Mak Ditetak Berkali Ditendang Dan Tumbuk Masih Terbayang Detik Mak Dibunuh Adik Hampir Diambil Pencuri
Tidak semua membesar atau melalui zaman kanak-kanak dengan kenangan yang indah. Ada yang terpaksa mengharungi kejadian perit dalam hidup. Walau pun sukar, semua itu terpaksa ditelan kerana ketentuan yang telah ditetapkan oleh-Nya.
Seperti perkongsian oleh seorang gadis yang tular di media sosial mengenai kejadian pahit yang menimpa dirinya sekitar 15 tahun lalu. Bayangkan di usia tujuh tahun, kanak-kanak lain sibuk bermain dengan rakan sebaya. Namun dia, terpaksa hidup dalam episod hitam apabila menyaksikan ibu kandungnya dibunuh ketika cuba menyelamatkan adiknya daripada diculik.
Walaupun begitu, ibunya sempat menitipkan pesan terakhir. Sebak, namun penuh dengan pengajaran untuk kita menghargai ibu bapa selagi hayat mereka dikandung badan. Ikuti perkongsian seperti di bawah.
”Arwah mak dibunuh depan mata sendiri..”
Arwah mak dibunuh depan mata i sendiri dan dalam keadaan nazak mak sempat pesan jaga adik
https://t.co/PUt1LAlF20
— Loveianna (@loveianah) July 1, 2019
”Saya baru berumur 7 tahun”
2004, Minintod Sabah – Sekitar pukul 6:40 macam biasa seorang ibu sibuk didapur untuk melakukan tugas sebagai seorang ibu dan isteri. Bapa diluar rumah baru balik dari tempat kerja. Saya yang baru berumur 7 tahun hanya sibuk makan di ruang tamu ..
— Loveianna (@loveianah) July 1, 2019
”Mak cakap nak mandi..”
Mak yang baru sahaja selesai membasuh pinggan, berlalu pergi menjenguk adik kedua(2tahun) dan ketiga yang berumur beberapa bulan sedang tidur didalam bilik. Mak tiba2 datang cakap nak mandi, minta untuk Tengok2 kan adik sehingga dia selesai ..
— Loveianna (@loveianah) July 1, 2019
”Dengar suara mak menjerit dari bilik mandi”
5minit lepas tu terdengar suara mak menjerit dari bilik mandi. Saya masa tu masih duduk d ruang tamu. Belakang rumah banyak kangkung liar, memang terfikir ada katak je.
— Loveianna (@loveianah) July 1, 2019
”Keluar dari bilik air dengan berdarah-darah”
Tiba2 mama keluar masa tu dah berdarah – darah
orang tu masuk dari belakang tak tahu macam mana arwah mama bergelut dengan dia sampai macam tu, org tu masuk rumah selongkar barang cari duit tapi mungkin dia tak jumpa dia ambik adik ketiga saya yg sedang tidur
— Loveianna (@loveianah) July 1, 2019
”Mak usaha rebut adik dari orang”
Mama even dalam kesakitan berusaha rebut adik dari orang tu, saya jerit panggil papa, tapi agaknya suara saya tidak terlalu kuat. Dah tolong mama rebut adik dari lelaki tu, tapi lelaki tu dh tendang saya ketepi ..
— Loveianna (@loveianah) July 1, 2019
”Nampak mak ditetak berkali-kali, kena tendang dan tumbuk”
Mama sempat jerit tunggu kat tepi sementara mama masih bergelut untuk dapatkan adik, saya nampak mama ditetak berkali-kali di bahagian leher, belakang,mama kena tendang dan ditumbuk banyak kali. Saya hanya mampu jerit panggil papa ..
— Loveianna (@loveianah) July 1, 2019
”Darah penuh satu rumah”
Puas bergelut dari bilik,ruang tamu dan dapur. Saya nampak Darah satu rumah lagi kuat jerit panggil papa. Kedengaran Papa masuk, dan orang di luar rumah masuk, lelaki tu lepaskan mak dan larikan diri .
— Loveianna (@loveianah) July 1, 2019
”Papa angkat mama keluar”
Papa angkat mama, adik mungkin orang lain dah angkat (tak ingat) sangat. Saya hanya ingat
papa angkat mama kt luar darah banyak menitik kat baju sebab tengah merayu kat lutut papa nak ikut hantar mama.. mampu tunggu ambulance je masa tu takde kenderaan, susah snagat masa tu
— Loveianna (@loveianah) July 1, 2019
”Mak pesan tunggu kat rumah, jaga adik betul-betul..”
Papa tak bagi ikut ke hospital. Mama hanya pesan suruh tunggu kat rumah, jangan adik betul2 . Nanti dia balik rumah
— Loveianna (@loveianah) July 1, 2019
”Tak ada keadilan buat mama..”
Hanya itu yang mampu saya ceritakan, mak saya meninggalkan kami semua ! Pembunuh tu ?? Penat naik turun mahkamah bagi keterangan sana sini,Takda keadilan buat mama sebab saksi iaitu saya berumur 7 tahun tidak diambil kira oleh mahkamah. Selepas 6bulan org tu dibebaskan.
— Loveianna (@loveianah) July 1, 2019
”Hargai mak dan ayah masing-masing”
Saya cuma nak pesan . Hargai Mak dan Ayah masing-masing, kasih sayang memang tidak dapat digantikan mahupun di jual beli. Semoga semua bahagia di samping keluarga tercinta.
— Loveianna (@loveianah) July 1, 2019
”Sudah 15 tahun berlalu..”
Saya harap cerita saya boleh buatkan semua orang menghargai ibu dan ayah masing-masing ya
Saya tumpang bahagia untuk semuanya . Dan jangan risau dah 15tahun berlalu, dah sembuh 100% dari trauma sebab tu boleh share
Selamat Berehat !
— Loveianna (@loveianah) July 1, 2019
Sumber : Loveianna
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/07/02/mak-ditetak-berkali-ditendang-dan-tumbuk-masih-terbayang-detik-mak-dibunuh-adik-hampir-diambil-pencuri/