Mak Dekat Mana Polis Minta Ibu Bapa Budak Merayau Tepi Jalan Tampil Ke Ipd Sungai Buloh


“Mak dekat mana?..” – Polis minta ibu bapa budak merayau tepi jalan tampil ke IPD Sungai Buloh! Polis mencari ibu bapa seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui berjalan bersendirian dan cuba melintas jalan utama di kawasan perumahan Puncak Alam pada Selasa.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata polis dimaklumkan mengenai kes itu susulan video yang tular pada Rabu.
Video itu dirakam seorang penunggang motosikal yang terlihat kanak-kanak itu yang memakai baju T berwarna biru nyaris dilanggar sebuah lori.
Dalam video itu, pemuda tersebut bertanyakan kepada budak perempuan tersebut mengenai ibu dan bapanya.
“Mak dekat mana? Adik nak pergi mana ni? Dekat rumah ada siapa?,” soal pemuda tersebut.
Kanak-kanak itu kemudian memberitahu ibunya pergi bekerja, manakala bapanya pula sedang tidur di rumah.
Jawapan itu ternyata membuatkan pemuda tersebut terkejut dan hairan bagaimana kanak-kanak itu boleh berkeliaran di jalan utama tanpa pengawasan ibu bapa.
Bagaimanapun kanak-kanak berkenaan menunjukkan arah ke rumahnya.
Dia dilihat didukung pemuda tersebut sehingga sampai ke sebuah rumah yang jaraknya dari jalan utama menuju ke kediaman berkenaan agak jauh.
Sebaik tiba di rumah itu, pemuda tersebut bertanyakan kepada seorang lelaki yang sedang melakukan kerja mengubah suai rumah itu mengenai kanak-kanak berkenaan.
Tidak lama kemudian seorang lelaki dipercayai bapa mangsa keluar rumah dalam keadaan terpinga-pinga dipercayai baru sahaja bangun tidur.
Pada masa sama, pemuda tersebut turut mengingatkan bapa kanak-kanak itu supaya lebih peka dengan anaknya.
“Abang perhatikan betul-betul (anak). Abang dekat luar ni pun nampak budak kecil kat luar tolong angkat bawa masuk dalam, tolong tanggungjawab sikit sebab budak kecil dia tak ada akal,” katanya.
Fadzil berkata satu laporan polis sudah dibuat dan kertas siasatan dibuka dibawah Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001 kerana membiarkan anak tanpa pengawasan rapi.
“Kami menggesa ibu bapa kanak-kanak itu supaya datang ke Ibu Pejabat Polis Sungai Buloh dengan segera dan berjumpa dengan Inspektor Samri Abd Hamid untuk siasatan lanjut,” katanya pada Khamis.
Sumber: Mstar Online
The post “Mak dekat mana?..” – Polis minta ibu bapa budak merayau tepi jalan tampil ke IPD Sungai Buloh! appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/mak-dekat-mana-polis-minta-ibu-bapa-budak-merayau-tepi-jalan-tampil-ke-ipd-sungai-buloh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Segera Laksana Kod Etika Ibu Bapa Amp Penjaga Nutp

Segera Laksana Kod Etika Ibu Bapa Amp Penjaga Nutp

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 328 hits
KOTA BHARU 5 Mei Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan menyeru agar semua sekolah rendah dan menengah seluruh negara segera mewujudkan Kod Etika Ibu Bapa Penjaga di sekolah masing masing sebagaimana arahan yang telah dikeluarkan Kement...
Rakan Dedah Adam Mula Lumpuh Sebelum Ramadan Mahu Bahagiakan Ibu Bapa

Rakan Dedah Adam Mula Lumpuh Sebelum Ramadan Mahu Bahagiakan Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 695 hits
Pemergian chef selebriti Adamdidam sudah tentu meninggalkan kesan mendalam kepada rakan baiknya yang telah menjalinkan ukhuwah sejak 12 tahun lalu Menerusi laporan mStar Online sahabatnya Izat sudah mengetahui keadaan kesihatan Adam namun t...
Dah Biasa Warganet Je Lebih2 Bapa Tampil Backup Aliff Aziz Buat Netizen Tambah Meluat

Dah Biasa Warganet Je Lebih2 Bapa Tampil Backup Aliff Aziz Buat Netizen Tambah Meluat

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 641 hits
Dah biasa warganet je lebih2 Bapa tampil backup Aliff Aziz buat netizen tambah meluat Kemelut rumah tangga yang melanda pelakon dan juga penyanyi kelahiran Singapura Aliff Aziz nampaknya belum lagi menemui noktah Kontroversi hangat minggu i...
Polis Siasat Bapa Cuba Pajak Bayi

Polis Siasat Bapa Cuba Pajak Bayi

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 233 hits
12 Mei 2019 3 00 AM MIAMI Seorang bapa disiasat polis kerana membuat gurauan untuk menggadai bayi lelakinya kepada pemilik sebuah premis pajak gadai di Florida Amerika Syarikat
Aidilfitri Dah Dekat Muka Mak Bapak Kat Kampung Dah Makin Ketat Muka Anak2 Kat Bandar Pulak Makin Pucat

Aidilfitri Dah Dekat Muka Mak Bapak Kat Kampung Dah Makin Ketat Muka Anak2 Kat Bandar Pulak Makin Pucat

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 493 hits
Hari nie dah 7 Ramadhan Maknanya lagi 23 hari umat Islam menunaikan ibadah puasa In Sya Allah lepas tu umat Islam seluruh dunia akan merayakan Aidilfitri hari kemenangan melawan hawa nafsu Biasanya bila Aidilfitri tiba ayah2 dan ibu2 kat ka...
Jangan Cemuh Usaha Ibu Bapa Lain Pujuk Anak Mereka Berpuasa Walaupun Baru 3 Tahun

Jangan Cemuh Usaha Ibu Bapa Lain Pujuk Anak Mereka Berpuasa Walaupun Baru 3 Tahun

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 439 hits
Melatih anak anak kecil berpuasa ini memerlukan kita menjernihkan hati kita Fokus untuk melakukannya kerana mencari redha Allah Bila kita faham akan perkara ini maka bila kita mahu melatih anak berpuasa kita boleh membuat keputusan yang bai...
Mama Baik Rumah Dekat Dengan Kubur Sebab Anak Mangsa Nahas Duke Pilih Tinggal Dengan Ibu Saudara

Mama Baik Rumah Dekat Dengan Kubur Sebab Anak Mangsa Nahas Duke Pilih Tinggal Dengan Ibu Saudara

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 475 hits
Mama baik rumah dekat dengan kubur Sebab anak mangsa nahas Duke pilih tinggal dengan ibu saudara Pada tahun 2015 kita digemparkan dengan kes kemalangan yang melibatkn pasangan suami isteri di Lebuhraya Duta Ulu Kelang sehingga menyebakan du...
Salah Faham Kerangka Asas Cefr Di Kalangan Guru Ibu Bapa

Salah Faham Kerangka Asas Cefr Di Kalangan Guru Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 570 hits
CEFR tu apa I m going to start a series of Facebook entries to address CEFR CEFR aligned curriculum and anything related to the English language curriculum Tujuannya untuk menjelaskan pelbagai isu salah faham berkenaan Kurikulum B Inggeris ...
Rencana Pemindahan Ibu Kota Mana Dari 9 Daerah Ini Yang Pantas Menurut Anda

Rencana Pemindahan Ibu Kota Mana Dari 9 Daerah Ini Yang Pantas Menurut Anda

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 277 hits
Presiden Joko Widodo kembali mengangkat tentang rencana pemindahan ibu kota negara dari Jakarta Dia ingin ibu kota baru berada di luar Pulau Jawa terutama Kalimantan dan Sulawesi Kriteria ibu kota baru di antaranya lahan yang luas bebas ben...
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Top Marketing Strategies For Buzz

Hari Ke 29 Rezeki Datang

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah

Persediaan Persekolahan

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


From Paris London

Drama Abang Bunga Macho

Rayola Pai Indak Ka Babaliak Chord

Indonesia Beli Dron Bayraktar Turkiye

Ipayment Cara Membuat Pembayaran Online Agensi Yang Terlibat

V Speed A Made To Order Custom Buell Xb12 From Florida