Pengetua Guru Besar Digesa Buang Sikap Jaga Nama Baik Sekolah Lindungi Jenayah


Imej via Sarawak VoiceKUALA LUMPUR 15 Nov. - Guru besar atau pengetua sekolah perlu membuang sikap menjaga nama baik atau imej sekolah sehingga melindungi perlakuan jenayah termasuk seksual yang melibatkan warga sekolah, kata seorang penganalisis jenayah.

Datuk Akhbar Satar berkata sikap sedemikian tidak membantu mana-mana pihak malah pelaku berkecenderungan mengulangi jenayahnya jika tindakan yang diambil hanya ditukarkan sekolah.
"Guru besar atau pengetua kena amanah apabila terima laporan. Perlu jalankan tanggungjawab tanpa kompromi. Apabila terima laporan daripada pelajar atau ibu bapa, terus lapor kepada pihak polis bukannya melindungi pesalah demi nak jaga nama atau imej sekolah.

"Budaya ini beri peluang bukan pengajaran kepada pesalah. Jika dibiar atau kenakan tindakan tidak tegas seperti kaunseling sahaja, akan jadi serius selain jatuhkan nama baik warga pendidik," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Akhbar mengulas pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai tawaran hubungan seks kepada guru sebagai habuan bagi mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Akhbar yang juga Pengarah Institut Jenayah dan Kriminologi Universiti HELP, berkata situasi itu tidak boleh dipandang remeh, malah pelajar yang menjadi mangsa juga harus berani tampil membuat laporan dan tidak menyembunyikan perkara itu.

"Pelajar perlu jaga etika pemakaian, percakapan serta perlakuan yang boleh mendorong berlakunya jenayah seksual antara pelajar dan warga pendidik," katanya memetik tiga faktor mengundang jenayah hasil penyelidikan Cohen (amp) Felson iaitu 'motivated offender, suitable victim and absence of a capable guardian' (menggalakkan pelaku, mangsa sesuai dan ketiadaan penjaga berkemampuan).

Presiden Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan Malaysia (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim pula berkata kes sedemikian tidak sepatutnya berlaku dalam kalangan warga pendidik yang sememangnya dipandang mulia oleh masyarakat sejak dahulu lagi.

Justeru, beliau mahu tindakan lebih tegas dan hukuman setimpal dikenakan ke atas pelaku sekiranya didapati bersalah selain menggesa ibu bapa agar menjadi pendengar setia kepada anak masing-masing dan bukan sekadar memastikan hanya memberi pendidikan dan wang ringgit sahaja.

"Adalah menjadi kewajipan orang dewasa untuk lapor sekiranya menerima aduan. Warga pendidik yang ada sikap atau terima habuan seks tidak perlu ada dalam industri," katanya.

Berkongsi mengenai Akta Kanak-Kanak 2001, Noor Azimah berkata individu yang mengambil sikap 'berpeluk tubuh' daripada melaporkan sebarang kes penderaan kanak-kanak juga berdepan hukuman kerana mereka wajib melindungi golongan itu.

Mengikut Seksyen 27, 28 dan 29 Akta Kanak-Kanak Pindaan 2016, tiga pihak iaitu pengamal perubatan, anggota keluarga dan pengasuh, masing-masing wajib melaporkan sebarang kes penderaan. Sekiranya gagal, hukuman penjara dan denda boleh dikenakan terhadap mereka.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia Kamarozaman Abd Razak menyifatkan perlakuan itu sebagai mencemari profesion guru yang selama ini sinonim dengan pepatah 'guru ibarat lilin, membakar diri menerangi orang lain'.

"Perkara seumpama ini tidak patut berlaku kerana ia secara langsung menjadi titik pencemaran keperibadian guru itu sendiri. Sedikit sebanyak menghakis kepercayaan dan penghormatan masyarakat terhadap warga pendidik," katanya.

