Mahukah Umno Terima Atok
INI BUKAN "HINT" YANG PERTAMA
Kah kah.....COME ON AtukSAKATua....boleh kembali ke UMNO ni bukan "HINT" kali pertama Atuk. Atuk memang tetap sayang pada UMNO..."BENCI TAPI RINDU" gitew. Soalnya..MAHUKAH UMNO MENERIMA Atuk??
Tu pasal Atuk pernah beriya-iya nak haramkan UMNO sbb mahu semua pakat join PPBM dan Atuk tidak kerinduan lagi dgn UMNO. Malangnya hasrat itu tidak berjaya sbb DSAI dan LKS menentang rancangan itu.
Kali ni Atuk nak buat lawak apa lagi? Sebab so far gagal hijack PH thru' Oren Masam dan #K3, gagal pula hijack UMNO thru' puak UMNO pro Bersatu maka Atuk ubah taktik ke??
Atuk jadi gelebah bewak bila nampak ada keberangkalian "Grand Coalition" antara UMNO-PKR-DAP..?? Atuk and the gang beruntung sket GC tu tak jadi sbb ada akar umbi dan pemimpin UMNO yg menentang GC berkenaan. Begitu juga dgn sebahagian pimpinan DAP. Kalau tidak, Atuk dan PANjlat2 Atuk dah jadi sejarah...kah kah.
Tapi Atuk jangan lupa, andai Abah Kau Mooyiddin terpaksa mengalah JIKA terima "tekanan" majlis payung kuning, DSAI boleh diangkat jadi PM dan GC tadi bakal kembali melalui MP-MP UMNO (bukan parti UMNO secara "enbloc") + PKR + DAP. NGERI BUKAN??
Atuk kata taknak kembali sebab ada "penyangak-penyangak" dalam UMNO?? Sungguh janggal dan ironi bila ungkapan itu ditelurkan oleh KEPALA PENYANGAK sendiri. Tidakkah ini jelas menunjukkan RETORIK, sifat HIPOKRIT dan MUNAFIK??
Wallahualam.
- Zus Din
17 Februari 2021
*****************************
Saya boleh kembali kepada UMNO... - Tun Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau boleh kembali kepada UMNO.
Begitupun, ia hanyalah sekiranya UMNO kembali berpegang kepada dasar awalnya iaitu berjuang untuk bangsa, negara dan agama.
“Saya boleh kembali kepada UMNO tapi orang yang 'penyangak-penyangak' semua minta maaflah, saya tak boleh bekerjasama dengan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada program ‘Bersama Tun M’ yang dikendalikan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar anjuran Sinar Harian pada Rabu.
Beliau turut mengakui masih sayangkan UMNO apatah lagi pernah menjadi presiden selama 22 tahun namun sayang itu tidak kepada pemimpinnya.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Langkawi itu menegaskan beliau sudah mengambil keputusan untuk berehat daripada politik selepas meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2003.
“Apabila saya letak jawatan pada tahun 2003, saya pun berharap akan dapat berehat, mungkin enjoy live sikit pergi jalan sana-sini tetapi selepas seminggu saya letak jawatan (ada) orang datang minta (tolong).
“Tun tolonglah buat sesuatu kerana mereka berpendapat bahawa yang menjadi Perdana Menteri ketika itu tidak menjalankan tugas dengan baik. Satu minggu sahaja sudah nampak berlainan keadaan (nya).
“Jadi mereka datang dan (seterusnya) rombongan demi rombongan datang minta saya buat sesuatu. Bagi saya, saya cuba nasihat (pemimpin terbabit) tapi nasihat tidak berkesan,” katanya.
Menurutnya, beliau akhirnya mengambil keputusan untuk keluar daripada UMNO supaya mudah untuk menegur salah laku kerajaan.
“Akhirnya saya terpaksa keluar daripada parti (UMNO) dan menentang kerajaan (UMNO ketika itu),” katanya lagi.
Link : https://www.astroawani.com/.../saya-boleh-kembali-kepada...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2021/02/mahukah-umno-terima-atok.html