Ibu Ayah Terpaksa Berkejar Dengan Anak Bagus Itu Maksudnya Anak Kita Sihat


Kenapa ibu ayah nak sangat anak kecil duduk diam? Sebab senang nak urus atau tak mahu orang sekeliling buat tanggapan yang bukan-bukan.
Memang kalau kita tengok anak orang lain duduk diam je, mudah dengar arahan, kita pula rasa seronok dan beruntung mak ayah dia kan?  Sedangkan anak kita bukan main ligat. Sampaikan kena berkejar ke hulu hilir nak mengawalnya.
Tak perlu fikir bukan-bukan kenapa anak kita susah fokus dan duduk diam seperti yang kita nak. Ini kerana menurut Terapis Cara Kerja, Liyana Raya anak kecil fitrahnya memang tak boleh duduk diam. Jika kita nak anak duduk diam dan berikan macam-macam atau paling mudah gajet bermakna kita dah gagal. Ikuti perkongsiannya:

Ramai yang cakap:
‘Anak saya susah fokus’. Tiada istilah anak tidak fokus!  TIADA!
Ada yang expect anak 2 tahun untuk fokus! Fokus apa?
Yelah… fokus duduk diam,main elok-elok… ni asyik nak lariiiiii aje!
Betul la tu… dia lari sebab dia fokus kat berlari bukan duduk!
Kita dok cakap anak susah fokus,takleh dok diam——> kalau boleh kita nak anak kita ni sepanjang masa ikut cakap kita. Habis,anak kita yang nak keperluan bergerak dan berlari dipenuhi oleh kita….kita tak kesian ke kat dia?
‘Masa kecil ni la nak ajar anak al-Quran,ngaji elok2…pandai2….’ ——->>>>> apakah fitrah anak itu berlari dan bergerak tidak terkandung dlm al-Quran sebagai satu sifat manusia???
Tuan/Puan,
Yang sebenarnya kanak-kanak memerlukan ruang untuk mereka bergerak. Fokus mereka sepatutnya adalah kepada pergerakan bukan duduk!
Jika kita banyak dudukkan anak… bagi telefon untuk duduk diam,bagi kerusi untuk anak duduk diam…. bagi stroller duduk diam-diam…..fitrah si anak ini sudah hilang!
Apabila anak banyak duduk,otak tidak mendapat rangsangan yang secukupnya. Otak kita pun terbahagi kepada banyak bahagian—->kiri,kanan,depan,belakang,bahagian atas,bahagian bawah…. semua bahagian ada!
Macam mana nak rangsang semua bahagian otak ni…. senang saja.
PERGERAKAN.
Anak-anak yang masuk sekolah tapi masih tak duduk diam itu menunjukkan yang dia tak mendapat kepuasan bergerak yang secukupnya semasa kecil. Mereka ini belum puas bergerak menyebabkan mereka sukar nak terima pelajaran.
Tapi kita ni pun selalu salah anggap. Kita selalu lihat anak yang bergerak itu sebenarnya adalah mereka yang susah nak fokus.
Tidak. Anak yang bergerak, mereka sedang fokus. Ada sesetengah kanak-kanak juga memerlukan pergerakan untuk mendapatkan fokus.
Seeloknya apabila mereka bergerak,kita layan. Waktu mereka bergerak,waktu itulah adalah waktu yang paling bagus untuk mereka belajar.

Anak dalam mall suka lari sana sini? Ikut anak. Dia nak masuk dalam kedai apa? Kedai mainan. Dukung sekejap. Tahan daripada dia main mainan yang ada sampai rosak. Waktu ni elok kita ajar anak kira mainan yang ada. 
Rujuk kotak mainan walaupun tak beli.  Kalau ada mainan yang display macam dlm Toys R Us tu,bagi anak tekan-tekan sambil pegang tangannya.
Kalau anak lari bawa kita masuk kedai cadar sebab dia nampak cadar comel-comel. 
‘Oooohhh Mickey Mouse! M.I.C.K.E.Y M.O.U.S.E…. it’s the mickey mouse clubhouse… come inside it’s fun inside!’ 
Nyanyi dan layankan. Sebab kita pandai layan,anak tak jadi nak beli.
Jika kita malas nak layan,itu yg buat anak rasa nak beli. Kadang-kadang acah-acah main je ngan benda tu (make sure jangan sampai rosak la)…. kita pun org dewasa takkan tak boleh fikir mcm mana nak main sesuatu tanpa bagi rosak barang dekat kedai. Tunjuk-tunjuk tak sentuh pun takpe. Buat-buat macam kita main kira-kira lepas tu cabut la dari kedai tu.
Kenapa kena layan? 
Sebab bila anak dah puas dilayan, dia tak susah dah nak fokus kepada apa yang kita minta dia buatkan.
Point yang penting dalam nak bagi anak fokus adalah ubah persepsi bahawa time fokus kena duduk diam. Padahal anak tu time bergeraklah dia nak fokus! Kita? Layan sama! Time panjat kita boleh ajar kira. Time berlari kita boleh ajar lari lompat batu-batu kecil. Masa tulah otak anak-anak berkembang!
Telefon letak tepi eh.
Sumber: Liyana Raya
 
