Aidilfitri Dah Dekat Muka Mak Bapak Kat Kampung Dah Makin Ketat Muka Anak2 Kat Bandar Pulak Makin Pucat
Hari nie dah 7 Ramadhan...
Maknanya lagi 23 hari umat Islam menunaikan ibadah puasa...
In Sya Allah, lepas tu umat Islam seluruh dunia akan merayakan Aidilfitri, hari kemenangan melawan hawa nafsu...
Biasanya bila Aidilfitri tiba, ayah2 dan ibu2 kat kampung tu tersengih2 sentiasa...
Maklumlah, dari experienced tahun2 yang lepas, kalau sorang anak bagi duit raya RM100, 5 anak dah boleh dapat RM500, tambah dengan duit BR1M...
Bertambah lagi koleksi gelang tahun nie...😉😉😉
Anak yang kerja kat kota pulak, dah mula adakan rundingan meja bulat dengan rakan sekerja, dah mula berbudi bahasa dan beramah tamah dengan bos kat tempat kerja, matlamatnys satu, CUTI RAYA...😉😉😉
Tapi tahun nie berbeza, bukan beza sikit, tapi banyak...
Kenapa yer...🤔🤔🤔
Pakatan Hancing Ohh Pakatan Hancing!!!
Nie baru betul berani mati yeop..😂😂😂
Dalam gelanggang PH, kamu berani TAJI dema!!!
Berbalik pada cerita asal...
Kisah 1
Anak : Ingat yer mak, abah.
Besok jangan pangkah lain, pangkah PH, yang lambang mata tu...
Abah : Tapi aku tak pernah pangkah selain dari dacing...
Mak : Bolehker pangkah yang lain, abahnya?
Anak : Mak, abah, kalau PH jadi kerajaan, harga minyak turun, Along punya hutang PTPTN hapus, bukan tu jer, TOL pun hapus, takkan mak dengan abah tak nak tenguk Along pakai kereta, tapi sebelum Along beli kereta, Along janji belikan abah motor baru...
Abah : Adaker duit kamu tu?
Anak : Sekarang nie memang tak ada, sebabnya kerajaan Najib nie lah, dahlah kena bayar PTPTN, barang2 mahal, kena GST lagi, macam manalah Along nak simpan duit, bila tukar kerajaan nanti, semua tu dah tak ada, bolehlah Along simpan duit...
Tapi apa yang Along harapkan lepas kerajaan bertukar, tak jadi kenyataan...
3 bulan lepas PH ambil alih, Along yang sebelum nie kerja sebagai pegawai SPAD, dapat berita yang cukup mengerikan, SPAD akan di turun taraf dari Suruhanjaya kepada Agensi...
Maksudnya apa, ramai pegawai dan kakitangan akan di beri surat 'JASAMU DI KENANG'...
Dan 3 bulan lepas Along terima berita yang cuba di anggap khabar angin tu, Along dapat surat 'JASAMU DI KENANG' dari SPAD...
Nak balik kampung malu, nak terus duduk kat bandar nie, adoi, kos kehidupan makin tinggi, harga barang makin melambung, sedangkan kerja dah tak ada, nasib baik masih bujang...
Fikir punya fikir, Along buat keputusan terus tinggal kat bandar, carilah kerja apa sekali pun, tak sanggup nak mengadap muka mak dengan abah kat kampung, tu tak termasuk muka mak sedara, bapa sedara, tak termasuk muka sepupu, sebab masa nak PRU 14 hari tu, Alonglah yang beriya2 melobi, berkempen untuk PH...
Sanggup ambil cuti 3 hari untuk pastikan mak dengan abah, adik beradik, sepupu sepapat, warih walak undi PH...
Sekarang nie, dari pegawai SPAD, Along dah bertukar profesion pada Pembantu Kedai Mamak yang berijazah...
Bukan memilih kerja tapi dah puas dah hantar resume, jangan kata dapat kerja, panggil temuduga pun tak, semua permohonan Along di KIV kan...
Cuma mamak nie jer yang simpati ambil Along kerja tanpa perlu hantar resume...
Ok lah, sebab tidur kat kedai, makan pun percuma...
Cuma satu masaalah besar sekarang nie ialah Aidilfitri dah dekat...
Kalau balik nanti, mesti mak tersengih2 sambil pegang gelang yang Along beli masa Aidilfitri tahun lepas!!!
Mesti abah tersenyum simpul sambil jeling kat motor buruk abah tu...
Mesti adik2 Along tersipu2 sambil seluk poket masing2...
Adoi macam mana nie...
Nak balik ker tak nie...
Mak dengan abah Along tak tahu yang Along dah tukar profesion...
Tak sampai hati aka MALU nak beritahu...
Along dalam dilema Ramadhan yang menjelang Syawal...😫😫😫
Kisah 2
Abah : Jangan korang cari lambang Bersatu pulak besok, Bersatu pakai lambang PKR dalam kertas undi tu (Pak Din yang baru di lantik jadi AJK PPBM Felda Kancong mengingatkan anak bini dia, sehari sebelum PRU 14 lepas)
Kalau PH menang nanti, dia orang dah janji, hutang Felda langsai, ada bantuan bulanan lagi...
Anak : Yer ker, macam tak logik jer...
Abah : Hishhh, kau nie, takkan Tun Mahathir nak menipu...
Anak : Abah dengar Tun Mahathir sendiri yang cakap ker?
Abah : Yer lah, mulut dia sendiri yang cakap!!!
Anak : Tun Mahathir datang sini ker abah, bila?
Abah : Abah tenguk dalan henpon kawan abah...
Anak : Mmmm...
Abah : Tak payah nak mmmm, mmmm... Ingat tu, besuk pangkah PH tau...
Anak : Yer lah...
Bukan apa, kalau PH jadi kerajaan nanti, hutang Felda langsai, bantuan bulanan khabarnya nak di naikkan lagi, bolehlah abah besarkan sikit rumah kita nie, kata Pak Din lagi...
Duit bayar hutang tu, bolehlah abah simpan untuk deposit kereta, raya tahun depan, bolehlah kita balik rumah atok kau naik kereta abah...
Duit ansuran bulanan kereta tak jadi masaalah, sebab tambahan bantuan bulanan yang dia orang janjikan tu ada," tambah Pak Din lagi...
Raya tahun depan yang Pak Din maksudkan masa menjelang PRU 14, akan tiba tak sampai sebulan lagi...
Tapi sekarang, Pak Din terpaksa kerja jaga untuk tampung perbelanjaan keluarga...
Hutang Felda yang PH janji nak hapuskan, haram tak dengar khabar berita...
Lagi memeritkan bila bantuan bulanan bukan di naikkan tapi di turunkan dan sekarang dah 6 bulan tak dapat...
Harga sawit pula makin jatuh, kalau dulu, dapatlah juga hasil ladang dalam RM3,500 ke RM4,000 sebulan tapi sekarang nie, nak dapàt RM500 pun sakit...
Lagi menyakitkan hati bila menteri suruh tebang sawit, tanam buloh, yang Perdana Menteri pulak suru minum minyak sawit...
Haram jadah depa nie, dah lah menipu, membodohkan orang pulak, maki Pak Din dalam hati...
Adoi, macam mana nie...
Raya dah dekat, duit tak ada...
Jangan kata nak beli baju baru, untuk nak makan tiap2 hari pun tak ada dah...
Menitik airmata Pak Din bila tenguk anak2 pengunjung pasaraya tempat Pak Din jaga tu, tengah memilih baju raya...
Kesian anak2 aku, maafkan abah, keluh Pak Din dalam hati...😢😢😢
Sebenarnya apa yang berlaku pada Along dan pada Pak Din bukanlah kes terpencil tapi berlaku pada puluhan ribu penjawat awam dan pada ratusan ribu peneroka Felda...
Puluhan ribu anak muda yang tertipu dengan janji2 manis PH, sekarang bergelut untuk meneruskan kehidupan di bandar...
Puluhan ribu penjawat awam yang terpedaya dengan fitnah dan hasutan PH, kini terkial2 mencari pekerjaan baru selepas di berhentikan oleh pemimpin yang mereka berikan mandat...
Ratusan ribu peneroka Felda terhimpit dengan kesempitan hidup kerana terpesona dengan lunaknya irama yang di dendangkan oleh PH dengan Mazlan Aliman sebagai penyanyi utamanya...
Umum tahu betapa sakitnya bila di khianati tapi mereka lebih mengerti setelah merasainya sendiri...
Untuk anak2 muda di bandar, baliklah beraya di kampung, minta ampun dari ayah dan ibu atas kesilapan menghasut mereka dulu...
Jangan malu mengaku kesilapan kita yang lalu, kalau ada yang berleter atau yang menyindir, biasalah tu...
Untuk hiburkan hati atau untuk tenteramkan hati sebelum hadapi dugaan berhari raya di kampung tahun nie, admin payung satu lagu raya..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://theunspinners.blogspot.com/2019/05/aidilfitri-dah-dekat-muka-mak-bapak-kat.html