Beliau berharap warga pendidik menjaga nama baik profesion selain merealisasikan saranan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik yang mahu melihat sekolah sebagai tempat yang selamat dan selesa untuk pelajar dan guru. - BERNAMA
loading..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2018/11/pengetua-guru-besar-digesa-buang-sikap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guru Besar Dipecat Kerana Menggunakan Bekalan Elektrik Sekolah Untuk Melombong Kriptowang

Guru Besar Dipecat Kerana Menggunakan Bekalan Elektrik Sekolah Untuk Melombong Kriptowang

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 318 hits
Demam kriptowang kini sudah semakin susut dengan nilai yang jatuh menjunam jika dibandingkan setahun yang lalu Tetapi masih ramai yang menaruh harapan nilainya akan kembali melonjak dalam masa terdekat Proses melombong masih dilakukan tetap...
Pelajar Dan Guru Di Sekolah Juga Terlibat Dalam Skandal Rasuah

Pelajar Dan Guru Di Sekolah Juga Terlibat Dalam Skandal Rasuah

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 831 hits
PUTRAJAYA Perlakuan rasuah turut berlaku di sekolah serta melibatkan murid demikian dedah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri Mohd Shukri Abdull Mohd Shukri AbdullPada Forum Permuafakatan SPRM Kementerian Pen...
Kunjungi Surakarta Sukoharjo Puan Serahkan Tunjangan Guru Hingga Bantuan Sekolah

Kunjungi Surakarta Sukoharjo Puan Serahkan Tunjangan Guru Hingga Bantuan Sekolah

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 237 hits
Pada kesempatan tersebut Puan menyerahkan bantuan kepada masyarakat di dua kota tersebut Sekaligus untuk memastikan bantuan yang sebelumnya diberikan benar benar memenuhi sasaran atau tidak
Kpm Teruskan Cadangan Wujud Jawatan Pembantu Guru Di Sekolah Maszlee

Kpm Teruskan Cadangan Wujud Jawatan Pembantu Guru Di Sekolah Maszlee

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 328 hits
Imej via FB KPMBATU PAHAT Kementerian Pendidikan meneruskan cadangan mewujudkan jawatan baharu dikenali sebagai pembantu guru yang berperanan membantu guru guru di negara ini melaksanakan kerja pentadbiran Menterinya Dr Maszlee Malik berkat...
Viral Video Guru Menendang Karena Dikepung Murid Begini Kata Pihak Sekolah

Viral Video Guru Menendang Karena Dikepung Murid Begini Kata Pihak Sekolah

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 208 hits
Viral Video Guru Menendang Karena Dikepung Murid Begini Kata Pihak Sekolah Namun dia mengakui ulah siswa itu sudah kelewatan Pihaknya pun akan menyelesaikan tindakan secara internal
Sungguh Menyayat Hait Guru Jalan Kaki 40km Ke Sekolah Dia Pernah Tahan Kereta Tumpang Lori Pasir

Sungguh Menyayat Hait Guru Jalan Kaki 40km Ke Sekolah Dia Pernah Tahan Kereta Tumpang Lori Pasir

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 379 hits
Guru jalan kaki 40km ke sekolah Dia pernah tahan kereta tumpang lori pasir PETALING JAYA Di mana ada kemahuan di situ ada jalan Peribahasa itu jelas sesuai dengan kegigihan seorang guru yang sanggup berjalan kaki sejauh 40 kilometer dari ru...
Templat Myportfolio Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Rendah

Templat Myportfolio Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Rendah

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 1098 hits
Templat myPortfolio Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Rendah Assalamualaikum dan selamat sejahtera Alhamdulillah perkongsian kali ini berkaitan penyediaan myPortfolio untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan khususnya kepada guru Umum se...
Templat Myportfolio Guru Besar

Templat Myportfolio Guru Besar

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 836 hits
Templat myPortfolio Guru Besar Assalamualaikum dan selamat sejahtera Alhamdulillah perkongsian kali ini berkaitan penyediaan myPortfolio untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan khususnya kepada guru Umum sedia maklum myPortfolio telah menggan...
Cara Memasarkan Homestay Anda

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Moisturizer Terbaik 2024 Tekstur Water Based 9 Kebaikan Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Orang Bukan Melayu Tak Boleh Terima Perikatan Nasional