Tengah Berucap Tiba Tiba Agong Titah Saya Tak Boleh Cakap Lama Isteri Desak Saya Nak Makan Durian
Pulau Pinang mempunyai tarikan yang cukup unik dengan rakyat berbilang kaum, bangsa, agama yang sentiasa berada dalam situasi dan keadaan yang cukup harmoni dan bersatu padu. Sudah tentu Pulau Pinang mempunyai banyak yang boleh dipelajari daripada masyarakat setempat.
Demikian titah Yang di-Pertuan Agong AI-SuItan AbduIIah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika berangkat ke majlis santapan malam bersama lebih 500 rakyat berbilang kaum di negeri ini malam ini.
Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah diiringi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri, Toh Puan Majimor Shariff, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan isteri, Tan Lean Kee serta pegawai kanan pentadbiran negeri.
Dalam ucapannya, AI-SuItan AbduIIah bertitah Pulau Pinang mempunyai tarikan yang cukup unik menerusi kepelbagaian warisan, budaya, kaum, bangsa dan agama yang hidup dalam keadaan harmoni yang mendorong banyak kunjungan dari negara luar ke negeri itu.
” Saya percaya setelah banyak kali hadir ke negeri ini, banyak faktor yang boleh menarik kunjungan-kunjungan daripada luar. Saya memang begitu kagum dengan pembangunan yang dinikmati oleh rakyat Pulau Pinang… dari segi pembangunannya cukup lengkap dan teratur,” titah Seri Paduka.
AI-SuItan AbduIIah bertitah pembangunan yang pesat di Pulau Pinang termasuk pertambahan kenderaan menunjukkan perkembangan ekonomi yang baik di negeri berkenaan.
Seri Paduka turut menzahirkan harapannya untuk melihat Pulau Pinang terus membangun dan menjadi sebuah negeri yang dikenali di seluruh dunia.
” Harapan saya untuk melihat Pulau Pinang sentiasa dimajukan. Yang lebih penting rakyat Pulau Pinang harus bersatu dan menjadi satu negeri dikenali seluruh dunia tentang sejarah, kecantikan, keharmonian, muhibah dan masyarakat berbilang kaum…menunjukkan elemen positif,” titah baginda.
YDP Agong dan Raja Permaisuri menikmati santapan tengah hari di sebuah restoran Nasi Kandar di Pulau Pinang
Dalam pada itu, AI-SuItan AbduIIah bertitah Pulau Pinang amat sinonim dengan diri baginda dan Tunku Azizah kerana Seri Paduka berdua kerap datang ke negeri yang popular dengan jolokan syurga makanan itu.
” Pulau Pinang ada banyak restoran dan tempat makanan yang sedap. Malam ini saya telah diundang oleh isteri saya ke satu tempat untuk makan durian.
” Sebab itu saya tak boleh cakap panjang, isteri saya desak saya nak makan durian. Bagaimanapun, saya gembira berada di sini,” titah Seri Paduka.
Pada majlis santapan itu, Seri Paduka berdua turut dipersembahkan dengan tarian kebudayaan, nyanyian dan persembahan pentas oleh Harith Iskander. – Bernama
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber : sinarharian
Kredit : IG IstanaNegara
The post Tengah Berucap Tiba Tiba Agong Titah ‘Saya Tak Boleh Cakap Lama, Isteri Desak Saya Nak Makan Durian’ appeared first on Suara Viral Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://suaraviral.org/tengah-berucap-tiba-tiba-agong-titah-saya-tak-boleh-cakap-lama-isteri-desak-saya-nak-makan-durian/