The post Ibu Ayah Terpaksa Berkejar Dengan Anak Bagus! Itu Maksudnya Anak Kita Sihat appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ibu-ayah-terpaksa-berkejar-dengan-anak-bagus-itu-maksudnya-anak-kita-sihat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jadi Ibu Ayah Bukan Senang Masa Anak Kecil Cabarannya Lain Anak Besar Makin Strugle

Jadi Ibu Ayah Bukan Senang Masa Anak Kecil Cabarannya Lain Anak Besar Makin Strugle

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 455 hits
Ingat senang ke jadi ibu ayah Besar tanggungjawabnya sejak dari anak lahir sampailah anak besar Masa kecil cabarannya lain bila dah pandai berdikari lain pula cara perhatiannya pula Bagi yang tak jelas peringkat umur anak ini mungkin boleh ...
Anak Mengamuk Ibu Ayah Jangan Ikut Sangat Tapi Kena Tahu Beza Tantrum Meltdown

Anak Mengamuk Ibu Ayah Jangan Ikut Sangat Tapi Kena Tahu Beza Tantrum Meltdown

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 534 hits
Anak mengamuk adalah perkara biasa bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil Cabaran bermula apabila si kecil mencecah 1 tahun hingga 3 tahun Namun terdapat perbezaan besar antara tantrum dan meltdown Tantrum biasanya ialah ledakan emosi yang...
Lepas Salam Tak Semestinya Dapat Duit Raya Ibu Ayah Kena Betulkan Mindset Anak

Lepas Salam Tak Semestinya Dapat Duit Raya Ibu Ayah Kena Betulkan Mindset Anak

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 814 hits
Kala sambutan raya kanak kanaklah menjadi orang yang paling seronok Girang gembira dan teruja elok juga dingatkan beberapa pesanan penting supaya menjaga adab Manisnya menyambut hari raya buat kanak kanak kenangan yang akan terpahat dalam i...
Tiada Talak Antara Anak Ayah Ibu Aliff Aziz Akhirnya Meluahkan Perasaan

Tiada Talak Antara Anak Ayah Ibu Aliff Aziz Akhirnya Meluahkan Perasaan

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 6041 hits
Ibu kepada pelakon dan penyanyi kontroversi Aliff Aziz Siti Hafiza Sheikh Mohamad akan tetap menyayangi cucunya Mohamad Ayden Adrean 2 Kata Siti Hafiza dia akan sentiasa mendoakan cucunya itu biarpun sudah tidak akan bertemu lagi pada masa ...
Anak Cctv Terhebat Ibu Ayah Elak Gaduh Depan Depan Ada Mata Memerhati Nak Tiru

Anak Cctv Terhebat Ibu Ayah Elak Gaduh Depan Depan Ada Mata Memerhati Nak Tiru

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 569 hits
Hancurnya hati billa anak tunjuk kelakuan tak baik dan biadap Mungkin ibu ayah sendiri tanpa sedar membiarkan anak terdedah kepada punca puncanya Menggunakan perkataan kasar dan negatif berkelakuan ganas tidak hormat peraturan tidak menghor...
Balik Raya Bawa Bayi Ibu Ayah Kena Kerap Berhenti Keluarkan Anak Dari Carseat 2 Jam Sekali

Balik Raya Bawa Bayi Ibu Ayah Kena Kerap Berhenti Keluarkan Anak Dari Carseat 2 Jam Sekali

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 582 hits
Kebanyakan warga kota berpusu pusu memenuhi lebuhraya menuju ke destinasi kampung halaman Balik raya membawa bayi dan kanak kanak ibu ayah mesti tahu caranya Perkongsian daripada Uswatun Hasanah Konsultan Tangisan Bayi Malaysia ini boleh ib...
Ada Makna Bila Dengan Ibu Perangai Anak Lain Dengan Ayah Pula Mengadanya Lebih

Ada Makna Bila Dengan Ibu Perangai Anak Lain Dengan Ayah Pula Mengadanya Lebih

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 774 hits
Pernah alami anak bila di sekolah lain di rumah lain Dengan atuk dan nenek lain perangai dengan ibu lain perangai atau dengan ayah lain perangainya Tingkah laku yang ditunjukkan anak ini adalah satu bentuk komunikasi tidak kisah jika anak a...
Ibu Bapa Terkejut Doktor Bedah Perut Anak Sedangkan Anak Sakit Hidung

Ibu Bapa Terkejut Doktor Bedah Perut Anak Sedangkan Anak Sakit Hidung

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 488 hits
Seorang budak lelaki Mohammed Danish berusia tujuh tahun mengalami saat getir apabila perutnya dibedah sedangkan masalah sebenarnya adalah pada hidung Doktor yang melakukan pembedahan hernia sepatutnya membuang polip pada hidung budak lelak...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba