Ibu Mana Tak Pernah Menangis Nak Susukan Anak Bukan Mudah Kena Kuat Semangat


Hampir semua wanita menyimpan hasrat untuk memberikan susu ibu secara eksklusif kepada si kecil sehingga usia enam bulan dan meneruskannya sehingga dua tahun. Dalam melengkapkan misi ini, tentunya banyak cabaran yang perlu dihadapi. Setiap cabaran yang dihadapi pasti akan ada cara untuk mengatasi.

Susu ibu, rezeki buat anak Semua wanita bergelar ibu pasti mempunyai impian untuk menyusukan sendiri bayi. ia merupakan hadiah pertama paling berharga dan terbaik buat yang tersayang. Susu ibu dicipta oleh Allah SWT sebagai rezeki yang perlu disalurkan kepada anak melalui ibu.
Kebiasaannya, ramai ibu terutama yang pertama kali melahirkan anak seakan-akan hilang arah dan tiada panduan penyusuan sejurus selepas melahirkan bayi. Ada juga golongan yang bersungguh mahu menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu tetapi keliru apa yang sepatutnya dilakukan dek kurang sokongan dan ilmu penyusuan.

Ramai ibu beranggapan penyusuan merupakan suatu perkara yang mudah dan susu akan dihasilkan dengan banyak sejurus selepas melahirkan. Sedangkan realitinya tidak. Bukan mudah untuk menjayakan penyusuan jika tiada sokongan padu daripada suami dan persekitaran. Penyusuan bukan sahaja tanggungjawab ibu, malah tanggungjawab ayah juga.
Artikel Menarik: [Mainan, Bantal Busuk & Anak Patung Yang Tak Pernah Dicuci Mungkin Punca Anak Kerap Jatuh Sakit]
Ketahui kewujudan kolostrum Ramai ibu tidak menyedari dan tidak tahu, badan menghasilkan susu sejak dari peringkat awalkehamilan iaitu pada fasa memogenesis (sekitar minggu ketujuh atau kelapan kehamilan).
Seterusnya apabila kandungan masuk ke trimester kedua sekitar 16 – 24 minggu proses penghasilan susu untuk menghasilkan kolostrum (laktogenesis 1) bermula. Ini bermakna sejak dari kandungan lagi payudara telah menghasilkan susu!
Hebat sekali ciptaan Allah SWT kerana Dia sediakan susu seawal usia kandungan 24 minggu. Pada waktu ini, ada bayi yang dilahirkan pramatang. Walaupun bersalin awal, ibu tetap mampu menyusukan anak.

Kolostrum merupakan susu pertama yang sangat berharga dan perlu diperoleh oleh bayi sebanyak yang boleh kerana di dalamnya terkandung banyak manfaat. Salah satunya adalah zat antibodi (imunoglobulin). Selain itu, terdapat faktor-faktor pertumbuhan yang berfungsi untuk menyempurnakan pertumbuhan dan perkembangan manusia dari bayi hingga dewasa.
Susu tiada selepas bersalin? Jawapannya tidak benar! Setiap ibu yang melahirkan anak sudah mempunyai susu. Penghasilan kolostrum sudah bermula sejak minggu ke-16 kehamilan. Cuma paras hormon yang berbeza membuatkan ada ibu yang mula keluar susu sejak sebelum melahirkan. Ada ibu lain hanya keluar susu pada hari kedua atau ketiga bayi dilahirkan.
Bagi meningkatkan paras hormon prolaktin, rangsangan daripada hisapan bayi sangat diperlukan terutama pada jam-jam pertama kelahiran. Oleh itu, anda perlu:
Mendapatkan bayi secepat mungkin untuk disusui supaya proses pengeluaran susu lebih cepat berlaku. Bersedia dan susukan bayi dengan yakin tanpa ragu-ragu. Bila puting payudara dipicit ia seakan tiada susu, kerana fizikal kolostrum yang pekat dan sangat sedikit sesuai dengan keperluan dan saiz perut bayi yang sangat kecil. Warna kolostrum jernih pada awalnya dan kekuningan menyebabkan ia tidak kelihatan. Hanya rangsangan kerap pada payudara dapat membantu kolostrum diterima oleh bayi. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah susukan anak sekerapnya termasuk sebelah malam.
 
Lebih kerap payudara mendapat rangsangan, lebih cepat kolostrum keluar dan lebih banyak kolostrum diterima oleh bayi. Jadi, lebih banyak susu bakal terhasil. Jangan risau kerana bayi mampu bertahan selama enam jam walaupun tanpa makanan kerana bekalan makanan yang diterima dari plasenta mampu menampung keperluan jam-jam pertama kehidupannya. Bayi menangis bukan semata-mata kerana kelaparan. Banyak faktor penyebab yang lain. Susukan anak kerana hanya penyusuan dapat menenangkannya. Artikel Menarik: [Usia Anak 2 Tahun Dah Didik Solat, Cara Ibu Ni Buat Anak Tak Tinggal Solat!]
Pelekapan betul Pelekapan betul membantu melancarkan aliran susu ibu serta penghasilannya. Hal ini perlu diberi penekanan dalam penyusuan di peringkat awal kelahiran. Teknik pelekapan yang betul mustahak untuk memastikan anak mendapat bekalan susu yang cukup untuk keperluan tumbesarannya dan mengelakkan payudara mudah melecet atau luka.
Adalah sesuatu yang normal jika anda mengalami puting melecet atau merekah pada minggu-minggu pertama kelahiran. Ia akan beransur pulih secara perlahan-lahan.
Pelekapan yang betul bukan hanya membantu anak mendapat susu yang cukup, ia juga memastikan anda menghasilkan bekalan susu mencukupi. Bagi mengelak masalah puting merekah, sebaiknya anda menyapu susu ibu setiap kali selesai sesi penyusuan.
Susu ibu mengandungi vitamin dan ciri-ciri anti mikrob yang membantu memulihkan rekahan dan mengelakkannya berulang. Bantuan dan sokongan moral daripada suami dan keluarga amat diperlukan pada saat menyakitkan ini.

Pelekapan yang terbaik adalah apabila mulut bayi terbuka luas, dagu bersentuh dengan payudara, hidung tidak tertutup oleh payudara, bibir atas dan bawah melekap keluar. Bayi melekap di kawasan areola bukan bergantung pada puting semata-mata.
Bagi memastikan penyusuan berjaya, anda perlu merapatkan bayi secara mengiring dan rapat pada tubuh. Pastikan perut anda dan bayi bertemu. Lengan anda mengampu belakang dan punggung bayi dalam keadaan yang selesa.
Nak jayakan journey penyusuan, kena ada ‘senjata’ ni. Baru berjaya. Klik SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Ibu Mana Tak Pernah Menangis, Nak Susukan Anak Bukan Mudah. Kena Kuat Semangat! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ibu-mana-tak-pernah-menangis-nak-susukan-anak-bukan-mudah-kena-kuat-semangat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerap Peluk Anak Akan Hasilkan Hormon Oxytocin Anak Akan Lebih Mudah Dengar Cakap Ibu Ayah

Kerap Peluk Anak Akan Hasilkan Hormon Oxytocin Anak Akan Lebih Mudah Dengar Cakap Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 237 hits
Emosi ibu kadang kadang tak terkawal bila penat seharian dengan tugas tugas yang sentiasa menanti Tapi bila emosi tak terkawal jangan pula kita lepaskan pada anak kesian anak anak jadi mangsa Emosi anak juga akan tergangu Artikel Menarik Ma...
Ada Waktu Penat Termarah Maream Farah Lee Akui Pernah Menangis Bila Cakap Pasal Struggle Ibu Tunggal

Ada Waktu Penat Termarah Maream Farah Lee Akui Pernah Menangis Bila Cakap Pasal Struggle Ibu Tunggal

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 411 hits
Membesarkan anak sendirian sememangnya tidak mudah Namun bagi personaliti media sosial Farah Lee dia akur dengan takdir hidupnya dalam membesarkan anaknya Maream Isabel Namun kata Farah ada waktunya dia rasa goyah penat dan pernah menangis ...
Anak Aku Suka Hati Aku Ibu Suap Vape Pada Anak 2 Kali Kononnya Nak Bergurau Dikecam Netizen

Anak Aku Suka Hati Aku Ibu Suap Vape Pada Anak 2 Kali Kononnya Nak Bergurau Dikecam Netizen

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 607 hits
Anak aku suka hati aku Ibu suap vape pada anak 2 kali kononnya nak bergurau dikecam netizenTindakan seorang ibu memuat naik video yang menunjukkan dirinya menyuap rokok elektronik atau vape kepada anaknya yang berusia lingkungan 2 tahun men...
Ibu Kecewa Lepas 2 Jam Anak Melecur Menangis Tiada Suara Baru Pengasuh Beritahu

Ibu Kecewa Lepas 2 Jam Anak Melecur Menangis Tiada Suara Baru Pengasuh Beritahu

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 265 hits
Akibat kecuaian kakitangan sebuah pusat penjagaan bayi dan ibu berpantang di Jalan Sutera Taman Sentosa Johor Bahru seorang bayi berusia 26 hari melecur pada tahap kedua di bahagian belakang badan Kejadian itu dialami seorang ibu Tan Xin Pi...
Dr Kesal Sikap Ibu Umpan Anak Usia 3 Bulan Dengan Gajet Ni Puncanya Mudah Mengamuk

Dr Kesal Sikap Ibu Umpan Anak Usia 3 Bulan Dengan Gajet Ni Puncanya Mudah Mengamuk

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 535 hits
Ramai ibu bapa akui jika anak diberikan HP Ipad atau menonton televisyen senang kerja menguruskan anak anak Lagipun bila keluar pergi restoran berjalan rumah saudara mara anak akan duduk diam Secara tak langsung mudah untuk kawal tingkah la...
Aku Tak Nak Anak Kembar Ni Aku Dah Tak Tahan Ibu Tikam Anak Kembar Dengan Pisau

Aku Tak Nak Anak Kembar Ni Aku Dah Tak Tahan Ibu Tikam Anak Kembar Dengan Pisau

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 511 hits
Aku tak nak anak kembar ni aku dah tak tahan Ibu tikam anak kembar dengan pisauSeorang wanita di New York didakwa di mahkamah atas pertuduhan menikam dua anak kembarnya sehingga mati Danezja Kilpatrick 23 didakwa membunuh Dakota yang ditemu...
Tak Ada Anak Tak Menangis Duduk Dalam Carseat Ibu Ini Pesan Hati Kena Kental Bertenang

Tak Ada Anak Tak Menangis Duduk Dalam Carseat Ibu Ini Pesan Hati Kena Kental Bertenang

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 368 hits
Tak ada bayi atau kanak kanak yang tak menangis atau meronta bila duduk safety seat tanyalah mana mana ibu bapa yang berjaya keledarkan anak anak mereka Menangis macam kena dera sampai keluar air hidung shoulder pad pun boleh basah dengan a...
Masa Nak Sujud Tu Rasa Gelap Dunia Anak Berebut Chopstick Tercucuk Mata Ibu Tengah Solat

Masa Nak Sujud Tu Rasa Gelap Dunia Anak Berebut Chopstick Tercucuk Mata Ibu Tengah Solat

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 565 hits
Malang tak berbau Itu yang berlaku pada seorang ibu apabila matanya mengalami kecederaan yang agak serius gara gara anak berebut chopstick dan tercucuk ke dalam matanya ketika sedang solat berjemaah dengan suami Menerusi perkongsian oleh Um...
Laju Laju Nak Ke Mana Tak Salah Anak Pandai Tapi Kesian Paksa Jadi Pintar Awal Usia

Laju Laju Nak Ke Mana Tak Salah Anak Pandai Tapi Kesian Paksa Jadi Pintar Awal Usia

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 261 hits
Ibu ayah laju laju nak ke mana Dengan zaman yang makin mencabar anak anak dipaksa menjadi pintar seawal usia Ye tak salah Tapi jika anak hanya pintar akademik itu yang menjadi kerisauan Akhlak dan adab kian terhakis Anak tak mampu kawal emo...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall