Booster Dose Kopiloco
Assalamualaikum...
ORANG yang paling teruja apabila Sk mendapat temujanji bagi menerima dos penggalak vaksin covid 19. Kebetulan jugak dia bercuti sampai akhir tahun, jadi pagi ni Pak Inche yang bawa Sk ke klinik mengambil suntikan booster
Sebelum dicucuk, kena sarapan dulu. Lepas hantar Iman ke pejabat, kami ke Kopiloco yang terletak di Jalan Tan Hiok Nee, Pusat Bandar JB. Pagi ni agak sejuk kerana salji hujan turun di bandar JB. Walaupun tak lebat, tapi basah jugak kalau tidak berpayung
Masa keluar rumah pagi tadi, belum hujan lagi tapi awan kelabu dah mula berarak. Saja bergambar di hari terakhir tahun 2021. Kalau PKP tahun lepas, berjaya menambah berat badan dengan jayanya, tahun 2021 ni nampaknya misi makan-makan kurus beransur jadi kenyataan 😆 macam tak percaya ek. Masih kategori obes sebenarnya, 2022 kena usaha lebih la. Jaga makan dan bersenam demi untuk kesihatan dan mudah nak duduk tahiyat 😂
Pesan satu set sahaja Roti Kaya Butter untuk Pak Inche. Di Kopiloco ni ada pelbagai pilihan roti bakar, nak inti apa, nak roti apa.. ada roti keping putih, roti wholemeal dan roti bun. Nak letak telur tengah, nak letak telur atas, haaa.. tepuk dada, tanya selera
Telur Separuh Masak satu set dua biji, untuk Pak Inche. Di sini cuma ada telur ayam kampung aje, tapi telur kampung yang dah dikomersialkan la. Selalu telur ayam kampung comel-comel jer kan, tapi ni macam telur saiz B
Disebabkan masa agak terhad kerana nak pergi vaksin, Sk cuma pesan Salted Egg French Toast sahaja. Hampirrrrr saja nak pesan sepinggan nasi lemak dam semangkuk asam laksa, nasib baik dapat kutahan Jebat!!
Salted Egg French Toast ini betul-betul mengingatkan Sk kepada Salted Egg Lava French Toast yang pernah Sk makan di San Da Gen Kopitiam semasa berkunjung ke Sandakan. Cuma bezanya, di San Da Gen, inti salted egg tu manis lemak berkrim ala kastard, tapi di Kopiloco ni intinya savoury, pedas macam kita makan lauk salted egg yang dimasukkan daun kari dan hirisan cili padi. Tapi salutan di luar manis dengan disirami madu...unik, kan.. memang must try la bagi sesiapa yang berkunjung ke sini
Lepas makan, kami terus ke Poliklinik Pekan Nenas di mana Sk akan menerima Booster Dose. Nama jer Poliklinik Pekan Nenas tapi lokasinya di Medini, Nusajaya, bersebelahan dengan Mydin. Klinik baru, cantik dan sejukkkkkk macam kat Cameron Highlands 😍
Dapat vaksin Pfizer selepas dua dos Sinovac sebelum ini. Kalau ada dos yang ke-empat, cucuk ajelah.. pedehal, kan!. Bukannya kena bayau. Setakat ini tak ada apa-apa kesan, masa cucuk pun rasa sakit sikit jer la masa jarum tu masuk. Mungkin sebab dah sapu ubat kebas tu kan. Sampai rumah, terus telan panadol dua bijik. Cuaca pun macam melambai-lambai jer ni, bolehlah kalau nak jadi ikan kaloi ke.. tapak sulaiman ke.. kannn.. hahahaha.. hahahaha
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2021/12/booster-dose-kopiloco.html