Majlis Presiden Ph Didesak Putuskan Segera Logo Ph Untuk Pru 15 Hadi Hairie


 


September 9, 2021 
Mesyuarat Tahunan AMANAH Kawasan Parit Buntar kali ke 5 telah meluluskan usul mendesak Majlis Presiden Pakatan Harapan memutuskan segera penggunaan logo Pakatan Harapan untuk digunakan dalam Pilihanraya Umum ke 15.
Naib Ketua Pemuda AMANAH Parit Buntar, Muhammad Hadi Hairie Kamarudin mewakili Pemuda AMANAH Parit Buntar membawa usul berkenaan dalam Mesyuarat Tahunan AMANAH Kawasan Parit Buntar yang diadakan secara dalam talian.
Hadi Hairie berkata, keputusan segera Majlis Presiden Pakatan Harapan perlu dibuat memandangkan Pilihanraya Umum ke 15 sudah semakin hampir.
“Logo Pakatan Harapan perlu di sebar luas supaya dikenali pengundi kerana ramai pengundi yang belum mengenali logo Pakatan Harapan terutama di kawasan luar bandar.
“Faktor penggunaan logo PH pada PRU ke 15 akan datang boleh memberi kesan negatif kepada calon PH yang akan bertanding “ katanya semasa membentangkan usul berkenaan.
Menurut Hadi Hairie , logo PH tidak digunakan secara maksimum oleh parti-parti dalam PH kerana Majlis Presiden PH belum memutuskan lagi penggunaan logo untuk pilihanraya.
“Walaupun ada parti seperti AMANAH Kawasan Parit Buntar yang sudah mula memasang bendera PH di Parit Buntar untuk dikenali pengundi.
“Namun secara keseluruhannya, semua parti masih menggunakan bendera masing-masing semasa aktiviti parti” katanya.
Sebelum ini Pakatan Harapan telah menggunakan logo PH bermula Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong dan PRK DUN Seri Setia bagi membuktikan wujud kesepakatan politik antara parti gabungan itu.
Sementara itu, Mesyuarat Tahunan AMANAH Kawasan Parit Buntar yang diadakan secara dalam talian telah dihadiri 133 perwakilan mewakili 43 cawangan AMANAH di Parit Buntar.
Setiausaha AMANAH Kawasan Parit Buntar, Ahmad Firdaus Mohamad berkata, kehadiran perwakilan amat membanggakan walaupun berhadapan dengan masalah talian internet.
“Ramai lagi yang tidak dapat masuk kerana capaian internet yang rendah di beberapa kawasan di Tanjung Piandang, Kuala Kurau dan Titi Serong.
“Memandangkan inilah kali pertama kami mengadakan secara talian , kehadiran perwakilan seramai ini sudah amat baik” katanya
Mesyuarat Tahunan AMANAH Kawasan Parit Buntar telah disempurnakan perasmiannya oleh Pengerusi AMANAH Negeri Perak, Datuk Asmuni Awi.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/majlis-presiden-ph-didesak-putuskan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemuda Dap Tolak Guna Logo Pkr Pada Pru 15

Pemuda Dap Tolak Guna Logo Pkr Pada Pru 15

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 183 hits
Pemuda DAP tolak guna logo PKR pada PRU 15 Pemuda DAP Wilayah Persekutuan mencadangkan agar barisan pembangkang atas dasar kebersamaan parti di dalam Pakatan Harapan bersepakat di belakang logo PH pada pilihan raya akan datang Semalam Majli...
Undi Percaya Pm Di Parlimen Ini Kenyataan Tegas Majlis Presiden Ph

Undi Percaya Pm Di Parlimen Ini Kenyataan Tegas Majlis Presiden Ph

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 220 hits
Isu perlantikan YAB Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri dan undi percaya di parlimen Ini kenyataan tegas dari Majlis Presiden Pakatan Harapan Baca selanjutnya
Parti Politik Pembangkang Sabah Sarawak Boleh Guna Logo Sendiri Pada Pru 15

Parti Politik Pembangkang Sabah Sarawak Boleh Guna Logo Sendiri Pada Pru 15

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 484 hits
Parti politik pembangkang Sabah Sarawak boleh guna logo sendiri pada PRU 15 KUALA LUMPUR Parti parti politik pembangkang dari Sabah dan Sarawak boleh menggunakan logo masing masing dan tidak melibatkan logo rasmi gabungan Pakatan Harapan pa...
Pkr Wilayah Mahu Logo Mata Jadi Logo Ph Pru 15

Pkr Wilayah Mahu Logo Mata Jadi Logo Ph Pru 15

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 262 hits
Majlis Pimpinan Negeri Abgkatan Muda KEADILAN dan Wanita KEADILAN mencadangkan agar Pakatan harapan sekali lagi menggunakan logo KEADILAN sebagai logo bersama menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 Kami mewakili seluruh 40873 anggota KEADILAN d...
Presiden Pas Sebelum Ini Menguatkan Pas Dan Tidak Memalukan Pas Sujud Pada Umno Banggakah Hadi Berjaya Tebuk Atap

Presiden Pas Sebelum Ini Menguatkan Pas Dan Tidak Memalukan Pas Sujud Pada Umno Banggakah Hadi Berjaya Tebuk Atap

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 209 hits
Hadi dakwa PH gagal tebuk atap seperti merekaPakatan Harapan gagal menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional melalui cara tebuk atap kata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang Menurut Ahli Parlimen Marang itu tanpa sebarang keraguan bahawa...
12 Logo Evoca Bank Digayakan Dengan Pelbagai Gaya Seni

12 Logo Evoca Bank Digayakan Dengan Pelbagai Gaya Seni

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 256 hits
Logo Evoca Bank diolah menjadi logo berseni dan berelemen ilham daripada karya seni artis agung Logo Evoca Bank Apabila logo evoca diterapkan elemen dan unsur daripada pelukis dan artis ternama dunia seperti Picasso Leonardo Da Vinci Salvad...
Tunggu Hasil Labfor Kapolres Subang Sebut Segera Ungkap Ibu Anak Tewas Dalam Alphard

Tunggu Hasil Labfor Kapolres Subang Sebut Segera Ungkap Ibu Anak Tewas Dalam Alphard

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 228 hits
Selain itu pihaknya sudah melakukan pemeriksaan sebanyak 25 orang saksi untuk mengungkap kasus tersebut
Penduduk Pulau Sebatik Diminta Segera Dapatkan Vaksin Cansino

Penduduk Pulau Sebatik Diminta Segera Dapatkan Vaksin Cansino

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 253 hits
650 di Pulau Mantanani penerima pertama vaksin CanSino TAWAU Penduduk Pulau Sebatik diminta untuk segera mendapatkan suntikan vaksin jenis CanSino yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan di Pulau tersebut sejak Khamis lalu Vaksin satu dos...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin