Majikan Diskriminasi Gaji Gadis Berjaya Tuntut Rm5k Selepas Lapor Ke Jabatan Buruh


Isu perbezaan bayaran jumlah gaji antara pekerja bagi skop pekerjaan yang sama bukanlah satu masalah baharu disuarakan orang ramai, malah bagaikan tidak berkesudahan hingga menyebabkan ramai pekerja ditindas oleh majikan yang tidak bertanggungjawab.


Baru-baru ini, seorang gadis berkongsi kisahnya yang berjaya menuntut haknya sebagai pekerja di Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) setelah mendakwa menjadi mangsa penindasan majikan.

Menurut Fatin Nur Hidayah Ramli, 22, tujuannya mengambil tindakan sedemikian kerana berasa tidak puas hati dengan jumlah gaji pokok yang diterima.

Ujar Fatin bayaran RM1,000 yang diberikan tidak setimpal dengan tempoh bekerja selama 12 jam sehari sepanjang lima bulan dia bekerja di salah satu cawangan kedai menjual gajet dan alatan di Perak.

"Syarikat tu ada banyak cawangan. Kedai dekat Perak dan Johor ni dijaga oleh seorang majikan saja. Saya kerja di cawangan Perak. Kami ada group WhatsApp yang campur semua pekerja dari Johor dan Perak.

"Isu ni bermula apabila ada seorang pekerja cawangan Johor mesej tanya gaji pokok saya, jadi saya jujur saja beritahu RM1,000. Lepas tu dia cakap gaji pokok dia RM1,100. Ketika itu saya dah mula rasa pelik sebab bos kami adalah orang yang sama.

"Saya jumpa pengurus untuk tanya kenapa basic gaji lain. Manager beri alasan dia ikut arahan majikan saja. Dia juga ada cakap yang Johor ni lebih bandar berbanding Perak. Tapi hakikatnya cawangan ni dekat Ipoh, jadi tak boleh pakai alasan tu," jelas Fatin ketika dihubungi.

Demi mendapatkan jawapan setelah tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan, gadis ini mengambil inisiatif untuk menyelidik hal sebenar.

Jelas Fatin yang menetap di Klebang, Ipoh, dia cuba mencari iklan yang disebarkan oleh pengurusnya di laman sosial bagi mencari pekerja baharu.

Akhirnya, Fatin telah menjumpai jawapan kepada persoalannya setelah melihat posting jawatan kosong di Facebook.

"Saya jumpa manager buat posting untuk mencari pekerja sebab mereka memang selalu cari staff baharu. Memang dah ramai berhenti kerja pun sebelum ni. Yelah, siapa je tahan dengan gaji macam tu.

"Daripada situ kantoi apabila posting dekat group Facebook kerja kosong Perak tawarkan gaji RM1,000 tapi dekat Johor RM1,100," katanya.

Tambah Fatin, lebih membangkitkan rasa tidak puas hati apabila dia terjumpa satu lagi iklan lain di Facebook dengan tulisan bahasa Cina yang menawarkan gaji minimum RM1,400.

"Tulisan posting tu dalam bahasa Cina jadi saya tekanlah translation. Saya kumpulkan semua bukti sebelum buat aduan dekat jabatan buruh (JTKSM).

"Masa hari gaji, saya tanya semua pekerja yang sama tempat dengan saya berapa mereka dibayar.

"Rupa-rupanya memang jumlah gaji kami berbeza-beza padahal yang dapat RM1,400 tu baru kerja tiga minggu," jelas Fatin dengan rasa tidak puas hati.


Bercerita lanjut, anak bongsu daripada tiga beradik ini turut berkongsi pengalamannya membuat aduan tersebut di jabatan buruh.

Malah, Fatin berjaya menerima pampasan lebih RM5,000 daripada syarikat tempat dia bekerja itu selepas JTKSM menjalankan siasatan berhubung aduannya.

Bagaimanapun Fatin menjelaskan bahawa dia dibuang kerja serta merta oleh pengurus atas arahan majikan setelah syarikat menerima surat daripada jabatan buruh.

"Dulu masa minta kerja dekat situ saya masih naif. Saya letak expected salary RM1,200 tapi pengurus cakap gaji pokok di situ RM1,000 saja.

"Saya pun tak ada tandatangan apa-apa persetujuan kerja atau offer letter masa kerja lima bulan tu. Tapi saya kemukakan slip gaji kepada jabatan buruh sebagai bukti bahawa saya adalah pekerja di sana.

"Lepas surat jabatan buruh sampai kepada syarikat, majikan arahkan manager untuk berhentikan saya. Tapi saya gelakkan manager tu dan ucap terima kasih sebab buang saya tanpa notis, jadi bolehlah tambah aduan kedua kerana dibuang kerja tanpa notis," ujarnya.

Berkenaan video yang tular di TikTok, gadis ini tidak menyangka bahawa ramai warga maya turut mengalami masalah sama.

Ujar Fatin lagi, dia dan bekas majikannya menyelesaikan isu berkenaan di mahkamah.

Fatin akhirnya menarik nafas lega apabila dia menerima pampasan sebanyak RM4364.04 bagi isu tuntutan gaji dan RM1,120 atas kesalahan dibuang kerja tanpa notis.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Amalan Diskriminasi Kaum Di MalaysiaHafu, Golongan Darah Campur Yang Dianggap Hina Di Jepun
sumber: (1)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2022/04/lapor-jabatan-buruh-diskriminasi-gaji.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Majikan Dilarang Potong Gaji Elaun Pekerja Bdr

Majikan Dilarang Potong Gaji Elaun Pekerja Bdr

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 131 hits
Majikan dilarang potong gaji elaun pekerja BDR Dasar gaji negara tidak membenarkan pemotongan bagi gaji atau elaun pekerja yang bekerja dari rumah kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan Beliau berkata pemotongan gaji tidak boleh...
Gadis Cantik Jadi Buruh Sanggup Pikul Simen

Gadis Cantik Jadi Buruh Sanggup Pikul Simen

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 141 hits
Nur Halisa bekerja keras kerana ingin membantu ibu dan bapanya TikTok Nur Halisa RCTI Plus JAKARTA Seorang gadis bertudung di Indonesia menjadi sensasi internet kerana kesungguhannya bekerja sebagai buruh binaan sehingga sanggup memikul sim...
Agoda Cadangkan 6 Destinasi Luar Biasa Untuk Diterokai Selepas Sempadan Antarabangsa Dibuka

Agoda Cadangkan 6 Destinasi Luar Biasa Untuk Diterokai Selepas Sempadan Antarabangsa Dibuka

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 190 hits
Agoda Cadangkan 6 Destinasi Luar Biasa Untuk Diterokai Selepas Sempadan Antarabangsa Dibuka Selepas lebih dua tahun menantikan pembukaan semula sempadan antarabangsa warga Malaysia yang menggemari aktiviti melancong kini akhirnya dapat berc...
Makanan Bergoreng Punca Utama Badan Rasa Letih Dan Malas Selepas Berbuka Puasa

Makanan Bergoreng Punca Utama Badan Rasa Letih Dan Malas Selepas Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 172 hits
Makanan Bergoreng Punca Utama Badan Rasa Letih Dan Malas Selepas Berbuka Puasa JUADAH berbuka puasa masyarakat Malaysia pastinya tidak akan lengkap tanpa makanan berminyak seperti ayam goreng popia goreng karipap dan sebagainya Hakikatnya p...
Bella Didera Rina Sekali Lagi Dikecam Warganet Dianggap Baru Sedar Dari Lena Selepas Tmj Bagi Salam

Bella Didera Rina Sekali Lagi Dikecam Warganet Dianggap Baru Sedar Dari Lena Selepas Tmj Bagi Salam

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 182 hits
MOHD AFFENDI ABAS Bella didera Rina sekali lagi dikecam warganet dianggap baru sedar dari lena selepas TMJ bagi salam Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun sekali lagi dikecam warganet susulan keputusan Tu...
Jual Kerepek Nak Balik Raya Selepas 2 Kali Kehilangan Kerja Video

Jual Kerepek Nak Balik Raya Selepas 2 Kali Kehilangan Kerja Video

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 241 hits
Jual Kerepek Nak Balik Raya Selepas 2 Kali Kehilangan Kerja VIDEO JOHOR BAHRU Walaupun diuji dugaan berat apabila kehilangan kerja dua kali berturut turut seorang lelaki di sini nekad berusaha menjual kerepek bagi pulang berhari raya ke Ter...
Tembakan Rambang Selepas Tarawih Di Masjid Kanada Cederakan 5 Orang

Tembakan Rambang Selepas Tarawih Di Masjid Kanada Cederakan 5 Orang

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 139 hits
Tembakan rambang selepas tarawih di masjid Kanada cederakan 5 orang TORONTO Seramai lima orang cedera dalam insiden tembakan rambang di sebuah masjid di Toronto Kanada pada Sabtu lapor agensi Anadolu Jurucakap Jabatan Polis Toronto David Ry...
Siapa Calon Lain Dalam Umno Idam Kerusi Pm Selepas Pru 15

Siapa Calon Lain Dalam Umno Idam Kerusi Pm Selepas Pru 15

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 152 hits
agendaily com18 4 2022Siapa calon PM yang lain dalam UMNO UMNO sudah menamakan calon Perdana Menteri mereka selepas pilihan raya umum ke 15 nanti bagaimanapun ia bukan jaminan yang mencukupi untuk memastikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob k...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat