Makan Di Chapayom Thai Premium Tea And Bites




Assalamualaikum dan salam sejahtera

Teringin nak makan makanan dan rasa Thailand tanpa perlu melancong ke sana? Jangan risau, kini anda boleh nikmatinya di CHAPAYOM di Central i-City Mall, Shah Alam. Pelbagai rasa dan keenakan makanan Thailand dapat dinikmati hanya di Malaysia sahaja


Baru-baru ini aku ke kompleks beli belah terbaru di Shah Alam iaitu Central i-City Mall, Shah Alam yang baru di buka pada tahun ini. Untuk pengetahuan anda, pusat beli belah ini adalah sangat besar dan luas ya. Okay, sebenarnya bukan nak cerita tentang pusat beli belah ini, tetapi nak cerita tentang makanan dan minuman di CHAPAYOM, Thai Premium Tea and Bites!
CHAPAYOM PREMIUM THAI TEA 
Aku sememangnya seorang yang sukakan rasa Thailand. Kalau di kampung di Kedah, pastinya setiap minggu akan makan di restoran milik orang Thailand berdekatan dengan rumah. Begitu juga sekiranya aku ke restoran KFC, pastinya aku akan ambil sos Thai sahaja. 
Tapi setakat ini aku belum pernah ke Thailand walaupun kampung sebelah ayah au terletak di sempadan Thailand sahaja. In shaa Allah suatu hari nanti, tetapi buat apa nak tunggu bila mana ada Thai caffe sendiri sudah membuka cawangannya di sini. Tak perlu susah-susah nak ke sana

Untuk hari tersebut, ada beberapa menu aku yang telah aku cuba bersama rakan baik aku, Adlina Tasya atau nama pentasnya , Alin. Jom baca ulasan aku tentang makanan yang dicuba

GREEN TEA WITH PEARLS | RED TEA WITH PEARLS 

HARGA : RM 8.90
Green Tea with Pearls, rasanya sedap dan tidak begitu manis sangat. Aku sememangnya merupakan seorang pencinta green tea atau teh hijau, tak kisah sama ada yang manis, atau pun tanpa sebarang gula. Untuk green tea Chapayom ini rasanya sedap dan mempunyai rasa unik dan berbeza daripada tempat lain


HARGA : RM 8.90
Red Tea with Pearls, ianya penuh dengan rasa susu dan rasa manis. Mungkin kurang sesuai untuk diminum di setiap pagi atau setiap hari kerana tahap manisnya boleh membunuh diri anda dalam masa beberapa bulan. *tak pasti Keadaannya sama seperti pakcik-pakcik atau atuk-atuk yang selalu minum teh tarik di mamak pada setiap pagi, penyakit kencing manis dan sebagainya pasti akan datang mengunjungi anda. Untuk diminum sekali sekala adalah sangat dialu-alukan. Kombinasi red tea ini bersama pearls membuatkan rasanya lebih sedap dan kenyal

MANGO SOMTUM
HARGA : RM7.90
Sudah lama sebenarnya aku tak makan somtum atau kerabu mangga ini. Alhamdulillah, diberi peluang untuk merasai Mango Somtum dengan rasa Thailand yang sebenar. Pendapat aku, semuanya cukup rasa dan sesuai. Segala jenis bahan di dalam ini sangatlah berfungsi dengan baik dalam memberikan rasa kesedapan yang tertinggi. Antara bahan yang aku suka di dalam Mango Somtum ini adalah seperti udang kering, kacang, tomato dan sebagainya

Ada satu bahan yang aku tak berapa nak suka, sejak kecil lagi, mungkin aku alahan atau sengaja nak buat alahan *mengada-ngada pada bahan ini iaitu KACANG PANJANG. Walaupun begitu rasanya masih sedap bagi aku apabila ditolak tepi kacang panjan itu dan yang pasti, licin aku makan Mango Somtum ini ya

THAILAND IMPORTED NOODLE
HARGA : RM 7.90
Menu seterusnya rasanya tidak asing lagi dengan orang Malaysia iaitu Thailand Imported Noodle. Kenapa aku kata tidak asing? Kerana untuk pengetahuan anda semua, noodle ini adalah sama sahaja dengan mee segera yang ada dalam pasaran. Yang membezakannya adalah rasa kuah dan juga bahan-bahan yang diletakkan bersama di dalam bekas ini. 
Pertama, aku suka dengan tahap kepedasan Thailand Imported Noodle ini, ianya ditahap yang aku suka dan masih boleh dibawa berbincang. Jadi tak perlulah anda nak meminum air yang banyak ya. Kedua, gabungan bersama isi ketam dan bebola ikan sangatlah sesuai dan sepadan bagaikan suami dan isteri. In shaa Allah , kalau aku datang lagi ke Chapayom ni, rasanya menu ini memang wajib untuk aku pesan
MANGO STICKY RICE 
HARGA : RM 11.90
Mango Sticky Rice, kebiasaannya aku akan makan pulut hanya pada musim perayaan seperti hari raya. Tetapi kali ini menunya adalah pulut bersama dengan mangga. Pertama kali aku makan pulut mangga ini. Disediakan bersama dengan kuah santan masin. Jadi, kombinasi di sini adalah sangat hebat, rasa manis daripada buah mangga, rasa kenyal dan berlemak daripada pulut dan juga rasa masin daripada kuah. Rasanya bertambah lagi menu yang aku suka

NANGKA STICKY RICE 
HARGA : RM 8.90
Nangka Sticky Rice, keluarga aku sememangnya pencinta buah ini, aku pun sama beberapa tahun dahulu, tetapi ada satu kejadian yang berlaku di mana aku makan buah ini, kemudian aku mempunyai masalah angin dan juga sesak nafas, sejak itu aku kurang sedikit makan buah nangka. Untuk seulas ke tiga ulas sahaja yang dibolehkan. Trauma untuk kejadian dulu berulang

Untuk menu ini, ini pertama kali ya aku nampak dan lihat menu sebegini. Satu lagi, persembahan yang sangat bijak dengan meletakkan pulut di dalam nangka, menjadikan mudah untuk kita makan dengan mengambil satu gumpalan dan terus dimasukkan ke dalam mulut

Rasa dan tekstur ini agak berlainan dengan Manggo Sticky Rice sebab tekstur nangka lebih mendominasi. Satu pinggan ini pun bagi aku dah boleh membuatkan anda kenyang untuk satu hari tersebut. Begitulah tahap kesedapan dan kekenyangan yang dapat dirasai oleh menu ini

RED TEA ICE CREAM WITH PEARLS | GREEN TEA ICE CREAM WITH RED BEAN
HARGA : RM5.90
Red Tea Ice Cream with Pearls, sangat sedap ya rakan-rakan! Sebab ianya aiskrim bersama dengan pearls. Ditambah dengan coklat stick, sememangnya rasanya sedap dan rasa susunya masih kuat

Green Tea Ice Cream with Red Beans, rasa yang berbeza apabila kombinasi red beans bersama green tea yang mempunyai rasa manis. Sememangnya sesuai untuk diambil selepas makan makanan berat
TENTANG CHAPAYOM
Pemilik CHAPAYOM ada berkongsi dengan kami tentang asal-usul serta bagaimana CHAPAYOM berkembang. CHAPAYOM merupakan restoran dari Thailand. Ianya bermula dari gerai kecil di tepi jalan , kemudian berkembanga menjadi restoran besar di dalam pusat beli belah. Sheingga sekarang, CHAPAYOM mempunyai 1500 cawangan!

CHAPAYOM juga bermula pada 7 tahun yang lalu. Kemudian melebarkan sayapnya ke Indonesia dengan 60 cawangan, seterusnya ke negara Australia, Laos, Myanmar, kini di Malaysia. Negara seterusnya yang akan mempunyai cawangan CHAPAYOM adalah Singapura dan juga Brunei

MAKSUD CHAPAYOM

 Cha bermaksud Tea, Payom bermaksud fortune tree / lucky tree. 




HUBUNGIInstagram : @chapayomcic

Facebook : Chapayom Central i-City

Telefon : 017-372 0298
Alamat : LG K01, Central i-City Mall, Shah Alam , Malaysia. 



Sekian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aerillhassan.blogspot.com/2019/09/makan-di-chapayom-thai-premium-tea-and.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cut Cost Benda Lain Tak Pa Bab Makan Jangan La Kurangkan Kos Majlis Kawin Buang Benda Yang Tak Patut

Cut Cost Benda Lain Tak Pa Bab Makan Jangan La Kurangkan Kos Majlis Kawin Buang Benda Yang Tak Patut

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 243 hits
Bila tiba musim majlis perkahwinan saja pasti bakal mempelai dan ahli keluarga sibuk memikirkan bajet untuk mengadakan majlis tersebut Ye lah bukan hanya memikirkan tentang perjalanan majlis bahkan pelbagai lagi perkara yang perlu difikirka...
Suami Nekad Ceraikan Isteri Kerana Hanya Diberi Makan Ladu

Suami Nekad Ceraikan Isteri Kerana Hanya Diberi Makan Ladu

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 323 hits
The ReporterSeorang lelaki di Daerah Meerut Uttar Pradesh mahu bercerai kerana isterinya hanya memberi dia makan ladu selepas wanita itu dinasihatkan oleh bomoh untuk berbuat demikian Menurut keterangan lelaki itu di mahkamah bomoh terbabit...
Makan Sedap Di Momotalo Hartamas With Aliah And Atig

Makan Sedap Di Momotalo Hartamas With Aliah And Atig

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 773 hits
Assalamualaikum Last week Ongkaya Aliah and Atig ajak kitorang makan dekat Momotalo Hartamas Kata dia bakar bakar sama macam Korea yang kita penah makan last time dekat Koryowon Kalau macam tu Saz suka la I pon suka jugak Lagipon ni macam t...
Pengalaman Makan Dalam Sungai Di Bbq Lamb Kl Kemensah

Pengalaman Makan Dalam Sungai Di Bbq Lamb Kl Kemensah

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 826 hits
Pengalaman Makan Dalam Sungai Di BBQ Lamb KL Kemensah Assalamualaikum semua Tiap kali nampak kengkawan post pasal restoran BBQ Lamb KL Kemensah tiap kali tu jugak la hati membuak buak rasa nak pergi Tapi kalau nak pi sensorang memang tak sy...
Ketua Parlemen Selandia Baru Beri Makan Bayi Saat Sidang

Ketua Parlemen Selandia Baru Beri Makan Bayi Saat Sidang

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 226 hits
Ketika anggota parlemen Selandia Baru berdebat soal harga bahan bakar Ketua Parlemen Trevor Mallard meminta izin untuk memberi makan seorang bayi
Unggah Foto Makan Pisang Vanessa Angel Habis Dihujat Netizen

Unggah Foto Makan Pisang Vanessa Angel Habis Dihujat Netizen

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 762 hits
Unggahan Vanessa Angel di instagram selalu menjadi sorotan Kali ini giliran foto kala ia tengah menyantap pisang Gara gara foto itu Vanessa dihujat habis habisan oleh netizen
Bunyi Macam Sakit Zul Ariffin Tergelak Sebab Terkejut Makan Pelempang Padu Mira Filzah

Bunyi Macam Sakit Zul Ariffin Tergelak Sebab Terkejut Makan Pelempang Padu Mira Filzah

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 1252 hits
Mungkin ramai yang bersetuju apabila dikatakan nama Zul Ariffin cukup dikenali dalam industri perfileman di Malaysia menerusi watak penuh aksi Dimaklumkan filem bertajuk Sangkar tidak lama sahaja lagi akan ditayangkan di Malaysia menampilka...
Jalanan Diblokade Warga Sorong Kesulitan Cari Makan

Jalanan Diblokade Warga Sorong Kesulitan Cari Makan

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 169 hits
Sejumlah ruas jalan di Kota Sorong Provinsi Papua Barat masih ditutup dan aktivitas warga masih sepi hingga Selasa sore Toko dan warung makan di seluruh kota Sorong tutup sehingga masyarakat kesulitan mencari bahan makanan maupun makanan si...
Tang Mana Makan Sedap Kat Penang

Tang Mana Makan Sedap Kat Penang

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 1185 hits
L ama dah saya tak review pasal makan sedap di Penang Kali ini teruja sangat nak share satu tempat makan sedap di Penang ni Biasanya orang mai Penang pekena nasi kandaq laksa mee udang pasemboq char kuey teow dan seangkatan dengannya Kebany...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut