Majalah Pa Ma Sumber Bacaan Ibu Ayah Demi Anak Kesayangan


Majalah Pa&Ma - Sumber Bacaan Ibu Ayah Demi Anak Kesayangan | Nak jadi ibu dan ayah memang agak mendebarkan. Daku sendiri masih ingat sangat mula-mula disahkan mengandung anak pertama dulu. Nervous sangat! 
Waktu itu tahun 2003 dan masih belum ada lagi penggunaan internet yang mudah dan cepat seperti sekarang. Masih juga belum punya Google yang senang untuk di akses untuk sebarang info. Antara sumber bacaan yang sering ku beli pada waktu itu adalah Pa&Ma. Malah hingga kini majalah Pa&Ma ini masih lagi terus ada di pasaran sebagai salah satu sumber bacaan.
Pa&Ma adalah sebuah majalah yang mengandungi Panduan Lengkap Keibubapaan & Prasekolah. Pa&Ma juga merupakan majalah keibubapaan yang merangkumi topik kehamilan, kelahiran dan penjagaan anak Portal lengkap untuk ibu bapa muda. Menyediakan panduan kehamilan, kelahiran, pembesaran dan perkembangan si manja sehingga melangkah ke alam awal persekolahan. 

Di dalam majalah Pa&Ma ini ada bermacam jenis kategori. Ianya merangkumi topik berkaitan kesihatan, tips penjagaan bayi, kehamilan, kelahiran, ibu pilihan bahkan cadangan pakaian fesyen yang cantik dan selesa untuk anak. Topik berkaitan ibu ayah di kalangan artis juga ada dan untuk bulan ini kisah Achey dan Anne bersama anak angkat comel kesayangan bernama Tiara ada di dalamnya. 

Saat daku membaca majalah Pa&Ma ini, si Kasih Sufi turut menunjukkan minat untuk ikut membaca. Seronok juga bila lihat telatah Kasih Sufi yang tampak sangat teruja melihat semua gambar yang ada dengan penuh fokus. 


Nampak tu? Bukan main fokus lagi.... lepas satu halaman, satu halaman lagi diselaknya. Khusyuk betul Kasih tatap semua gambar yang ada. Daku sendiri dari rasa nak baca terus jadi terhenti. Apa taknya keletah Kasih sedang membaca buat aku lebih naik geram!! 
Comeyy je tengok baby baca buku sedangkan hakikatnya masih belum pandai untuk membaca apa-apa lagi. Tak apalah, at least nampak arah tuju Kasih yang gemar dengan bahan bacaan. 

Bila melihat wajah comel bayi penghias muka depan Majalah Pa&Ma ini, Kasih Sufi makin menunjukkan minat yang lebih mendalam. Comeyyy sangat! Kasih sendiri ikut geram. Bila lihat Kasih makin menunjukkan minat, daku terus snap gambarnya bersama Majalah Pa&Ma kegemaranku ini bertalu-talu. At least boleh buat kenangan kan.

Ohya, melalui Majalah Pa&Ma ini, ibu ayah boleh juga ikut sama menyertai pelbagai jenis peraduan yang ada di dalamnya. Sebagai contoh segmen Si Comel Bergaya, Bayi Pilihan dan lain-lain lagi. Sebagai contoh untuk segmen Si Comel Bergaya, tak perlu lagi susah payah hantar gambar dan borang penyertaan melalui pos. Memadai dengan hanya muatnaik ke laman Instagram dan letakkan hashtag. Senang sangat!



Dulu masa anak sulung masih belum ada Instagram begini jadinya waktu itu daku perlu hantar penyertaan dengan menggunakan kaedah pos. Alhamdulillah waktu itu penyertaan yang ku hantar turut di pilih untuk segmen bayi pilihan dan sebagai ganjaran daku dapat baucer pakaian dari Butik Poney untuk shopping baju bayi buat si manja

Jika dulu tak perlu ambil gambar bersama majalah Pa&Ma tapi untuk syarat yang terbaru setiap penyertaan untuk segmen bayi pilihan perlu di hantar gambar wajah di comel dengan bersama Majalah Pa&Ma dalam bentuk closeup. Maksud closeup ini gambar yang dekat dan jelas seperti di bawah. 
Contoh Gambar Closeup Kasih Bersama Majalah Pa&Ma 


Itulah serba sedikit berkaitan Majalah Pa&Ma yang telah menjadi salah satu sumber bacaanku sejak dari dulu hingga kini. Sedar tak sedar dari tahun 2003 daku membaca majalah ini dan kini telahpun masuk ke tahun 2019. Wah dah berbelas tahun! Lama dah kan


Seiring dengan peredaran zaman dan teknologi, kini Majalah Pa&Ma turut boleh di baca secara online melalui website mereka. Boleh juga diikut melalui Facebook. Dan yang paling special of course boleh terus di beli untuk dimiliki secara zahir dari mana-mana kedai buku yang terdekat. Dari jauh di doakan semoga Majalah Pa&Ma ini terus dapat menemani para ibu dan ayah dengan terus memberikan segala info yang berkaitan. 
Pa&Ma Website  | Pa&Ma Facebook 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sishawa.com/2019/06/majalah-pa-ma-peneman-ibu-ayah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Balik Raya Bawa Bayi Ibu Ayah Kena Kerap Berhenti Keluarkan Anak Dari Carseat 2 Jam Sekali

Balik Raya Bawa Bayi Ibu Ayah Kena Kerap Berhenti Keluarkan Anak Dari Carseat 2 Jam Sekali

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 581 hits
Kebanyakan warga kota berpusu pusu memenuhi lebuhraya menuju ke destinasi kampung halaman Balik raya membawa bayi dan kanak kanak ibu ayah mesti tahu caranya Perkongsian daripada Uswatun Hasanah Konsultan Tangisan Bayi Malaysia ini boleh ib...
Kepala Anak Terhentak Ibu Ayah Bukan Redakan Tangisan Je Mesti Pantau Paling Takut Cedera Otak

Kepala Anak Terhentak Ibu Ayah Bukan Redakan Tangisan Je Mesti Pantau Paling Takut Cedera Otak

papar berkaitan - pada 7/6/2019 - jumlah : 462 hits
Kepala terhentak atau terhantuk kerap terjadi kepada si kecil Jangan ambil mudah kecederaan walau pun tiada kelihatan luka di luar dari boleh menyebabkan kecederaan pada otak Anak anak kecil memang akan meneroka memenuhi sifat ingin tahu da...
Nak Anak Perangai Elok Ke Open House Raya Ibu Ayah Pastikan Cukup Ini Elak Mengamuk Hiper

Nak Anak Perangai Elok Ke Open House Raya Ibu Ayah Pastikan Cukup Ini Elak Mengamuk Hiper

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 529 hits
Syawal sudah kini sudah dihari keempat jemputan rumah terbuka raya diterima daripada sanak saudara dan rakan taulan Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil siap sedia dari awal supaya mood anak sentiasa terjaga Ya memang betul Hanya ibu bap...
Jadi Ibu Ayah Bukan Senang Masa Anak Kecil Cabarannya Lain Anak Besar Makin Strugle

Jadi Ibu Ayah Bukan Senang Masa Anak Kecil Cabarannya Lain Anak Besar Makin Strugle

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 455 hits
Ingat senang ke jadi ibu ayah Besar tanggungjawabnya sejak dari anak lahir sampailah anak besar Masa kecil cabarannya lain bila dah pandai berdikari lain pula cara perhatiannya pula Bagi yang tak jelas peringkat umur anak ini mungkin boleh ...
Lepas Salam Tak Semestinya Dapat Duit Raya Ibu Ayah Kena Betulkan Mindset Anak

Lepas Salam Tak Semestinya Dapat Duit Raya Ibu Ayah Kena Betulkan Mindset Anak

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 813 hits
Kala sambutan raya kanak kanaklah menjadi orang yang paling seronok Girang gembira dan teruja elok juga dingatkan beberapa pesanan penting supaya menjaga adab Manisnya menyambut hari raya buat kanak kanak kenangan yang akan terpahat dalam i...
Anak Mengamuk Ibu Ayah Jangan Ikut Sangat Tapi Kena Tahu Beza Tantrum Meltdown

Anak Mengamuk Ibu Ayah Jangan Ikut Sangat Tapi Kena Tahu Beza Tantrum Meltdown

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 534 hits
Anak mengamuk adalah perkara biasa bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil Cabaran bermula apabila si kecil mencecah 1 tahun hingga 3 tahun Namun terdapat perbezaan besar antara tantrum dan meltdown Tantrum biasanya ialah ledakan emosi yang...
Ajar Anak Lelaki Buat Kerja Rumah Protect Adik Beradik Perempuan Nanti Yang Untung Ibu Ayah

Ajar Anak Lelaki Buat Kerja Rumah Protect Adik Beradik Perempuan Nanti Yang Untung Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 728 hits
Anak lelaki dan perempuan memang mempunyai karakter berbeza Hasil didikan ibu ayah amat penting untuk menggilap potensi diri menjadi lebih baik dan boleh diharap Anak lelaki dan perempuan harus dididik menjadi insan yang boleh berdikari dan...
Ibu Ayah Terpaksa Berkejar Dengan Anak Bagus Itu Maksudnya Anak Kita Sihat

Ibu Ayah Terpaksa Berkejar Dengan Anak Bagus Itu Maksudnya Anak Kita Sihat

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 453 hits
Kenapa ibu ayah nak sangat anak kecil duduk diam Sebab senang nak urus atau tak mahu orang sekeliling buat tanggapan yang bukan bukan Memang kalau kita tengok anak orang lain duduk diam je mudah dengar arahan kita pula rasa seronok dan beru...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik