Mainan Murah Atau Mahal Bukan Isu Yang Penting Main Sama Anak


Biarpun mainan yang anda belikan itu mahal harganya, malah boleh bercakap atau bergerak dengan sendiri pastinya tidak sama dengan bermain bersama anak-anak yang sedang membesar. Selain mencipta bonding bersamanya, bermain bersama anak juga sebenarnya dapat membantu otak anak berkembang dengan baik.
Bukan itu sahaja, menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Psychological Science, ia turut akan merangsang perkembangan bahagian otak tertentu, anak dan juga ibu bapa.

Saintis dari Princeton University, Amerika Syarikat, dapat melihat fenomena aktiviti perkembangan otak beberapa responden yang terdiri daripada bayi dan juga individu dewasa.
Analisis daripada kajian tersebut mendapati bahawa otak bayi dan individu dewasa mengalami pelbagai aktiviti saraf yang sama ketika aktiviti bermain bersama anak dilakukan. Aktiviti saraf naik dan turun pada masa yang sama setiap kali kedua-duanya berkongsi mainan dan melakukan hubungan mata secara langsung.
Apabila komunikasi berlaku, seperti ketika waktu bermain bersama si kecil, otak bayi dan ibu bapa mengalami keadaan yang dikenali sebagai feedback loop.
Pada ketika feedback loop berlaku, otak ibu bapa sebagai individu dewasa dapat meramal bila si kecil akan ketawa. Manakala otak bayi pula meramal saat ibu bapa akan bercakap dengannya.
Tanpa anda sedari, otak si kecil seakan ‘memberikan arahan’ kepada otak anda ketika bermain bersamanya. Interaksi ketika bermain bersama si kecil ini akan berlaku secara berterusan dan menjadi lebih kuat jika terdapat hubungan mata dan penggunaan alat mainan.

Apakah jenis permainan sesuai ketika bermain bersama si kecil?
Tabiat bermain bersama anak adalah satu perkara baik yang sangat digalakkan. Tetapi aktiviti itu pastinya akan menjadi bosan jika tidak menggunakan permainan yang bersesuaian mengikut usia si kecil.
Anda amat disarankan untuk memilih permainan mengikut peringkat usia anak bagi mendapatkan manfaat yang optimum. Jadi apakah jenis permainan yang sesuai untuk bermain bersama anak?
Menurut American Academy of Pediatrics, terdapat beberapa jenis permainan yang boleh anda cuba, antaranya:
Baru lahir hingga usia 6 bulan
Cara paling mudah untuk bermain bersama bayi ketika usia ini adalah dengan memberikan respons setiap kali dia tersenyum. Melalui ekspresi muka dan suara anda, ia dapat membantu melatih kemampuan sosial dan emosinya.
Untuk menjadikan ‘interaksi’ anda berdua semakin meriah, anda boleh membuat bunyi atau suara seperti si manja anda. Ia akan kelihatan seperti anda sedang berborak bersamanya.
Apabila si kecil berusia beberapa bulan, anda boleh bermain bersama bayi dengan menunjukkan mainan yang mempunyai warna dan tekstur berbeza. Letakkan si kecil pada kedudukan yang selesa dan membolehkan si manja melihat perkara yang berlaku di sekelilingnya.

Usia 7 hingga 12 bulan
Pada ketika ini, biarkan si kecil untuk merangkak dan bergerak dengan bebas. Namun, pastikan persekitaran sekitarnya selamat.
Sekiranya si manja menjatuhkan sesuatu permainan, cuba dekatkan mainan tersebut agar ia boleh mengambilnya sendiri. Anda juga boleh menggunakan cermin untuk membolehkan si kecil melihat ekspresi wajahnya sendiri.
Usia 1 hingga 2 tahun
Pada tempoh ini, anda harus memberikan si kecil ruang untuk meneroka dunia. Anda boleh memberikan si manja mainan kayu (wood block), sudu atau sebarang mainan yang boleh mengasah kreativitinya.
Tetapi pada tempoh ini, sebaiknya elakkan daripada memberi sebarang gajet kepada si kecil untuk mengajaknya bermain bersama. Ini adalah untuk mengelakkan daripada berlaku ketagihan gajet kepada si manja.
Anda juga boleh membiarkan si manja untuk bermain dengan bayi seusia dengannya. Selain, itu anda juga boleh mengajar si kecil bermain permainan pretend play seperti makan, minum, tidur dan sebagainya.
Bermain bersama anak adalah langkah terbaik untuk menyokong perkembangan si manja. Luangkan masa bersama si kecil sekerap yang boleh. Ia dapat membantu tumbesaran bayi anda untuk membesar dengan sihat, gembira dan aktif.

 
The post Mainan Murah atau Mahal Bukan Isu, Yang Penting Main Sama Anak! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/mainan-murah-atau-mahal-bukan-isu-yang-penting-main-sama-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fila Amir Jawab Isu Wajah Anak Tak Sama Suami Macam Kita Tuhan Pula

Fila Amir Jawab Isu Wajah Anak Tak Sama Suami Macam Kita Tuhan Pula

papar berkaitan - pada 2/7/2025 - jumlah : 220 hits
Hati ibu mana yang tak terusik bila anak sendiri jadi bahan bualan Itulah situasi yang dilalui oleh personaliti media sosial Fila Amir apabila ada netizen yang mempertikaikan rupa paras anak sulungnya Assara Menerusi satu hantaran di TikTok...
Ryzal Ibrahim Maryam Dipuji Didik Anak Mengaji Akui Terlepas Pandang Isu Letak Al Quran

Ryzal Ibrahim Maryam Dipuji Didik Anak Mengaji Akui Terlepas Pandang Isu Letak Al Quran

papar berkaitan - pada 6/7/2025 - jumlah : 220 hits
Mendidik anak anak dengan nilai agama memang bukan tugas mudah lebih lebih lagi bila ia melibatkan perkara asas seperti adab terhadap Al Quran Namun apa yang dilakukan oleh pempengaruh media sosial Ryzal Ibrahim dan isteri tercinta Maryam Y...
Minuman Manis Atau Air Kosong Pilihan Mana Yang Menjatuhkan Anak Di Sekolah

Minuman Manis Atau Air Kosong Pilihan Mana Yang Menjatuhkan Anak Di Sekolah

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 145 hits
Sebagai ibu bapa kita sering bimbang tentang pemakanan dan kesihatan anak anak Namun ada satu elemen penting yang kadang kadang kita abaikan iaitu pengambilan air yang mencukupi Air kosong atau air masak adalah minuman terbaik untuk tubuh t...
Anak Ke 4 Patut Kena Bayar Rm1 000 Individu Anggap Caj Hospital Kerajaan Terlalu Murah Punca Asnaf Beranak Ramai

Anak Ke 4 Patut Kena Bayar Rm1 000 Individu Anggap Caj Hospital Kerajaan Terlalu Murah Punca Asnaf Beranak Ramai

papar berkaitan - pada 3/7/2025 - jumlah : 149 hits
Malaysia sememangnya dikenali sebagai sebuah negara yang menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berpatutan kepada rakyatnya jika dibandingkan dengan negara negara lain Namun ada juga yang beranggapan bahawa caj perkhidmatan yang dikenakan ...
Sentuh Isu 3r Pertubuhan Suara Anak Pahang Gesa Pdrm Menjalankan Siasatan Terhadap Ahmad Zahid

Sentuh Isu 3r Pertubuhan Suara Anak Pahang Gesa Pdrm Menjalankan Siasatan Terhadap Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 9/7/2025 - jumlah : 121 hits
KUANTAN Pertubuhan Suara Anak Pahang menggesa Polis Diraja Malaysia menjalankan siasatan terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung kenyataannya yang menyentuh isu agama dan dianggap termasuk dalam kategori 3R...
Bella Astillah Tak Sedar Hantaran Ucapan Ibu Mentua Ulas Isu Anak Tak Dibenar Jumpa Keluarga Bekas Suami

Bella Astillah Tak Sedar Hantaran Ucapan Ibu Mentua Ulas Isu Anak Tak Dibenar Jumpa Keluarga Bekas Suami

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 124 hits
Penyanyi dan pelakon Bella Astillah mengakui tidak mengetahui mengenai hantaran hari lahir yang dimuat naik oleh ibu mentuanya Siti Hafiza Basharahil yang ditujukan khas buat dua orang cucunya Ayden Adrean dan Ara Adreana Menurut Bella atau...
Caj Hospital Kerajaan Murah Sangat Patutlah Asnaf Ramai Anak

Caj Hospital Kerajaan Murah Sangat Patutlah Asnaf Ramai Anak

papar berkaitan - pada 4/7/2025 - jumlah : 159 hits
Malaysia memang terkenal sebagai antara negara yang menawarkan perkhidmatan kesihatan awam paling mampu milik di dunia Ramai ibu ayah pasti setuju sistem hospital kerajaan banyak meringankan beban kewangan terutama dalam soal rawatan dan ke...
Teks Pidato Contoh Teks Pidato Saya Anak Malaysia

Teks Pidato Contoh Teks Pidato Saya Anak Malaysia

papar berkaitan - pada 13/7/2025 - jumlah : 146 hits
Menulis teks pidato yang berkesan memerlukan lebih daripada sekadar penyusunan kata kata Ia memerlukan pemahaman mendalam tentang audiens objektif pidato dan keupayaan untuk menyampaikan emosi serta mesej dengan jelas Pidato merupakan salah...
Persediaan Menghadapi Haid Pertama Anak Perempuan Panduan Ringkas Untuk Ibu Bapa

Persediaan Menghadapi Haid Pertama Anak Perempuan Panduan Ringkas Untuk Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 13/7/2025 - jumlah : 133 hits
nbsp Persediaan Menghadapi Haid Pertama Anak Perempuan Panduan Ringkas Untuk Ibu bapa Mungkin sebelum ni kekda memang tak pernah ambil tahu pun tentang ni tapi bila anak perempuan semakin dewasa dan akan mengalami kitaran seorang wanita sam...
Weaponising Disability An Assault On Dignity Zaid Torches Akmal

Warga Emas Maut Dipercayai Dipukul Anak Guna Kerusi

Kau Ni Siapa Cerita Macam Tahu Semua Guru Wanita Dikecam Buat Kenyataan Zara Diputar Dalam Mesin Basuh

August Power Rankings The Top 5 Bike Exif Custom Motorcycles

Peruntukan Bumiputera Paling Tinggi Sejak Merdeka Hanya Madani Berani Beri Pm Anwar

Socmed Marketing For Businesses

A Voice They Should Have Feared

Biasa Orang Berhenti Minum Air Gelagat Peserta Maraton Karaoke Buat Ramai Terhibur


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kelebihan Guna Printing Silkscreen Pada Guni Tanah Baja Murah Tahan Lasak Profesional

Seluruh Kampung Musnah Dalam Bencana Cloudburst

Terengganu Bot Bertembung Nelayan Maut Tercampak Ke Laut

Kes Zara Qairina Agc Pulang Semula Laporan Penuh Siasatan Awal Kepada Polis

Anak Peniaga Air Balang Tular Gendong Isteri Sakit Terima Tawaran Belajar Di Giatmara

Kl Metropolis Park