Makan Di Adam Kitchen Dengan Kengkawan Pejabat
Assaalamualaikum..
DI SANA sini kelihatan ramai yang mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2020. Kenapa ek masing-masin semangat lain macam sambut tahun 2020 ni. SK pun sama ni, ahahaha
Hari ni Sk nak bawa anda ke Adam Kitchen yang baru dibuka di TD Point, Taman Daya. Baru Sk tahu, Taman Daya dah ada pusat perniagaan baru yang best. Ada restoran, kopitiam, kedai serbaneka, watsons dan juga kedai dobi. Memang lengkaplah kemudahan yang disediakan termasuklah tandas awam.
Ini kali kedua Sk ke Adam Kitchen. Kali pertama dulu, Pak Inche lah yang mengajaknya beriya-iya. Jadi, bila Sk post gambar di ig dan fb, kawan-kawan pulak beriya meminta Sk membawa mereka ke sini. Jadi, jom kita bahagiakan kawan-kawan dengan makanan
Roti bakar dan telur separuh masak serta secangkir kopi adalah gabungan wajib setiap kali ke kopitiam. Jangan lupa, jika ada ruang kosong, kita pesan sepiring Chee Cheong Fun
Chee Cheong Fun di sini sedap juga, tak masin sangat sosnya tapi ada pulak sambal tumis, hehe
Iman ikut Sk ke pejabat masa ni. Pilihannya, semangkuk Mee Kolok Daging. Tiada sambal disediakan tapi tetap sedap kata Iman
Walau dah pesan roti bakar dan telur separuh masak, hati nak jugak makan Mee Siam. Masa datang kali pertama dulu tak dapat makan. Walau Nampak bodoh jer mee siamnya tapi sedap juga
Mee Kari pilihan kawan-kawan
Kuahnya pekat dan sedap, bahan sampingannya juga banyak, penuh semangkuk sampai tak habis dibuatnya
Bagi peminat dim sum, bolehlah ajak kawan-kawan atau sedara mara singgah makan
No 1 Blok FPusat Perniagaan Taman Daya,Jalan Nibong 48Taman Daya, Johor Bahru
Waktu perniagaan : Rabu - Isnin
9.00 pagi hingga 10.00 malam
Tutup : Selasa
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2020/01/makan-di-adam-kitchen-dengan-kengkawan.html