gadis Der1ta Ecz3ma Hilang Nikmat Makan Guna Tangan Jari Mudah Berd4rah Kedut Macam Orang Tua

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 226 hits
SARUNG tangan kebiasaannya digunakan antara lain untuk menyediakan makanan namun gelagat seorang wanita ini memakai sarung tangan sebelum menjamu selera ternyata mencvri tumpuan orang ramai Nak makan mana mana kena bawa glove sendiri ya bar...
Kek Coklat Karamel Moist Mudah Gerenti Anak Suka Makan Sejuk Sejuk Sedap

Kek Coklat Karamel Moist Mudah Gerenti Anak Suka Makan Sejuk Sejuk Sedap

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 299 hits
Sebut je kek coklat semua anak anak pasti suka Kalau ikut rangking ni antara yang popular dan digemari ramai Biasanya kek coklat pilihan adalah kek coklat leleh Namun untuk kali ini apa kata cuba resepi Kek Coklat Karamel Moist Kek ini tak ...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun