Resipi Sosej Bersayur Untuk Anak Yang Tak Makan Sayur Memang Tak Cukup Satu
Anak-anak memang gemarkan makanan bergoreng lebih-lebih lagi sosej. Kalau beli di kedai memang kita tahu kandungan bahan dalam sosej sangat tidak selamat untuk anak-anak dan keluarga kita.
Jadi mama papa boleh sediakan sendiri sosej dengan menggunakan resipi mudah ini. Anak-anak pun confirm suka. Bila buat sendiri mama papa boleh tambah sayur dalam bahan-bahan secara tak langsung anak yang tak suka makan sayur pun akan makan sayur. Selamat mencuba!

Bahan-bahan;
4 ketul dada ayam
1/2 batang lobak merah potong nipis
3 batang daun sup
1 ulas bawang besar dihiris nipis
3 ulas bawang putih
Sedikit garam
1 sudu stok ayam(boleh guna 1 ketul kiub ayam)
Sebiji telur
3 sudu tepung jagung
Sedikit daun oregano
Sedikit serbuk lada hitam
Cara Penyediaan;

Masukkan semua bahan dalam blender.Blender sampai lumat.

Bahan yang telah siap diblender.

Jika adunan terlalu pekat dan padat boleh masukkan sedikit air supaya mudah untuk dimasukkan ke dalam plastik. Gaul rata.

Masukkan ke dalam plastik

Masukkan separuh adunan ke dalam plastik dan pastikan tak penuh takut melimpah masa ditekan nanti.

Potong sedikit bahagian hujung plastik

Masukkan adunan dalam plastik aiskerim.Pastikan bahagian hujung lagi satu plastik telah digunting untuk mengelakkan tekanan dan memudahkan adunan dimasukkan. Bila siap ikat kedua hujung plastik aiskerim.

Untuk yang tak suka guna plastik aiskerim boleh bungkus guna daun pisang atau aluminium foil.

Paipkan adunan memanjang mengikut kesesuaian.Gulung kemas dan ikat bahagian hujung gulungan tadi.

Adunan yang telah siap dibungkus.

Sosej yang telah siap dikukus.Angkat dan sejukan.

Buka bungkusan tadi. Jika banyak bolehlah disimpan didalam bekas dan difrozenkan. Boleh masak bila2 suka.

Panaskan minyak dan boleh digoreng. Boleh dibakar guna pan atau oven.

Balik-balikkan. Goreng sampai kekuningan. Dah sia bolehlah diangkat.

Sosej yang telah siap digoreng. Sosej kegemaran anak-anak. Lebih baik buat sendiri sebab kita tau isi kandungannya.
Selamat mencuba.
Kredit: Rahsia Dapur
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Resipi Sosej Bersayur Untuk Anak Yang Tak Makan Sayur. Memang Tak Cukup Satu! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/resipi-sosej-bersayur-untuk-anak-yang-tak-makan-sayur-memang-tak-cukup-satu/