Perginya Abang Disaksikan Adik Disangka Sawan Kanak Kanak 5 Tahun Tercekik Fishball


Perginya insan tersayang membuatkan hati menjadi sayu dan sedih. Apatah lagi jika mempunyai hubungan yang rapat.
Seorang kanak-kanak berusia lima tahun meninggal dunia ekoran daripada tercekik bebola ikan semasa mengambil sarapan pagi di tadika. Ia dibuktikan dengan keputusan bedah siasat yang dijalankan.
Dalam kejadian yang berlaku Khamis lalu, si kecil dikenali sebagai Allahyarham Izmir Merican Idham Merican meninggal dunia semua menerima rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

AWALNYA SUKAR TERIMA PUNCA KEMATIAN
Berkongsi kisah tragis ini, Emi yang juga ibu saudara Izmir memberitahu mereka sekeluarga pada awalnya sukar menerima punca kematian kanak-kanak itu.
“Saya dapat tahu daripada pakcik (datuk mangsa) pada kira-kira jam 11.45 pagi. Waktu itu saya terus terkedu, terduduk dan menangis.
“Saya terus tinggal kerja..pergi bersiap ambil anak dari sekolah dan terus ke rumah pakcik. Sampai sana baru tahu sebenarnya Izmir tercekik fishball.
“Kami semua in denial sebab fishball tu ingatkan kecil dan tak mungkin tercekik tapi rupa-rupanya besar. Memang besar dan sepatutnya dipotong,” katanya.
MENGGELUPUR & MULUT BERBUIH TAPI IZMIR TIADA SAWAN
Jelas Emi, kejadian berlaku ketika anak-anak pra sekolah di tadika itu sedang bersarapan.
“Saya diberitahu kejadian berlaku ketika sarapan dan hidangan pagi itu ialah mi sup. Agak terkilan jugalah.
“Bila cikgu datang dia dah menggelupur sebelum mulutnya berbuih. Tak dapat bayangkan keadaan ketika itu.
“Paling menyedihkan adik dia pun satu sekolah di situ, tengok abang dia tengah struggle. Ingatkan sakit perut tapi sebaliknya berlaku,” katanya.
Emi turut terkilan dengan responds pihak pengurusan tadika terbabit semasa menangani situasi cemas berkenaan.
“Sewaktu kejadian mak ayah Izmir baru sampai pejabat. Tadika tanya mak dia sama ada Izmir ada sawan ke, mak dia kata tak ada.
“Saya juga diberitahu mereka buat CPR tapi Izmir tak sedar sebab fishball masih tersekat. Masa itu dia sampai hospital, Izmir masih lagi diberi bantuan CPR.
Anak Emi, Dzariff bermain bersama dengan Allahyarham semasa hayatnya. BADAN MASIH PANAS
Emi juga turut berkata badan anak saudaranya itu masih panas ketika kejadian.
“Waktu itu badannya masih panas. Lepas stop CPR…terus sejuk. Macam tak boleh ikhtiar lagi dah, nak operate pun tak sempat. Dia hilang sekelip mata,” kata Emi.
BARU MINGGU LEPAS DATANG BERAYA
Emi turut memberitahu Allahyarham seminggu sebelum kejadian telah hadir beraya di ke kediamannya. Antara perkara pelik yang terjadi ialah si kecil ini enggan menerima duit raya.
“Baru minggu lepas mereka datang beraya ke rumah kami. Dok nampak muka dia seronok main dengan anak saya (Dzariff).
“Mulut ni tak habis puji Izmir comel geram tengok pipi putih gebu dia. Tengok Allah marah puji lebih-lebih. Subhanallah tersentak sangat.
“Patutnya minggu ni kami pergi beraya rumah mereka. Beriya ajak Dzariff datang rumah. Dia macam dapat rasa dia nak pergi. Bila Dzariff datang tengok Izmir tak ada.
Dalam pada itu, Emi turut mendedahkan perubahan sikap Izmir sebelum kejadian tersebut.
“Minggu lepas masa nak bagi duit raya, dia tak nak ambil. Mak dia ada kata semua rumah dia buat macam tu.
“Mak dia pun cakap pelik sebab semua budak suka bila dapat duit raya,” kata Emi.

HARAP JADIKAN PENGAJARAN
Selepas insiden itu, Emi berharap agar tragedi ini dapat dijadikan pengajaran dan membuka mata orang ramai.
“Jangan ambil remeh. Sepatutnya haramkan terus makanan seperti fishball, buah anggur dan rambutan di sekolah.
“Kalau tidak kes seperti ini tidak mustahil akan berulang lagi pada masa hadapan,” katanya yang turut menggesa pihak tadika atau sekolah diajar cara untuk menangani situasi kecemasan seperti kes tercekik makanan.
Sumber: mStar & FB Emi Dzariff Ummar Zara
Artikel berkaitan: Hati-Hati Beri Anak Makan Buah-Buahan Kecil. Ikuti 6 Tip Doktor Ini Untuk Elak Tercekik
The post Perginya Abang Disaksikan Adik. Disangka Sawan, Kanak-Kanak 5 Tahun Tercekik Fishball appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/perginya-abang-disaksikan-adik-disangka-sawan-kanak-kanak-5-tahun-tercekik-fishball/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengasuh Lalai Jaga Anak Asuhan Kanak Kanak Koma Tercekik Roti

Pengasuh Lalai Jaga Anak Asuhan Kanak Kanak Koma Tercekik Roti

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 640 hits
Acapkali kita dengar kisah kanak kanak cedera ketika di bawah jagaan pengasuh akibat dari kealpaan serta kecuaian yang kadang kala boleh membawa maut Gara gara sekeping roti seorang kanak kanak perempuan koma akibat tercekik Kejadian terseb...
Bola Sepak Liga Kpm Smk Gunung Rapat Abang Menang Adik Tewas

Bola Sepak Liga Kpm Smk Gunung Rapat Abang Menang Adik Tewas

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 601 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Terkena Kipas Siling Selepas Dilambung Kanak Kanak 2 Tahun Maut

Terkena Kipas Siling Selepas Dilambung Kanak Kanak 2 Tahun Maut

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 461 hits
Kanak kanak perempuan berusia dua tahun maut akibat parah di kepala terkena kipas siling selepas dilambung sepupu lelakinya yang berusia 25 tahun Baca Selanjutnya Kanak kanak itu disahkan meninggal dunia sehari selepas dimasukkan ke Hospita...
Sempat Minta Ibu Bancuh Air Kanak Kanak 6 Tahun Meninggal Lepas Main Pedang Pedang

Sempat Minta Ibu Bancuh Air Kanak Kanak 6 Tahun Meninggal Lepas Main Pedang Pedang

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 397 hits
Sempat meminta ibu membancuh minuman coklat rupa rupanya ia adalah sajian air tangan ibu terakhir yang dipinta sebelum pergi buat selama lamanya Sebelum ditinggalkan untuk keluar berniaga Muhammad Azfar Qayyum Md Said 6 tahun kelihatan siha...
Kanak Kanak Bawah 5 Tahun Tidak Boleh Menghadap Skrin Lebih Dari 1 Jam Doktor

Kanak Kanak Bawah 5 Tahun Tidak Boleh Menghadap Skrin Lebih Dari 1 Jam Doktor

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 367 hits
Sudah menjadi kebiasaan para ibu bapa memberi gajet kepada kanak kanak atas alasan untuk menenangkan mereka daripada kebosanan selain membuatkan anak kecil keriangan dan berhenti menangis Akibatnya kanak kanak berkenaan menghabiskan masa be...
Kalau Dapat Kat Orang Lain Budak Ni Kanak Kanak 2 Tahun Merayau Keluarga Tak Perasan

Kalau Dapat Kat Orang Lain Budak Ni Kanak Kanak 2 Tahun Merayau Keluarga Tak Perasan

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 504 hits
Keluar rumah seorang diri bagi kanak kanak kecil amat berbahaya Pelbagai kemungkinan boleh berlaku seperti jenayah dan kejadian tidak diingini Tak lama dulu tular dengan kisah kanak kanak ditemui merayau ketika ayah tertidur ini pula lain c...
Kanak Kanak Berusia 2 Tahun Masih Tak Mampu Berjalan Dan Bercakap Kesan Berpisah Dengan Ibu Bapanya

Kanak Kanak Berusia 2 Tahun Masih Tak Mampu Berjalan Dan Bercakap Kesan Berpisah Dengan Ibu Bapanya

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 335 hits
Menurut The New York Times anak bongsu daripada keluarga ini dipisahkan oleh pentadbiran Trump pada tahun lepas Kanak ini yang bernama Constantin Mutu ditinggalkan di sempadan Amerika Sayarikat Mexico sejak berusia 4 bulan Kini umur kanak t...
Abang Johari Sangkal Sarawak Muflis Dalam Tempoh 3 Tahun

Abang Johari Sangkal Sarawak Muflis Dalam Tempoh 3 Tahun

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 168 hits
Dakwaan tanpa ambil kira pendapatan Sarawak dari pelbagai sumber Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg MUKAH Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyangkal dakwaan bahawa negeri itu akan menjadi muflis dalam masa tig...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense