Makan Di Karat Cafe Cerita Sebelum Pkp


Assalamualaikum...


DAH hari ke 22 duduk berkurung dalam rumah.  Rasanya ini bukan lagi surirumah 22 hari tapi dah jadi macam surikurung. Tu tak apa,  line internet pulak macammmm..  ah..  malas la nak cakap,  karang tak pasal-pasal dapat dosa aje.. jomlah kita cerita pasal makan sebelum PKP. Jangan pulak kata Sk tak sensitif dengan apa yang melanda negara dan seluruh dunia kini.  Blog Sk ni nak cerita pasal apa?  Pasal makan aje ler..  tak gitu...? 

Baiklah,  kali ini Sk nak bawa anda ke Karat Cafe yang terletak di Ipoh, Perak.  Mana lagi kan,  hahahha.  Sesuai dengan namanya,  Karat,  maka pastilah cafe ini menjanjikan sesuatu yang unik dan klasik dengan identiti tersendiri.  Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, cafe Karat rasanya ditutup kepada pengunjung,  kita doakan agar segalanya cepat berakhir supaya cafe ini dapat beroperasi kembali. 

Kami singgah ke Karat Cafe ni sebelum PKP bermula iaitu pada 14 Mac 2020 semasa menghantar Iman balik ke kamsis.  Tuuuu..  yang masa Iman buat surprise balik JB sempena Makan-Makan di Harijadi Nenek tu la,  jadi,  Pak Inche tak mungkin bagi la kan Iman balik ke Ipoh naik bas lalu terpaksalah Sk ambil cuti.  Sampai Ipoh,  check-in hotel lepas tu terus pergi makan di sini sebelum hantar Iman balik ke kamsis.  Imannya pulak ada bonding day apatah esoknya tu,  hurmm..  Sk kata tak payah pergi,  nak jugak pergi,  lepas tu sanggup pulak balik JB. Isk,  nak berleter pun tak guna sebab benda dah lepas,  dah selamat pun semuanya.  

Tu takpa,  dah balik JB dan masuk kerja 16hb tu,  sekali ada pengumuman dari PM bahawa PKP akan dikuatkuasakan mulai 18 Mac hingga 31 Mac. Jadi,  Selasa tu jugak Sk minta izin dengan bos balik tengahari sebab nak ke Ipoh.  Dan rasanya hari tu la yang paling lama Sk bertahan memandu sebab nak kejarkan Pak Inche kena masuk kerja hari rabu (tugas Pak Inche kategori frontliner). Haaaa..  punyalah panjang sejarah sebelum PKP tu,  hahahaha. Jadi,  hari ni baru ada mood nak cerita pasal Karat Cafe ni,  maaflah ya, panjang intronya,  kah kah kah. 

Kebanyakan menu yang ditawarkan di sini adalah local food namun ada juga sedikit pilihan western. Harga makanan dan minuman di sini juga  berpadanan dengan tema klasik yang ekslusif yang jarang kita temui.  Namun bagi Sk sesekali boleh la terutama jika anda ingin meraikan sesuatu yang istimewa,  tak salah untuk berbelanja lebih. 

Bangunan cafe ini merupakan sebuah rumah papan lama bertiang dengan ketinggian sederhana.  Kalau dilihat pada rekabentuk dalamannya seolah ia masih dikekalkan sebab kita boleh nampak ruangan bilik-bilik yang masih dikekalkan termasuklah binaan tingkap berdaun.  

Apa yang Sk boleh bayangkan rumah ini tidaklah terlalu tua, berdasarkan gaya papan dinding seperti era 70 hingga 80-an. 

Kalau nak kopi-kopi saja,  mungkin anda boleh memilih duduk di ruangan ini. 

Laluan balkoni yang mengadap halaman rumah juga dijadikan tempat makan.  

Makan di tepi tingkap yang terbuka luas sambil ditiup angin sepoi bahasa. 

Bidai kedai lama yang dipasang di dinding menjadi titik tumpu di ruang makan yang kami pilih


Bingkai gambar lama banyak tergantung di dinding. 

Dari tempat Sk duduk menghala ke ruamgan dapur. 

Tempat cuci tangan dan ini juga laluan ke bilik air yang terletak di bawah tepi rumah. 

Bonda mesti suka kalau makan kat tempat ni,  sungguh-sungguh Iman memancing, nasib tak sukar juga nak memujuk Pak Inche supaya bersetuju,  hahahah. 

Papan tanda iklan dulu-dulu. 

Siapa pernah guna mesin taip ni maknanya dia dah tua sekarang,  kah kah kah


Pak Inche kata,  dia lapar sangat.  Siap pesan dua jenis makanan


Kalamansi,  Vanilla Shake dan Kopi O tu tentulah untuk Sk. 

Mee Kuah Daging untuk Pak Inche yang memang sangat suka makan segala jenis mee yang berkuah. 

Penuh perasaan perah limau tu,  hahahah.  Sedaplah mee kuah tu tapi Pak Inche kata sikit,  tak kenyang,  huhu


Patutlah dia boleh habiskan roti bakar dan kari daging ni sorang-sorang. 

Rendang Ayam Minang yang dihidang bersama nasi putih,  keropok moni dan hirisan kubis mentah.  Rendang tu rasa macam Ayam Panggang Kuali yang Sk selalu masak cuma beza ada rasa daun kunyit. Tak mengecewakan la. 

Iman pilih Lasagna.  Macam pelik pulak bila ada daun pisang kat situ,  hihi. 

Yang penting,  tarik cheese tak putus okeh. 

Bos dah bayar,  jom jom balik kamsis. 
Karat CafeAlamat : 137, Jalan Sultan Abdul Jalil, Ipoh,  Perak
Waktu Perniagaan :5 pm - 12 pm setiap hari kecuali Rabu




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2020/04/makan-di-karat-cafe-cerita-sebelum-pkp.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Makan Apa Yang Ada Disekeliling Rumah Jer Semenjak Pkp Dilaksanakan

Covid 19 Makan Apa Yang Ada Disekeliling Rumah Jer Semenjak Pkp Dilaksanakan

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 473 hits
Kami sembilan beranak hanya makan makanan yang boleh didapati di sekeliling rumah seperti ubi kayu keladi pucuk ubi dan ikan yang didapati dalam parit seperti puyu serta sepat Itulah yang dikatakan oleh Abdul Hadi Yunus 50 dari kampung Pari...
Pensyarah Jaga Makan Bersenam Elak Tekanan Semasa Pkp

Pensyarah Jaga Makan Bersenam Elak Tekanan Semasa Pkp

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 187 hits
KUALA LUMPUR 31 MAC Bimbang risau takut dan cemas kerana pandemik wabak Covid 19 atau Perintah Kawalan Pergerakan Itu merupakan simptom normal manusia ketika keadaan krisis namun ia boleh mengakibatkan masalah kesihatan mental jika perasaan...
Cerita Satu Keluarga Bagikan Makan Siang Di Tengah Pandemi Corona

Cerita Satu Keluarga Bagikan Makan Siang Di Tengah Pandemi Corona

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 267 hits
Ia bersama keluarga dengan menggunakan mobil membagikan makanan di sekitaran Jl Gadang Kelurahan Sungai Bambu Tanjung Priok Jakarta Utara
Menangis Tak Nak Makan Ibu Cerita Anak Anak Mogok Kalau Bibik Tak Ada

Menangis Tak Nak Makan Ibu Cerita Anak Anak Mogok Kalau Bibik Tak Ada

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 297 hits
Anak anak memerlukan kehadiran ibu ayah di sisi mereka Kadang kadang kehidupan mewah pun tiada guna untuk mereka Mereka hanya mahukan perhatian sebab itulah kadang kadang mereka akan buat perangai Kita pula menganggap anak nakal dan memarah...
Makan Buffet Di Tonka Bean Cafe Deli Impiana Klcc Hotel

Makan Buffet Di Tonka Bean Cafe Deli Impiana Klcc Hotel

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 481 hits
Salam Hari ni kita cerita pasal makan sebab rindu nak makan kat luar Dah 2 minggu aku duduk rumah korang seminggu la aku dan anak2 sblm PKP dah start kuarantin sendiri sebab batuk selsema Risau nak keluar So korek korek album lama jumpa gam...
Cerita Gelandangan Ke Jejak Kasih Hikmah Pkp Dua Beradik Bertemu Semula Sejak 1996

Cerita Gelandangan Ke Jejak Kasih Hikmah Pkp Dua Beradik Bertemu Semula Sejak 1996

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 373 hits
Aturan Allah memang yang terbaik small Cover image via Twitter f4izalhassan small Perintah Kawalan Pergerakan telah dilaksanakan sejak daripada 18 Mac lalu sebagai usaha untuk menangani wabak Koronavirus Covid 19 di negara ini Sepanjang tem...
Sebelum Pkp Berakhir

Sebelum Pkp Berakhir

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 191 hits
Perintah kawalan pergerakan jika mengikut jadual bakal berakhir 14 April 2020 Menurut Kementerian Kesihatan keputusan sama ada dilanjutkan atau sebaliknya pada 10 April ini Namun begitu sebelum PKP dibenarkan berakhir banyak lagi langkah kr...
9 Sektor Tambahan Perlu Dapat Kelulusan Miti Sebelum Mula Operasi Ketika Pkp

9 Sektor Tambahan Perlu Dapat Kelulusan Miti Sebelum Mula Operasi Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 415 hits
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengingatkan semua syarikat dalam sektor tambahan yang dibenar meneruskan operasi supaya mendapatkan kelulusan terlebih dahulu sebelum memulakan perniagaan mereka Miti berkata semua syarikat...
Pesalah Pkp Akan Di Tahan Reman Sebelum Ke Mahkamah

Pesalah Pkp Akan Di Tahan Reman Sebelum Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 316 hits
KUALA LUMPUR Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan fasa ketiga yang bermula esok akan diperketatkan dengan polis boleh menahan reman mereka yang ingkar seterusnya dihadapkan ke mahkamah Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berk...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je