Ryzal Ibrahim Maryam Dipuji Didik Anak Mengaji Akui Terlepas Pandang Isu Letak Al Quran


Mendidik anak-anak dengan nilai agama memang bukan tugas mudah, lebih-lebih lagi bila ia melibatkan perkara asas seperti adab terhadap Al-Quran. Namun, apa yang dilakukan oleh pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim dan isteri tercinta, Maryam You Narae, nyata mendapat perhatian ramai ibu bapa.

Baru-baru ini, pasangan popular itu memuat naik satu video sekeluarga meluangkan masa membaca Al-Quran bersama selepas menunaikan solat. Momen itu dikongsikan di Instagram milik Ryzal dan berjaya mencuri hati ramai warganet yang kagum dengan usaha mereka mendidik si kecil, Rina, yang baru sahaja belajar mengenal erti agama dan adab.
Usaha Didik Isteri & Anak Dengan Ilmu Agama Dipuji Ramai memuji kesungguhan Ryzal atau nama penuhnya, Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim, dalam membimbing bukan sahaja anak, malah isterinya yang juga seorang mualaf. Maryam yang berasal dari Korea Selatan itu dilihat semakin mahir membaca Al-Quran dan mendalami ilmu Islam.

“Bagus didikan macam ni, anak pun makin seronok belajar mengaji. Semoga Rina membesar jadi anak solehah,” komen seorang netizen.
Isu Al-Quran Atas Lantai, Ramai Tegur Dengan Cara Baik Namun di sebalik pujian, ada juga yang memberi teguran membina. Dalam video tersebut, berlaku satu insiden kecil apabila si comel Rina tanpa sengaja melangkah Al-Quran yang diletakkan di atas lantai.
Walaupun situasi itu berlaku secara spontan tanpa niat, segelintir netizen mempersoalkan mengapa Al-Quran diletakkan di tempat rendah. Malah, ada yang menasihatkan agar lebih berhati-hati, terutamanya dalam suasana melibatkan kanak-kanak yang masih belum memahami sepenuhnya adab terhadap kitab suci itu.
Sebagai bapa, Ryzal menerima teguran itu dengan hati terbuka. Dia mengakui dirinya sendiri terlepas pandang sebelum memuat naik video tersebut.
“Saya tak perasan situasi tu, tapi saya terima teguran dengan positif. Ini semua pengajaran untuk saya dan keluarga. Terima kasih yang menasihati dengan baik,” ujar Ryzal dalam ruangan komen.
 
View this post on Instagram  
A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)

Netizen & Pakar Pertahankan Niat Baik Keluarga Ini Dalam masa yang sama, ramai juga mempertahankan usaha pasangan ini. Menurut mereka, mesej utama video tersebut adalah untuk menunjukkan contoh amalan rutin keluarga kecil itu dalam memperkenalkan Al-Quran kepada anak sejak usia awal.
Malah, ada seorang doktor tampil menyatakan, kesilapan kecil seperti ini berlaku tanpa disengajakan dan tidak perlu diperbesar-besarkan sehingga menenggelamkan niat baik mereka mendidik anak dengan ilmu agama.
“Niat mereka baik, kita doakan yang baik-baik. Biasalah, budak kecil memang belum faham, tapi usaha ibu bapa ni patut dipuji,” kata seorang pengguna Instagram.
Tahniah buat Ryzal dan Maryam yang terus berusaha membesarkan anak dengan penuh nilai agama, walau berdepan pelbagai cabaran. Semoga anak-anak kita semua membesar menjadi insan yang berakhlak mulia, berilmu dan sentiasa menghormati kitab suci Al-Quran.
 
The post Ryzal Ibrahim & Maryam Dipuji Didik Anak Mengaji, Akui Terlepas Pandang Isu Letak Al-Quran appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ryzal-ibrahim-maryam-dipuji-didik-anak-mengaji-akui-terlepas-pandang-isu-letak-al-quran/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dikecam Letak Al Quran Atas Sejadah Ryzal Ibrahim Mohon Maaf

Dikecam Letak Al Quran Atas Sejadah Ryzal Ibrahim Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 6/7/2025 - jumlah : 176 hits
Perkongsian pempengaruh media sosial Ryzal Ibrahim menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video mereka sekeluarga meluangkan masa membaca Al Quran selepas The post appeared first on
Sentuh Isu 3r Pertubuhan Suara Anak Pahang Gesa Pdrm Menjalankan Siasatan Terhadap Ahmad Zahid

Sentuh Isu 3r Pertubuhan Suara Anak Pahang Gesa Pdrm Menjalankan Siasatan Terhadap Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 9/7/2025 - jumlah : 119 hits
KUANTAN Pertubuhan Suara Anak Pahang menggesa Polis Diraja Malaysia menjalankan siasatan terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung kenyataannya yang menyentuh isu agama dan dianggap termasuk dalam kategori 3R...
Saya Harap Choi Sihun Akui Dah Berhenti Minum Alkohol Merokok Demi Ada Anak Dengan Ailee

Saya Harap Choi Sihun Akui Dah Berhenti Minum Alkohol Merokok Demi Ada Anak Dengan Ailee

papar berkaitan - pada 30/6/2025 - jumlah : 172 hits
Selepas 2 bulan berkahwin Ailee dan Choi Si hun telah pun berfikir tentang mempunyai anak Artikel Berkaitan Terbaru menerusi saluran YouTube mereka Ailee dan Choi Si hun berbincang tentang rancangan mereka untuk membina keluarga dengan anak...
Biar Sederhana Asalkan Anak Hidup Dalam Kalam Allah 13 Anak Hafaz Al Quran Suami Isteri Luar Biasa

Biar Sederhana Asalkan Anak Hidup Dalam Kalam Allah 13 Anak Hafaz Al Quran Suami Isteri Luar Biasa

papar berkaitan - pada 3/7/2025 - jumlah : 191 hits
Pasangan yang cukup luar biasa Pasangan suami isteri Mohd Rizuhan Jaafar dan Hasnah Salleh yang dikurniakan 13 cahaya mata memberi inspirasi kepada ramai bila mana lapan daripada anaknya berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al Quran Manakala...
Fila Amir Jawab Isu Wajah Anak Tak Sama Suami Macam Kita Tuhan Pula

Fila Amir Jawab Isu Wajah Anak Tak Sama Suami Macam Kita Tuhan Pula

papar berkaitan - pada 2/7/2025 - jumlah : 198 hits
Hati ibu mana yang tak terusik bila anak sendiri jadi bahan bualan Itulah situasi yang dilalui oleh personaliti media sosial Fila Amir apabila ada netizen yang mempertikaikan rupa paras anak sulungnya Assara Menerusi satu hantaran di TikTok...
Fikry Ibrahim Biodata Lengkap Kerjaya Isu Perkahwinan

Fikry Ibrahim Biodata Lengkap Kerjaya Isu Perkahwinan

papar berkaitan - pada 22/6/2025 - jumlah : 159 hits
Fikry Ibrahim merupakan antara selebriti lelaki yang dikenali dengan personaliti bersahaja dan bakat serba boleh dalam industri hiburan tanah air Bermula sebagai peserta program realiti lawak beliau terus mengorak langkah sebagai pelakon pe...
Mengaji Untuk Idris Sasha Abdul Aziz Syukur Selesai Khatam Al Quran Sebelum Bersalin

Mengaji Untuk Idris Sasha Abdul Aziz Syukur Selesai Khatam Al Quran Sebelum Bersalin

papar berkaitan - pada 11/7/2025 - jumlah : 126 hits
Setiap ibu tentu mengimpikan yang terbaik buat anak dalam kandungan Begitu juga dengan usahawan dan personaliti media sosial Sasha Abdul Aziz yang berkongsi kisah indah dan menyentuh hati apabila berjaya mengkhatamkan Al Quran sebelum melah...
Tanpa Gajet Di Tangan Anak Ini Pilih Al Quran Sebagai Teman Perjalanan

Tanpa Gajet Di Tangan Anak Ini Pilih Al Quran Sebagai Teman Perjalanan

papar berkaitan - pada 8/7/2025 - jumlah : 144 hits
Di saat majoriti kanak kanak zaman kini lebih terpesona dengan dunia digital dan gajet di tangan muncul satu figura kecil yang mematahkan stereotaip itu dengan tindakannya yang cukup menyentuh hati Sebuah video yang dimuat naik oleh penggun...
It S Not Just About Ring Intan Najuwa Ulas Isu Husband Provider Akui Bincang Semua Hal Sebelum Kahwin

It S Not Just About Ring Intan Najuwa Ulas Isu Husband Provider Akui Bincang Semua Hal Sebelum Kahwin

papar berkaitan - pada 7/7/2025 - jumlah : 121 hits
Pelakon jelita Intan Najuwa sering mendapat perhatian kerana kehidupannya yang mewah tetapi tetap merendah diri Biarpun berkahwin dengan suami yang berpangkat Datuk namun dia tidak pernah bermegah megah dengan kesenangan yang dimiliki Ibu k...
Thee Bold Stories Pilihan Beg Travel Untuk Pengembara Moden

Cuba Carik Dimana Dajjal Dalam Ini Gambar

Sendiri Buat Cerita Sendiri Bersorak Gila Betul Pemuda Pas Ni

Apa Jenama Tayar Yang Lembut Untuk Serap Hentakan Kereta

Breakthrough Insights New Clinical Trial Results Unveil Potential Of Incretin Therapies

Demam Denggi Simptom Rawatan Petua Sokongan

Smm Says Conditional Nod For Farhash Linked Firm Scrapped To Sue Media

Consumer Credit Law Risks Squeezing Poorer Households Further Says Think Tank


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Seorang Wanita Melecur 5 Rumah Atas Air Musnah Dalam Kebakaran Di Tawau

Drama Epok

Bila Dua Hati Belajar Memaafkan

Mykad Rosak Panduan Lengkap Cara Ganti Dengan Mudah Dan Cepat

Thailand Kemboja Bertempur Masuk Hari Ketiga 33 Terbunuh Phnom Penh Desak Gencatan Segera

Peserta Wanita Himpunan Turun Anwar Alami Sesak Nafas Dikejarkan Ke Hospital