Majlis Persaraan Gpk Tadbir Dan Kurikulum Sekolah Dengan Tema Pantai Dan Laut
As Salam,
Alhamdulillah.Minggu akhir persekolahan merupakan minggu yang super busy bagi saya dan rakan-rakan lain di SKKBSR, Port Dickson.Bayangkan, kami boleh anjurkan 5 program besar sekolah hanya dalam tempoh satu minggu sahaja!.Apapun, memang saya tabik spring kat rakan guru sekolah saya yang saya lihat masing-masing steady je walaupun dalam hati dan minda Allah sahaja yang tahu betapa kalutnya kami
En.Mohd Jusop Adiputera pada hari persaraannya dalam Majlis Sanjungan Budi:)
Untuk post awal cuti sekolah ni, saya nak kongsikan pula Majlis Persaraan GPK Tadbir dan Kurikulum sekolah yang secara formalitinya diuruskan oleh Jawatankuasa Kelab Kebajikan Guru dan Staff Sekolah. Selain sibuk menguruskan dinner atau jamuan makan malam hujung tahun bagi warga guru dan staff sekolah, kami juga berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan Majlis Persaraan GPK Tadbir kami yang sangat sporting, baik dan mudah dibawa berbincang orangnya:)
Acara memotong pulut kuning bersama isteri dan anak Cikgu Adiputera
Bersama rakan guru di sekolah yang berpakaian dengan tema ala-ala beach wear. Topi besar sangat sinonim dengan tema beach wear.Sebab tu memasing berlumba pakai topi sapa hok paling besor.kihkih.Nasib baik takdak yang pakai topi ala Neelofa kann.muehehhe.
Bagi menaikkan mood laut, pengerusi kelab kami telah tempah khas sampan dan dayung yang dibuat sendiri oleh suaminya, kami pula pakat dayung sampan dalam dewan.Untunglah kann.Ada suami boleh buat replika sampan macam real guna papan dan kayu sebenar kann.kau hado?kihkih
Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa kami pilih tema laut dan pantai bagi majlis persaraan kali ini, sebenarnya Cikgu Adi yang kami raikan persaraannya pada minggu akhir persekolahan mempunyai minat yang sangat mendalam terhadap dunia laut.Beliau sendiri pernah bercerita, yang cita-cita asalnya mahu menjadi pelaut atau kelasi kapal
Pada masa ini pun, selepas waktu bekerja Cikgu Adi sentiasa berada di laut kerana mempunyai bot pelancong yang disewakan bagi kegunaan khidmat mengambil pelancong bersiar-siar atau memancing di sekitar pantai Port Dickson
Sempat jugak geng AJK Kelab Guru dan Staff buat photoshoot kat pantai bersama Cikgu Adi sehari sebelum majlis persaraan belau berlangsung
AJK Kelab Guru dan Staff bersama Cikgu Adiputera di atas bot beliaukredit pic dari Elina Hani
Happy dapat posing ala-ala minah pantai kann:)
kredit pic Elina Hani
Sedia untuk menikmati panorama pantai bersama trip bot Cikgu Adiputera
Bukan setakat pentas yang cool, tema pakaian guru yang best dan gimmick persaraan yang meletup, geng pentas majlis persaraan Cikgu Adiputera juga ada sediakan photobooth yang amaze!Jom tengok:)
Geng pentas yang mantap dan gigih menyiapkan segala mak nenek pentas dan photobooth
tengok banner pun dah rasa macam kat tepi pantai sebenar kann:)
five star saya bagi kat AJK pentas dan persiapan bagi majlis persaraan ini.Hebat bukann
rakan guru yang sporting dengan tema pakaian ala beach wear:)
Alhamdulillah, meski saya bukanlah orang kuat bahagian pentas dan persiapan, saya bersyukur dan bangga adanya rakan guru yang komited dan melakukan pekerjaan dan tanggungjawab mereka dengan cemerlang:) Sesungguhnya, Allah sangat kasih akan hambaNya yang apabila mereka melakukan sesuatu pekerjaan, mereka lakukan dengan sungguh-sungguh-
Semoga Allah menerima kerja buat kami sebagai ibadah yang diterimaNya.aamiin:)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cikmatahariku.blogspot.com/2018/11/majlis-persaraan-gpk-tadbir-dan.html