Mainan Bantal Busuk Anak Patung Yang Tak Pernah Di Cuci Mungkin Punca Anak Kerap Jatuh Sakit


Anak sudah masuk usia 5 tahun, barang permainan pun semakin banyak. Tetapi pernah tak ibu ayah membasuh mainan kanak kanak walaupun sekali? Eh…perlu ke untuk mencuci barang permainan si kecil?

Baca: Tak Keluar Rumah Pun Ibu Risau Kesihatan Anak. Ini Apa Yang Boleh Dibuat
Perlu ke membasuh mainan kanak kanak?
Pastinya ada dalam kalangan ibu bapa yang keliru, sama ada perlu atau tidak untuk mencuci barang permainan si kecil, bukan? Malahan, mesti terdapat ibu bapa yang berasakan tiada keperluan pun untuk basuh mainan kanak-kanak, kan?
Kebanyakan ibu bapa sering memandang remeh isu ini. Tetapi adakah anda terlupa bahawa bakteria dan kuman boleh berkumpul pada barang mainan si kecil?

Apatah lagi jika si manja mempunyai tabiat memasukkan mainan ke dalam mulut, khususnya bayi. Sudah tentu keadaan seperti itu memudahkan sebarang jangkitan bakteria dan kuman untuk menyerang si kecil.
Kekerapan untuk mencuci permainan tidak perlulah dilakukan setiap hari. Namun terdapat beberapa keadaan yang amat disarankan untuk proses membersihkan barang permainan dilakukan, seperti:
Barang permainan nampak kotor, khususnya apabila selepas dibawa main di luar rumah atau dikotori dengan makanan yang tumpah Anak anda baru sembuh daripada sebarang keadaan kesihatan seperti demam atau selesema mahupun cirit-birit Si kecil memasukkan barang permainan ke dalam mulut Membersihkan sekurang-kurangnya sekali setiap hujung minggu/ bulan
Kaedah membasuh mainan kanak-kanak Barang permainan, terutamanya seperti patung boneka seperti teddy bear sememangnya merupakan kegemaran si kecil. Walau bagaimanapun, permainan seperti itulah yang kerap menjadi tumpuan bakteria dan kuman. Sebenarnya untuk mencuci permainan seperti patung boneka adalah mudah. Namun adakalanya sesetengah barang mainan kanak kanak memerlukan cara pembersihan yang lebih khusus.

Jadi berikut dikongsikan kaedah mencuci barang permainan si kecil yang boleh dicuba:
1. Membasuh mainan anak dengan mesin basuh
Patung seperti patung beruang atau arnab boleh dicuci dengan menggunakan mesin basuh dan sudah tentu ia merupakan 1 perkara paling menyenangkan bagi kebanyakan ibu bapa. Namun terdapat beberapa risiko yang perlu dihadapi.
Perkara paling utama sebelum membasuh mainan anak adalah dengan membaca arahan penjagaan pengeluar yang terdapat pada tag mainan si kecil, terutamanya permainan yang mempunyai butang.
Jika anda memilih menggunakan mesin basuh:
Pilih menggunakan kitaran lembut bersama air sejuk atau mungkin anda boleh menggunakan air panas (bergantung kepada kesesuaian barang permainan. Masukkan bahan pencuci ringan yang tidak dicampur pewangi dan mempunyai bahan antibakteria. Jika tiada, anda boleh menggunakan sabun pencuci baju si kecil. Ikut arahan cucian pada botol sabun dan elakkan daripada menggunakannya dalam kuantiti yang banyak. Jika saiznya muat, anda boleh memasukkan barang mainan ke dalam beg pakaian dobi jenis netting (netting laundry bags). Ia dapat membantu menjaga bahagian-bahagian tertentu pada permainan seperti mata dan rambut. Secara umumnya, penggunaan mesin pengering untuk mengeringkan permainan anak dibolehkan untuk sesetengah jenis mainan seperti patung boneka walaupun ia bukanlah pilihan terbaik. Ini kerana sesetengahnya mungkin mengandungi bahagian bergam atau bahagian plastik yang tidak dapat menampung haba panas daripada mesin pengering.
Namun, jika masih ingin menggunakan mesin pengering, pilih tetapan suhu panas yang rendah atau tidak panas.
Anda juga boleh memilih untuk menjemurkannya di bawah sinaran matahari atau berhampiran kipas untuk memastikan patung boneka tersebut cepat kering.
2. Mencuci mainan kanak-kanak dengan tangan
Tidak semua permainan direka dengan cara yang sama. Ada sesetengahnya lebih sesuai dicuci menggunakan tangan, seperti lego atau barangan kitchen pretend play seperti pinggan mangkuk plastik.

