Menangis Tak Nak Makan Ibu Cerita Anak Anak Mogok Kalau Bibik Tak Ada


Anak-anak memerlukan kehadiran ibu ayah di sisi mereka. Kadang-kadang kehidupan mewah pun tiada guna untuk mereka. Mereka hanya mahukan perhatian, sebab itulah kadang-kadang mereka akan buat perangai. Kita pula menganggap anak nakal dan memarahi mereka.
Bayangkan betapa sedihnya hati seorang anak, apabila ibu ayahnya tidak menghiraukan mereka. Sibuk dengan kerja atau ralit melayan handphone sehingga kehadiran anak-anak langsung tidak diendahkan. Begitu juga dengan pengakuan ibu beranak tiga ini, yang menceritakan bagaimana anak-anaknya lebih sayangkan pembantu rumah mereka.

Saya Wanita Bekerjaya, Suami Seorang Doktor Assalamualaikum semua. Nama saya Zue. Saya malu nak menceritakan hal ni, tapi saya rasa tak salah nak dikongsikan dengan semua ibu di luar sana. Saya sudah berkahwin dan ada 3 orang anak. 2 perempuan dan seorang lelaki. Yang sulung usianya dah 10 tahun, adiknya 7 dan yang bongsu 4 tahun. Saya wanita bekerjaya, pegang jawatan besar di pejabat.
Di situlah silapnya. Saya selalu sibuk di pejabat. Ada saja meeting dan kursus yang saya kena attend. Staf di bawah seliaan saya juga agak ramai. Jadi saya memang banyak hal yang perlu difikirkan. Sampai soal anak-anak saya ketepikan.
Suami pun sibuk orangnya. Bertugas sebagai seorang doktor di hospital swasta. Selalu on call, jadi dia pun jarang ada masa untuk anak-anak. Kami percaya, ibu bapa yang baik adalah yang dapat sediakan segala kemewahan untuk anak-anak. Minta apa saja, semuanya kami akan belikan.
Bersyukur Ada Bibik Ram, Banyak Membantu Di rumah, saya gajikan pembantu rumah. Orangnya rajin dan boleh diharap. Sepanjang usia anak saya yang bongsu, memang dia lah yang menjaganya. Macam anak sendiri. Sampaikan kalau nak tidur malam pun nak tidur dengan Bibik Ram. Andainya kami nak keluar ke mana-mana, semua anak akan minta Bibik Ram untuk ikut. Kalau dia tak mahu, mereka sanggup tak keluar dari terpaksa tinggalkan dia.
Saya dan suami bersyukur, sebab waktu tu kami rasa baguslah ada yang sayang dan ambil berat hal anak-anak. Bibik Ram memang baik dan jujur orangnya.
Pernah suatu hari, saya dapat bercuti selama seminggu. Saya rancang nak bawa anak-anak melancong ke Australia. Bibik Ram pun saya ajak sekali tapi malangnya dia minta mahu pulang ke kampung waktu itu. “Alang-alang ibu bercuti, saya mohon izin mahu jenguk ibu ayah saya di kampung.” Lalu saya benarkan.
Anak Tak Seronok Bercuti Dengan Saya Hari pertama di Australia, anak-anak dah mula buat perangai. Yang si adik, (saya gelarkan anak saya Baby), tak boleh tidur. Dia menangis-nangis cari Bibik Ram. Yang abangnya pula (Naufal), pun tak mahu makan apa yang saya masak. Saya minta suami belikan makanan luar pun dia tak mahu.
Anak sulung saya (Rania), terus beritahu yang mereka tak suka bercuti dengan saya di Australia. “Bibik Ram tak ada. We can’t eat, we can’t sleep. We miss her, mom.” Itulah kata anak sulung saya. Bayangkan, saya ibu mereka yang ada depan mata mereka ni, tak dapat gantikan tempat pembantu rumah saya sendiri! Waktu tu, hampir gugur jantung saya. Nak menangis pun ada!
Dipendekkan cerita, selesai bercuti kami semua pulang ke Malaysia dan esoknya kami jemput Bibik Ram pula di airport. Bayangkan betapa happy anak-anak saya terutamanya Baby. Jumpa saja dengan Bibik Ram, dia tak mahu lepas. Berkepit saja. Saya sedih, tapi bila tengok anak seronok saya jadi gembira.
Sedih Baca Karangan Anak Suatu hari, terlintas saya nak check buku sekolah Rania. Bukan apa, saya tengok dia ralit menulis karangan lepas makan malam tadi. Jadi bila dia dah tidur, saya pun buka buka dia. Waktu ni, saya tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan saya.
Cikgu BM Rania minta anak murid menulis tentang ibu masing-masing. Bila baca karangan Rania, air mata saya mengalir deras. Permulaannya saja dah buat saya sedih sangat.
“Nama ibu saya Zurina. Dia seorang yang baik dan cantik. Tapi saya tak selalu jumpa dia, jadi saya tak tahu nak tulis apa-apa tentang ibu saya. Saya ada seorang ibu lain, namanya Bibik Ram. Dia bekerja di rumah saya…………..”
Dan seterusnya karangan itu semuanya menceritakan tentang Bibik Ram. Sedihnya hati saya. Anak saya lebih kenal dengan pembantu rumah kami berbanding ibunya sendiri.
Esoknya, saya ambil cuti separuh hari. Sebelum anak-anak balik, saya nak jumpa sendiri dengan Bibik Ram. Banyak yang ingin saya tanyakan padanya. Alhamdulillah, Bibik Ram banyak sedarkan saya. Rupa-rupanya memang dah lama saya dan suami abaikan anak-anak kami. Saya nekad, saya nak berubah!
Alhamdulillah, sekarang saya dah boleh bahagikan masa untuk bekerja dan bersama keluarga. Saya uruskan semuanya sendiri. Cuma ada pembantu rumah yang balik hari untuk tolong saya sikit-sikit. Sesibuk mana pun saya, saya akan pastikan saya akan masak untuk anak-anak.
Masih Berhubung Dengan Bibik Ram Bibik Ram? Ini kisah 2 tahun lepas. Dia pun dah pulang ke Indonesia semula untuk menjaga orang tuanya. Awalnya susah juga nak berpisah, Baby sampai demam kerana rindukan dia. Tapi dah lama-lama, dia semakin mesra dengan saya. Hubungan kami dengan Bibik Ram pun masih baik. Ada masa, kami akan video call dengannya.  Mujurlah saya sempat tersedar sebelum semuanya terlewat. Terima kasih Bik, kamu buat saya ‘buka mata’. Kalau tidak, mungkin sampai sekarang saya masih sibuk kejarkan harta dunia semata-mata. Buat ibu di luar sana, sesibuk mana pun anda janganlah abaikan anak-anak. Mereka masih kecil, waktu inilah paling sesuai untuk habiskan masa dengan mereka. Jangan sampai terlambat, takut menyesal di kemudian hari. Untuk anda yang mahu berkongsi kisah atau pengalaman yang menarik, bolehlah klik ke KONGSI CERITA
The post “Menangis, Tak Nak Makan.” Ibu Cerita Anak-Anak ‘Mogok’ Kalau Bibik Tak Ada appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/menangis-tak-nak-makan-ibu-cerita-anak-anak-mogok-kalau-bibik-tak-ada/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Nak Makan Roti Buat Roti Ikut Langkah Paling Mudah Resipi Ibu Ni Confirm Jadi

