Agoda Cadangkan 6 Destinasi Luar Biasa Untuk Diterokai Selepas Sempadan Antarabangsa Dibuka



Agoda Cadangkan 6 Destinasi Luar Biasa Untuk Diterokai Selepas Sempadan Antarabangsa Dibuka | Selepas lebih dua tahun menantikan pembukaan semula sempadan antarabangsa, warga Malaysia yang menggemari aktiviti melancong kini akhirnya dapat bercuti ke luar negara.
Dengan adanya kebenaran merentas sempadan antarabangsa bagi warga Malaysia yang telah menerima vaksinasi lengkap, sudah tiba masanya untuk membersihkan sesawang di atas beg bagasi anda dan keluar bercuti ke tempat-tempat idaman, bersantai bersama orang tersayang di luar negara atau sekadar berehat seketika daripada kesibukan kehidupan harian

Agoda menyenaraikan beberapa destinasi yang menarik untuk dijadikan inspirasi bagi perancangan jadual percutian anda. Jika destinasi idaman anda tidak tersenarai di sini, anda boleh layari www.agoda.com/traveladvisor (menggunakan komputer) untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan sekatan di tempat yang ingin dituju

Mesir – Anugerah Sungai Nil

Pengembara yang ingin mendaki puncak tertinggi di padang pasir atau mengunjungi tapak peninggalan tamadun yang tertua di dunia boleh berbuat sedemikian dengan mudah tanpa perlu menunjukkan keputusan negatif COVID-19, dengan syarat anda mempunyai sijil vaksinasi


Ketika berada di negara yang terkenal dengan Pyramid Giza ini, jangan lupa untuk mengunjungi Laut Mediterania, Laut Merah dan pasar Khan el-Khalili yang terkemuka. Antara aktiviti-aktiviti yang wajib dilakukan di sana adalah bersiar-siar di Sungai Nil dengan menaiki felluca, kapal layar tradisional yang diperbuat daripada kayu, dan menaiki belon udara panas di Luxor. Para pengembara juga boleh melawati Sahara el Beyda, sebuah taman negara padang pasir putih, atau melakukan perjalanan ke Hurghada untuk menyaksikan pelbagai hidupan laut di Mesir – dengan menaiki kapal selam atau menyelam skuba. Jika anda ingin mendalami kebudayaan yang halus di negara ini, anda harus kunjungi Muzium Mesir di Kaherah

Semasa di Mesir, anda boleh memilih daripada pelbagai jenis tempat penginapan yang ditawarkan oleh Agoda:
Concorde El Salam Hotel CairoKempinski Nile HotelAl Masa HotelBahrain – Rahsia Terbaik Timur Tengah

Negara pulau yang terletak di Teluk Parsi ini membenarkan kemasukan pelancong tanpa ujian PCR sebelum berlepas tanpa mengira status vaksinansi anda


Terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti yang mengujakan bagi para pelancong di Bahrain. Kunjungilah Rumah Al Jasra and Muzium Al Bahrain untuk mendalami sejarah dan tamadun yang kaya di negara ini. Di Manama Souq, anda boleh dapatkan rempah-ratus, cenderahati serta manisan yang enak untuk dibawa pulang. Cubalah hidangan tradisional Bahrain seperti Machboos, daging atau ikan yang disajikan dengan nasi berempah atau Muhammar, nasi manis kurma, yang boleh didapati di serata pulau tersebut. Luangkan masa untuk menyelam di taman tema bawah air yang terbesar di dunia, Dive Bahrain, dan berkayak serta menikmati sukan-sukan air yang lain di Pulau Nurana

Semasa di Bahrain, anda boleh memilih daripada pelbagai jenis tempat penginapan yang ditawarkan oleh Agoda:Panorama HotelAtiram Jewel Hotel BahrainGulf Hotel Bahrain Convention and SpaLubnan (Lebanon) – Bersaiz kecil tetapi tidak kurang hebatnya

Para pelancong yang telah menerima vaksinasi lengkap tidak memerlukan ujian PCR sebelum berlepas ke Lubnan, dengan syarat dos kedua atau ketiga diterima sekurang-kurangnya enam bulan sebelum memulakan perjalanan. Anda hanya perlu memuat naik sijil vaksinasi ke laman web Kementerian Kesihatan


Dengan adanya kepelbagaian geografi di negara ini, Lebanon menawarkan pelbagai tarikan seperti pemandangan indah, sejarah dan seni bina yang kaya, dan makanan yang lazat untuk menjadikan percutian anda suatu yang sukar untuk dilupakan. Terokailah salah satu kuil Greco-Roman yang dijaga rapi, Baalbek – Kuil Bacchus, hutan pokok cedar Lubnan di daerah Chouf di Gunung Barouk, dan juga Istana Beiteddine yang dibina pada abad ke-18. Naikilah bot di Byblos untuk menikmati pemandangan matahari terbenam di kawasan kelahiran tamadun Pheonisia. Anda juga boleh melawati gereja dan biara lama di Lembah QADISHA dan pencilkan diri anda dari dunia luar. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Air Terjun Batara Gorge yang mempunyai ketinggian 255 meter dan mengalir ke Balaa Pothole, sebuah gua batu kapur zaman Jurasik

Semasa di Lubnan, anda boleh memilih dari pelbagai jenis tempat penginapan yang ditawarkan oleh Agoda:BURJ ON BAY HotelLancaster Raouche HotelLe Commodore HotelFrance – Negara wain dan cinta

Anda impikan suasana di kubu dan perkampungan ala kisah dongeng? Usah berangan-angan lagi kerana negara Perancis telah dibuka tanpa sekatan kuarantin untuk pelawat yang telah menerima vaksin lengkap


Apabila berada di destinasi yang paling romantik di dunia ini, anda seharusnya mengunjungi Menara Eiffel, bersiar-siar menaiki bot di Sungai Seine, mengunjungi Mont-Saint-Michel, atau berjalan-jalan di Kuarter Lama di Paris. Perancis menawarkan lebih banyak lagi pengalaman menarik selain daripada ini. Berlari di padang bunga Lavender di Provence, saksikan keindahan banjaran French Alps dari helikopter, bersiar-siar di Dijon – sebuah kota pejalan kaki di mana kereta tidak dibenarkan, jelajahi ladang anggur di Burgundy, nikmati Champagne di Champagne, dan terokai Lyon, sebuah bandar yang terkenal dengan makanan yang enak

Semasa di Perancis, anda boleh memilih daripada pelbagai jenis tempat penginapan yang ditawarkan oleh Agoda:Villa Opera Drouot HotelVictoria Palace HotelThe Hoxton - ParisTurki – Negara empat musim

Para pelancong dari serata dunia yang telah menerima vaksin lengkap dialu-alukan ke negara Turki tanpa memerlukan ujian RT-PCR. Mereka hanya perlu mengisi Borang Ketibaan Pelawat sekurang-kurangnya empat hari sebelum ketibaan di Turki


Negara Turki merupakan satu destinasi yang sempurna untuk meneruskan semula perjalanan pasca-pandemik. Tarikan utama di negara ini adalah kepelbagaian pengaruh budaya dari Asia, Eropah dan Timur Tengah, dan keindahan alam semula jadi yang sukar untuk dilupakan. Bersantailah di kolam air panas di Tasik Pamukkale, di mana kejadian teres batu travertine berwarna putih menjadikan kawasan yang hijau kelihatan seolah-olah dilitupi salji; terokai salah sebuah kota yang tertua di dunia, Konya, yang telah didiami sejak abad ketiga sebelum Masehi, dan Kaymakli – sebuah kota bawah tanah di Wilayah Anatolia Tengah di Turkey; Naiki belon udara panas untuk menyaksikan keindahan lembah-lembah batu di Cappadocia; dan berehat dengan mandian tradisional Hamam

Semasa di Turki, anda boleh memilih dari pelbagai jenis tempat penginapan yang ditawarkan oleh Agoda:The Marmara Taksim HotelBricks Hotel IstanbulHotel DeCamondo GalataNorway – Negara matahari tengah malam

Pintu masuk ke Norway telah dibuka tanpa sebarang sekatan seperti ujian, vaksinasi, kuarantin dan borang ketibaan


Jika anda sedang merancang untuk bercuti di Norway, aktiviti mengejar Cahaya Utara dan menyaksikan Bulatan Artik wajib dimasukkan ke dalam jadual perjalanan anda. Selain daripada fenomena yang mempersonakan di langit ini, negara Skandinavia ini juga mempunyai kawasan pergunungan, glasier, muzium, dan pelbagai aktiviti lagi untuk dinikmati. Anda boleh mendaki ke puncak Gunung Floyen, berketinggian 399-meter dengan pemandangan bandar yang terbaik dari puncak, jelajahi wilayah Geirangerfjord, sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO yang terkenal dengan pemandangan Norway yang bersalji, nikmati keindahan seni bina Arctic Cathedral, dan kunjungi lubuk pusar yang terkuat di dunia, Saltstraumen Maelstrom

Semasa di Norway, anda boleh memilih daripada pelbagai jenis tempat penginapan yang ditawarkan oleh Agoda:Radisson Blu Plaza Hotel OsloHotel ContinentalClarion Hotel OsloJadi itulah 6 destinasi luar biasa yang dicadangkan oleh Agoda untuk diterokai selepas sempadan antarabangsa dibuka. Untuk maklumat lanjut, sila layari Agoda.com




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mawardiyunus.com/2022/04/agoda-cadangan-6-destinasi-luar-biasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Bidas Annuar Selepas Kata Pendedahan Pasleak Bukan Luar Biasa

Zahid Bidas Annuar Selepas Kata Pendedahan Pasleak Bukan Luar Biasa

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 170 hits
agendaily com24 4 2022Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bidas Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa berhubung ulasan PASleak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membidas Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa susulan kenyat...
Kegiatan Pelacuran Aktif Semula Selepas Pintu Sempadan Dibuka

Kegiatan Pelacuran Aktif Semula Selepas Pintu Sempadan Dibuka

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 186 hits
Kegiatan pelacuran aktif semula selepas pintu sempadan dibuka Aktiviti persundalan pada harga serendah RM45 di daerah Seremban dipatahkan pihak berkuasa selepas dipercayai aktif semula susulan pembukaan sempadan negara Difahamkan dua hotel ...
Pelajar Istimewa Sesat Di Sekolah Biasa Rakan Sekelas Tak Layan Nasib Baik Cikgu Pantas Buat Kerja Hasilnya Luar Biasa

Pelajar Istimewa Sesat Di Sekolah Biasa Rakan Sekelas Tak Layan Nasib Baik Cikgu Pantas Buat Kerja Hasilnya Luar Biasa

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 542 hits
Tiada mana mana insan di dunia ini yang meminta untuk dilahirkan dengan fizikal kurang sempurna Anugerah ini ada kalanya membuatkan seseorang berasa rendah diri kurang berkeyakinan dan malu berdepan dengan khalayak yang diciptakan sempurna ...
Majlis Berbuka Puasa Bersama Pm Dapat Sambutan Luar Biasa Pemimpin Pembangkang

Majlis Berbuka Puasa Bersama Pm Dapat Sambutan Luar Biasa Pemimpin Pembangkang

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 198 hits
Majlis berbuka puasa bersama PM dapat sambutan luar biasa pemimpin pembangkang Buat pertama kali dalam sejarah majlis berbuka puasa oleh Perdana Menteri mendapat sambutan luar biasa daripada pemimpin pemimpin parti pembangkang Hampir kesemu...
Nanti Nak Lalu Raya Pertama Kali Kekuatan Anak Luar Biasa Shuib Ulas Lalui Hari Istimewa Tanpa Isteri Di Sisi

Nanti Nak Lalu Raya Pertama Kali Kekuatan Anak Luar Biasa Shuib Ulas Lalui Hari Istimewa Tanpa Isteri Di Sisi

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 351 hits
Usahawan dan pelawak Shuib menjelaskan keutamaan Ramadan kali ini adalah terhadap empat cahaya mata Suami kepada Allahy4rhamah Siti Sarah itu berkongsi mengenai perkara tersebut ketika diundang sebagai tetamu jemputan program MeleTOP Bulan ...
Kanser Bukan Penamat Karen Miliki Semangat Luar Biasa

Kanser Bukan Penamat Karen Miliki Semangat Luar Biasa

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 296 hits
Pelari maraton dan pejuang kanser Karen Loh mengekalkan minat mendalamnya untuk berlari selain memainkan peranan dalam usaha pencegahan kanser pangkal rahim PETALING JAYA Seorang pelari maraton wanita Karen Loh Kher Heem 52 sering melihat k...
Gerai Mee Tonggek Kini Dibuka Semula Selepas Kes Ulat Selesai

Gerai Mee Tonggek Kini Dibuka Semula Selepas Kes Ulat Selesai

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 273 hits
Pada minggu lalu tular di media sosial sebuah gerai Mee Tonggek di Bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 yang memperlihatkan ulat dalam makanan diarah tutup berikutan keadaan premis tidak bersih berkuatkuasa semalam sehingga 29 April ini Perkar...
Kandungan Pasleak Bukan Luar Biasa Kerana Pas Memang Lawan Umno Annuar Musa

Kandungan Pasleak Bukan Luar Biasa Kerana Pas Memang Lawan Umno Annuar Musa

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 141 hits
Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa menyifatkan dokumen PASLeaks yang didakwa mengandungi perancangan sulit untuk menjatuhkan pemimpin UMNO bukan sesuatu yang luar biasa dan tidak perlu diperbesarkan Annuar yang juga Ahli Parlim...
Wanita Dihukum Penjara 6 Tahun Selepas Didapati Bersalah Sebabkan Kematian 8 Remaja Basikal Lajak

Wanita Dihukum Penjara 6 Tahun Selepas Didapati Bersalah Sebabkan Kematian 8 Remaja Basikal Lajak

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 261 hits
Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan kerani wanita dipenjara enam tahun dan didenda RM6 000 kerana kesalahan memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak lima tahun lalu Ia sekali gus mengenepikan keputu...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan