Dividen Felcra 2025 Ditetapkan 15 Peratus Dibayar Awal Tahun Depan Ahmad Zahid


KUALA LUMPUR – Dividen berasaskan operasi Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) bagi tahun kewangan 2025 ditetapkan pada kadar 15 peratus dan dijangka dibayar pada awal tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, penetapan dividen itu mencerminkan keupayaan FELCRA mengekalkan keuntungan yang lebih berdisiplin dan pemantauan rapi bagi memastikan koperasi dan anak-anak syarikatnya terus mencatatkan prestasi mampan tanpa ketirisan.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, pendekatan yang telus perlu menjadi asas kepada prestasi kewangan koperasi itu, selain memastikan kepentingan ahli sentiasa diberi keutamaan.
“Kita mahu koperasi ini terus menjadi contoh terbaik, bukan sahaja dari segi keuntungan, tetapi dari segi tadbir urus dan manfaat kepada ahli. Pendekatan saya adalah pendekatan hands on dan jika lakukan pemantauan tidak boleh terburu-buru dan melakukan ketirisan,” katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke-43 Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Malaysia Berhad (KPFMB) di sini, malam ini.
Turut hadir, Pengerusi FELCRA Berhad, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub dan Pengerusi Koperasi KPFMB, Datuk Sabari Misran.
Ahmad Zahid berkata, prestasi KPFB sebagai anak syarikat membuktikan kekuatan model koperasi yang menekankan keseimbangan antara pertumbuhan perniagaan dan tanggungjawab sosial selaras dengan prinsip pembangunan inklusif.
Beliau berkata, keutamaan pengurusan diberikan kepada KPFB kerana jumlah ahlinya jauh lebih besar berbanding pemegang saham anak-anak syarikat lain, sekali gus memastikan manfaat ekonomi dapat dirasai secara lebih menyeluruh.
“KPFB bukan sekadar mengejar keuntungan, sebaliknya membina kejayaan perniagaan yang memberi manfaat kepada peserta, komuniti dan keseluruhan ekosistem FELCRA,” katanya.
Sejak penubuhannya lebih dua dekad lalu, KPFB telah menyalurkan dividen melebihi RM20 juta kepada koperasi-koperasi peserta FELCRA di bawah naungannya dengan prestasi cemerlang yang turut diiktiraf menerusi anugerah Status Koperasi Premier 2025 oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Dalam majlis sama, Ahmad Zahid turut mengumumkan elaun kehadiran bagi Mesyuarat Agung Perwakilan KPFB pada tahun ini ditetapkan sebanyak RM1,000 sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen, kesetiaan dan peranan aktif para perwakilan dalam memperkukuh hala tuju koperasi.
Beliau berkata, kadar itu bukan sahaja mencerminkan kekuatan kedudukan kewangan koperasi, malah membuktikan keupayaan KPFB untuk terus memberikan pulangan yang adil dan berterusan kepada para anggotanya.
Sumber: Bernama
The post Dividen FELCRA 2025 ditetapkan 15 peratus, dibayar awal tahun depan – Ahmad Zahid appeared first on The Malaysian Update.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2025/12/18/dividen-felcra-2025-ditetapkan-15-peratus-dibayar-awal-tahun-depan-ahmad-zahid/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Operasi Lrt3 Ditunda Tahun Depan

Operasi Lrt3 Ditunda Tahun Depan

papar berkaitan - pada 10/12/2025 - jumlah : 111 hits
Operasi LRT3 Ditunda Tahun Depan SHAH ALAM 10 Dis Prasarana Malaysia Berhad mengesahkan Transit Aliran Ringan 3 laluan Shah Alam tidak akan memulakan operasi tahun ini susulan keperluan menyelesaikan isu kestabilan sistem dan perisian yang ...
Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 119 hits
Masuk sahaja tahun baharu ramai terus fokus pada azam dan perancangan besar Namun hakikatnya awal tahun 2026 adalah masa paling sesuai untuk menyemak semula perkara asas dalam kehidupan Dari rutin harian kewangan hinggalah kesejahteraan dir...
Iesf Wec Malaysia Juara Kejohanan Dunia Iesf 2025 Dua Tahun Berturut Turut