Untuk membasuh barang permainan atau patung boneka menggunakan tangan, 3 perkara yang anda perlukan:
#Bekas yang cukup untuk mengisi air bagi menenggelamkan setiap permainan dan patung boneka, seperti baldi besar.
#Sabun pencuci ringan. Anda boleh memilih menggunakan sabun pencuci baju si kecil atau sabun pencuci botol susu bayi.
#Kain bersih yang kering.
Berikut adalah cara-cara untuk mencuci:
Untuk memulakan membasuh mainan anak menggunakan kaedah ini, anda perlu memenuhkan bekas yang anda ingin gunakan dengan air sejuk atau air panas suam. Pastikan ia cukup untuk menenggelamkan setiap permainan anak anda. Masukkan sesudu sabun pencuci bagi setiap per galon air. Tenggelam timbulkan setiap permainan, supaya ia larut sekata antara air dengan sabun pencuci. Rendamkan permainan untuk tempoh antara 15 minit hingga sejam, sebelum mencuci, bergantung kepada kesesuaian barang permainan.
Untuk mencuci, anda boleh memilih untuk menggunakan secara terus air daripada paip atau membuang air dalam bekas dan digantikan dengan air bersih. Cuci menggunakan kaedah tenggelam timbul, sama seperti untuk merendamkan mainan tadi sehingga hilang sabunnya. Untuk mengeringkan patung boneka, anda boleh memicitnya beberapa kali untuk mengeluarkan air kemudian balut dengan kain bersih. Kaedah ini dapat membantu mengeluarkan lebihan air. Kemudian jemur atau keringkan berhampiran kipas. Bagi barang permainan plastik seperti lego pula, lapkan dengan kain yang bersih sehingga kering.
3. Barang permainan kanak-kanak dengan komponen elektronik
Mencuci bahagian tertentu merupakan 1 cara membasuh mainan yang tidak boleh ditenggelamkan dalam air kerana mempunyai komponen elektronik atau muzik. Sudah tentu ia untuk mengelakkan sebarang kerosakan.
Kaedah ini hanya melibatkan proses mencuci bahagian permukaan mainan dengan mengelap luarannya menggunakan kain lembap bersama sabun pencuci lembut. Anda boleh menggunakan sabun pencuci pakaian bayi atau sabun pencuci pinggan biasa.
Paling penting, elakkan daripada menyebabkan bahagian komponen elektronik atau muzik terkena air.

Akhir kata
Sebenarnya tidaklah sukar untuk membersihkan barang mainan si kecil, bukan? Ia cuma memerlukan kerajinan dan kesabaran untuk mengendalikan barangan yang bersaiz kecil.
Walau apa pun, cuba untuk mencuci barangan permainan si kecil sekurang-kurangnya sebulan sekali, okay? Sudah tentu ia dapat menjamin tahap kebersihan barangan si manja.
Kredit: Hello Doktor 
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
 
The post Mainan, Bantal Busuk & Anak Patung Yang Tak Pernah Di Cuci Mungkin Punca Anak Kerap Jatuh Sakit appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/mainan-bantal-busuk-anak-patung-yang-tak-pernah-di-cuci-mungkin-punca-anak-kerap-jatuh-sakit/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerap Peluk Anak Akan Hasilkan Hormon Oxytocin Anak Akan Lebih Mudah Dengar Cakap Ibu Ayah

Kerap Peluk Anak Akan Hasilkan Hormon Oxytocin Anak Akan Lebih Mudah Dengar Cakap Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 237 hits
Emosi ibu kadang kadang tak terkawal bila penat seharian dengan tugas tugas yang sentiasa menanti Tapi bila emosi tak terkawal jangan pula kita lepaskan pada anak kesian anak anak jadi mangsa Emosi anak juga akan tergangu Artikel Menarik Ma...
Anak Susah Bangun Atau Selalu Meragam Mungkin 2 Jam Sebelum Tidur Ada Buat Silap Ni

Anak Susah Bangun Atau Selalu Meragam Mungkin 2 Jam Sebelum Tidur Ada Buat Silap Ni

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 340 hits
Anak susah bangun pagi atau bangun pagi menangis dan meragam mungkin ini puncanya Mungkin 2 jam sebelum dia tidur kita ada buat 5 kesilapan ini 1 Tinggi suara pada anak 2 jam sebelum tidur adalah fasa otak alpha Ini fasa otak Ready untuk ti...
Batuk Sakit Tekak Buat Anak Tak Selesa Rawat Sakit Tekak Anak Secara Semulajadi Doktor Kongsikan Tipnya

Batuk Sakit Tekak Buat Anak Tak Selesa Rawat Sakit Tekak Anak Secara Semulajadi Doktor Kongsikan Tipnya

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 498 hits
Bila anak selesema dan mula sakit tekak anak akan menangis tanda tidak selesa Anak kemudiannya akan disusuli dengan sakit tekak dan batuk batuk dengan kerap Sebenarnya tak perlukan ubat pun nak pulihkan sakit tekak anak Menurut Dr Ezairy M ...
Punca Sakit Tumit Kaki Yang Ramai Tak Tahu

Punca Sakit Tumit Kaki Yang Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 229 hits
Punca Sakit Tumit Kaki Sakit tumit kaki biasanya menyerang warga emas yang berumur 50 an ke atas Namun ada juga sakit tumit kaki yang menyerang golongan muda terutamanya mereka yang aktif bersukan Bila tumit kaki sakit banyak kerja yang ter...
Kita Mungkin Tak Sempurna Tapi Didiklah Anak Cara Islam Biar Dia Bawa Kita Ke Jannah

Kita Mungkin Tak Sempurna Tapi Didiklah Anak Cara Islam Biar Dia Bawa Kita Ke Jannah

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 283 hits
Islam merupakan agama yang lengkap dan sempurna Kesempurnaan Islam terserlah dalam semua aspek kehidupan manusia termasuklah pendidikan Menurut perspektif Islam pendidikan kanak kanak ialah proses mendidik mengasuh dan melatih rohani dan ja...
Saya Sakit Hati Dia Kata Saya Menganggur Takde Gaji Suami Bunuh Isteri Hamil 5 Bulan Kerana Cemburu Pernah Dicurangi

Saya Sakit Hati Dia Kata Saya Menganggur Takde Gaji Suami Bunuh Isteri Hamil 5 Bulan Kerana Cemburu Pernah Dicurangi

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 534 hits
Saya sakit hati dia kata saya menganggur takde gaji Suami bunuh isteri hamil 5 bulan kerana cemburu pernah dicurangiSeorang lelaki di Surabaya Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri sebelum membuat laporan palsu mengenai kehilangan m...
Ibu Mana Tak Pernah Menangis Nak Susukan Anak Bukan Mudah Kena Kuat Semangat

Ibu Mana Tak Pernah Menangis Nak Susukan Anak Bukan Mudah Kena Kuat Semangat

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 346 hits
Hampir semua wanita menyimpan hasrat untuk memberikan susu ibu secara eksklusif kepada si kecil sehingga usia enam bulan dan meneruskannya sehingga dua tahun Dalam melengkapkan misi ini tentunya banyak cabaran yang perlu dihadapi Setiap cab...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025