Sebelum Pkp Berakhir




Perintah kawalan pergerakan (PKP), jika mengikut jadual, bakal berakhir 14 April 2020. Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), keputusan sama ada dilanjutkan atau sebaliknya pada 10 April ini
Namun begitu, sebelum PKP dibenarkan berakhir, banyak lagi langkah kritikal yang perlu diumumkan kerajaan sebelum rakyat Malaysia kembali bergerak aktif. Ini kerana Covid-19 dipercayai akan terus merebak di merata dunia sehingga vaksin dijumpai
Pertama, KKM perlu mengeluarkan garis panduan jarak sosial dan cara berinteraksi yang wajib dipatuhi semua pemilik perniagaan, sekolah, taska dan pusat asuhan, etika penggunaan kenderaan awam, etika di kawasan perumahan yang berbeza mengikut jenis kediaman sama ada flat, rumah teres atau kondominium serta mengenakan syarat ke atas lawatan luar negara
Kedua, kerajaan perlu memberi sekurang-kurangnya seminggu sebagai tempoh menyesuaikan kehidupan sebelum PKP berakhir agar semua jenis perniagaan menyediakan premis masing-masing mengikut garis panduan KKM sebelum pekerja kembali ke pejabat
Di pejabat, contohnya, pentadbir syarikat perlu memastikan setiap pintu pejabat dan lif disediakan pensanitasi, setiap pekerja wajib memeriksa suhu badan sebelum memasuki pejabat dan bilik mesyuarat, manakala tempat duduk perlu dijarakkan, menggalakkan staf tidak sihat bekerja dari rumah dan memastikan kawasan sentuhan orang ramai disanitasi lebih kerap mengikut jadual
Bagi mengurangkan interaksi dan himpunan pekerja di tempat sama, kerajaan barangkali boleh mewajibkan syarikat mengaplikasi konsep 3 hari bekerja di pejabat dan 2 hari bekerja di rumah bagi pekerja yang boleh berbuat demikian dengan imbuhan pelepasan cukai sebagai galakan
Perhatian khusus perlu diberikan kerajaan kepada operasi sekolah, taska dan pusat asuhan selepas PKP
Bagaimana pelajar, kanak-kanak dan bayi dapat mengamalkan penjarakan sosial antara satu sama lain? Apakah waktu pembelajaran di sekolah perlu dipendekkan supaya dapat membahagikan satu kelas kepada 2 sesi untuk mengurangkan jumlah pelajar di sekolah pada satu-satu masa
Barangkali kerajaan juga perlu mengehadkan jumlah maksimum kanak-kanak dan bayi yang boleh diterima seorang pengasuh atau taska berdasarkan keluasan kawasan yang diluluskan untuk menjalankan perniagaan tersebut
Mungkin ini masanya untuk kerajaan mewajibkan setiap bangunan yang mempunyai 100 pekerja ke atas diwujudkan sebuah pusat asuhan
Masalah lebih rumit akan berlaku di tempat tumpuan orang ramai seperti pusat beli-belah, kedai runcit, klinik, restoran, rekreasi, gerai tepi jalan, pasar biasa, pasar malam dan pasar pagi
Jika tidak beroperasi mengikut garis panduan KKM selepas PKP, kawasan terbabit berpotensi mewujudkan kluster Covid-19 yang lebih besar sehingga PKP perlu dilaksanakan semula
Oleh itu, sebelum PKP berakhir, kerajaan perlu memikirkan bagaimana kawasan terbabit dapat terus mematuhi garis panduan KKM selepas PKP
Antara syarat wajib ialah pemilik premis perlu menyediakan garisan beratur di kedai mereka, mewujudkan mekanisme untuk mengehadkan jumlah pelanggan di dalam premis perniagaan serta memastikan jarak duduk antara pelanggan mengikut garis panduan KKM
Ketiga, kerajaan perlu menilai semua operasi pengangkutan awam dan kapal terbang kerana mereka memerlukan anjakan baru untuk mengelakkan diri menjadi vektor kepada penyebaran Covid-19 selepas PKP berakhir
Antara perkara yang boleh dilakukan ialah memastikan setiap gerabak LRT, MRT dan sejenis dengannya dilukiskan petak berdiri mengikut garis panduan KKM, garisan beratur membeli tiket dan melepasi saringan imigresen, sekuriti serta had penumpang bas dan kapal terbang. Kedua-duanya tidak boleh dibiarkan penuh ibarat tin sardin seperti dahulu
Bagi tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan selepas PKP, khidmat polis dan tentera barangkali diperlukan untuk memastikan garis panduan PKP terus dijaga di semua stesen pengangkutan awam
Keempat, sebelum berakhirnya PKP, kerajaan perlu menilai secara mendalam apakah wajar untuk membuka pintu masuk negara kepada warga asing untuk 6 hingga 12 bulan akan datang memandangkan jangkitan Covid-19 akan terus merebak sekiranya tiada vaksin dijumpai
Perkara yang paling dirisaukan ialah warga asing dari negara jiran Indonesia yang dijangka menjadi kluster panas Covid-19 di peringkat dunia dalam masa sebulan
Kerajaan perlu membuat pemantauan khusus terhadap kemasukan warga Indonesia selepas PKP berakhir untuk mengelakkan kluster Indonesia merebak ke negara ini
Kelima, kerajaan perlu memahamkan rakyat sebarang perayaan tahun ini perlu dibatalkan demi mengelakkan Covid-19 “bergembira” merebak di musim perayaan bersama rakyat
Jika rakyat tetap pulang beramai-ramai ke kampung halaman ketika sambutan Aidilfitri nanti, PKP akan menjadi sia-sia dan negara berisiko besar menghadapi situasi seperti di Itali dan Amerika Syarikat
Kelima-lima langkah di atas perlu ditangani kerajaan sebelum PKP boleh berakhir
Pendek kata, jika garis panduan KKM tidak dipatuhi selepas PKP berakhir, usaha sekarang seperti mencurah air ke daun keladi
Pandemik Covid-19 mengorbankan berbilion dana negara, melingkupkan ekonomi dan banyak syarikat. Alang-alang sudah rugi, baik kita bersama kerajaan memastikan PKP berjaya memutuskan rantaian Covid-19 dan menyediakan rakyat ke arah kehidupan berbeza selepas PKP meskipun ia memerlukan masa lebih lama
Jangan kita berakhir dengan bak kata orang kampung “Bisnes tarak, makan tarak, lepas itu mati Covid-19.” - FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/04/sebelum-pkp-berakhir.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+Know+the+TRUTH

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Di Karat Cafe Cerita Sebelum Pkp

Makan Di Karat Cafe Cerita Sebelum Pkp

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 552 hits
Assalamualaikum DAH hari ke 22 duduk berkurung dalam rumah Rasanya ini bukan lagi surirumah 22 hari tapi dah jadi macam surikurung Tu tak apa line internet pulak macammmm ah malas la nak cakap karang tak pasal pasal dapat dosa aje jomlah ki...
9 Sektor Tambahan Perlu Dapat Kelulusan Miti Sebelum Mula Operasi Ketika Pkp

9 Sektor Tambahan Perlu Dapat Kelulusan Miti Sebelum Mula Operasi Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 364 hits
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengingatkan semua syarikat dalam sektor tambahan yang dibenar meneruskan operasi supaya mendapatkan kelulusan terlebih dahulu sebelum memulakan perniagaan mereka Miti berkata semua syarikat...
Tiada Tempat Tinggal Gelandangan Diselamatkan Kerajaan Dari Bahu Jalan Kini Tidur Dalam Dewan Sepanjang Pkp

Tiada Tempat Tinggal Gelandangan Diselamatkan Kerajaan Dari Bahu Jalan Kini Tidur Dalam Dewan Sepanjang Pkp

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 204 hits
KUALA LUMPUR 1 April Kira kira 510 gelandangan diselamat dan ditempatkan di dua pusat transit dan empat pusat komuniti yang dijadikan penempatan sementara di sekitar ibu kota sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini Datuk Bandar Kua...
Cara Tebus 1gb Internet Percuma Bermula 1 April Sepanjang Tempoh Pkp

Cara Tebus 1gb Internet Percuma Bermula 1 April Sepanjang Tempoh Pkp

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 478 hits
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera Pada 27 Mac Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan berkaitan Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat Menerusi perutusan tersebut beliau turut menyatakan tentang pemberian interne
Kes Jenayah Di Kl Turun 57 Sepanjang Fasa 1 Pkp

Kes Jenayah Di Kl Turun 57 Sepanjang Fasa 1 Pkp

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 238 hits
PETALING JAYA Kadar jenayah di Kuala Lumpur mencatatkan penurunan lebih 50 ketika tempoh fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan dalam mendepani wabak Covid 19 Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim berkata antara faktor yang menyumbang kep...
Kita Akan Menilai Sama Ada Pkp Harus Disambung Atau Tidak Pada Hari Ke 10 Dr Noor Hisham

Kita Akan Menilai Sama Ada Pkp Harus Disambung Atau Tidak Pada Hari Ke 10 Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 311 hits
Hari demi hari jumlah pesakit Covid 19 yang pulih dan dibenarkan pulang ke rumah terus meningkat Terbaru jumlah keseluruhan yang diumumkan oleh Dr Noor Hisham adalah 767 kes yang pulih setakat 2 April 2020 Walau bagaimanapun dalam sidang me...
Sasar 100 Peratus Pkp Pdrm Perketat Penguatkuasaan

Sasar 100 Peratus Pkp Pdrm Perketat Penguatkuasaan

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 148 hits
Polis Diraja Malaysia akan terus memperketatkan penguatkuasaan bagi mencapai sasaran 100 peratus arahan Perintah Kawalan Pergerakan Foto oleh Firdaus LatifPETALING JAYA 2 April Polis Diraja Malaysia akan terus memperketatkan penguatkuasaan ...
Jangan Layan Pihak Langgar Pkp Macam Penjenayah Kata Ngo

Jangan Layan Pihak Langgar Pkp Macam Penjenayah Kata Ngo

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 244 hits
Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia mengingatkan bahawa mereka yang melanggar perintah kawalan pergerakan tidak wajar dilayan seperti penjenayah Dalam satu kenyataan hari ini NGO itu menyifatkan tindakan polis menangkap individu yang melang...
Pkp Fasa Pertama Menampakkan Kesan Positif

Pkp Fasa Pertama Menampakkan Kesan Positif

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 160 hits
PUTRAJAYA Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan fasa pertama menunjukkan kejayaan selepas tiada peningkatan kes COVID 19 secara mendadak dilaporkan sepanjang dua minggu pelaksanaannya Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdul...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Senarai Cerita Filem Terbaru 2024 Di Pawagam

Habiskan Duit Bayar Kepada Pakar Yang Pandai Beri Penjelasan Cara Dia Hilangkan Masalah

Restoran Rebung 2 Di Putrajaya

Effective Email Marketing Strategies

Konsert Melly Friends Kuala Lumpur 2024