Iesf Wec Malaysia Juara Kejohanan Dunia Iesf 2025 Dua Tahun Berturut Turut

papar berkaitan - pada 8/12/2025 - jumlah : 216 hits
IESF WEC Malaysia Juara Kejohanan Dunia IESF 2025 Dua Tahun Berturut turut Skuad Mobile Legends Bang Bang lelaki negara sekali lagi mempertahankan kejuaraan apabila berjaya mengekalkan gelaran juara untuk dua edisi berturut turut pada Kejua...
Bn Belum Terima Surat Daripada Mic Berhubung Usul Keluar Gabungan Ahmad Zahid

Bn Belum Terima Surat Daripada Mic Berhubung Usul Keluar Gabungan Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 107 hits
BN Belum Terima Surat Daripada MIC Berhubung Usul Keluar Gabungan Ahmad Zahid SEMENYIH 14 Dis Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa pihaknya masih belum menerima surat daripada MIC berhubung usul par...
Pengharaman Vape Kekal Memorandum Jemaah Menteri Dibentang Awal Tahun

Pengharaman Vape Kekal Memorandum Jemaah Menteri Dibentang Awal Tahun

papar berkaitan - pada 17/12/2025 - jumlah : 122 hits
Pengharaman Vape Kekal Memorandum Jemaah Menteri Dibentang Awal Tahun JOHOR BAHRU Kerajaan tetap meneruskan pengharaman penuh rokok elektronik atau vape dengan Memorandum Jemaah Menteri mengenainya dijangka dibentang pada awal tahun hadapan...
Kru Bangkit Selepas 20 Tahun Raih Trofi Abpbh 37 Dan Gegarkan Industri Hiburan 2025

Kru Bangkit Selepas 20 Tahun Raih Trofi Abpbh 37 Dan Gegarkan Industri Hiburan 2025

papar berkaitan - pada 14/12/2025 - jumlah : 116 hits
KUALA LUMPUR 8211 Selepas dua dekad penantian kumpulan legenda tanah air KRU akhirnya kembali mengukir sejarah apabila dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke 37 bagi kategori Artis Kolaborasi Duo Berkumpulan P...
Felda S 2022 And 2023 Annual Reports To Be Tabled In Parliament Next Year Says Zahid

Felda S 2022 And 2023 Annual Reports To Be Tabled In Parliament Next Year Says Zahid

papar berkaitan - pada 12/12/2025 - jumlah : 136 hits
Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi in a written reply to the Dewan Negara published on the Parliament website yesterday said that publication to the public will proceed once the presentation and distribution of the Felda...
Google Year In Search 2025 Malaysia Senarai Carian Paling Trending Tahun Ini

Google Year In Search 2025 Malaysia Senarai Carian Paling Trending Tahun Ini

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 348 hits
Google Year In Search 2025 Malaysia Senarai Carian Paling Trending Tahun Ini Tahun 2025 menyaksikan pelbagai topik menjadi tumpuan rakyat Malaysia Google telah menerbitkan senarai rasmi Year In Search 2025 untuk Malaysia yang memaparkan car...
Plus Jangka 2 2 Juta Kenderaan Sehari Sempena Cuti Akhir Tahun

Plus Jangka 2 2 Juta Kenderaan Sehari Sempena Cuti Akhir Tahun

papar berkaitan - pada 17/12/2025 - jumlah : 65 hits
KUALA LUMPUR PLUS Malaysia Berhad menjangkakan peningkatan aliran trafik hingga 2 2 juta kenderaan sehari di lebuh raya kendaliannya pada hari puncak 19 20 22 23 24 26 dan 27 Dis ini sempena cuti persekolahan akhir tahun dan perayaan Krisma...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Miki Ghazali Zulfikar Raih Emas Muay Thai Sea Games Tewaskan Petarung Tuan Rumah

Agc Arah Siasatan Tiga Lelaki Ditembak Mati Di Melaka Diklasifikasi Kes Bunuh

Pergerakan Gaji Tahunan Syarat Kelayakan Perubahan Mulai 2026

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Keperluan Barang Sekolah Lengkap Di Pusat Pakaian Hari Hari

Evolusi Bahan Cetakan Dalam Membantu Pertumbuhan Jenama

Ketika Kebahagiaan Menjadi Biasa Memahami Keindahan Sederhana

Russia Tuntut Usd230 Bilion Daripada Euroclear Susulan Tindakan Eu