Main Hujan Itu Sunnah
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Main Hujan Itu Sunnah? | Bila hujan... Ada yang suka, ada yang merungut.
Waktu macam ni.. Dah beberapa hari tak hujan ni.. Bila datang hujan pasti seronok... Rasa nak mandi hujan je..
Zaman kecik dulu, suka main hujan... Nikmatnya. Tapi zaman sekarang hujan boleh jadikan kita demam bagi yang tak imun...
Tapi jangan tak tau... Main hujan tu sunnah...
Ye ke?
Ikuti penjelasan dari Ustaz Rozaimi ini..
Main Hujan Itu Sunnah?
Soalan:
Salam ustaz. Sahih ke riwayat yang mengatakan Rasulullah saw akan membuka sedikit baju ketika hujan dan membiarkan air hujan mengenai badan baginda secara langsung? Jazakallah..
Jawapan:
Waalaikumussalam wbt.
Ia merupakan HADIS YANG SHAHIH.
عَنْ أَنَسٍ ، قَالَ : قَالَ أَنَسٌ : ” أَصَابَنَا وَنَحْنُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَطَرٌ ، قَالَ : فَحَسَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَوْبَهُ حَتَّى أَصَابَهُ مِنَ الْمَطَرِ ، فَقُلْنَا : يَا رَسُولَ اللَّهِ لِمَ صَنَعْتَ هَذَا ؟ قَالَ : ” لِأَنَّهُ حَدِيثُ عَهْدٍ بِرَبِّهِ تَعَالَى ”
Anas ra berkata: Kami bersama-sama Rasulullah saw pernah ditimpa hujan, lalu Rasulullah saw menyelak pakaiannya, sehingga hujan menimpa (tubuhnya). Kami bertanya: Wahai Rasulullah, kenapa engkau lakukan hal ini. Baginda saw menjawab: Kerana ia adalah makhluk yang Allah baru ciptakan. [Sahih Muslim, Kitab Solat al-Istisqa, hadis no: 898]
Imam an-Nawawi menghuraikan hadis di atas:
معناه أن المطر رحمة ، وهي قريبة العهد بخلق الله تعالى لها فيتبرك بها . وفي هذا الحديث دليل لقول أصحابنا أنه يستحب عند أول المطر أن يكشف غير عورته ليناله المطر ، واستدلوا بهذا وفيه أن المفضول إذا رأى من الفاضل شيئا لا يعرفه أن يسأله عنه ليعلمه فيعمل به ويعلمه غيره
Hadis ini bermaksud: Hujan adalah rahmat, ia merupakan ciptaan Allah yang baru sahaja diciptakan, maka Nabi saw mengambil bertabarruk (ambil berkat) dengannya. Hadis ini merupakan dalil kepada pendapat ulama mazhab Syafie bahawa digalakkan untuk membuka (tubuh) yang bukan aurat pada awal turunnya hujan, agar air hujan dapat kena padanya. Hadis ini jua menunjukkan apabila seseorang melihat orang yang lebih mulia/alim melakukan sesuatu, sedangkan dia tidak mengetahuinya, maka hendaklah orang itu bertanya kepada orang yang lebih mulia tadi agar dapat mengamalkannya, dan mengajarkan orang lain. [Syarah Sahih Muslim]
Wallahua'lam.
Kredit: Page Dr Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith
Jadi, haram mencela hujan... Dan Sunnah kenakan hujan dengan anggota tubuh badan kita yang bukan aurat...
MF suka main air hujan dari cucur atap... Waktu kecik dulu la... Tapi zaman sekarang tak macam hujan dulu.. Banyak bahan kimia dan toksik dalam udara kita... Jadi hujan tak berapa nak selamat kalau nak mandi macam dulu...
Tapi cukup main-main air hujan... Dan paling penting jangan mencela hujan yang turun.. Sebaliknya banyak kan doa ketika hujan turun.. Kerana hujan itu rahmat.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mariafirdz.com/2019/02/main-hujan-itu-sunnah.html