Anak Nak Makan Roti Buat Roti Ikut Langkah Paling Mudah Resipi Ibu Ni Confirm Jadi

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 580 hits
Disaat semua orang berebut rebut mendapatkan stok bekalan roti ada baiknya masa terluang ini kita cuba hasilkan roti sendiri di rumah Lagi berbaloi hasilnya bila melihat air tangan sendiri Anak anak pastinya lebih teruja Resipi roti mudah y...
Anak Nak Makan Kek Tapi Tak Ada Oven Mixer Penyukat Pun Tak Ada Cara Ibu Ni Memang Superb

Anak Nak Makan Kek Tapi Tak Ada Oven Mixer Penyukat Pun Tak Ada Cara Ibu Ni Memang Superb

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 416 hits
Tak ada oven mixer atau penyukat bukan alasan untuk elak buatkan kek buat anak anak kita Tanpa kesemua peralatan ini pun tetap terhasil cantik dan gebu malah sedap sama seperti kek kek lain Resipi dan cara yang dikongsikan oleh ibu ini Puan...
Saya Nak Tengok Anak Saya Sudahlah Dibedah Ibu Berstatus Pui Terpaksa Dipisahkan Dengan Anak Doktor Kongsikan Cerita

Saya Nak Tengok Anak Saya Sudahlah Dibedah Ibu Berstatus Pui Terpaksa Dipisahkan Dengan Anak Doktor Kongsikan Cerita

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 197 hits
Sudahlah dibedah ketika melahirkan anak kini ibu yang berstatus PUI ini terpaksa di bawa ke bilik isolasi seorang diri dan berpantang sendirian tanpa suami Situasi yang tidak mampu dibayangkan oleh kita sebagai wanita yang pernah melahirkan...
Ebit Lew Menangis Lihat Ibu Hamil Anak Kecil Tidur Bawah Jambatan

Ebit Lew Menangis Lihat Ibu Hamil Anak Kecil Tidur Bawah Jambatan

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 497 hits
SELAYANG Perkongsian Ustaz Ebit Lew di laman sosial Facebook beliau membuktikan bahawa di saat kita mengeluh terpaksa berkurung di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan rupa rupanya masih ada lagi insan yang tidak mempunyai rumah Beli...
Anak Makan Ikan Tak Tercekik Ibu Ini Ajar Cara Buang Tulang Paling Mudah

Anak Makan Ikan Tak Tercekik Ibu Ini Ajar Cara Buang Tulang Paling Mudah

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 512 hits
Salah satu lauk yang menjadi kegemaran kita adalah ikan kembung Tapi bila mahu dimakan ia bertulang Apatah lagi jika anak anak kita penggemar ikan jenuh nak tolong asingkan isi dengan tulang untuk mereka Satu cara untuk memudahkan anak maka...
Di Rumah Tiada Apa Nak Bagi Anak Isteri Makan Bapa Muda Kayuh Basikal Mohon Sumbangan

Di Rumah Tiada Apa Nak Bagi Anak Isteri Makan Bapa Muda Kayuh Basikal Mohon Sumbangan

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 380 hits
Memandangkan situasi sekarang ini pergerakan terhad ia sedikit memberi kesulitan kepada individu yang bergantung pada gaji hari atau hanya bekerja sendiri Keadaan ini bukan saja memberi kesulitan tetapi menyebabkan mereka ini terpaksa berji...
Semua Impikan Nak Anak Cerdik Cuma Kepandaian Ni Ramai Ibu Ayah Tak Nampak

Semua Impikan Nak Anak Cerdik Cuma Kepandaian Ni Ramai Ibu Ayah Tak Nampak

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 299 hits
Dalam tempoh PKP ni walaupun anak tak dapat pergi sekolah dan hanya belajar melalui aplikasi e pembelajaran atas inisiatif setiap guru ibu ayah pun kena juga main peranan penting Dalam tempoh inilah ibu ayah dapat lebih masa mengajar bebera...
Bila Tanya Diam Tak Tahu Nak Selesai Macam Mana Ibu Buntu Anak Ketinggalan Pelajaran

Bila Tanya Diam Tak Tahu Nak Selesai Macam Mana Ibu Buntu Anak Ketinggalan Pelajaran

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 314 hits
Sebagai seorang ibu sudah pasti kita menginginkan yang terbaik untuk anak Salah satunya adalah dari segi pembelajaran Hati ibu manalah yang tidak risau jika anaknya mungkin tertinggal dalam pelajaran sedangkan ketika di rumah semuanya nampa...
Nak Jadi Ibu Yang Baik Tak Perlu Pun Berhenti Kerja Ibu Yang Baik Ibu Yang Beri Perhatian Pada Anak

Nak Jadi Ibu Yang Baik Tak Perlu Pun Berhenti Kerja Ibu Yang Baik Ibu Yang Beri Perhatian Pada Anak

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 329 hits
Ramai yang beranggapan bahawa dengan berhenti kerja seseorang itu menjadi ibu yang lebih baik Saya sanggup berhenti kerja asalkan anak saya depan mata saya itulah antara ayat ayat yang kita sentiasa baca ataupun dengar disaat sesuatu isu be...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip