Makan Banyak Tetap Kurus Ni Senarai Makanan Menaikkan Berat Anak Secara Sihat


Ibu bapa mana yang tidak mahu si kecil mereka kelihatan sihat dan gebu? Bagi mereka, ini merupakan indikator bahawa bayi mereka sedang membesar dengan baik. Namun begitu, apa yang perlu dilakukan jika bayi anda terlalu kurus jika dibandingkan dengan bayi lain?
Ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai 6 tip menggemukkan bayi yang terlalu kurus.
#1. Beri bayi minum susu ibu
Secara semulajadinya, susu ibu merupakan sumber makanan utama untuk bayi. Susu ibu mempunyai nutrisi semulajadi yang sepatutnya sudah mencukupi untuk tumbesaran bayi.
Sebagai ibu, anda seharusnya memberi susu badan mengikut jadual yang telah ditetapkan atau ketika bayi itu lapar. Jika bayi mempunyai masalah untuk minum susu secara terus dari payudara ibunya akibat kondisi pra matang atau bibir sumbing, perah susu badan anda ke dalam botol susu. Jika si ibu pula yang mengalami jangkitan pada puting (mastitis), segera dapatkan rawatan doktor.

#2. Beri bayi minum susu formula
Sebagai alternatif buat bayi yang tidak mahu menyusu badan atau si ibu sibuk bekerja, anda boleh pertimbangkan untuk memberi bayi susu formula. Sebenarnya, susu formula juga berkhasiat dan mengandungi nutrien yang tidak jauh beza dengan susu badan. Selain itu, susu formula dapat membantu memperbaiki sistem pencernaan bayi sekaligus meningkatkan berat badan bayi.
Jika anda masih was-was mengenai pemilihan susu formula yang terbaik buat si kecil anda, dapatkan nasihat daripada doktor atau pakar pediatrik mengenai jenis susu formula khusus yang paling sesuai buat bayi anda.

#3. Tenangkan bayi segera jika menangis
Meskipun agak tidak logik, bayi yang kerap menangis cenderung mengalami kesukaran untuk naik berat badan. Ia adalah sama kesannya seperti bayi lapar atau tidak cukup tidur. Untuk menenangkan bayi, anda boleh mendukung, memeluk dan mengusap badannya dengan lembut. Jika ia masih tidak membuahkan hasil, anda boleh cuba membedung bayi menggunakan kain.
#4. Jaga waktu tidur bayi
Aktiviti bayi yang baru lahir hanya makan dan tidur. Ia merupakan kombinasi dua perkara yang dapat membantu menaikkan berat badan bayi. Bayi yang normal akan tidur selama 16 jam sehari. Oleh itu, ibu bapa perlu merancang jadual si kecil anda dengan sebaiknya agar waktu tidur dan waktu minum susu mereka adalah teratur setiap hari. Bagi memastikan bayi tidur lebih selesa, sediakan katil bayi yang selesa dan selamat daripada sebarang bahaya.
#5. Jaga kebersihan kulit bayi
Kebersihan kulit bayi amat penting bagi si kecil untuk mereka berasa lebih selesa sepanjang harinya. Ia juga penting untuk membuat mereka lebih seronok dan tidak membuat perangai apabila tiba waktu tidur atau waktu minum susu. Ini sekaligus dapat membantu menaikkan berat badan mereka secara semulajadi. Caranya, pastikan mereka selalu memakai pakaian yang lembut, kering dan bersih bagi mengelakkan kulit gatal. Selain itu, kerap mandikan bayi dan hindari daripada menggunakan produk kulit bayi secara berlebihan bagi mengelakkan infeksi dan iritasi.
#6. Jaga pemakanan bayi
Akhir sekali, apa yang ibu bapa boleh lakukan adalah jaga pemakanan si kecil jika bayi sudah boleh makan makanan pejal. Antara jenis makanan yang boleh diberikan pada bayi untuk menggemukkan bayi adalah:
Produk tenusu seperti susu penuh lemak, yogurt atau keju. Gandum penuh seperti roti, pasta atau nasi. Sayur-sayuran dan buah-buahan berkalori tinggi seperti kesemua sayur hijau, pisang, pear dan avocado
Apa yang perlu dilakukan oleh ibu bapa adalah memberi perhatian sepenuhnya terhadap si kecil anda jika mereka terlalu kurus dan memerlukan lebih nutrisi dan khasiat. Jika berat badan bayi anda masih tidak menaik meskipun sudah berbagai cara dilakukan, bawa si kecil anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan yang sebetulnya.
Sharing is caring. Mommy yang ada masalah anak tak naik berat badan atau sembelit boleh refer sini yee

Senarai 20 makanan penambah berat bayi
===========================
1. Susu segar full cream
2. Susu soya
3. whole cream yoghurt (bukan yang berperisa)
4. Cheese
5. Pisang
6. Millet
7. Avocado
8. Sweet potato
9. Telur
10. Kentang
11. butter
12. Ghee
13. Peanut butter
14. minyak zaitun
15. kekacang
16. VCO
17. kacang kuda
18. Dal
19. kacang merah
20. Oat

Ibu-ibu  yang pening berat anak tak naik-naik boleh cuba makanan dalam senarai di atas itu.
Nak sentuh sikit no 18..mungkin kita dekat Malaysia jarang kenalkan dhal dekat anak-anak. Ye la kita pun makan dhal cicah roti canai je kan. Tapi dekat India seawal usia 6 bulan dia orang dah kenalkan dhal dekat baby.

Selain dari membantu naikkan berat badan kacang dhal juga tinggi kandungan kalsium dan protien. Orang-orang yang mengamalkan diet vegetarian di India, ni la sumber utama protein mereka.
Kacang dhal jugak bagus untuk sistem pencernaan dan dapat elakkan sembelit. Tinggi kandungan serat, sumber vitamin C, mengandungi flavoneid, zat besi yang mana sangat bagus diambil oleh orang-orang yang ada masalah anemia atau bayi yang ada masalah HB.
Kredit: Nuyu Cuma via Resepi Makanan Bayi
Nak dapatkan info lanjut mengenai e-WORKSHOP ini boleh klik http://www.wasap.my/60139974978/EworkShopPAMATINISPA

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
 
The post Makan Banyak Tetap Kurus. Ni Senarai Makanan Menaikkan Berat Anak Secara Sihat! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/makan-banyak-tetap-kurus-ni-senarai-makanan-menaikkan-berat-anak-secara-sihat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Banyak Tetapi Badan Maintain Kurus Sihat Atau Tidak

Makan Banyak Tetapi Badan Maintain Kurus Sihat Atau Tidak

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 668 hits
Assalamualaikum Hi Semua Kuat Makan Tetapi Kurus Kadang kala hairan kan ada sesetengah orang selamba je makan banyak tetapi badan elok je maintain kurus cantik Jeles kadang Tetapi persoalannya betul ke yang makan banyak tapi kurus ni sihat ...
Resipi Sosej Bersayur Untuk Anak Yang Tak Makan Sayur Memang Tak Cukup Satu

Resipi Sosej Bersayur Untuk Anak Yang Tak Makan Sayur Memang Tak Cukup Satu

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 509 hits
Anak anak memang gemarkan makanan bergoreng lebih lebih lagi sosej Kalau beli di kedai memang kita tahu kandungan bahan dalam sosej sangat tidak selamat untuk anak anak dan keluarga kita Jadi mama papa boleh sediakan sendiri sosej dengan me...
Resipi Puding Tembikai Berlemak Sedap Makan Sejuk Sejuk Confirm Anak Suka

Resipi Puding Tembikai Berlemak Sedap Makan Sejuk Sejuk Confirm Anak Suka

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 395 hits
Puding tembikai antara juadah pencuci mulut yang digemari ramai terutama anak anak kecil kerana bentuknya yang sangat cantik seakan tembikai sebenar Bagi yang tak pernah mencuba apa kata anda cuba resipi yang dikongsi ini Penyediaanya mudah...
Untuk Elak Fitnah Lebih Baik Jangan Lantik Anak Sendiri Jadi Pengerusi

Untuk Elak Fitnah Lebih Baik Jangan Lantik Anak Sendiri Jadi Pengerusi

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 511 hits
HAMZAH RIE NADS Anwar pernah meminta bapanya memulangkan kembali pemberian tanah beribu ekar di Sabah kerana tidak mahu pemberian tanah tersebut kerana beliau ketika itu berjawatan Timbalan Perdana Menteri Anwar tidak mahu amalan kronisme m...
Tips Dan Teknik Anak Kecil Tercekik Makanan Ibu Bapa Wajib Ambil Tahu

Tips Dan Teknik Anak Kecil Tercekik Makanan Ibu Bapa Wajib Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 466 hits
Assalamualaikum Hi Semua Nadhie suka membaca perkongsian dari page seperti Public Health Malaysia yang selalu berkongsi tentang apa sahaja topik topik berkaitan kesihatan Samada terhadap orang dewasa kanak kanak warga emas berkaitan isu sem...
Anak Susu Badan Paling Kurang 6 Bulan Tak Memilih Makan Sebab Susu Ibu Pelbagai Rasa

Anak Susu Badan Paling Kurang 6 Bulan Tak Memilih Makan Sebab Susu Ibu Pelbagai Rasa

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 348 hits
Hmm sedapnya susu hari ni tak pernah rasa pula sebelum ni Nak lagi lah Suara hati bayi yang menyusu susu ibu Hahaha bayi pun suka rendang raya mak masak Begitulah anak yang minum susu ibu Antara kelebihan dan kehebatan susu ibu bukan saja m...
Tip Pemakanan Sihat Untuk Si Kurus

Tip Pemakanan Sihat Untuk Si Kurus

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 440 hits
Tip Pemakanan Sihat Untuk Si Kurus adalah satu lagi artikel yang menarik yang saya baca dari Mingguan Wanita Ingat orang gemuk atau badan gempal aje yang kena jaga makan dan pemakanan mereka Orang kurus pun kena jaga pemakanan jugak terutam...
Hiburan Berat Badan Naik 15kg Izreen Azminda Kongsi Pengalaman Hamil Anak Ke 3

Hiburan Berat Badan Naik 15kg Izreen Azminda Kongsi Pengalaman Hamil Anak Ke 3

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 284 hits
Pelakon Izreen Azminda baru baru ini ada berkongsikan pengalaman hamil anak ketiga menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya Ujar Izreen berat badannya naik mendadak kala ini namun bersyukur kerana tidak menghidap sebarang penyakit sep...
Resipi Egg Salad Cucumber Boats Menu Diet Mudah Makan Banyak Pun Tak Ada Hal

Resipi Egg Salad Cucumber Boats Menu Diet Mudah Makan Banyak Pun Tak Ada Hal

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 409 hits
Selepas penat beraya pastinya kita memilih untuk mencuba menu mudah disamping kembali berdiet selepas cheat day ketika raya Sesekali berkreatif apa kata mama cuba resipi diet mudah ini Resipi perkongsian Shahmila Radha ini mama yang sedang ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator