Punca Sakit Tumit Kaki Yang Ramai Tak Tahu


Punca Sakit Tumit Kaki - Sakit tumit kaki biasanya menyerang warga emas yang berumur 50-an ke atas. Namun ada juga sakit tumit kaki yang menyerang golongan muda terutamanya mereka yang aktif bersukan. Bila tumit kaki sakit, banyak kerja yang tergendala, dan adakala terpaksa berjalan menggunakan tongkat, jika keadaan sudah terlalu serius.

Ada banyak bahan bacaan yang boleh diperolehi untuk dijadikan rujukan tentang sakit tumit yang saya sebutkan di atas. Anda juga boleh mengetahui punca-puncanya, jenis rawatan yang sesuai dan cara mengatasinya dari peringkat awal.




Ada juga ubat atau pil makanan kesihatan seperti MAS B17 Biji Aprikot yang boleh merawat sakit tumit kaki. Anda boleh baca mengenainya di SINI.


Punca Sakit Tumit Kaki
Sakit tumit kaki? Mungkin bunyinya agak remeh, tetapi sakit tumit adalah antara masalah yang sering membawa pesakit berjumpa doktor selain kerap mengambil cuti sakit kerana sukar berjalan.

Ada pelbagai faktor yang menyebabkan sakit tumit ini. Antara punca yang paling biasa adalah plantar fasciitis yang membabitkan kesakitan dan radang pada tisu yang dikenali plantar fascia.

Jika dilihat, plantar fascia merangkumi sejenis tisu panjang yang ada di bawah tapak kaki yang bermula dari ibu jari kaki sehinggalah ke tumit. Antara fungsi utama tisu ini adalah untuk menyerap hentakan pada kaki dan juga untuk mengekalkan bentuk gerbang atau arch di kaki.

Dalam kes-kes tertentu, tisu ini mengalami keradangan. Tidak diketahui apakah yang menyebabkan keradangan ini tetapi ia mungkin berkait rapat dengan proses penuaan selain trauma mikro yang berlaku berulang kali.

Biasanya, masalah tumit sakit ini dirasai dengan tanda-tanda seperti sakit tumit terutama pada waktu pagi, khususnya sejurus turun dari katil dan menjejakkan kaki di lantai. Ia juga berlaku selepas lama berjalan terutama dalam pekerjaan yang memerlukan individu banyak berjalan seperti jururawat.

Menurut Pakar Perunding Perubatan Pemulihan, Pusat Perubatan Pemulihan KPJ Tawakkal, Dr. Saini Jeffery Freddy Abdullah, kasut yang tidak sesuai merupakan salah satu penyebab terjadinya sakit tumit dan terdapat banyak sebab yang boleh mengakibatkan kesakitan pada tumit dan antara lainnya ialah berdiri terlalu lama ataupun berjalan terlalu lama.

Siapa Yang Selalu Diserang Sakit Tumit Kaki?
1. Disebabkan masalah ini berpunca daripada masalah penuaan, selalunya ia membabitkan pesakit di lingkungan pertengahan umur.

2. Obesiti.

3. Ahli sukan seperti pelari - selain individu-individu yang banyak melakukan aktiviti, sakit tumit juga tidak terkecuali kepada ahli-ahli sukan di mana akan berlaku hentakan pada tumit akibat terlalu banyak berlari.

4. Golongan pekerja yang memerlukan banyak pergerakan seperti jururawat

5. Tapak kaki yang leper.

6. Mereka yang alami masalah otot betis yang tegang juga berisiko alami masalah ini.

7. Sakit tumit juga seringkali terjadi ke atas golongan wanita kerana mereka gemar memakai kasut bertumit tinggi dalam jangkamasa yang lama.

Cara merawat sakit tumit kaki
Rawatan Sendiri

Ada beberapa cara mudah yang boleh digunakan untuk mengurangkan masalah ini. Pesakit dinasihati supaya sentiasa memakai kasut yang sesuai seperti kasut yang mempunyai tapak lembut diperbuat daripada getah atau foam (seperti ada dalam kasut sukan).

Satu lagi cara ialah dengan menggunakan insole atau pelapik tambahan di bahagian tumit. Ia lazimnya diperbuat daripada silikon yang diletakkan dalam kasut untuk mengurangkan tekanan pada tumit dan melegakan kesakitan.

Pesakit juga boleh cuba meletakkan ketulan ais yang dibungkus dengan plastik dan kain ke atas tumit yang sakit. Kaedah ini berupaya mengurangkan kesan radang dan seterusnya sakit di tumit.

Senaman untuk meregangkan tisu plantar boleh dibuat beberapa kali sehari (disyorkan tiga kali sehari). Kajian menunjukkan senaman ini lebih berkesan jika ia dimulakan dalam masa enam minggu bermulanya sakit tumit. Seeloknya senaman untuk regangan ini dibuat pada waktu pagi dan juga sebelum berdiri, setelah duduk pada waktu yang lama. Ahli fisioterapi boleh mengajar teknikteknik senaman ini

Rawatan Doktor
Sebelum memulakan rawatan, doktor mungkin akan menasihati anda supaya menjalani pemeriksaan imbasan sinar-X ke atas tumit untuk melihat tanda- tanda ketumbuhan tulang di tumit. Imbasan sinar-X boleh menunjukkan kesan klasifikasi tisu plantar itu.

Dalam kes-kes tertentu, doktor pakar mungkin juga mengambil keputusan membuat imbasan MRI yang dapat menunjukkan kesan inflamasi di tumit. Disebabkan tisu plantar fascia mengalami proses keradangan, doktor boleh memberi pesakit ubat antiradang selama beberapa hari untuk mengurangkan keradangan ini. Sesi fisioterapi dengan ultrasound juga dapat mengurangkan proses ini.

Selain daripada terapi ultrasound, satu lagi jenis terapi yang bukan invasif adalah penggunaan Extracorporeal shockwave therapy (ESWT). ESWT seakan ultrasound dan gelombang ditujukan kepada tisu plantar fascia untuk merangsang proses pemulihan.

Selain itu, untuk mempercepatkan proses mengurangkan keradangan ini, suntikan steroid mungkin juga dapat dilakukan di sekitar plantar fascia ini. Walaupun begitu, pesakit dinasihatkan supaya tidak mendapat suntikan ini terlalu kerap kerana ini mungkin menyebabkan komplikasi.

Kebanyakan penghidap masalah plantar fasciitis ini boleh sembuh dengan cara yang disebutkan di atas, walaupun ia mengambil masa beberapa bulan untuk sembuh. Bagi segelintir kecil pesakit masalah ini tidak sembuh walaupun beberapa kaedah rawatan dilakukan. Doktor pakar mungkin harus membuat kajian dengan lebih teliti untuk memastikan sakit tumit pesakit bukan berpunca daripada masalah selain plantar fasciitis.

Pembedahan boleh juga ditawarkan bagi segelintir pesakit yang tidak sembuh selepas menjalani rawatan biasa. Rawatan baru bernama Radiofrequency microtenotomy boleh digunakan untuk mempercepatkan proses penyembuhan ini. Dalam prosedur ini, keratan dibuat di tumit pesakit dan plantar fascia yang sakit itu ditebuk supaya proses penyembuhan dapat berlaku.

#Sumber 1
#Sumber 2Selamat membaca, Sebarkan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aynorablogs.com/2015/12/punca-sakit-tumit-kaki.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mainan Bantal Busuk Anak Patung Yang Tak Pernah Di Cuci Mungkin Punca Anak Kerap Jatuh Sakit

Mainan Bantal Busuk Anak Patung Yang Tak Pernah Di Cuci Mungkin Punca Anak Kerap Jatuh Sakit

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 316 hits
Anak sudah masuk usia 5 tahun barang permainan pun semakin banyak Tetapi pernah tak ibu ayah membasuh mainan kanak kanak walaupun sekali Eh perlu ke untuk mencuci barang permainan si kecil Baca Perlu ke membasuh mainan kanak kanak Pastinya ...
Sakit Tumit Di Awal Pagi

Sakit Tumit Di Awal Pagi

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 347 hits
SAKIT TUMIT DI AWAL PAGI Assalamualaikum doc Lately ni saya bangun pagi tumit sakit bila pijak Kenapa ya Terima kasih Walaikimusalam Rasa sakit tumit terutama di awal pagi dan beransur hilang apabila menjelang tengahari disebabkan oleh kera...
4 Punca Masalah Kebas Pada Kaki

4 Punca Masalah Kebas Pada Kaki

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 234 hits
Kebas atau kesemutan adalah rasa seperti tajam kadang kadang rasa pedih dan panas yang boleh berlaku di mana mana anggota tubuh badan Kebanyakannya berlaku pada tapak tangan jari jemari tangan dan kaki dan tapak kaki Banyak penyebab yang bo...
Garci Pro Gel Bantu Hilangkan Sakit Kaki Mudah Untuk Menunaikan Terawih

Garci Pro Gel Bantu Hilangkan Sakit Kaki Mudah Untuk Menunaikan Terawih

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 327 hits
Garci Pro Gel Bantu Hilangkan Sakit Kaki Mudah Untuk Menunaikan Terawih Assalamualaikum semua Ramadan tiba Ramadan tiba Eh ternyanyi pulak Mana taknya rasa gembira dan bersyukur sangat dapat bertemu lagi dengan bulan yang mulia ini Tapi sed...
Family Travelog Ibuku Sayang Punca Sakit

Family Travelog Ibuku Sayang Punca Sakit

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 250 hits
Assalamualaikum semua Untuk bahagian kali ni nia akan ceritakan kepada kau orang punca sebenar arwah ibu sakit dan terpaksa ditahan wad Sakit ibu berpunca dengan luka di kaki Kita orang ingatkan luka tu biasa biasa sahaja jadi kita orang pu...
Hadapi Gelombang Baru Pandemi Thailand Siapkan Rumah Sakit Darurat

Hadapi Gelombang Baru Pandemi Thailand Siapkan Rumah Sakit Darurat

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 248 hits
Hadapi Gelombang Baru Pandemi Thailand Siapkan Rumah Sakit Darurat Thailand tengah menghadapi gelombang baru pandemi Covid 19 Penyiapan rumah sakit darurat hingga aturan pembatasan sosial pun sudah mulai diberlakukan pada Minggu untuk mered...
Sakit Kepala Ketika Waktu Suhur

Sakit Kepala Ketika Waktu Suhur

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 226 hits
SAKIT KEPALA KETIKA WAKTU SUHUR Assalamualaikum dr zubaidi saya nk buat pertanyaan adakah possible perempuan dlm fasa subur mengalami sakit kepala migrain Walaikumusalam Rasa sakit kepala dikalangan wanita selalunya disebabkan oleh perubaha...
10 Cara Turun Gula Dalam Darah Untuk Pesakit Diabetes Kencing Manis Darah Tinggi Dan Sakit Jantung

10 Cara Turun Gula Dalam Darah Untuk Pesakit Diabetes Kencing Manis Darah Tinggi Dan Sakit Jantung

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 803 hits
Sumber FB Dr Zubaidi 10 Tips Turun Gula Dalam Darah 1 Melakukan senaman Melakukan senaman dengan lebih kerap dapat membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan kepekatan insulin Dengan senaman juga
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh