Anak Susah Bangun Atau Selalu Meragam Mungkin 2 Jam Sebelum Tidur Ada Buat Silap Ni


Anak susah bangun pagi atau bangun pagi menangis dan meragam, mungkin ini puncanya. Mungkin 2 jam sebelum dia tidur kita ada buat 5 kesilapan ini.
1 – Tinggi suara pada anak
2 jam sebelum tidur adalah fasa otak alpha. Ini fasa otak “Ready” untuk tidur. Bila kita tinggi suara atau marah dia, emosi tu akan terbawa bawa sampai ke dalam mimpi dia nanti.
Kesannya anak tak dapat tidur berkualiti. Ada yang meragam, menangis atau terjaga dari tidur di tengah malam. Bila tidur tak betul, emosi pun jadi tak betul.

2 – Bagi anak tengok tv atau telefon
Cahaya Blue Light dari tv dan telefon ni boleh menganggu “mood” tidur anak. Dia menganggu penghasilan melatonin, iaitu hormon tidur.
Dek kerana ternampak cahaya tv dan telefon je anak boleh jadi liat nak terlelap. Jadi susah nak lena. Pusing kiri, pusing kanan, tak tidur tidur juga. Cahaya blue light punya angkara la tu!

3 – Main yang terlalu penat
Kalau main waktu siang penat tak apa, malam dia senang tidur. Tapi kalau 2 jam sebelum tidur duk bergelinjang sampai berpeluh peluh, alamatnya makin segar la mata anak tu.
Ini kerana apabila mereka bermain hormon adrenalin akan terhasil. Hormon ni buat mereka jadi makin fokus dan makin segar. Kena tunggu berjam jam nak bagi reda adrenalin ni pula baru boleh tidur.
4 – Makan yang berat-berat
Bukan sahaja makan lewat malam boleh ganggu kualiti tidur malah ia boleh ganggu juga kualiti kesihatan anak tu. Tinggi risiko masalah obesiti dan gastrik.
Jika kerap sangat anak minta makan waktu malam sebelum tidur ada kebarangkalian anak dah kena NES ( Night Eating Syndrome )
Makan ringan seperti roti, kuih muih tu tak mengapa tapi kalau tengah malam minta mee goreng, nasi goreng tu tak boleh.

5 – Tidak buat rutin tidur
Ya, tak ada rutin tidur yang baik pun boleh menganggu tidur yang berkualiti. Sebagai contoh rutin sebelum tidur ialah gosok gigi, basuh kaki, cuci muka, bed time story dan berbual.
Nampak remeh tapi rutin ni banyak membantu anak kita untuk masuk dalam “Sleep Preparation State”. Bila ada rutin yang konsisten ni tak ada isu lagi mata tak mengantuk dan tidur lewat.
Tidur sangat penting untuk anak bawah 7 tahun sebab masa tidur la terhasilnya Growth Hormon yang bantu anak membesar lebih sihat dan kuat.
4 hari berturut turut kurang tidur, tumbesaran anak boleh terbantut setahun tau. Serius tak ibu ayah yang nak anak dia jadi bantut!
Kredit: Wan Nur Syakira ( ebook Parenting Journey tulisan parenting influencer, Mohd Fhais)

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Anak Susah Bangun Atau Selalu Meragam, Mungkin 2 Jam Sebelum Tidur Ada Buat Silap Ni! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-susah-bangun-atau-selalu-meragam-mungkin-2-jam-sebelum-tidur-ada-buat-silap-ni/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kurma Sedekah Duit Raya Atau Musang King Mungkin Rasuah

Kurma Sedekah Duit Raya Atau Musang King Mungkin Rasuah

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 269 hits
Tauke judi bagi duit raya bukannya RM1 000 kadang kadang sampai RM10 000 KLUANG Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana mana pegawai dan anggota polis di Johor yang menerima duit raya Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memb...
Bila Ada Sifat Bakhil Dalam Diri Anak Jadi Susah Dengar Kata Apa Kita Ajar Semuanya Tak Masuk

Bila Ada Sifat Bakhil Dalam Diri Anak Jadi Susah Dengar Kata Apa Kita Ajar Semuanya Tak Masuk

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 312 hits
Dalam membesarkan anak anak banyak dugaannya Proses tumbesaran anak melalui pelbagai peringkat dan sebagai ibu ayah sudah tentu kita mahukan yang terbaik untuk mereka Pada masa yang sama kita juga memasang hasrat untuk memastikan mereka ter...
Video Bayangkan Baru 2 Tahun Kena Puasa Berbelas Jam Ibu Lemah Tengok Anak Hidap Leukemia

Video Bayangkan Baru 2 Tahun Kena Puasa Berbelas Jam Ibu Lemah Tengok Anak Hidap Leukemia

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 297 hits
Kasih ibu membawa ke syurga kasih ayah kekal selamanya Walaupun tidak terlihat dengan mata kasar betapa besar kasih ibu dan ayah namun sebagai anak kita dapat merasainya Tiada seorang ibu didunia ini yang sanggup melihat anaknya menanggung ...
Anak Teruja Nak Raya Sampaikan Pesanan Ni Dulu Pada Anak Sebelum Ramadan Berakhir

Anak Teruja Nak Raya Sampaikan Pesanan Ni Dulu Pada Anak Sebelum Ramadan Berakhir

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 406 hits
Ramadan yang masih berbaki lima hari lagi pastinya membuatkan kita rasa bersedih Anak anak pastinya merasa cukup gembira untuk menyambut hari raya nanti dalam rasa teruja itu selalunya berpesan pada mereka di hujung hujung ramadan ini Perko...
Sering Disepelekan Ini 5 Aturan Sebelum Memberikan Es Krim Ke Anak

Sering Disepelekan Ini 5 Aturan Sebelum Memberikan Es Krim Ke Anak

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 290 hits
Es krim sering dikaitkan dengan batuk atau pilek anak Padahal gini kenyataannya
Ada Anak Umur 2 3 Tahun Semak Tahap Kemahiran Ikut List Ini Baru Tahu Anak On Track Atau Tidak

Ada Anak Umur 2 3 Tahun Semak Tahap Kemahiran Ikut List Ini Baru Tahu Anak On Track Atau Tidak

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 470 hits
Bila anak makin meningkat usianya sepatutnya lebih banyak yang perlu mereka kuasai terutama dalam perkembangan kemahiran motor dan juga perkembangan bahasa Mungkin ada sesetengah ibu bapa yang keliru tentang tahanp tahap perkembangan anak m...
Seorang Anggota Polis Sempat Sahur Sambut Hari Jadi Anak Sebelum Di Temui Tergantung

Seorang Anggota Polis Sempat Sahur Sambut Hari Jadi Anak Sebelum Di Temui Tergantung

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 386 hits
SANDAKAN Seorang anggota polis marin sempat meraikan sambutan hari jadi anak dan bersahur bersama keluarga sebelum ditemui tergantung di rumahnya di Taman Pertama disini pagi tadi Dalam kejadian 7 30 pagi itu mangsa yang berpangkat lans kop...
Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Understand Your Target Audience

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Johan Pakai T Shirt Topi Di Istiadat Pengebumian Allahyarham Pak Lah Ditegur Netizen Macam Tak Tahu Hormat Majlis

3 Lagu Untuk Ana

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Flava Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk Chord

Air Mineral Spritzer Sebundle Murah

Lirik Lagu Chand Chupa Badal Mein

Hukum Guna Duit Raya Anak Cara Simpan Duit Raya

Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi Mahkamah Beri Kebenaran Kepada Najib Untuk Hadiri Istiadat Pengebumian Negara

Hiburan Begitu Sayangnya Rosmah Pada Tun Hasmah Video Dua Isteri Bekas Perdana Menteri Berpelukan Curi Tumpuan