Ganti Kad Pengenalan Yang Hilang
Assalamualaikum WBT
SETELAH puas mencari dan menggeledah dalam kereta, akhirnya pasrah sudah bahawa kad pengenalan Sk dah hilang. Hilang ghaib begitu sahaja pulak tu. Macam tak tercapai dek akal, benda bukan halus. Depan mata pulak tu hilangnya, isk isk isk, sabar aje laaaa.

Ada dua pendapat, pertama perlu buat laporan polis, kedua.. tidak perlu buat. Tak apalah, lebih baik buat report daripada dah sampai sana tak boleh ganti KP sebab tak ada report. Nasib baik boleh buat report secara online melalui laman ereporting untuk kes kehilangan. Mujur jugak la kedai buku yang selalu PI pergi di BBU tu dah buka pagi walaupun hari ahad, jadi Sk cetak salinan keras di situ. Kot la pihak JPN nak jugak hard copy kan

Sebelum ke JPN, kami pergi sarapan dahulu di Ashoka Curry House. Macam biasa jika ke sini, PI makan apom

Biasa kalau ke sini Sk makan puri tapi takut perut meragam masa kat JPN nanti sebab puri tu datang dua keping satu set dengan kentang masala. Jadi, kita makan untuk alas perut aje lah, tosei rawa

Sk buat permohonan KP baharu di UTC (Urban Transformation Centre) Galeria Kotaraya. Sampai kaunter pendaftaran Sk serahkan salinan report hilang KP tu, kemudian diberi nombor giliran. Pegawai tersebut beritahu, orang ramai hari ni, mungkin tunggu lama sikit. Tengok nombor, ada lagi 90 pelanggan akan berurusan sebelum giliran Sk. PI kata, UTC ni dulu semua idea DS Najib Razak. Rasa sepi dunia sekejap bila PI cakap macam tu. Baca kat carian google, prosedur menggantikan kad pengenalan perlu bawa lesen memandu atau passport, tu la bawa tu tapi mereka tak gunakan pun. Agaknya tengok gambar dengan orangnya dah terbukti bukan penyamar, hahaha

Walaupun hari ahad, semua kaunter dibuka, punyalah laju suara operator menyebut satu persatu nombor giliran dan kaunter perlu dituju. Sampai giliran Sk, kena interview sekejap macam mana KP boleh hilang? Bila kami ceritakan KP tu hilang semasa nak isi minyak, pegawai tu bertanya, kenapa tak gunakan apps untuk isi minyak? Sk beritahu la yang Sk memang guna apps jika isi minyak, tapi tu suami pinjam KP saya. Lepas tu pegawai tu tanya lagi, kenapa tak guna apps puan aje?
"Kalau guna apps saya, duit saya la yang keluar nanti, puan..." Aaaa.. tapi tu cakap dalam hati jer la, hihi
Untuk kehilangan KP kali pertama, kena bayar denda RM100 dan bayaran gantian KP baharu RM10. PI la yang membayornyer dah dia yang hilangkan, kan

KP baharu akan siap dalam tempoh setengah jam, nanti ambil nombor giliran baharu, arah pegawai tersebut. Sementara PI sapkoktang, Sk ke Jajan Viral Food Fair yang diadakan di ground floor.

Dahlah tak pasal-pasal terbang seratus ganti KP baharu, karang masuk sini, tak pasal-pasal terbang dua ratus beli jajan. Jadinya, Sk masuk sekejap, lepas tu keluar balik

Ajak PI minum dulu di Medan Selera Kebayan. Terberkenan pulak nak makan Mi Wantan jadi taklah rasa lama menunggu KP siap. Terkejut harga mi wantan RM16 untuk dua mangkuk. Ialah, kalau makan kat kopitiam, satu makanan jer dah namblas hinggit. Dua kali Sk tanya, betul ke RM16, dua mangkuk? Betul, semangkuk RM8, jawab peniaga tersebut

Selepas makan, naik semula ke aras 3 untuk ambil nombor giliran baharu. Belum sempat panas kerusi, nombor Sk pun dipanggil untuk ke kaunter pungutan KP yang telah siap

Rasanya, sejak ada mykad, semua tudung Sk warna merah, ini la yang tudungnya hitam. Macam tak percaya yang masa hulur KP pada PI tu, itulah kali terakhir Sk nampak dan pegang KP Sk, hahaha. Kalau tahu, ambik gambar awal-awal buat kenangan kali terakhir. Nasib la gambar lesen memandu ni link dengan gambar KP kan. Nampak gambar dulu lagi bulat la pulak, hahahaha
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2025/12/ganti-kad-pengenalan-yang-hilang.html